Jumaat, 22 Februari 2013

CERPENKU,..IMPIANKU,..iMAGINASIKU






Impianku memang nak jadi seorang penulis sejak di sekolah lagi,.ingat lagi ketika di tingkatan dua,dalam karangan bahasa malaysia  cikgu menyuruh menyambung cerita.Aku teruja sangat untuk menulis hinggakan bila buku di pulangkan padaku cikgu buat ulasan di karangan tu,.'terlalu panjang',.hihi

Imaginasiku bermula bila aku ni sering sangat berangan tak bertempat,nak makan pun sempat lagi nak berangan,mandi berangan,hinggakan nak masuk tidur pun masih lagi nak berangan hingga aku jadi sukar untuk tidur kerana terlalu banyak sangat berangan,..adoii,..

Akhirnya masa tingkatan lima bila di tanya mengenai cita-citaku kali pertama aku memberitahu cita-citaku untuk menjadi seorang penulis sedangkan ketika itu aku sendiri tak yakin untuk mengapai impian ini.

Sekarang aku sendiri masih tak yakin layakkah aku untuk menjadi seorang penulis,.alahai,..satu novel pun belum ada lagi,..buat masa sekarang aku hanya syok sendiri ja,..bak kata orang aku ni ibarat ayam,..bertelur sebiji riuh sekampung tapi  tepat ker pepatah tu? ayam ada jugak telur! aku ni ada hapa??,..habuk pun tarakk!! hahaha,..nama pun syok sendirikan!!

Khamis, 21 Februari 2013

Senyummu Igauanku





             YESS, yes, yes..selesai juga gheja aku hari ni. Aku dah tak sabaq nak keluar pi beli barang ni. Apa yang aku nak beli ya? Ermm..Shikin berfikir seketika. Sambil tu Shikin  pandang kakaknya  yang baru habis mengemas. Petang ni petang khamis, jadi kedai ditutup awal. Shikin bekerja sementara di kedai kakaknya untuk mencari pengalaman kerja.

              “Apa lagi tu? Jom cepat, balik..”

               “Alaa kak, Shikin tak mau balik lagi. Shikin ingat nak pi kedai sat. Dekat simpang tu saja. Boleh la kak?” Shikin pura-pura merenggek pohon simpati. Memang tiada barang yang penting ingin di beli. Kebetulan hari ini kakaknya memberi gajinya yang pertama. Seronok sangat bila dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri. Shikin pun sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dibeli, cuma yang ada difikirannya sekarang adalah sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan.

             “Ya la, tapi pi sat saja tau. Haa, bawa motor tu elok-elok sikit. Jangan dok cilok sana, cilok sini pulak. Bawa motor ngalahkan orang jantan.” Dalam memberi izin sempat juga kak Tipah memberi amaran padanya. Shikin hanya mampu memberi senyuman sumbing buat kakaknya itu, tapi dalam hati Shikin berkata sendiri. 'Tak best la kak Tipah oii bawa pelan-pelan'.

****************
            SHIKIN mula membelok ke simpang menuju pasaraya. Entah dari mana tanpa disedarinya dua buah motosikal yang dipandu laju oleh dua orang remaja berselisih dengannya. Terpempam Shikin seketika. Dalam keadaan terkejut itu Shikin hilang kawalan dan motosikalnya terbalik di tepi jalan. Betul-betul dengan dua buah gerai yang menjual burger.

             “Hantu punya Mat Rempit. Nyaris-nyaris aku mati terkejut. Nasib baik aku ni muda lagi. Buatnya aku ni ada sakit jantung, tak sempat aku nak mengucap. Terus gol tang ni saja.” Sempat lagi Shikin membebel. Walaupun dua remaja tadi sudah lesap entah ke mana. Penjual burger yang sedang memerhatikan kejadian itu datang  untuk membantu mengangkat motosikal Shikin.

            “Adik, lain kali kalau nak membelokkan motor ni, jangan la pulas minyak. Slow la dikk. Hang ni tak sayang nyawa ka? Ingat, masa naik motor tu ingat orang yang tersayang.” Salah seorang penjual burger yang lebih tua membebel pada Shikin. Shikin termalu sendiri. Merah padam juga mukanya ditegur begitu. Sempat lagi Shikin memandang di sekeliling. Ya Allah, ramainya orang yang sedang memerhatikan aku.

            “Eee..depa ni dok tengok-tengok apa tak tau? Depa ingat ni pesta ka apa?”  Shikin melepaskan geramnya pada orang sekeliling pula.nPenjual burger yang lebih muda terdengar ungkapannya sebentar tadi tersenyum. Terpegun Shikin seketika. Aduyaii, handsomenya mamat ni, kata hati Shikin.

****************
            
               SHIKIN menongkat motosikalnya di tepi rumah. Bibirnya masih tersenyum. Entah kenapa selepas insiden tadi dia rasa teramat lucu. Biarpun dia malu gilerr macam budak-budak remaja selalu sebut tu tapi dia rasa kelakar la pula. Tapi dalam masa yang sama dia juga rasa bahagia. Hatinya berbunga riang. Alahai, sapa la agaknya nama mamat handsome tu noo? Teringin juga aku nak tau nama dia. Kalau la tak dak pak cik penyibuk tu tadi, tentu aku dah tanya nama dia tadi.

         “Ooii, tu awat? Dah sewel ka pa? Dok sengeh sorang-sorang?” Alamak, kantoi lagi aku.

           “Tak dak pa la kak Tipah. Tadi Shikin tengok orang accident kat pekan nu..”

            “Hang ni manusia ka pa? Ada pulak tengok accident pun dok sengeh sorang-sorang macam kerang busuk.”Aduhh..banyak songeh pulak Kak Tipah ni. Apa aku nak jawab ni? Ligat Shikin berfikir alasan  yang paling munasabah untuk diberikan pada kakaknya itu.

             “Apanya tak sengeh kak. Lawak gilerr wa cakap lu. Terbabas tepi jalan, dah tu siap dapat ceramah free lagi.” Sengihan Shikin semakin melebar. Mahu saja dilepaskan tawanya itu.

            “Hahh, ni hang tengok orang accident ka hang yang accident?” Shikin terpana. Masuk perangkap lagi aku. Pandai pula kak Tipah ni serkap jarang. Tepat pada sasaran. Tapi..alah biarkanlah kak Tipah dengan tanda tanyanya itu. Selamba saja Shikin berlalu dari situ. Kak Tipah buat muka garang. Tekaannya mungkin mengena, kerana sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan Shikin dia sudah memahami sangat sikap adiknya yang tak pandai menipu itu. Kalau dia tak menjawab maka benarlah telahannya.

***********************

         “SHIKIN, tolong kak Tipah sat. Tu ada pelanggan tu. Tolong tanya sat depa nak minum apa.” Kak Tipah mengarahkan Shikin. Akur dengan permintaan kakaknya itu Shikin ke depan kedai.

        “Nak order apa? Minum? Makan?” Selamba Shikin menyoal dua pemuda di hadapannya.

         “Apa yang ada?” pemuda-pemuda itu menyoal balas.

          “Macam-macam ada. Mee goreng, rebus, bandung, bihun goreng, sup, hailam...” dengan penuh perasaan Shikin menerangkan.

             “Okey, kalau macam tu bagi kami Pizza, KFC, Mc Donald, Ayamas..” sambil senyum-senyum salah seorang dari pemuda itu menjawab, manakala salah seorang lagi hanya memandang Shikin tanpa kata.

             “Maafkan saya, Encik berdua ni dah salah masuk kedai. Semua benda-benda yang encik nak tu tak  dak di sini.” Shikin dah mula hangin satu badan. Tapi dikawal suaranya itu. Mukanya dah memerah menahan marah.

          “Tadi cakap macam-macam ada?” Pemuda tadi berbalas kata dengan Shikin. Kedua orang pemuda itu saling berpandangan dan melemparkan senyuman. Shikin dah mula bercekak pinggang dan menaikkan lengan bajunya lagak orang yang mahu bergaduh. Kesabarannya hanyalah senipis kulit bawang. Baginya dua pemuda itu sudah biadap padanya. Kalau nak bergurau pun biarlah bertempat.

         'Ohh…korang nak berloyar buruk dengan aku ya? Tak pa..tak pa. Bisik Shikin di dalam hatinya.

             “Memang, memang, macam-macam ada di kedai ni. Tunggu sat noo. Aku nak ambik yang paling special untuk korang berdua.” Sehabis Shikin berkata begitu, Shikin berlalu ke belakang kedai. Dicapainya jug minuman dan dimasukkan dengan ais dan air. Dengan lajunya air berais itu dibawa ke depan kedai. Dengan senyuman yang paling selamba dan ayu Shikin terus menyiram kedua pemuda itu.

             “Amacam? sedap dak? Ni la makanan paling ‘special’ di sini.” Shikin tergelak dengan perbuatannya sendiri. Tadi dua pemuda itu menguji kesabarannya. Sekarang giliran dia pula berbuat perkara yang sama.

        "Padam muka hampa. Nak buat lawak bodo sangat dengan aku." Shikin berkata perlahan lebih untuk dirinya sendiri.

           “Astafirullah, Shikinnn! Apa hang dah buat ni?” Kak Tipah muncul di hadapan kedai.Shikin buat selamba ayu sambil tersenyum. Dua pemuda tadi sudah benggang. Habis basah dikerjakan Shikin.

*******************
               HARI ini hati Shikin puas kerana dapat mengenakan dua orang pemuda-pemuda itu. Biar pun dia tak mengenali mereka tapi dia seakan merasa salah seorang darinya pernah ditemuinya. Tapi dia terlupa pula di mana mereka pernah bertemu. Mungkin salah seorang dari pelanggan tetap kakaknya barangkali.

                Kak Tipah ada urusan jadi kedai ditutup awal hari ini. Shikin yang sendirian di rumah merasa teramat bosan. Hendak membaca novel, kebanyakan novel-novel kepunyaannya dah beberapa kali dikhatam membacanya. Nak dengar lagu, asyik-asyik lagu yang sama saja.

            “Apa aku nak buat hari ni? Takkan nak melangut saja di rumah ni?” Shikin berdialog seorang diri.

         “Ahaa...aku ada satu idea..” Shikin terus berlari ke bilik air, membersihkan diri, solat asar dan bersiap. Shikin mengenakan pakaian formalnya. Berseluar jean biru dan bertshirt panjang biru muda serta bertudung putih. Nampak santai dan ringkas. Hajatnya nak jalan-jalan di Alor Setar. Boleh juga mencari novel-novel terhangat di kedai buku kegemarannya, Popular Book Store. Sambil tu bolehlah jalan-jalan sambil cuci mata. Daripada melepak saja di rumah yang amat membosankan dirinya.

*******************

                   PEKAN  Rabu Alor Setar, sudah terkenal satu Malaysia dengan berbagai  jenis  makanannya. Kebanyakan orang luar yang datang ke Kedah menjadikan Pekan Rabu sebagai destinasi utama apabila datang ke Alor Setar. Shikin berpusing-pusing di tempat letak kenderaan di Pekan Rabu untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan motosikalnya.

                   Ramai pula orang hari ni. Ada apa ya? Shikin berkata pada dirinya sendiri di dalam hati sambil meninjau keadaan sekeliling. Akhirnya dapat juga Shikin tempat meletakkan motosikalnya.

               “Assalammualaikum..” Sapa seorang lelaki pada Shikin. Shikin tak segera menjawab tapi memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya.

               Macam nak kenai saja mamat ni. Shikin bermonolog dalam hati. Wajahnya seperti sedang berfikir sesuatu.

                “Awak tak kenal saya ke?” Lelaki itu memandang Shikin dan melemparkan senyuman. Shikin terpegun. Macam pernah tengok mamat ni tapi aku tak pasti pula. Tapi senyuman tu macam seseorang  yang...

                   “Awak ingat tak hari tu awak jatuh motosikal depan gerai burger sepupu saya? Lepas tu pagi tadi awak siram saya dan adik sepupu saya di kedai makan. Ingat tak?” Wajah Shikin yang putih gebu itu tiba-tiba bertukar menjadi merah. Baru dia tersedar dan pasti siapa lelaki itu. Tapi dari cara lelaki itu bercakap dia mungkin bukan orang sini.

                “Hai, saya Harris. Awak Shikin kan?” Harris menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Shikin hanya memandang saja tanpa tergerak untuk menyambut huluran tangan Harris itu. Harris hanya tersenyum dan menarik kembali huluran tangannya.

         “Ok, saya faham. Bukan mahram tak boleh bersalam.”

             “Faham tak pa..” Shikin masih buat muka selamba biar pun dalam hatinya berdegup kencang. Setiap kali Harris tersenyum, Shikin rasa terpegun. Lesung pipitnya yang dalam itu begitu menarik perhatian Shikin. Penampilan Harris juga telah mengetarkan hati perempuannya. Harris yang berkulit kuning langsat, tinggi dan berkumis nipis itu begitu segak dengan gayanya berbaju T –Shirt biru muda dan berseluar jeans. Nampak kemas dan rapi.

                 Shikin melangkahkan kakinya dan ingin berlalu menuju destinasinya, tapi baru beberapa langkah Harris menahannya. Melihat wajah Harris yang kelihatan serba salah Shikin tiba-tiba dilanda perasaan lucu. Mimik muka Harris yang sedikit berkerut  dan serius itu membuat Shikin tertanya-tanya.

                  Apa hal la pulak mamat ni? Fikir Shikin.

                “Err..boleh tanya sikit Shikin? Tu pun kalau Shikin tak keberatan?”

               “Tanyalah.”

              “Jangan marah noo, birthday Shikin bila?”

              “Lahhh..nak tanya birthday pun nak marah. Awat tanya, nak bagi hadiah ka?”

              “Boleh juga kalau Shikin sudi menerimanya.”

           “Ermm..30 febuari. Saya tunggu hadiah awak. Tu pun sebab awak dah berjanji. Bukan saya yang nak pun.” Shikin tersenyum sebaik habis berkata-kata. Dalam hatinya sekadar menguji sama ada lelaki di depannya boleh memahami maksud sebenarnya.

             “Ohh, jadi birthday awak esok la. Kebetulan ni, jom la awak ikut saya. Awak pilih saja apa yang awak nak nanti saya belikan.” Harris pura-pura bendul.

             “Apa pulak..nak kena pilih sendiri. Awak nak kasi, bagi saja la, apa-apa pun.” Syikin nak ketawa dengan lawaknya sendiri. Fikirnya, Harris dah terkena dengan helahnya. Lantak hang la mamat oii. Bengap juga noo. Mana la mai orang ni? Esokkan dah 1 mac. Fikir Shikin.

             “Mungkin awak ni orang yang paling bertuah dalam duniakan?”

              “Awat pulak?” Shikin bertanya lurus.

              “Ya la, orang yang lahir 29 februari pun sambut birthday 4 tahun sekali saja. Awak pulak boleh sambut 30 febuari.” Harris tertawa. Direnungnya wajah ayu di depannya. Ternyata wajah Shikin berubah, tapi sebentar kemudian Shikin turut ketawa sama.

              “Ooo..saya ingatkan awak tak perasan tadi.”

              “Nakal juga awak ni kan. Tu sengaja nak kenakan saya la tu?” seloroh Harris.

              “Awak lagi nakal. Macam-macam helah awak cari, untuk menyembang dengan saya. Dah la saya kena gerak ni. Kalau awak nak jumpa saya lagi, tentu awak tahukan mana nak cari saya lagi.”

             “Boleh ke kita jumpa lagi? Kalau saya pergi kedai lagi, awak janji jangan siram dengan ais lagi. Sejuk la...” Harris menyeringai ketawa bila ingat kejadian pagi tadi. Memang salah mereka, mulanya dia dan Amir sepupunya itu hanya berpakat untuk menyakat Shikin saja, tak sangka pula mereka akan dapat mandian percuma di pagi hari.

               Shikin juga ketawa bila ingat kejadian pagi tadi. Teruk juga dia dileter oleh kak Tipah. Tapi biasalah Shikin dengan kak Tipah tu memang akrab sejak kecil lagi. Shikin tak pernah ambil hati pun. Akhirnya Shikin dan Harris berpisah juga. Mungkin hari-hari seterusnya  akan menjadikan hari-hari mereka lebih bermakna?

*****************

                        SEMINGGU berlalu selepas perkenalan Shikin dengan Harris. Sekiranya ada masa terluang Harris akan datang  ke kedai kak Tipah untuk berbual dengan Shikin. Kadang-kadang datang seorang, dan kadang-kadang berdua dengan adik sepupunya Amir, hinggakan kak Tipah sendiri sudah terbiasa dengan kedatangan mereka. Harris sebenarnya  bercuti di Kedah, di rumah bapa saudaranya. Menurut Harris, hari Shikin terjatuh motosikal hari tu kebetulan Harris sedang membantu abang sepupunya Amri di gerai burger itu.

               Harris berasal dari Sabak Bernam dan masih menuntut di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Hari ini adalah hari terakhir Harris di Kedah. Jadi dia mengambil peluang itu dan datang ke kedai Kak Tipah untuk mengucapkan selamat tinggal pada Shikin.

             “Shikin, Harris datang ni nak bagi tau Shikin sesuatu..” Harris memulakan bicaranya selepas Shikin datang padanya untuk mengambil pesanan.

                “Bagi tau saja la. Macam tak biasa pulak.” Shikin bersuara dalam nada gurauan. Selalunya apa yang nak diucapkan Harris tak pernah pula dia nak minta izin dari Shikin. Ni lain macam pula gayanya.

                   “Selepas ni tentu Harris akan selalu rindukan Shikin.” Luah Harris bernada sedikit sedih.

               “Ya la tu, bukannya jauh mana pun. Rindu mai saja la. Sejak bila pula awak malu nak mai kedai ni?” Shikin masih tersenyum dan masih tidak memahami maksud sebenar Harris.

                 “Esok Harris dah nak pulang ke Sabak. Nu Sabak Bernam dok lambai-lambai Harris dah. Balik la. Balik la..” Sengaja Harris bernada lucu untuk mententeramkan hatinya sendiri. Sukar juga untuknya mengucapkan selamat tinggal pada gadis yang telah menawan hatinya ini.

                   “Ohh..ya ka? Kesian kak Tipah, selepas ni hilanglah sorang pelanggan tetap dia.” Shikin melemparkan senyuman pada Harris sebaik habis berkata-kata. Sedangkan hatinya dah jadi kacau di dalam. Tak dapat lagi la aku nak tengok teruna pujaan hati, bisik Shikin di dalam hatinya.

           “Awak macam mana? Tentu suka kan kalau saya dah tak ada nanti? Kalau saya nak minta sesuatu boleh tak, sebelum pergi?” Harris merenung Shikin. Shikin tiba-tiba bangun dari tempat duduk. Perbualan mereka terganggu kerana ada pelanggan yang datang. Selesai melayan pelanggan Shikin datang kembali ke meja Harris.

               “Awak cakap apa tadi? Nak minta sesuatu? Apa tu?"  Bertalu-talu soalan Shikin pada Harris.

             “Yupp..nak minta hati awak..” Meledak ketawa Harris sebaik ayat terakhir diluahkan.

             “Taklah, nak minta nombor handphone awak. Boleh?” sepantas kilat Harris membetulkan ayatnya bila dilihat muka Shikin sudah memerah. Walau pun sebenarnya itu juga ayat yang ingin diungkapkannya.

***********************

                   HARI berlalu, minggu berakhir dan bulan pun berganti. Sejak Harris pulang ke Sabak Bernam, Shikin ternanti-nantikan perkhabaran dari Harris. Tapi, ternyata penantian Shikin sia-sia belaka. Harris seolah-olah telah lenyap ditelan bumi. Nombor telefon yang diberi Shikin pada Harris pun ternyata tak dimanfaatkan pun. Sekali pun Harris tak pernah menghubungi Shikin.

                   Penantian satu penyeksaan. Itulah yang selalu dibisikkan Shikin pada dirinya sendiri. Saat rindunya bertandang pada Harris terasa kerinduan itu begitu menyesakkan dadanya. Begitu memedihkan jiwanya dan begitu menyakitkan hatinya. Senyuman Harris masih lagi terbayang. Gurau tawa Harris tak pernah hilang. Sentiasa terbayang siang dan malam.

                 Harris, mengapa mesti adanya cinta di hati andai aku dilukai? Mengapa mesti adanya sayang andai aku ditinggalkan? Mengapa harus ada rindu andai kau tak pernah peduli hati dan perasaan ini? Harris, mengapa kau mesti hadir untuk mengisi kekosongan hati ini dan kemudian kau terus pergi tanpa khabar berita? Aku yang menyintaimu dalam diam rasa amat terseksa bila kerinduan. Rinduku begitu amat menyeksakan. Kenapa rasa cinta ini begitu memilukan? Kenapa? Kenapa? Dulu bila aku lihat orang lain bercinta aku rasa mereka pasti bahagia. Rupa-rupanya cinta adalah air mata.

                Shikin menutup dairinya. Air matanya yang merembes keluar tiba-tiba disapu perlahan. Ke mana menghilangnya Shikin yang brutal dan selamba. Hilang sudah segala keceriaannya bila bersendirian. Hanya kenangan bersama Harris yang Shikin punyai.

          Harris, kenapa hang buat aku macam ni? Kalau aku tahu akan jadi macam ni sungguh takkan aku serahkan hatiku. Tapi apa yang boleh aku buat. Hati ini memang milik aku tapi kau dah curinya dalam diam. Shikin bermonolog dalaman.

Rindunya aku saat ini.
Rindu padamu kasih.
Puas ku cuba menghubungimu.
Namun kau diam membisu.
Apa salahnya diri ini,
Kau seksakan hidupku.
Pergimu tikaku memerlukan kasih dan sayang.

              Berkumandangnya lagu dari kumpulan Arrow Haruskah Kita Berpisah, membuatkan air mata Shikin bercucuran. Sedih benar hatinya. Lebih-lebih lagi bila mendengar chorus lagu tersebut. Begitu hebatnya derita bila mencintai dan merindui.

*****************

1 tahun kemudian..

               HATI Shikin telah terubat. Dia kembali ceria. Sekarang dia sedang menunggu lamaran kerja yang dipohonnya beberapa hari lalu. Shikin ingin pergi jauh dari daerah ini. Daerah yang memberi seribu kenangan  bersama Harris. Shikin ingin mengubati hatinya yang terluka kerana cinta yang tak pernah dipinta. Biar pun hadirnya Harris pernah memberikan bahagia buat dirinya, tapi luka yang ditinggalkan juga begitu dalam.

Hatiku hatimu..menjadi satu cinta
Kurasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir..

                   Bergemanya irama dan lagu itu Shikin tahu ada panggilan yang sedang menunggu untuk disambut. Shikin segera mendapatkan telefonnya, Di telitinya nombor si pemanggil.

                   Ahh, sapa pulak ni? Tak dak nama pulak. Shikin berbelah bahagi untuk menyambut panggilan tersebut. Irama dan lagu terus terhenti, tapi sesaat kemudian berbunyi lagi. Shikin terus menekan butang hijau dan memberi salam.

            “Assalammualaikum...”

             “Waalaikummussalam, Shikin ke  ni?” Suara seorang lelaki di hujung talian. Shikin cuba mengecam suara tersebut tapi dia tak dapat meneka siapa si pemanggil.

           “Ya Shikin ni. Sapa tu?”

          “Shikin tak kenal saya lagi?” Si pemanggil masih berteka - teki. Shikin dah mula meradang.

           “Ni, kalau hang  tak mau bagi tau sapa hang. Maap noo. Aku tak dak masa nak layan.”

              “Garangnya Shikin. Orang rindukan dia. Sampai hati cakap macam tu...”

               “Ehh, hang ni sapa? Nak rindu-rindu kat aku. Blahh la wei!” Sifat brutal Shikin datang lagi. Memang Shikin pantang kalau ada lelaki yang mempermainkan perasaannya. Rindu konon. Kata Shikin dalam hati. Shikin ingin mematikan talian. Malas melayan lagi.

                 “Shikin, ni Harris. Shikin apa khabar?” Tiba-tiba Shikin menangkap suara si pemanggil. Duppp..jantung Shikin berdebar kencang. Mengapa kau mesti hadir disaat aku mahu melupakanmu? Shikin berbisik sendiri.

              “Harris? Harris mana? Ramai Harris dalam dunia ni?” Shikin pura-pura dungu. Mendengar nama Harris saja Shikin sudah terbayang wajah dan senyumannya. Tapi hadirnya Harris untuk kali kedua pasti akan lebih meremukkan hatinya yang pernah terluka.

               “Shikin, takkan Shikin sudah lupa? Harris Hj Dasuki.S hikin dah lupa pada Harris? Sampainya hati...” Suara Harris bergetar di hujung talian. Ada nada sedih di hujung suaranya.

                “Laa...weii, hang ka? Hidup lagi hang? Aku ingat dah arwah dahh..” Shikin sengaja bersuara ceria untuk menyedapkan hatinya sendiri. Dalam masa yang sama air matanya sudah mula bergenang. Disapunya perlahan. Dalam ceria ada sendu yang cuba ditahan. Ya Allah, perasaan apakah ini? Mengapa dia harus hadir disaat aku sudah melupakannya. Rintih Shikin di dalam hati.

               “Kenapa Shikin cakap macam tu? Sampainya hati Shikin...” Rajuk bunyinya suara Harris.

                “Mana la tau. Lepas balik Sabak ritu, hang teruih ghaib. Lesap tanpa berita. Hang ambik nombor handset aku ritu hang buat koleksi ka?” Shikin terus bagi ayat power. Memang ayat itulah yang terpendam di hatinya selama ini.

                 “Maaflah Shikin, bukan Harris sengaja tak hubungi Shikin, tapi Harris sibuk sangat dengan study. Kebetulan tahun tu tahun akhir Harris. Jadi Harris kena tumpukan betul-betul. Lepas habis belajar senang sikit nak dapatkan kerja. Lepas tu kumpul duit untuk lamar Shikin.” Panjang lebar Harris memberikan penjelasannya. Dihujung ayat suara Harris bertukar ceria.

                “Macam tak logik langsung alasan hang ni. Tapi apa-apa pun, hang tak payah la susah payah sebab aku pun sedang tunggu lamaran sekarang ni. Tapi bukan lamaran hang la.” Shikin tersenyum sendiri.

              “Apa Shikin? Awak dah nak kahwin ke? Dengan siapa Shikin?” Ada getar di akhir ayat. Shikin garu kepalanya yang tak gatal. Suara Harris tadi membuat dia terasa lucu. Ingin ketawa rasanya tak patut sangat. Sengaja menduga Harris. Shikin terus memasang perangkap untuk mengenakan Harris lagi. Barulah berbaloi penantiannya selama ini.

             “Ada la, buat apa nak bagi tau kat hang? Hang bukannya sapa-sapa pun.” Shikin cuba menduga Harris. Untuk mendengar respon yang seterusnya.

                  “Ya la..betul la tu. Siapalah saya ini pada awakkan? Hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong. Bagai gagak di rimba, tapi nakkan merak di kayangan..” Rajuk Harris bersuara sayu, tapi sebaliknya dengan Shikin. Dia ketawa berdekah-dekah mendengarkan perkataan Harris itu.

                    “Tentu hang lulus cemerlangkan? Habis semua peribahasa hang kaut.” Ketawa Shikin masih belum reda. Harris, Harris..lawak juga hang ni noo? Shikin bermonolog dalaman lagi.

********************

               SEMENJAK  Shikin menerima panggilan dari Harris hidupnya kembali berseri. Bunga-bunga cinta pun mekar kembali di laman hati. Setiap hari ada saja pesanan ringkas yang dihantar Harris. Kadang-kadang naik rimas juga Shikin. Lamaran kerja yang Shikin pohon pun sudah diterima. Minggu depan Shikin diarahkan untuk melaporkan diri, tapi Shikin belum membuat sebarang keputusan, sama ada mahu pergi atau tidak. Keizinan dari ayah dan emaknya di kampung juga perlu. Sedang Shikin mengemaskan beg pakaiannya untuk pulang ke kampung nada telefonnya berbunyi.

Sejakku bertemu dengan dirimu
Hatiku menjadi semakin rindu
Tak dapat nak disembunyikan lagi perasaan ini
Kekasih..aku telah jatuh cinta
Padamu..hanyalah yang aku puja

                  Bergemanya lagu dari kumpulan Arrow Tuju-tuju Rindu, Shikin sudah tahu siapa pemanggilnya. Cewahhh..Shikin ni sudah tukar ring tune nampaknya, mengikut emosi semasa. Segera Shikin mencapai telefonnya dan menjawab panggilan.

             “Assalammualaikum...”

               “Waalaikummussalam Shikin, Harris tak menganggukan?” Terdengar suara Harris yang ceria.

                    “Menganggu jugak. Shikin tengah pack baju ni. Nak balik kampung. Dah rindu la dengan mak dan ayah. Lagi pun Shikin nak balik bincang pasal lamaran tu..” Panjang lebar Shikin berceloteh tanpa dipinta.

                    “Shikin dah buat keputusan muktamad ke?” Sayu saja suara Harris.

                    “Keputusan apa pulak?” Shikin masih tidak mengerti.

                     “Pasal lamaran tu la, Shikin nak terima ke?” Harris menyoal balas.

                    “Tak tau lagi. Tu yang nak balik kampung. Bincang dengan mak dan ayah dulu..”

                    “Boleh Harris tau, siapa pemuda bertuah tu?” Harris masih tak puas hati. Hatinya ditikam duka.

                  “Apa yang awak dok melalut ni? Pemuda mana pulak?”

                   “Lahh..yang lamar Shikin tu la. Siapa lagi..” Sehabis kata-kata Harris, Shikin dah ketawa. Gelihati.

                  “Bila masa pula saya cakap saya ni dilamar orang? Saya dilamar kerja la. Ni dah sampai suratnya. Permohonan saya dah diterima. Minggu depan dah kena lapor diri.” Shikin memberi penjelasan. Ketawanya juga masih bersisa. Lucu benar bila mengingati bahawa dirinya sudah dilamar orang. Minah brutal macam Shikin ni, ada ka orang nak berkenan dibuat menantu?

                       “Shikinnn! Kenapa awak buat saya macam ni?” Terdengar jeritan Harris di hujung  talian.

                   “Ehh, buat apa pulak?” Shikin pura-pura tak faham, namun tawanya masih bersisa.

                       “Awak ni memang suka sangat kenakan sayakan?  Suka la tu, dah boleh buat saya gabra?” Harris meluahkan isi hatinya.

                “Apa kes pulak awak nak gabra-gabra ni? Cer ceta sikit..” Shikin dah mula berlembut hati. Hilang segala bahasa kasarnya selama ini.

                  “Awak tahukan saya sukakan awak? Sayangkan awak...”

                  “Ehh, ya ka? Tak tau pun. Betul ka?" Shikin pura-pura dungu.

                  “Ya la Shikin sayang. Saya sukakan awak. Sayangkan awak. Cintakan awak. Puas hati?” Harris hilang sabar melayan kerenah Shikin. Tanpa sedar Harris meluahkan isi hatinya. Shikin hanya tersenyum di hujung talian. Hatinya berbunga riang. Akhirnya cinta yang disulam selama ini bersambut jua.

********************

Renjis-renjis dipilis ditepungilah tawar
Hai beras pulut direnjis disirami si air mawar

              Cewahhhh..Shikin bernyanyi riang. Seronok dan teruja. Apa taknya, Harris baru menghubunginya. Rombongan merisik akan tiba. engkhabaran itu telah diberitahu pada kedua ibu bapanya, dan mereka tidak pula membantah. Seluruh keluarga merestuinya, biar pun yang bakal datang tu nun jauh di Selangor sana.

                “Amboi-amboi..anak dara ni. Syok menyanyi sampai tak tengok kiri kanan dah. Belum nak kawin lagi. Depa tu baru nak masuk minang. Ntah jadi mai ntah dak tu..” Kak Tipah yang asyik memerhatikan Shikin sejak tadi mencelah bila melihat kegembiraan Shikin.

                 “Ishh, kak Tipah ni. Mulut capoi betoi, kena depa tak jadi mai satgi. Jenuh cek...” Shikin memasamkan mukanya. Konon nak protes la tu.

              “Awatnya? Kalau depa tak jadi mai hang nak reyau tak berlagu ka? Tak pa, tak pa..satgi hang boleh la pasang lagu-lagu yang hang dok dengar selalu tu. Lagu apa? Jiwang karat orang la dok pangge?” Kak Tipah menambahkan asam garam dalam bebelannya. Kadang-kadang dia pun heran dengan Shikin. Kononnya brutal, tapi lagu jiwa-jiwa juga yang dilayannya hari-hari.

********************
                    HARI  yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Hari ini sahlah Shikin sebagai tunangan Harris. Biarpun baru bertunang, tapi Shikin berpuas hati. Penantiannya bakal berakhir jua. Menurut ibunya, pihak laki-laki tak mahu tunggu lama-lama. Tak manis bertunang lama-lama, kata mereka. Biarlah majlis perkahwinan dipercepatkan. Perkara baik tak elok ditangguh-tangguh. Shikin dan keluarga pun tiada bantahan. Shikin gembira sangat, dan Shikin berjanji pada dirinya sendiri akan membuang semua sikap brutalnya selama ini, dan akan menjadi isteri yang solehah untuk Harris. Sayangnya pada Harris semakin mengunung tinggi.

      ~As salam, sayang apa khabar? Sihat? Abang rindu la?~ 

              Ada mesej dari Harris, Shikin segera membalasnya.

              ~Sihat..awak sihat?~

                Mesej berbalas. Rasa janggal pula untuk menulis abang. Shikin masih ber’awak dan ber’saya dengan Harris.

           ~Sihat juga..Sayang tak rindukan abang ke?~

             Mesej Harris dibaca laju. Shikin jadi binggung untuk meluahkan perasaannya. Nak mengaku, malu pula.

                ~Ermm..ada kot..sikit-sikit~

                    Akhirnya Shikin terpaksa berdalih. Lain di hatinya, lain yang dibalas. Hakikatnya,  hati Shikin begitu amat merindui Harris. Lebih-lebih lagi senyuman Harris yang menjadi igauannya selama ini.

~Sikit  jer rindunya? Abang rindukan Shikin banyak sangat, tak terbilang rasanya~

            Shikin tersenyum riang.

            ~I love you sayang~

                     Menyusul lagi mesej dari Harris.

               ~I love you too abang~

                Akhirnya Shikin meluahkan juga ayat keramat itu. Dia menunggu dengan debaran respon Harris yang seterusnya.

                  ~Keluar jugakan isi hati sayang tu, kenapa payah sangat nak mengaku?~

                     Laju ja Shikin membacanya.

                 ~Hihihi..malu la. Shikin ni kan brutal..~

                      ~Sekarang tak brutal lagi kan?~

            ~Tak lagi, untuk abang, Shikin janji akan jadi baik dan solehah. Yang penting abang kena la bimbing Shikin selalu, kalau Shikin buat sebarang kesalahan~

           Shikin buat pengakuan yang jujur dari hatinya. Kebahagiaan kini menanti mereka di gerbang perkahwinan. Shikin berazam untuk membahagiakan Harris. Dengan kasih sayang mereka, Shikin pasti kebahagiaan akan jadi milik mereka. Biarpun Shikin tahu asam garam berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah pepatah orang tua-tua. Dengan sifat bertolak ansur dan saling memahami, rumah tangga pasti aman dan damai. Sifat ego terhadap pasangan harus ditolak ke tepi.


                                *************TAMMAT*************

Nota : Cerpen ini tercipta kerana sebuah kenangan. Habis saja mengambil peperiksaan SPM tahun 1992, aku bekerja sementara di Simpang Empang Alor Setar di sebuah kedai makan berhampiran trafik light. Kejadian kain baju kurung yang aku pakai masuk ke dalam spot basikal yang aku tunggang bersama kak Rokiah dan terbalik di depan dua buah gerai burger aku kongsikan di sini. Cuma aku olah sikit ceritanya untuk menjadikan sebuah cerita yang lebih santai untuk dibaca.

Untuk abang burger yang menolong kami ketika itu, Terima kasih kerana senyumanmu itu, maka terhasillah cerpen ini dengan tajuk Senyummu Igauanku. Aku perasan juga, selepas kejadian tu, abang burger pernah pergi ke kedai makan tempat aku bekerja tapi..apa yang aku tahu..abang burger yang senyumnya menjadi igauanku itu terlalu pemalu orangnya. Dan, abang burger tu memang handsome orangnya. Korang percaya tak? Percayalah, kerana aku tak pernah menipu. Beberapa hari selepas kejadian tu, aku bersama kak Rokiah pergi lagi ke gerai burger tu dan aku membeli burger dengan abang yang tersenyum tu, tapi hanya aku yang memandang dia, sedangkan dia membuat burger tanpa memandang wajah aku pun. Hailah abang burger..kikihh..

SITI MUSLIHA


                                   





AMSYAR: SITI ADALAH SEGALANYA,..

SITI MUSLIHA: ABANGLAH PENAWAR DUKA,..


BAB 1

GADIS kecil molek yang baru berusia tujuh tahun,masih mentah dalam soal kehidupan,tinggal bersama keluarga diceruk kampung dipinggir hutan,anak bongsu yang manja dan petah berkata-kata,di sayangi oleh seluruh ahli keluarga kerana sifatnya yang manja,mempunyai lapan orang adik beradik.Keluarganya miskin namun hidup mereka harmoni dan bahagia,walau pun ayahnya sedikit garang dek panas barannya,namun ibunya bersifat lembah lembut dan penyanyang.Inilah Siti Musliha.

Pagi itu Siti Musliha bermenung dibalik rumpun tebu didepan rumah,entah rajuk apa pagi itu,Siti Musliha tidak mahu bertegur sapa dengan seisi rumah,ibunya yang sudah tiga bulan terlantar sakit akibat menderita kanser perut sudah semakin lemah,Siti sudah tiada lagi tempat bermanja.Hanya kakak-kakak dan abangnya saja boleh diharapkan,ayahnya bukan tak boleh diharap tapi sifat panas barannya itu buat anak-anak jadi takut untuk bermanja. Siti memang tak rapat dengan ayahnya,dia masih ingat lagi ketika ayahnya menyuruh dia mandi tapi dia buat tak peduli,sekali ayahnya mengamuk berbirat juga badan Siti di pukul,tapi Siti tetap degil,akhirnya ditempat itu juga Siti membuang air kecil.

“Adikk..buat apa tu..mari masuk dik..kita sarapan dulu.” Laung kak Jah dari dalam rumah.

Siti Musliha buat tidak peduli,alahh..takut apa dengan kak Jah,lainlah kalau ayah yang memanggilnya,kak Jah adalah kakak yang paling penyayang dan tak pandai nak marah-marah,selalunya kak Jah la yang akan  memujuk dikala Siti Musliha merajuk.

“Sitii..naikk..makan dulu..pagi-pagi lagi dah buat hal.” Suara garau ayah pula yang kedengaran,Siti mula kecut,perlahan-lahan dia berpaling ke belakang,melihat ayahnya di muka pintu rumah dengan wajah yang serius.Siti bangun dari tempat duduknya,jalannya longlai menuju ke rumah,di tundukkan wajahnya,tidak berani menentang wajah ayah yang sedang merenungnya tajam.Kak Jah menyambutnya di muka pintu dan memimpinnya masuk ke rumah.

“Adik marah apa ni..pagi-pagi lagi adik akak ni nak merajuk..tak baik tau dikk..pagi-pagi lagi dah buat muka asam kecut?” Kak Jah bersuara perlahan,penuh kasih dan sayang,dibelainya rambut Siti lembut,Siti rasa aman diperlakukan seperti itu,rasa dilindungi dan disayangi.

“Kak..kenapa mak nak tinggalkan kita?” Tanya siti lurus.

“Hiss..adik ni emakkan ada tu,sedang berbaring dalam bilik,nak pergi mana pula.”
Kak Jah menyoal balas.

“Tapi semalam adik mimpi,mak datang kat adik dan bagi tahu adik mak nak pergi.” Siti Musliha menjelaskan keraguannya.

“Itukan cuma mimpi adik.” Kak Jah cuba memujuk.

Kenangan itu bagaikan baru berlalu,kehilangan ibu tersayang merubah segalanya,Siti sudah remaja sekarang,mimpi Siti benar, pagi itu ibu pergi dijemput Ilahi.Selepas ibu pergi ayah kahwin lagi,hidup Siti terseksa dengan adanya ibu tiri,Siti tidak mengerti kenapa harus ayah cari penganti sedangkan kasihnya ibu tiri takkan sama lagi dengan ibu sendiri.Dua tahun Siti terpaksa berdepan dengan kerenah ibu tiri yang garang,Siti hadapi semua itu walau Siti selalu mendapat belaan dari kakak dan abang,sementelah lagi selepas ayah kahwin kak Jah juga menamatkan zaman bujangnya.

Siti sekarang tinggal bersama keluarga angkat,Siti juga tak faham dengan situasi ini,ayah begitu tega menghantar Siti ke rumah orang lain sedangkan ayah sanggup memelihara ibu tiri dan anak-anaknya.Kenapa Siti? Apa muslihat ayah sebenarnya? Kenapa ayah tak mahukan Siti lagi? Siti selalu bertanya pada dirinya sendiri,Siti menjerut rasa,terasa bagaikan dirinya begitu jauh terbuang di daerah yang serba asing ini,memang sekarang Siti sudah tidak tinggal dipinggir hutan lagi,hidup Siti berubah terus,tapi Siti terpisah dari semua saudaranya,jauh dari kak Jah dan abang juga kakaknya yang lain.Cuma ayah yang selalu menjenguk Siti di sini,tu pun sekali sekala,kadang-kadang Siti lihat keluarga angkat Siti akan memberi ayah wang bila ayah ingin pulang semula ke kampung,Siti keliru,adakah Siti telah di jual oleh ayah sendiri? Kenapa hidup Siti harus jadi seperti ini? Kenapa orang lain boleh bahagia dengan keluarga mereka? Kenapa ayah tak mahu Siti lagi? Siti sedih di tinggalkan di tempat orang,Siti sudah tidak nampak lagi kebahagiaan itu,di tempat orang Siti hanya di temani air mata,mana keluarga Siti yang selalu memanjakan siti? Semua itu sudah tiada lagi.

Dengan keluarga baru nikmat kehidupan itu langsung Siti tak rasai,tiada lagi belaian manja emak,kak Jah,abang dan kakak-kakak Siti,di sini Siti selalu di tohmah,di umpat dan di keji,keluarga angkat Siti mempunyai dua orang anak ketika Siti di hantar ke sini,yang lebih tua umurnya tua setahun dari Siti,dengan yang lebih tua inilah Siti selalu di uji,sifat membulinya itu menjadikan Siti serik dan tak betah tinggal di sini,dia lelaki,Siti perempuan,kalau setakat sepak terajangnya pun Siti sudah mangli,anak yang kedua memang lebih muda dari Siti,tapi pantang di usik Siti juga menerima habuan yang sama,anak lelaki selalu sangat nak tunjuk heronya,siapa Siti di rumah ini,hanya penumpang yang tak punya apa-apa.Siti berserah dan selalu menyerah kalah,Siti tak kisah kalau badannya di sakiti,tapi Siti lagi sakit hati oleh tindakan ayah.

Biar seteruk mana pun kehidupan yang Siti lalui Siti terpaksa menerima semuanya dengan hati yang terbuka biar pun kadang kala Siti rasa hidup ini sudah tiada ertinya lagi,kenapa lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup Siti tidak seperti abang Siti,yang sentiasa tenang dalam menghadapi segala situasi,ayah siti panas baran,begitu juga dengan ayah angkat Siti,kadang-kadang kesalahannya Siti yang di pertanggungjawabkan,Siti hairan kenapa Siti tak layak untuk mengecapi kasih sayang seorang ayah.Ibu angkat Siti macam ibu kandung Siti juga,bersifat penyanyang tapi Siti tak dapat menyanyanginya sebagai ibu Siti sendiri,Siti sendiri tak tahu kenapa,mungkin tempat ibu sukar di ganti.

Melalui usia remaja yang indah itulah angan-angan Siti,tapi hidup Siti pula terkongkong oleh keadaan,keluarga angkat Siti bukannya orang berada,ketika Siti diambil mereka tidak mempunyai anak perempuan jadi Sitilah yang menjadi galang gantinya,hinggalah Siti meningkat remaja barulah ibu angkat Siti melahirkan anak ke tiga iaitu seorang adik perempuan.Selepas kehadiran adik perempuan baru, kehidupan Siti berubah terus,Siti di tugaskan menjadi pengasuh pada adik baru ketika ibu angkat Siti sibuk menguruskan rumahtangga,memang bukan sesuatu yang mudah untuk menguruskan anak kecil ketika Siti sendiri masih perlukan kasih sayang dan perhatian tapi Siti tak mengeluh walau kadang-kadang  kesabaran  Siti teruji.

~Aku harus kuat dan tabah~ itulah yang Siti selalu ungkapkan tatkala dirinya di uji dan terasa akan tewas dengan penderitaannya itu.Bukan senang untuk melalui ranjau berduri seorang diri tanpa sokongan orang-orang tersayang,Siti jauh dari pandangan keluarga,memang Siti sentiasa merindui kenangan bersama keluarganya,biarpun kehidupan mereka daif dan serba kekurangan tapi Siti tetap bahagia,disini apa yang Siti ada hanya cabaran yang datang silih berganti,bermacam dugaannya,dari masyarakat sekeliling,abang angkat yang kaki buli,adik angkat yang aktif dan si kecil yang kuat meragam.

Alam persekolahan Siti tak seperti orang lain,kali pertama berpindah ke sini memang Siti ibarat seperti rusa masuk kampung,canggung dan terasing dari kawan-kawan yang lain,di sekolah lagi ramai kaki buli,Siti masih ingat ketika di sekolah rendah ada seorang pelajar lelaki yang selalu mencubit dan memukul Siti,Siti sentiasa diam dan menahan semuanya,di sekolah Siti seorang yang sangat pendiam dan Siti juga tidak punya ramai kawan.

Masuk sekolah menengah Siti sudah semakin matang,naluri remajanya juga seperti remaja lain,hari pertama persekolahan ada insiden lucu berlaku didalam kelas sementara Siti.Seorang pelajar perempuan tertidur dalam kelas dan mungkin sempat bermimpi juga hingga gamat satu kelas apabila ada air yang membasahi kerusinya,pelajar tersebut sudah terkencing,gamat juga di buatnya,Siti hanya tersenyum,tapi ada juga perasaan kasihan pada pelajar tersebut.Itu pengalaman pertama Siti,tak tahu lagi apa yang bakal Siti tempuhi selepas ini.

Kali pertama Siti jatuh cinta,Siti tak tahu kenapa Siti suka sangat merenung pelajar itu dari jauh,tapi kalau mereka berselisih Siti rasa malu dan mengigil,apakah perasaan ini? Siti langsung tak suka perasaan yang baru hadir ini,Siti punyai cita-cita yang tinggi,gara-gara perasaan aneh yang menyerang hati Siti,tak mahu Siti terkandas dalam pelajaran,tapi Siti tak berdaya menolak perasaan itu,ianya datang bagaikan angin lalu dan terus bersemadi dihati Siti.

~Ahh..kenapa aku harus suka dia..dimana istimewanya dia~ Siti sering berbisik didalam hati,sungguh Siti tak tahu kenapa perasaan itu mesti hadir,sedangkan pelajar itu tak sekacak mana pun,orangnya tinggi dan hitam manis,kalau diberi pilihan Siti pun tak mahu jatuh cinta lagi,..mungkin ini bukan cinta,mungkinkah ini cuma sekadar naluri remajaku yang inginkan perhatian..Siti berbisik ke dalam hatinya sendiri.

“Kau nampak tak tu Imah?” Siti bertanya pada satu-satunya kawan baiknya Rahimah.

“Nampak apa?” Rahimah menyoal balas.

“Tu..geng pelajar lelaki yang sedang berehat di bawah pokok ketapang tu.” Siti menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki pada Rahimah.

“Kenapa dengan mereka?” Rahimah menyoal lagi.

“Nampak tak pelajar lelaki pengawas tu?” Siti tersenyum pada Rahimah,tak tahu kenapa Siti rasa perlu berkongsi dengan Rahimah.

“Kenapa pula dengan dia?” Rahimah masih menyoal tidak mengerti.

“Aku suka dia.” Siti membuat pengakuan,ikhlas.

“Hahh..biar betul kau ni..kenapa tak kawan dia saja,yang putih kuning tu,tinggi,hensem lagi?” Rahimah terkejut juga dengan pengakuan Siti tapi sempat juga dicadangkan rakan pada pengawas tersebut.

“Entahlah,aku pun tak tahu..aku suka tengok dia.” Siti senyum lagi,memang sukar untuk menjelaskan perasaan sendiri.

“Ni antara kita berdua ja tau,jangan sampai bocor rahsia.”  Sempat pula Siti memberi amaran.

“Boleh..tapi dengan satu syarat.” Rahimah tersenyum dan membetulkan jari telunjuknya.

“Ada syarat pula? Apa tu?”  Siti bertanya tidak sabar,

“Bagi tau la nama dia kat aku.” Siti tertawa dengan permintaan Rahimah itu,mana mungkin dia boleh bagi tahu,sedangkan dia sendiri pun tak tahu nama pelajar itu,sekadar merenungnya dari jauh.

“Entah..aku pun tak tahu.” Siti buat pengakuan jujur,Rahimah melopong tidak percaya,Siti tersenyum dan berlalu dari tingkap kelas mereka sebaik mendengar loceng berbunyi menandakan waktu rehat mereka sudah habis.

Begitulah keadaan Siti untuk hari-hari yang seterusnya,pelajar lelaki itu tetap di renungnya dari jauh dan yang pasti  setiap kali terserempak Siti pun dapat merasakan mata mereka saling bersabung dan Siti pasti dia tidak bertepuk sebelah tangan.Pelajar itu juga sering merenungnya tajam setiap kali mereka berselisih di tengah jalan,tak kiralah sama ada waktu rehat,balik.datang sekolah atau terserempak ketika hendak ke makmal.Dalam pada itu Siti menjadi mushkil,setahu Siti dia hanya memberitahu Imah tentang perasaannya tapi entah kenapa perkara itu tersebar dengan cepat.Siti pernah di sindir kawan sekelasnya.

“Kau ni perasankan?” kata-kata yang paling menikam jiwanya.

“Hmm,..anak taugeh dengan anak tokey,..” kata kawan yang lain pula.Siti rasa sangat rendah diri,Siti sedar dirinya siapa.Siti tak punya apa-apa untuk di banggakan.

Ketika Siti mengambil keputusan PMR,Siti lulus dengan cemerlang tapi ayah angkat Siti menyuruh Siti berhenti sekolah.Siti sangat kecewa.Siti pelajar pintar tapi kalau Siti berhenti sekolah tentu masa depan Siti akan gelap.Entah macam mana suatu hari ayah kandung Siti datang ke rumah, katanya kalau Siti nak terus belajar Siti mesti jadi anak yang patuh.Apa lagilah muslihat ayah,selama ini Siti sudah benar-benar patuh dengan kehendak ayah.Siti di tinggalkan,Siti di pinggirkan tapi Siti tak pernah membantah.Siti diam saja.

“Siti,.kalau Siti nak terus sekolah Siti kena ikut cakap ayah kandung Siti,kami dah tak mampu nak menanggung persekolahan Siti.Kami bukan orang berada.” Mak angkat Siti bersuara suatu hari setelah ayah kandung Siti pergi.Siti tak faham apa maksud mak angkatnya itu.

“Kenapa mak?” Siti bertanya.

“Ada orang sanggup nak menyekolahkan Siti tapi bersyarat.” Siti bingung.

“Kenapa perlu bersyarat pula?” soal Siti lagi.

“Siti perlu berkorban.” Siti semakin benggang.Apa yang perlu di korbankan?

“Orang tu tak ada anak perempuan Siti ,jadi Siti kena tinggal dengan mereka tapi Siti kena kahwin dengan anak tunggal mereka.?” Siti terpempam.Gila! Siti baru nak masuk enam belas tahun.Takkan Siti kena kahwin.Langsung tak masuk dek akal.

“Tak pernah di buat orang la mak,Siti baru nak masuk tingkatan empatkan tahun depan.Takkan Siti nak kahwin.Habis tu macam mana pula dengan pelajaran Siti.Siti tak mahulah mak.” Siti suarakan keputusannya.

“Orang dulu-dulu Siti umur lima belas dah kahwin tau.Tak ada masalah pun.Terpulang pada Sitilah kalau masih nak sambung belajar hanya itu saja caranya.” Siti garu kepala yang tak gatal.Dia baru saja dapat tahu nama si pujaan hati beberapa hari yang lalu.Dah nak kena kahwin pula.Macam mana ni?


BAB 2

MAHU atau tidak Siti terpaksa akur dengan nasib dirinya.Hujung tahun Siti di kahwinkan.Suami Siti pun masih muda lagi.Masih menuntut di Maktab Perguruan dengan kata lain Siti sudah berkahwin dengan bakal seorang guru.Siti berpindah rumah ke rumah  mentuanya yang berhampiran dengan sekolah.Siti bijak mengelak dari di ketahui oleh rakan-rakan sekolahnya.Tiada siapa yang tahu Siti sudah memegang status isteri orang.Suaminya pula tidak tinggal bersama mereka,Cuma sekali sekala akan pulang ke kampung bila ada cuti.Siti masih di beri kebebasan sebagai seorang pelajar sekolah.Hidup Siti banyak berubah sejak berpindah ke rumah keluarga suaminya.Kedua ibubapa mertua Siti melayan Siti dengan baik.Suami Siti juga baik dan sporting juga memahami Siti.

“Siti sihat?” soalan pertama dari Muhammad Amsyar suami Siti setelah mereka berbalas salam.Muhammad Amsyar selalu menelefon Siti bila ada kelapangan.Dia menerima Siti seadanya.

“Sihat! Abang Sihat?” Siti menjawab perlahan.Terasa bahagia bila setiap kali menerima panggilan dari Amsyar.

“Alhamdulillah,..Siti buat apa tadi?” Amsyar bertanya lembut.

“Buat homework la abang,buat apa lagi,..tahun depankan Siti SPM.Guru kelas Siti cakap tahun ni bukan tahun honeymoon,kena pulun sungguh-sungguh.” Siti tertawa kecil.Teringat dia bila cikgu Shuib bercakap di kelas,riuh rendah dengan sorakan pelajar-pelajar dari  kelasnya terutama pelajar lelaki.

“Lain macam je bunyinya tu,tunggulah bila abang dah habis belajar nanti kita pergi la honeymoon.” Amsyar berseloroh.Siti dah berbahang wajahnya.Nasib baik Amsyar tak ada bersama ketika itu.Terdengar juga ketawa Amsyar di hujung talian.

“Hiesyy,..ke situ pula.Cikgu Siti yang cakap bukan Siti la,..” Amsyar tertawa lagi.Suka hatinya dapat mengusik Siti.Terubat juga rindunya itu.

“Abang gurau ajalah.Okeylah,..nanti Siti kirim salam ibu dengan abah ya.Mungkin cuti nanti abang balik.Siti belajar rajin-rajin.Jangan nakal-nakal tau.Nanti kalau SPM failed abang betul-betul bawa Siti pergi honeymoon.” Siti hanya senyum.Terbayang di matanya wajah Amsyar.Rasa tak sabar pula untuk menunggu kepulangan Amsyar.

“InsyakAllah abang.Abang jaga diri ya.”panggilan diputuskan.Begitulah kehidupan baru Siti,Si pujaan hati terpaksa di lupakan begitu saja.Dia sudah punya kekasih hati yang sudah halal dicintai,untuk apa lagi mengejar sesuatu yang tak pasti.Siti nekad untuk ambil peluang itu untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Hari berlalu tahun berganti.Siti sudah di tingkatan lima kini.Hari ini kelasnya riuh rendah dengan gelagat teman-temannya bercerita tentang kedatangan guru praktikal.Siti tahu salah seorangnya adalah Amsyar tapi Siti awal-awal lagi sudah membuat perjanjian dengan Amsyar untuk tidak saling mengenali.

“Alamak!!!,..Handsome giler cikgu praktikal yang dua orang tu kan!” Farhanna bersuara kuat.Farhanna ni dalam kelas dapat gelaran minah gedik kerana tabiatnya yang pantang terserempak dengan lelaki handsome,ada saja gelagatnya.

“Woii,..minah gedik.com! Kalau dah handsome tu okey la, tapi yang sampai gila tu apa kes plak?” Mohd Ikbal menyampuk di belakang kelas.

“Kau apa tau,..aku punya suka la nak cakap apa pun.Mulut aku,..aku punya suka ar.” Farhanna menjeling geram.Siti yang menjadi pendengar dan pemerhati hanya mengeleng kepala,Siti dah tahu awal lagi dengan kedatangan lima orang guru praktikal ke sekolah mereka.Dua orang lelaki dan tiga orang perempuan.Amsyar yang bagi info itu padanya tapi Siti bertindak mendiamkan diri.Untuk apa nak di hebohkan.

“Kau jeles la tu sebab kau tak handsome,..” perang mulut masih berlarutan.Yang lain hanya menyampuk sekali sekala.Siti langsung tak beriak.

“Yang korang ni sibuk sangat pasal cikgu praktikal tu kenapa? Dah gatal sangat nak kawen ke?Ingat sama tahun ni kita SPM.”bunyi dah suara Tuan Puteri Aina.Nama asalnya Nurul Aina Fateha,tapi memandangkan dia pernah berlakon dalam pementasan di sekolah sebagai Puteri Gunung Ledang dia dapat gelaran sebagai Tuan Puteri.

“Woii,..cikgu nak masuk kelas,cepat duduk tempat.” Fikri yang duduk di meja depan tepi pintu memberi amaran.Kelas yang riuh rendah terus sunyi sepi.Masing-masing mencapai buku teks dan berpura-pura membaca.Sekarang pelajaran Bahasa Malaysia sepatutnya cikgu Hayati tapi cikgu Hayati pula cuti bersalin.

“Assalamualaikum kelas,memandangkan cikgu Hayati tak ada jadi mulai hari ini pelajaran Bahasa Malaysia akan di gantikan buat sementara oleh cikgu baru.” Masuk saja ke kelas cikgu Shuib yang merupakan guru kelas mereka membuat pengumuman.Berdiri di sisinya salah seorang guru praktikal lelaki yang masih muda.Kelas menjadi riuh seketika.Tapi sekejap Cuma bila cikgu Shuib memberi arahan supaya diam.

“Ok,..saya akan tinggalkan kamu dengan guru baru.Cikgu Amsyar saya keluar dulu.” Cikgu Shuib terus keluar selepas saling menganggukkan kepala dengan Amsyar.

“Assalammualaikum semua.” Amsyar berdiri di depan kelas sambil memberi salam dan mengukirkan senyuman.Wajahnya beriak tenang.Wajah pelajar-pelajar 5 Sastera 1 di pandang seorang demi seorang.

“Waalaikummusalam,..” bergema suara seisi kelas.

“Sebelum kita mulakan pelajaran hari ini,kita mulakan sesi perkenalan dulu.Saya Muhammad Amsyar bin Mustakim,mungkin awak semua sudah tahu saya hanya guru praktikal di sini.Jadi ada siapa-siapa yang nak tanya soalan.” Pandangan Amsyar terarah pada Siti yang hanya menundukkan wajah sejak tadi.Amsyar tersenyum lagi.

“Cikgu dah kawen belum?” Minah gedik .com memulakan soalan cepuperaknya.Riuh seisi kelas.

“Hmm,..susah nak cakap,yang pasti saya sudah berpunya.Ok,..lain soalan!” ketika ini Siti sudah panggungkan kepalanya.Wajah Amsyar di tenung.Masih tiada riak.Selamba dan tenang.

“Alahhh,..” sepatah Farhanna bersuara seolah orang yang sedang kecewa.Seisi kelas memandang Farhanna kecuali Siti Musliha.Langsung dia tidak terkesan dengan kehadiran Amsyar di kelasnya.

“Cikgu asal orang mana?” Mohd Darwish pula menyoal.

“Orang Malaysia!” Selamba Amsyar menjawab.

“Booo,..” Mohd Darwish di boo oleh rakan sekelas.Amsyar hanya senyum.Dia menapak ke meja guru.

“Rasanya awak semua memang dah tak ada soalan,jadi boleh kita teruskan dengan pelajaran hari ini?” Amsyar meletakkan beg bimbitnya di meja dan menuju ke papan hitam.Kapur di capai dan menulis sesuatu di papan hitam.

“Hari ini kita buat karangan,..HARAPAN DAN IMPIAN,..saya nak tengok bakat awak semua.Buat rangka cerita macam awak buat cerpen.” Sekali lagi Siti pandang Amsyar,mentang-mentanglah Siti pernah bagi tahu Amsyar dia nak jadi seorang penulis.

“Ada bantahan?” Amsyar menyoal.Seisi kelas mengeleng.

“Boleh mulakan sekarang!” Amsyar melangkah ke meja guru.Dia duduk sambil mengeluarkan buku rujukan dari beg bimbitnya.Pelajar-pelajar 5 Sastera 1 mula mengeluarkan buku latihan masing-masing.

Siti buat seperti biasa,diam dan membisu.Memang sifat Siti di kelas tidak banyak mulut.Kalau bercakap pun bila perlu saja.Pelajar-pelajar yang lain bercakap sesama sendiri dengan suara perlahan.

“Psstt,..Siti!,..kau tengoklah Minah Gedikzz,com tu,..” Mahani di sebelah Siti berbisik.Siti menoleh ke belakang memerhatikan gelagat Farhanna yang sedang menongkat dagu sambil memandang ke depan.Hanya sepintas lalu.

“Biar dialah!” Siti juga bersuara separuh berbisik.Dah kenal sangat dengan Farhanna.

“Dengan cikgu pun nak ngorat jugak ke,..dah sah-sah cikgu Amsyar tu cakap dia dah berpunya,..” Mahani tak puas hati.Pantang ada lelaki handsome mesti Farhanna nak tackle.

“Dah hobi dia kot!Biarlah!” Tegas sekali suara Siti tapi tetap dalam nada berbisik.

“Hahhh! Bisik-bisik apa ni?Ngumpat ke?” tak sedar Amsyar sudah berdiri di sebelah meja Siti.Tersentak Siti dan Mahani.Tangan Siti dilekapkan ke dadanya dan Siti mengurut dadanya perlahan sambil matanya menjeling tajam pada Amsyar.Amsyar tertawa kecil.Seisi kelas menumpukan perhatian pada Siti dan Mahani.Keduanya tertunduk malu.Terkantoi dengan cikgu baru.Amsyar meronda di dalam kelas,dari tadi dia melihat pelajar-pelajarnya bersembang sesama mereka.

“Saya suruh buat kerja ya.Bukan berbual,bukan juga berbisik!” tegas bunyi suaranya.Wajah sengaja di seriuskan.

‘Cikgu apa harapan dan impian cikgu?” Farhanna bertanya berani.Dalam kelas memang Farhanna paling peramah dan tak pernah kekok dengan sesiapa pun.

“Ermm,..harapan saya macam cikgu lain jugak  la,..nak tengok awak semua berjaya dalam SPM dan dapat score A dalam semua matapelajaran” Amsyar pandang Farhanna.Dari tadi hanya Farhanna yang banyak menyoal.

“Dari tadi awak sorang saja yang menyoal,yang lain tak ada soalan ke?” Amsyar pandang semua pelajar  dan matanya berhenti di wajah Siti.Keningnya di jongketkan sedikit seolah bertanya.Siti menunduk.Buku latihan di depan di tenung dan berpura-pura kusyuk menulis.

“Cikgu apa pula harapan dan impian untuk diri cikgu sendiri?” Mohd Ikmal pula menyoal. Amsyar tersenyum.

“Mudah,..harapan saya cuma nak berjaya dalam hidup menjadi seorang guru yang berdedikasi,di hormati semua pelajar dan nak bina keluarga bahagia.” Semua pelajar mengangguk termasuk Siti.

“Adik beradik cikgu ada berapa orang?” suara Farhanna lagi.Pelajar yang lain dah mula senyum.Ada yang dah mula mengelengkan kepala.

“Cita-cita awak nak jadi penyiasat ke, tak pun mesti nak jadi wartawankan?” soalan dari Amsyar pada Farhanna menjadikan kelas riuh seketika.Farhanna tersengeh.

“Cikgu,..pepatah ada mengatakan malu bertanya sesat jalan.” Farhanna tetap menjawab.

“Apa kena mengena pula adik beradik saya dengan sesat jalan tu?” Amsyar serius sekali lagi.Kelas dah mula riuh dengan gelak tawa.Farhanna sengeh lagi.Cikgu Amsyar ni memang tak sporting langsung.

“Dahhh,..buat kerja masing-masing.Kita ada dua masa kalau boleh selepas habis dua masa ni kumpul semua buku dan hantar ke bilik guru.” Sengaja Amsyar bersuara tegas.Riuh sekali lagi kelas.

“Alaa,..cikguuu,..” Amsyar sengeh.Dah agak mesti suara-suara pelajarnya bakal berbunyi.

“Ok,ok,…siapa habis boleh hantar.siapa tak habis boleh hantar esok.Esok ada BM tak?” hari pertama memang Amsyar tak sempat nak tengok jadual.

“Ada cikgu.masa pertama,satu masa ja.” Ketua kelas Mohd Hafiz menjawab.

Amsyar angguk.Dia sudah kembali ke meja guru dan melabuhkan punggungnya di kerusi.Yang lain mula kusyuk sekali lagi dengan kerja masing-masing walau masih ada suara-suara yang sedang berbual.Budak-budak ni memang tak makan saman.Cikgu Hayati yang garang tu pun mereka tak takut.Inikan pula cikgu Amsyar yang lebih muda.Dah nama pun cikgu praktikal.Tentu belum ada pengalaman.Sekali sekala Amsyar akan memandang ke hadapan.Memerhati gelagat anak-anak muridnya.Kadang-kadang pandangannya memaku lama pada wajah Siti.Sudah setahun menjadi suami dan isteri wajah itu sudah boleh di hafalnya.Di rumah Siti bukan pendiam.Amsyar tahu Siti seorang yang pemalu tapi bukan dengan Amsyar.Dengan Amsyar Siti kuat menyakat dan bijak menjawab setiap kali di kenakan Amsyar.Berbeza! Memang berbeza Siti di hadapannya sekarang dan Siti yang di kenalinya.Siti membetulkan duduknya.Sengaja kepala di panggungkan,niat di hati nak mencuri memandang si suami tapi niatnya terhalang bila mata bertentang mata.Entah kenapa timbul perasaan segan di hati bila bertembung mata begitu.Takut terkantoi dengan rakan sekelas barangkali.

“Siti,..kau perasan tak?” Mahani di sebelah Siti berbisik lagi.

“Perasan apa?” tanpa memandang Mahani Siti bertanya.

“Cikgu Amsyar!” kali ini Siti toleh wajahnya pada Mahani.Keningnya di naikkan.

“Dia asyik pandang sini jer,..kau jangan tengok pula,nanti dia tahu kita tahu dia tengok kita.” Mahani bersuara gusar.Siti tersenyum tapi dalam hati bengang juga dengan gelagat Amsyar.Macam la tak boleh balik rumah dah.Merenung macam nak makan orang pulak.

“Biarlah dia,dia ada mata.Buat kerja kau.Nanti siap tak adalah kerja rumah.Balik rumah boleh enjoy.”sempoi saja jawapan Siti.Malas nak bagi tahu Mahani dia pun perasan dengan renungan cikgu Amsyar tu.

“Agak-agak kaulah,..dia tengok kita ke,..dia tengok Farhanna?” Mahani menyoal lagi sambil tangan terus berjalan.Boleh pulakkan Mahani ni buat karangan sambil bergosip.

“Sejak bila pula aku ni jadi nujum pak belalang boleh baca hati cikgu Amsyar tu?” hah! Ambik kau Mahani,sekali Siti bersuara,ayat dia memang power.Malas nak layan sebenarnya.Soalan Mahani tu boleh buat darah Siti mendidih.

“Aku tanya je,..yang kau nak marah pulak kenapa?” Siti mengeluh perlahan.Dia pulak yang kena,sepintas lalu dia menoleh ke belakang.Memandang wajah Farhanna yang putih bersih.Walau pun mulutnya macam murai tapi wajah Farhanna ni ada pakej,cantik,gebu,berhidung sedikit mancung dan berwajah sedikit keanak-anakan.Baby face la kononnya.

“Tak marah pun.Cuma rimas sikit!” Siti berkata jujur.Yang kau sedang bercakap tu suami aku mestilah rimas.Siti bermonolog di dalam hati.

Topik tu habis setakat itu saja,Dua masa selesai tapi yang pasti seorang pelajar pun tak hantar karangan tu.Kalau dah nama buat kerja sambil berbual mana nak habisnya.

BAB 3


DI RUMAH Siti balik sekolah macam biasa,hari ini tak ada kelas tambahan.Dari sekolah ke rumah Siti jalan kaki saja.Tak jauh sangat kot.Amsyar pula tinggal di rumah sewa bersama seorang lagi cikgu praktikal lelaki,kawan Amsyar juga, cikgu Hambali.Kalau nak di ikutkan boleh saja Amsyar nak tinggal bersama keluarganya tapi kesian pula pada cikgu Hambali yang tak berteman.Selepas solat zohor Siti terus ke dapur mencari nasi la,apa lagi.Dah perangai Siti waktu rehat memang tak suka pergi kantin.Kalau makan pun sekadar membeli roti untuk mengalas perut.Air selalunya Siti bawa bekal,cukup sekadar air masak sebagai penghilang dahaga.Baru saja pegang pinggan Siti dengar ada orang memberi salam di depan rumah.Pinggan di letakkan di atas meja.Siti menuju ke pintu.Belum sempat Siti membukanya pintu sudah di kuak dari luar.

“Laa,..abang ke? Kenapa tak cakap nak balik?Abang sorang ja ke?” Nampak saja Amsyar di muka pintu Siti terus tersenyum.Tangan di hulurkan.Amsyar menyambut huluran tangan Siti,belum sempat Siti menyalaminya tubuh Siti di tarik mendekat.Sejak sekolah tadi entah kenapa dia terlalu rindukan Siti.Di rangkulnya tubuh Siti erat.Terkejut Siti dengan tindakan Amsyar.Tak pernah lagi Amsyar berkelakuan seperti itu.

“Abang ni kenapa?Jangan bagi Siti takut!” Siti menolak perlahan dada Amsyar.Pelukan di lepaskan.Terdengar tawa Amsyar.

“Abang rindu Siti la,..rindu sangat-sangat! Ibu mana?” sempat Amsyar menyoal.Sebaik terpandang Siti yang menyambutnya di muka pintu,Amsyar jadi terlupa pada ibunya.Maunya ibunya menyaksikan gelagatnya itu mesti termalu sakan dia.

“Tak tahu,..tadi Siti balik tak ada siapa pun di rumah.Abang dah makan?” lembut Siti bertanya.Amsyar mengeleng.

“Jom! Makan sekali! Siti pun baru nak makan.” Mereka berpimpim tangan menuju ke dapur.

“Abang nak makan Siti boleh?” Entah kenapa pulak dengan Amsyar ni.Siti buat tak dengar saja.Malas betul nak melayan.Amsyar sudah banyak berubah.Siti menuju ke rak pinggan,sebiji lagi pinggan di ambil untuk Amsyar.Tudung saji di atas meja makan di angkat.Sudah siap terhidang.Kangkung goreng belacan dengan gulai tenggiri berserta sambal belacan dan ulam pucuk raja.

“Wahh! Sedapnya,..macam tau-tau saja ibu ni abang nak balik makan hari ini.” Amsyar ketawa.Kemarin pun dia balik makan tengahari tapi Siti ke kelas tambahan.Hanya ada ibunya yang melayan.Selepas makan dia pulang ke rumah sewanya.

“Bukan kemarin pun abang balik makan ke?” Siti pelik seingatnya semalam ibu mentuanya memberitahu Amsyar balik makan tengahari.

“Yupp! Tapi makan sorang-sorang ja, mana best!.” Siti pandang Amsyar.Mereka bermain mata seketika.Siti mengelengkan kepalanya sambil tertawa kecil.Amsyar dah pandai nak mengada-ngada sekarang.

“Abang jangan nak mengada pulak! Sebelum ni okey ja,”

“Memang la okey,…tapi tak sama!”

“Apa yang tak sama?”

“Tak ada Siti teman!”

“Ekeleh,..sengajakan?”

Amsyar ketawa.Itulah Siti bila di sisinya.Tak pernah mahu mengaku kalah.Siapa cakap Siti pendiam.Siapa cakap Siti pemalu.Hmm,..wajah Siti, Amsyar pandang lagi.Hatinya di landa resah tak bertempat.Yang namanya ‘sweet seven teen’ memang manis di pandang mata.Mungkin Siti tak secantik Farhanna,tak segebu Farhanna tapi Siti tetap manis dan menawan di mata Amsyar.

“Kenapa abang tengok Siti macam tu.Nasi banyak lagi kalau abang nak tambah.Jangan nak makan Siti pulak.” Sengaja Siti berseloroh dengan Amsyar.Tangan terus juga menyuap nasi masuk ke mulut.Amsyar ketawa kuat.Kerusinya di rapatkan kepada Siti.Siti buat selamba saja.Nak takut apa dengan Amsyar.Malu Siti bertempat.Amsyar suaminya.Malu tetap malu tapi pada mula mereka kahwin saja dan pada kali pertama mereka kenal.Sekarang sudah setahun mereka kahwin walau jarang bertemu.Di pisahkan jarak dan masa.

“Memang abang nak makan Siti pun!” menyakat saja kerjanya Amsyar ni.

“Makan sajalah,kalau abang lalu,..ada Siti larang.”

“Betul ni?” cehhh! Amsyar tersengeh sampai ke telinga pulak dia.

“Tak! Tak betul! Abang dah buat perjanjian dengan Siti.Abang akan sentuh Siti bila Siti dah tamat belajar so sekarang tolong jangan lupa janji abang tu.” Serta merta wajah Amsyar bertukar mendung.Siti buat muka orang tak ada perasaan.

“Kita buat kontrak baru.Kontrak lama tu kita cancel.Sekarang ni abang dah mengajar di sekolah Siti jadi abang akan sentiasa perhatikan Siti.Kalau tak ada orang mengorat Siti,Siti akan selamat tapi kalau ada seorang ja cakap dia suka kat Siti,abang akan bertindak.” Mengugut nampaknya Amsyar ni.Kalau tadi Amsyar berwajah mendung,sekarang giliran Siti pula menarik muncung.

“Abang nak buat apa?” lurus Siti bertanya.Di pandang wajah Amsyar.Amsyar sengeh.Nasi di pinggan Siti sudah habis tapi Siti masih tidak berganjak.Menunggu dengan sabar ayat-ayat yang bakal di tuturkan Amsyar.

“Buat apa? Sekejap abang nak berfikir!” Amsyar pegang dagu dengan tangan kiri,matanya mendonggak ke atas.

“Nantilah abang bagi tahu.” Serentak dengan itu Amsyar meneruskan suapannya yang terakhir.Siti membuntangkan matanya.Sengaja nak bagi Siti suspenkan!


Siti bangun menuju singki,langkahnya di turut Amsyar.Tangan di basuh.Dengan nakal air di tangan Amsyar di percikkan ke muka Siti.

“Hieyss,..abangggg!!!” mengekek Amsyar ketawa.Siti tak jadi marah malah turut mengukirkan senyuman.

“Dahlah! Siti nak pergi buat homework,karangan tadi tak siap lagi.Esok dah kena hantar.Nanti marah pula cikgu Amsyar tu.” Selamba saja Siti ni.Amsyar dah sengeh lagi.Tiba-tiba teringat pula pada budak yang rajin bertanya di kelas Siti tadi.

“Apa nama budak yang belakang Siti tu?”

“Mana? Yang comei,putih gebu tu ke? Tu nama dia Putri Nurul Farhanna tapi kami panggil dia minah gedikzz .com.” Siti ketawa lepas di akhir ayatnya.

“Amboihhh!! Isteri abang ni,..sejak bila pula pandai mengelar orang ni?”

“Ehh! Mana ada.Tu Ikbal yang bagi.Kami follow ja!” Siti sengeh.Ikbal dengan Farhanna tu sebenarnya 2x5 ja.Bila Ikbal bagi gelaran minah gedik.com dekat Farhanna,Farhanna pula bagi gelaran murai mulut banyak dekat Ikbal.Sama-sama tak mahu mengalah.

“Siti,.abang nak balik ke rumah sewa balik.Abang balik makan saja ni.Esok abang datang lagi.Siti ada kelas tambahan tak esok?” Amsyar hulurkan tangan.Siti yang sedang tersenyum terus berubah wajah.

“Ingatkan abang nak balik terus!” Amsyar sengeh.Kening di jongketkan beberapa kali.Tanpa sedar Siti di rangkul sekali lagi.Lama.

“Kenapa? Siti nak suruh abang tidur sini ke?Kalau ya nanti malam abang balik lagi.Sekarang ni abang kena balik sana balik, lepas asar ni kami ada perbincangan sikit.” Pelukan di lepaskan.Siti tak pula marah.Dengan gelagat Amsyar yang macam ni rasa sayang pula untuk Siti melepaskan Amsyar pergi.Rasa terhibur,rasa bahagia dan di lindungi.

“Ishh,..tak payah kot,nanti habislah Siti.Kesian pula dengan cikgu Hambali nanti tak berteman.” Siti sengeh.Sebenarnya bukan takut mana pun sekadar nak menceriakan suasana.

“Cikgu Hambali pula yang Siti nak kesian.Ni yang abang nak jeles ni.” Siti lepaskan tawa.

“Siti suka kalau abang cemburu tapi Siti minta sangat,tolong jangan cemburu buta.Mungkin ada yang suka kat Siti di sekolah tu tapi tak bermakna Siti pun suka kat dia. Dahh! Pergilah,..nanti mereka tunggu abang pula.” Amsyar mendung sekali lagi.Siti buat ayat yang tak sedap di dengar.Tapi Amsyar nak positif saja.Kalau nak di fikirkan soalnya hati memang tak boleh tahan tapi Amsyar percaya pada Siti.Kebahagiaan sesebuah rumahtangga terletak pada sikap saling mempercayai antara satu sama lain.Siti menyalami tangan Amsyar dan mencium tangan Amsyar.Spontan pipi Siti Amsyar kucup.Terkesima lagi Siti.

“Bawa kereta elok-elok.Tengok jalan,jangan tengok aweks.” Sempat lagi Siti nak bergurau.Nak cover line dengan gelagat Amsyar yang tidak di sangka tadi kot.

“Yalah sayang! Dahhh! pergi buat karangan tu.Siti tak hantar esok,siaplah Siti! Abang akan denda Siti kiss abang seratus kali.” Siti ketawa.

“Kalau macam tu esok Siti tak mau bawa la buku tu.Siti nak cakap Siti lupa.” Amboi! Boleh tahan Siti ni kan.Amsyar dah sengeh sampai telinga.Dalam berbual langkah di teruskan juga.Siti menghantar Amsyar hingga ke muka pintu.Sedih pula Siti nak lepaskan Amsyar pergi.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat nak bermanja dan bergurau senda.Hmm,..alahai Siti Musliha.

Malam tu Amsyar telefon Siti.Siti yang baru nak terlelap tetap menjawabnya,apatah lagi bila melihat skrin hp tertera nama Amsyar.

“Assalammualaikum,. Siti dah tidur ke?”

“Yupp!,..Dah terlelap,tak sempat bermimpi lagi pun.Ada apa bang?”

“Aikk! Abang nak call isteri abang pun tak boleh ke?” Siti sengeh sorang-sorang.Silap Tanya soalan daa.

“Boleh!”

“Hmm,..ingatkan dah tak boleh call dah.Ingat nak merajuk dah tadi!” Siti ketawa kecil.

“Hodohlah bang orang laki majuk.Siti majuk okey la.”

“Amboih! Mana aci,abang pun ada perasaan jugak tau.”

“Yalah tu,..ala-ala cayang bucuk Siti ni.Abang buat apa tu?Tak tidur lagi? Siti ngantuk sangat dah ni!” Siti menguap.Matanya dah macam tak boleh nak angkat dah.

“Abang tak boleh nak tidur.Abang teringat kat Siti.”

“Hurmm,..tak apa nanti kita jumpa dalam mimpi ya.”

Terdengar Amsyar tawa di hujung talian.Siti turut tersengeh.

“Okeylah,nanti kita jumpa dalam mimpi.Bye sayang,..Assalammualaikum!”

“Waalaikummussalam.” Talian terputus dan Siti terus menyambung tidurnya yang tergendala sebentar tadi.Sudah adakah cinta dalam hati? Hanya Amsyar dan Siti saja yang tahu.

Menjelang pagi,Usai solat subuh Siti mencari hpnya.Sedap saja hpnya terdampar di atas katil.Ada pula satu mesej yang masuk.Siti buka.Dari Amsyar mesej yang di kirim malam tadi.Mungkin lepas berbual di talian Amsyar menghantar mesej.

~Sayang,..tak payah bawa buku karangan tu hari ni.Abang tak marah.Abang suka~

Siti tersengeh.Pagi-pagi lagi Amsyar dah memberi Siti satu senyuman yang cukup bermakna.Siti bersiap untuk ke sekolah.Buku sekolah di masukkan mengikut jadual hari ini.Siti pegang buku karangan sambil tersenyum.Nak bawa ke tak? Nak bawa ke tak?? Hmm,..akhirnya keputusan muktamad pun di buat.Selepas selesai bersiap Siti pun melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur dan bersarapan pagi.


BAB 4

DI KELAS,..masa pertama.Laju saja Amsyar melangkah masuk ke kelas.

“Assalamualaikum semua.” Langkah di atur terus ke meja guru.

“Waalaikumussalam” sambut semua pelajar.

Amsyar duduk di kerusi.Macam kemarin wajah semua pelajar di pandang.Cuma seketika dan Amsyar kembali bersuara.

“Dah siap semua kerja semalam? Hantar ke depan!”

“Dah cikguu!”

Masing-masing mengeluarkan buku dari beg.Amsyar curi pandang Siti.Siti buat tak peduli walau dia tahu dirinya sedang di perhati.Bukunya di hulur pada Mahani.

“Hantar buku aku sekali,kau baikkan? Aku sayang kau kejap-kejap.” Siti sengeh.Mahani mencebik.

“Bodek.” Sepatah Mahani berkata tapi buku di tangan Siti tetap di sambut.Setelah semua duduk ke tempat masing-masing Amsyar bersuara lagi.

“Hari ni kita buat tatabahasa,bawa keluar buku teks masing-masing dan buka muka surat 15.Saya nak awak selesaikan semua soalan tu,..dan buat kerja masing-masing.Boleh bincang jawapan tapi jangan terlalu bising.Faham semua?”

“Faham cikgu!” bergema satu kelas.Amsyar memeriksa buku yang telah di hantar di atas mejanya.Di belek satu persatu.Sudah pasti nama Siti yang di cari.Jumpa tapi jumlah buku yang sedikit meraguinya.

“Semua dah hantar ke ni?” sekali lagi wajahnya di pandang ke hadapan.

“Ada sesiapa yang tak hantar sila angkat tangan.” Lima orang dengan beraninya telah mengangkat tangan masing-masing.Siti urut dada lega.Nasib baik aku tak ikut cakap cikgu Amsyar ni,kalau tak mesti aku cipta rekod tak hantar kerja sekolah.

“Kenapa?” sepatah soalan di tanya.

“Terlupa nak bawa cikgu.” Tu suara Mohd Haikal.

“Tak siap cikgu.” Suara paling berani Mohd Ikbal.

“Lupa nak buat cikgu.”Hampeh! tu suara Wafi.

“Kemarin saya tak datang sekolah cikgu.” Nur Adha pula bersuara.

“Nenek saya pinjam cikgu.” Riuh seisi kelas.Suara Zack atau pun Zaidi.

“Nenek awak buat apa dengan buku awak tu?” layan pula cikgu Amsyar ni.

“Dia baca la cikgu!” gelak tawa sudah memecahkan suasana pagi.Amsyar sengaja buat muka serius.

“Pandai pula nenek awak tu kan? Sudah! Buat kerja masing-masing! Mana yang tak hantar hari ini,esok jangan lupa hantar.” Amsyar meneruskan dengan kerjanya.Buku karangan tadi di belek lagi.Ambil sebuah dan baca.Terukir senyuman di bibirnya.Wajah di panggung.Wajah Isteri tersayang di cari.Leka menulis,sesekali di lihat Siti berbual dengan rakan sebelah,mungkin juga berbincang jawapan.Amsyar menyambung pembacaannya,sesekali kepalanya di gelengkan.Lucu barangkali dengan karangan yang di baca.

Masa terus berlalu tamat sudah matapelajaran Bahasa Malaysia.Amsyar berlalu keluar.Masuk pula cikgu Shuib.Time matapelajaran Sejarah.Kedatangan di ambil.Selepas kedatangan di ambil pembelajaran pun bermula.Sejarah tingkatan 5.Walau masih awal pagi sudah ada yang menguap.Bagi yang minat sejarah mungkin inilah pelajaran yang paling best tapi bagi yang tak minat melihat tempat dan tahun pun pasti memeningkan kepala.

“Rehat nanti kau nak pergi kantin tak?” soal Mahani pada Siti.Lagi satu pelajaran sebelum rehat.

“Tak kot! Malas.Aku nak pergi library ja.Kau nak ikut?” hobi Siti.Library adalah tempat kesukaannya setiap kali rehat.Kalau dia bertugas membersihkan kelas dia akan duduk saja dalam kelas hingga loceng rehat berbunyi.

“Kau tak lapar ke,setiap kali rehat kau tak pernah makan?”

“Aku dah biasa.Balik rumah nanti aku makan la.”Siti senyum.Memang dah biasa pun.Dia bukan orang berada pun.Sejak sekolah rendah lagi dia dah biasa makan sarapan di rumah.Kalau tak sempat dia akan bawa nasi lemak ke sekolah dan akan makan di sekolah saja.Di kantin tu boleh di kira dengan jari berapa kali saja dia pergi makan.Duit belanja dia ke sekolah pun tak banyak sangat.Selepas kahwin pun dia simpan saja duit yang ibu mentua dia beri.Kadang-kadang Amsyar pun bagi dia duit saku.Siti simpan juga kalau dia guna pun untuk keperluan yang lebih penting saja.Siti ada impian untuk sambung belajar,kalau boleh dia tak mahu membebankan keluarga mentuanya.Siti bijak menabung.

“Ikut suka kaulah.Nanti aku keluar makan dengan Wati dan Tina tau.Kalau kami sudah awal nanti kami pergi cari kau di library.” Siti angguk.Dia dah biasa bersendirian setiap kali rehat kecuali kalau dia tiba-tiba rasa nak join dia akan join kawan-kawan sekelasnya.

Siti cuba luangkan waktu di library dengan membaca novel.Sekadar nak release tension.Siti kalau masuk library memang Siti takkan ambil peduli dengan hal orang lain dah,Siti hanya dengan dunia Siti.

“Hai!” hanya sepatah tapi cukup membuat Siti terkejut.Kerusi di sebelah Siti di tarik,Siti dah mula gabra.Gila betul Haziq Haikal ni.Ya! Haziq Haikal pelajar yang Siti admire masa tingkatan 2 tapi sekarang tak lagi.Siti dah ada buah hati,Cikgu Amsyar.Nak di jadikan cerita ketika Haziq sudah mula duduk Cikgu Amsyar pula sudah mula menapak ke dalam library.Pucat tak berdarah wajah Siti.Cepat-cepat Siti bangun.

“Nak pergi mana?” Haziq tayang wajah pelik.Gelagat Siti macam orang baru lepas tengok hantu.

“Nak keluar.Mahani panggil.” Hentam sajalah Siti.Siti menuju ke rak buku.Di letakkan kembali novel di tempat asal.Laju Siti melangkah,Laju juga Haziq mengejar.Siti rimas,kenapa pula dengan Haziq ni,sebelum ni hanya dok usha dari jauh ja,hari ini ramah pula dia.

“Siti,..” sambil mengejar nama Siti di laung.Gilaaaa!

“Siti,..tunggulah.Apa yang awak takut sangat ni?” Siti tak menoleh.Langkahnya semakin laju,otaknya ligat berfikir mencari helah untuk melepaskan diri dari Haziq.Di tengah jalan Siti terserempak dengan Mahani,Tina dan Wati.

“Jom! Teman aku pergi toilet!” tangan Mahani di tarik.Mahu tak mahu Mahani tetap mengikut.
“Kau ni apa pasal,macam kena kejar hantu tau.Tadi aku dengar Haziq macam panggil kau.Dia nak apa?” Siti mengeleng.

“Aku tak tahu.Aku takut.Kenapa dengan Haziq tu,tak pernah pun dia tegur aku sebelum ni?” Siti raup mukanya.Macam cemas sangat wajahnya.Habislah mesti Amsyar dah nampak dan dengar juga laungan Haziq tadi.

“Aku nak tanya kau sikit.Boleh?” Inilah masanya Mahani nak korek rahsia.Dah lama dia dengar orang bercakap Haziq dengan Siti ni couple tapi dia tak percaya,lebih-lebih lagi Siti ni pendiam dan pemalu sikit.

“Kau ni,masa aku tengah bengang nilah kau nak menyoal pun.Apa dia?Tanyalah!”

“Betul ke kau dengan Haziq tu couple?” membuntang mata Siti.

“Kau gila! Aku bertegur sapa dengan dia pun tak pernah.Mana kau dengar berita sensasi tu?” laju saja Siti menafikannya.Tersentap juga dia dengan pertanyaan Mahani.Wati dan Tina yang turut mengekor mereka ke toilet tadi turut memasang telinga.Bila Siti pandang mereka,mereka juga turut mengangguk.

“Haziq yang cakap,orang lain pun cakap macam tu,lagi pun kami dah lama perasan Haziq tu selalu usha kau dari jauh.Tadi,..masa kami nak pergi ke kantin kami nampak Haziq terhendap-hendap di balik pintu kelas.Lepas kau keluar dia ikut kau dari belakang.” Siti dah mati akal.Di sangkakan dia dengan Haziq sudah tiada apa-apa sejak setahun yang lalu kerana dia tidak lagi pernah memandang Haziq.Setiap kali terserempak dengan Haziq pun dia buat biasa saja.

“Aku tak tahu.Kau ni buat aku cuak saja.”

“Kenapa kau lari tadi? Kesian Haziq.Aku dengar dia dah lama suka kau,Sejak form 2 lagi.” Sekali lagi Siti mengeleng.Kacaulah macam ni.

“Kau boleh tolong aku tak?” Siti takut sangat mendengar apa yang di beritahu oleh Mahani.Tak sangka pula benda ni akan serumit ini.

“Tolong apa?”

“Tolong bagi tau Haziq jangan suka aku lagi sebab aku tak boleh suka dia.Kau cakap sajalah aku dah suka orang lain.” Mahani senyum.Wati dan Tina pun senyum.Siti pulak yang jadi hairan.

“Korang ni kenapa?”

“Kau bagi tau dulu.Siapa yang kau suka tu!” Siti tepuk dahi.Terperangkap juga dia.

“Adalah,..tapi yang pasti bukan Haziq.”

“Kau bagi tau dulu baru kami tolong kau.”

“Alahhh,…”  dan Siti terselamat bila loceng berbunyi.

Mereka keluar dari toilet dan sekali lagi mereka tidak menyangka bila melihat Haziq yang sedang memandang mereka di sebelah koridor menuju ke kelas.Siti cuba mengawal perasaan.Mahani cuit Siti.Wati dan Tina dah tergelak perlahan.Entah apa yang lucu.

“Siti!” panggil Haziq bila mereka berselisih.Siti buat tak dengar.Dia meneruskan langkah menapak ke dalam kelas.Macam orang sombong pula Siti ni.Begitu mudahkah melupakan perasaan cinta itu? Yang pastinya bukan mudah untuk meleburkan perasaan suka pada seseorang,lebih-lebih lagi orang itu adalah orang pertama yang kita suka.Tapi Siti juga keliru,kenapa sebelum kehadiran Amsyar dalam hidupnya dia di hina dan di caci,di sindir dan di kutuk.Mungkin sekarang kehidupan Siti sudah jauh berubah.Siti dah tak pakai baju kusam lagi ke sekolah.Siti dah lebih kemas dari dulu dan yang pasti Siti dah pandai mengayakan pakaiannya.Ayah mentua Siti guru besar sekolah rendah.Mak mentua Siti pula ambil upah membuat baju,jadi hidup Siti sudah senang sikit berbanding sebelumnya.

“Nahhh! Haziq bagi!” Mahani hulurkan sepucuk surat secara sembunyi di bawah meja.Siti terpana.Serba salah dia sama ada nak terima atau tidak.

“Ambil ja,..baca dulu.Kesian dia.Dahlah kau reject dia.Surat dia pun kau nak reject jugak!” Siti tak ada pilihan,di capai juga surat itu dan di masukkan ke dalam beg sekolahnya.

“Kau bagi tau dia tak apa yang aku suruh?”

“Tak sempat,cikgu Amsyar dan cikgu Hambali datang.Dia bagi,aku ambil dan blah saja.”

“Huh!” Siti mengeluh,kalau tau dengan cikgu Amsyar habislah! Itu juga yang Siti fikirkan.
Mahani pandang Siti.Kalau dialah dapat surat mesti dia suka tapi lain pula dengan Siti ni dapat surat pun muka monyok semacam ja.Selepas itu Siti langsung tak dapat tumpukan perhatian pada pelajaran.Fokusnya hilang terus.Hanya badannya saja yang berada di kelas tapi mindanya  menerawang jauh entah ke mana.


BAB 5

MALAM,..Amsyar pulang ke rumah.Siti resah gelisah.Memang Amsyar tak bagi tahu Siti dia akan pulang.Konon nak buat susprise untuk isteri tersayang tapi susprisenya Amsyar ada udang di sebalik mee.

Siti buka kembali surat yang di terima dari Haziq.Baru mula hendak membaca biliknya di kuak dari luar.Siti memerhati pintu biliknya menanti wajah yang bakal muncul di depannya.Tergamam dia melihat Amsyar yang masuk.Segera surat Haziq di sorokkan di dalam laci meja belajarnya.

“Buat apa tu? Baca surat pak we ke?” wajah Amsyar tenang tak beriak.Siti pula yang mengelabah tiba-tiba.Amsyar pegang tangan Siti dan memimpinnya duduk di birai katil.

“Panas ke? Berpeluh saja?” Amsyar senyum.Dia bangun dan kembali ke meja belajar Siti.Laci di buka.Dia tahu apa yang Siti cuba sembunyikan.Surat yang berkedut akibat di renyuk oleh Siti di keluarkan.Dia kembali mendapatkan Siti.Surat di buka.

Salam Siti,
Kenapa Siti dah berubah,dulu Siti tak macam ni.kalau kita bertembung ada sinar bahagia di mata Siti tapi sekarang Haziq rasa Haziq dah macam tak wujud untuk Siti.Siti tahukan Haziq suka Siti.Suka sangat,.Haziq memang sukakan Siti sejak form 2 lagi tapi Haziq tak tahu macam mana nak menghampiri Siti.Setiap kali Haziq nak dekat mesti Siti akan lari.Siti macam jinak-jinak merpati,Nampak jinak tapi bila di hampiri akan terbang menjauh.

Siti,..
Maaf kalau Haziq berterus terang begini,Haziq takut sangat kehilangan Siti,Siti dah semakin jauh dari Haziq,lagi beberapa bulan kita akan ambil SPM,selepas itu mungkin kita akan bawa haluan masing-masing.Sebelum tu Haziq ingin membina hubungan di antara kita.Haziq nak kawan dengan Siti,harap Siti tak hampakan Haziq.

Iklas dari
Haziq Haikal

Selesai membaca Amsyar serahkan surat pada Siti.Perlahan Siti mengambilnya dan di renyuk kembali.Siti dah baca surat tu selepas sampai ke rumah petang tadi.Amsyar yang berjanji nak pulang makan nasi tak pulang pun petang tadi tapi tak sangka Amsyar akan pulang malam ini.

“Siti suka Haziq?” perlahan bunyinya tapi penuh dengan nada amarah.Siti geleng.

“Siti,..Siti admire gitu-gitu  ja,tu pun masa form 2,masa form 3 baru Siti tahu nama dia tapi sejak kita kahwin Siti dah tak admire dia lagi dah.Sungguh! Siti suka kat abang sorang ja.Siti sayang abang.” Siti rebahkan badannya di bahu Amsyar.Dia tak mahu Amsyar salah faham.

“Betul Siti sayang abang?” Siti panggung kepala.Wajah Amsyar di renung.Mata bertentang mata.Masing-masing cuba menafsir makna di sebalik renungan.

“Sayang! Sayang sangat!” pengakuan ikhlas dari Siti yang membuatkan bibir Amsyar mengukirkan senyuman tiba-tiba.

“Siti cinta abang?” Amsyar bertanya lagi,sengaja menguji hati si isteri.

“Erkk,..abang ni kenapa? Kalau dah adanya sayang tentulah adanya cinta.” Siti tarik muncung.Malu dia bila nak buat pengakuan macam tu.Amsyar tertawa.Siti di rangkul dalam pelukannya.

“Siti ingat tak kontrak baru kita?” Amsyar mengulum senyum.

“Ingat! Tapi tak adillah,orang lain salah Siti yang bakal kena denda.”

“Buka denda sayang tapi itu tanggungjawab!”

“Maksud abang?” Siti blurr,Tak faham langsung apa yang cuba di sampaikan Amsyar.

“Yupp! Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan tanggungjawab abang juga sebagai seorang suami untuk bagi nafkah buat isteri tersayang ni.” Amsyar senyum lagi.Siti penat memerah otak berfikir.Masih tidak jelas dengan apa yang ingin di sampaikan Amsyar.

“Siti tak faham.” Jujur Siti berkata.Memang dia tak Faham pun.Amsyar merapatkan bibirnya ke telinga Siti dan berbisik.

“Abang dah bagi nafkah zahir,sekarang abang nak tunaikan pulak tanggungjawab abang untuk bagi nafkah batin.Faham!”

“Errr,..mana ada,..bukan ke abah yang keluarkan duit belanja semua ke? Abang tolong sampaikan sajakan!” cover line Siti,jangan tak cover.Faham Siti tapi buat-buat tak fahamkan.

“Sitiii,..abang terasa ni!” Amsyar berwajah mendung sekali lagi.

“Kalau Siti termengandung macam mana?” direct saja Siti ni,kerana itu yang dia fikirkan.Siti pernah baca surat khabar budak dua belas tahun yang mengandung kerana di perkosa abang sendiri.Siti dah tujuh belas tahun.Tak mustahil kalau Siti pun akan mengalami nasib yang sama.Lagi enam bulan Siti nak exam.Takkan nak bawa perut.Siti tak bersedia lagi.

“Alhamdulillah la,maknanya abang la yang power.” Amsyar sengeh.

“Abang pun muda lagikan? Baru dua puluh dua tahun.Tunggulah Siti habis exam dulu,pleaseeee,…” Siti pegang tangan Amsyar.Di usap perlahan tangan itu.

“Tuu,..Siti pegang tangan abang.Siti nak goda abang ke?” berbahang muka Siti,niat sekadar nak memujuk tapi lain pula Amsyar ni fikir.Amsyar ketawa perlahan.

“Macam mana?”

“Tunggu habis exam la.”

“Tak ada tawar menawar!”

Sekali lagi Siti tarik muncung.Amsyar pula dah semakin merapat.Serius pula wajahnya.Akhirnya Siti terpaksa redha dalam pasrah.Amsyar suami Siti yang sah.Kalau dah takdir Siti bakal jadi ibu pun Siti wajib terima.Segalanya adalah ketentuan takdir.Pencaturan hidup ini memang sukar nak di duga.Kalau Amsyar dah meminta haknya sebagai seorang suami Siti hanya perlu memberi dan malam itu mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri yang sebenarnya.

LIMA bulan berlalu,tinggal lagi sebulan Amsyar akan mengajar di sekolah Siti.Ketakutan Siti menjadi nyata tapi Amsyar dan kedua mentuanya tak habis-habis menadah syukur pada yang maha Esa.Siti bernasib baik kerana dia tak pernah alah langsung sepanjang lima bulan ini.Perutnya pun tak besar sangat.Memang kawan-kawan Siti pernah tegur Siti semakin gemuk.Siti cakap saja dia stress nak exam jadi dia makan banyak.Pandai betul Siti cari jalan nak cover line.Haziq pula masih cuba menarik perhatian Siti.Pernah juga Siti berterus terang dengan Haziq untuk tidak mahu ada apa-apa hubungan dengannya.Alasan Siti mudah saja nak focus untuk exam.Tak mau lagi fikirkan soal hati dan perasaan.

Lagi sebulan Amsyar akan kembali ke Maktab Perguruan,bermakna cuma tinggal sebulan saja lagi Siti akan berada di sisi Amsyar.

“Lagi sebulan saja lagi abang akan mengajar di sekolah kamikan?” Siti mengeluh perlahan,terasa masa begitu pantas berlalu.

"Kenapa ni?" Amsyar pandang Siti,tentu ada yang di runsingkan Siti.Sejak akhir-akhir ni Siti macam tak bersemangat saja,Amsyar terfikir juga mungkin perubahan Siti kerana perubahan hormon akibat mengandung.

"Nanti abang dah balik maktab,..Siti sorang-sorang ja,ni perut Siti ni semakin besar tau,bukan semakin kecil." Siti luahkan juga kebimbangannya,pasti nanti Siti akan di cemuh.Tentu orang akan menyangka yang bukan-bukan.Sebelum mereka berkahwin keluarga Amsyar bukan orang sini dan keluarga Amsyar hanya berpindah ke rumah mereka sekarang seminggu selepas mereka berkahwin.Jiran-jiran pula hanya menganggap Amsyar dan Siti sebagai adik beradik.Hanya Rahimah yang tahu tentang pernikahan Siti tapi Rahimah sudah berpindah ke sekolah vokasional.

"Macam nilah,abang ada jugak terfikir nak buat kenduri majlis perpisahan dengan pelajar-pelajar sekolah,nanti abang berbincang dengan ibu dan abah,mana tahu kot-kot mereka nak sponsor bolehlah abang kenalkan Siti sebagai isteri abang.Siti setuju?" Amsyar meminta persetujuan Siti,kalau sebelum ini Siti yang minta di rahsiakan statusnya tapi sekarang bila perut Siti sudah semakin menonjol rasanya tak perlu di rahsiakan lagi.

"Ikut abanglah mana yang baik.Lagi pun dengan keadaan Siti yang macam ni,.." Siti tak menyambung ayatnya,perutnya di usap perlahan.Amsyar yang sedang menyemak sesuatu di dalam buku rujukan turut terhenti,Siti di hampiri dan Amsyar melabuhkan punggungnya di sisi Siti,tangannya turut sama mengusap perut isterinya itu.

"Ehh,..abang! Baby geraklah,.." Siti bersuara ceria.

"Ya? Boleh rasa tak?" Amsyar melekapkan kepalanya pada perut Siti.

"Assalamualaikum anak abah,..baby jangan nakal-nakal tau,kesian ibu!" Siti tertawa kecil melihat perlakuan Amsyar.

"Apalah abang ni,nurse dekat klinik desa tu cakap,kalau baby tak gerak cepat-cepat pergi hospital,tapi kalau baby kuat bergerak maknanya baby sihat dan aktif." Siti memberitahu Amsyar apa yang dia tahu.Selalunya setiap kali ke klinik desa Siti akan pergi bersama ibu mentuanya.Ibu mentuanya akan menemaninya hingga ke dalam bilik rawatan hinggakan ada yang menyangka Siti yang menemani ibu mentuanya.

"Ohh,..ya ke sayang? Jadi anak abah sihatlah ni?" Amsyar membetulkan kedudukannya dan kembali duduk di sebelah Siti.Bahu Siti di rangkul dan Siti mengambil peluang itu menyandarkan kepalanya di bahu Amsyar.

"Abang tahu tak apa ibu cakap,..?"

"Tak tahu!"

"Hiesy,..abang ni,..Siti belum lagi habis cakap abang dah menyampuk,orang baru nak ambil nafas." Bahu Amsyar di tampar perlahan.Amsyar hanya ketawa.

"Ibu cakapkan,bila kandungan dah berusia tujuh bulan,nanti baby akan semakin aktif,bila dia gerak abang pun boleh rasa tau!" serius wajah Siti menerangkan pada Amsyar.Sekali lagi perut Siti Amsyar usap.

"Tak sabar abang nak tunggu masa tu,bulan depan saja lagikan.Tak lambat dah,.."

"Abang ni kira macam mana? Bulan depan baru enam bulan kot!,.." Amsyar ketawa lagi,Siti turut sama ketawa sambil mengelengkan kepalanya.

"Bila abang cadang nak buat kenduri tu?" Siti kembali pada topik asal mereka.

"Nantilah,..abang bincang dengan ibu dan abah dulu."

"Hmm,..mudahan segalanya berjalan dengan lancarkan bang.Abang nak jemput satu sekolah ke?" Siti dongakkan kepala.Matanya merenung mata Amsyar.Amsyar memperkemaskan pelukannya.
"Siti nak satu sekolah tahu ke?" Siti geleng.Sekali lagi kepalanya di sandarkan ke bahu Amsyar.Rasa tenang dan bahagia.

"Tak maulah,..yang penting kelas Siti saja yang tahu.Mereka tu kawan-kawan Siti,yang lain tu Siti tak kisah sangat.Allah tahu kita tak salah,apa tanggapan orang Siti tak kisah tapi kalau kawan-kawan sekelas pandang serong pada Siti macam mana Siti nak belajar." Amsyar angguk,dahi Siti di kucup lama.Hangat dan penuh dengan perasaan sayang.

"Haziq Haikal macam mana? Abang tengok dia masih kejar Siti lagikan?" soalan itu pula yang menjengah mindanya.Bukan dia tak perasan setiap kali pergi dan balik sekolah Haziq menunggu Siti di pintu pagar sekolah.Biar pun dia tahu Siti seringkali mengelak tapi Haziq tak pernah berputus asa.

"Nantilah Siti minta tolong dengan Mahani,mungkin dia boleh tolong Siti bagi tahu Haziq." Siti mengeluh perlahan.Pelukan Amsyar di leraikan.Siti mula terasa sakit pinggang,di urutnya perlahan dan Siti mula merangkak naik ke katil,badannya di rebahkan.Letih benar tubuhnya.

"Siti dah ngantuklah.Abang tak nak tidur lagi?" pertanyaannya di ajukan pada Amsyar.Amsyar sengeh.Siti yang memandang sudah mengetap bibir.Tersilap bercakap dengan Amsyar begitulah nasibnya.Senyuman nakal Amsyar itu sudah Siti maklum maksudnya.

"Dahlah,..malas nak layan abang ni,pergilah sambung kerja abang balik!" Siti tarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya.Matanya mula di pejamkan.Amsyar ketawa kuat.Sengaja menyakat Siti.Amsyar rendahkan wajahnya dan pipi Siti di kucup.Siti hanya tersenyum walau mata masih tertutup.

"Siti  tidurlah dulu,malam ni abang tak kacau Siti.Abang tahu Siti penat.Abang pun penat sangat ni,siang tadi banyak betul kerja nak di selesaikan." Amsyar bangun dan kembali menuju ke meja kerjanya.Sepantas lalu dia menoleh memandang Siti sambil bibirnya turut tersenyum.Isterinya itu sudah mula bertapak di hatinya.Rasa kasihnya pada Siti semakin hari semakin bertambah dan Amsyar juga keberatan untuk meninggalkan Siti dalam keadaan sarat begitu,tapi apa nak buat terpaksa juga mereka berkorban perasaan masing-masing untuk tinggal berjauhan selepas ini.Enam bulan bersama bakal berakhir dan dalam tempoh itu juga merapatkan perhubungan suci di antara keduanya.


BAB 6


SEMINGGU sebelum majlis perpisahan guru-guru praktikal,..

"Siti,.aku nak tanya kau sikit boleh tak?" Siti menoleh pada Mahani di sebelahnya.Kunyahannya terhenti seketika.Mereka sedang makan di kantin sekolah.Sekarang time rehat,sejak sebulan kebelakangan ini Siti sering lapar.Perutnya sering meminta untuk di isi makanan.Dalam kelas pun Siti selalu curi-curi makan kerepek.Kalau guru lain memang dia tak berani tapi kalau kebetulan cikgu Amsyar yang menjadi guru ganti Siti akan curi-curi makan,tapi pernah sekali tertangkap,nasib baik Amsyar hanya membiarkan saja,tapi bila pulang ke rumah Amsyar tetap memberi warning agar tak mengulanginya lagi.

"Tanya  ja!,..sejak bila plak kau pandai minta izin ni?" Siti meneruskan suapannya.Mee goreng di pinggannya sudah hampir habis.

"Nantilah,..lepas makan ni kita lepak mana-mana or tak pun nanti balik la, kita balik bersama,sebenarnya benda ni dah lama aku nak tanya kau tapi tak berani." Siti meletakkan sudunya,Dia mencapai pula milo ais dan mula meneguknya perlahan.Terasa lega tekaknya.

"Penting ke?"

Mahani angguk.

"Private sikit!"

"Okeylah,..kebetulan aku pun ada something nak bagitau kau,nanti balik dari sekolah kita terus saja ke rumah aku.Hari ni tak ada kelas tambahankan.Ermm,..mungkin inilah masanya aku buat pengakuan tu kat kau." Siti senyum.Mahani pula yang memandang wajah Siti dengan pandangan hairan.

"Aku tak sabar nak tunggu waktu balik"

"Sama la,..aku pun tak sabar nak bagi tau benda tu dan tak sabar nak tengok riak kau." Siti bangun dari kerusi.Mahani ikut sekali,mereka berlalu dari situ dan menuju ke kelas.

Hari itu mereka balik bersama.Mahani yang tidak pernah tahu di mana Siti tinggal cukup terkejut bila mereka tiba di rumah Siti.Sebelum ini Siti selalu tiba awal tapi bila di tanya Siti bagi tahu rumahnya jauh dari sekolah sebab itu dia datang awal,takut kena tindakan displin dan sebagainya,tapi ternyata rumah Siti hanya di belakang sekolah.Mahani pula selalu datang dan balik sekolah ikut pintu pagar hadapan jadi tak pernah terserempak dengan Siti.

"Kenapa kau ni banyak sangat rahsia?" Siti hanya sengeh.Seronok betul dia bila melihat wajah Mahani tadi.

"Selama ni kau tipu aku kan?" Mahani masih tak puas hati.

"Kau masuk dulu,lepas tu kalau kau nak cakap apa pun cakaplah."

Siti terus mengeluarkan kunci rumah.Pagi tadi ibu mentuanya dah bagi tahu mereka nak ke rumah mak long Amsyar,kakak sulung ibu mentuanya kerana ada kenduri kesyukuran,jadi Siti dan Amsyar akan pergi petang nanti tapi memandangkan Mahani sudah datang ke rumah mereka mungkin mereka akan pergi lewat sedikit.

"Rumah kau ke ni?" Mahani bertanya.Siti mengeleng.

"Habis tu,ni rumah siapa?"

"Kau tunggu saja,nanti dalam lima belas or dua puluh minit tuan dia baliklah!"

Mereka melangkah masuk ke rumah.Siti terus menuju ke dapur.Mahani mengikut.Siti keluarkan juice oren dari peti ais dan tiga biji gelas.Mereka kembali menapak ke ruang tamu.

"Untuk siapa lagi ni?" Mahani bertanya lagi,sekali lagi Siti hanya tersenyum.

"Tadi kau cakap nak tanya sesuatu.Apa yang peribadi sangat tu?" Siti mula tukar topik,biarlah Mahani dengan persoalannya,sekejap lagi selepas Amsyar pulang pasti segala persoalan Mahani akan terjawab dengan sendirinya.

Mahani menghampiri Siti,kalau tadi dia duduk bertentangan dengan Siti,kali ini dia duduk di sebelah Siti.Tangannya menyentuh perut Siti.Dah lama dia perasan perubahan perut Siti.Hari-hari dia ada di sebelah Siti,cuma dia malas nak mengambil tahu tapi bila dia lihat selera Siti yang dah banyak berubah dia teringat pada kakak sepupunya yang sedang mengandung anak sulung.

"Kau mengandungkan?" direct saja soalannya.Siti sengeh dan mengangguk.

"Kau tahu ya? Pandai kau! Sejak bila kau menuntut ilmu sakit puan ni?" Siti berkata selamba,langsung tidak menunjukkan riak marah atau terkejut.

"Kau terlanjur ke?"

"Yupp,..terlanjur mencintai dan menyanyangi!" Siti berwajah selamba.Senyum lagi.Mahani pula yang terlebih riak.Nak marah ada,geram pun ada.

"Dengan siapa?"

"Tunggu ja,nanti dia sampai,kau tengoklah sendiri."

Mahani mendengus perlahan.Tak sangka kawan baik yang di sangka amat pendiam dan pemalu boleh terlanjur hingga mengandung.Dia semakin ingin marah bila melihat wajah Siti yang tenang dan bersahaja,langsung tidak menunjukkan  rasa bersalah.

"Assalammualaikum." seketika terdengar orang memberi salam. Mahani diam mengamati suara itu.Amsyar melangkah masuk ke dalam rumah.Siti memang sengaja membiarkan pintu terbuka.Dia tahu Amsyar akan pulang awal hari ini,hanya Amsyar yang tak tahu mereka ada tetamu.

"Mahani pun ada sekali?" Amsyar terkejut.Mahani pun sama.Apa cikgu Amsyar buat di sini? Beribu persoalan menerjah mindanya.Siti hanya tersenyum memerhatikan wajah-wajah di hadapannya.
"Sayang tak siap lagi? Kan nak pergi rumah mak long kejap lagi?" Amsyar menoleh ke arah Siti yang masih beruniform sekolah.

"Nanti kita siap sekalilah.Siti ada discuss sikit dengan Mahani.Abang nak join sekali?" Siti memandang Mahani dan Amsyar silih berganti sambil tu Siti menuang juice oren ke dalam gelas dan di hulurkan pada Amsyar.Amsyar mengambil tempat duduk berhadapan dengan Siti dan Mahani.Mahani terus kaku dan kelu.Drama apakah yang sedang di tayangkan di depannya ini.

"Discuss apa? Perbincangan kaum-kaum wanita ke?"Amsyar cuba berseloroh.Siti sudah ketawa.Matanya melirik pada Mahani yang nampak agak kaku.Kesian Mahani.

"Mahani,..nilah dia jawapan untuk soalan kau tadi,aku dah terlanjur mencintai dan menyanyangi cikgu Amsyar ni lah,dan ini  buktinya.Dalam perut aku ni!" Giliran Mahani pula memandang Amsyar dan Siti bersilih ganti.Amsyar mengangguk faham apa yang ingin di bincangkan tapi bila melihat wajah Mahani yang keruh dia mengerti bahawa Mahani sudah berfikir yang sebaliknya.

"Sayang tak bagitau Mahani ke kita dah menikah,ada plak cakap terlanjur!" terburai tawa Siti.Mahani buntangkan mata.Kenyataan Amsyar mengejutkan dirinya.

"Sorry Mahani,..bukan aku tak mau bagitau kau,mulanya memang aku nak rahsiakan dari semua orang tapi,..bila dah jadi macam ni rasanya dah tak perlu nak rahsiakan lagi.Dengan kau yang tak ada pengalaman ni pun aku boleh kantoi,apatah lagi dengan orang lain.Sebenarnya dah nak masuk dua tahun kami kahwin.Bulan depan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2." panjang lebar Siti menjelaskannya.Amsyar hanya memasang telinga.Bila Mahani memandangnya dia hanya menganggukkan kepala,mengiakan kata-kata Siti.

"Kau biar betul Siti.Macam mana boleh kahwin ni?" Mahani masih ingin tahu,Banyak yang ingin di tanya.

"Nantilah aku cerita.Kami nak kena pergi ke rumah mak long pula ni.Kau nak ikut tak? Jomlah! Kau pinjam baju aku nanti kami hantarlah kau balik." Mahani mengeleng.

"Tak mahulah,..Tapi kau kena cerita dengan aku dari A TO Z,tak mau tertinggal satu pun!" Mahani membuat permintaan.Siti beliakkan mata.Nak kena cerita semua ke?

"Semua ke? Termasuk yang ni ke,..?" Siti pura-pura dunggu sambil menunjukkan perutnya.
"Ehem,..ehem,.." Amsyar berdehem,sekali lagi Siti ketawa.Perlahan tangan Siti, Mahani cubit.Mahani pula yang termalu dengan gelagat Siti.Nak bergurau tak bertempat betul Siti ni.

"Okey,..okey,..aku gurau ja." Siti masih ketawa.

"Dahlah,..aku balik dulu." Mahani bangun dan menuju ke pintu.

"Balik dulu cikgu,jaga bini cikgu ni,tengok macam pemalu tapi di rumah boleh tahan langsung tak tahu malu." Sempat lagi Mahani nak kenakan Siti.Siti membuntangkan matanya sekali lagi.Amsyar hanya mengelengkan kepala melihat kerenah dua sahabat baik itu.Selepas Mahani pulang Amsyar dan Siti saling memandang.Siti menghenyakkan tubuhnya di sisi Amsyar.Teringin nak bermanja di lentokkan kepalanya di dada Amsyar.

"Terlepas satu hal,..lagi seminggu hal lain pulak yang menunggu." Siti meluahkan rasa hati.Amsyar buang tudung sekolah yang masih belum Siti tanggalkan.Perlahan rambut Siti di usap dan Amsyar menghadiahkan kucupan lembut.

"Sayang dah ready?" Siti tak bersuara.Hanya kepalanya di anggukkan.


BAB7

AKHIRNYA hari yang di tunggu pun tiba,acara di adakan di waktu malam di rumah cikgu Amsyar sendiri.Siti dan Amsyar berpakaian sedondon malam itu.Lima orang guru praktikal di raikan termasuk Amsyar.Majlis di taja sepenuhnya oleh En Mustakim ayah kepada Amsyar.Baju sedondon Amsyar dan Siti pula di jahit sendiri oleh ibu Amsyar.Untuk Siti sepasang baju kurung yang agak longgar atas permintaan Siti sendiri.Baju Siti yang di sulam kerawang dan jahitan manik berwarna warni yang sangat cantik.Warna ungu tua jadi pilihan keduanya.Malam ini juga ke lima orang guru praktikal akan membuat persembahan untuk tontonan semua yang di jemput.Majlis kenduri sebenar diadakan di waktu siang cuma di waktu malam hanya khusus untuk kelas Siti dan guru-gurunya termasuk juga Haziq Haikal.Pada majlis kemuncak Amsyar akan memperkenalkan Siti pada semua.Itulah tujuan asal yang di rancang cikgu Amsyar dan Cikgu Hambali.

Selepas selesai cikgu Natrah,cikgu Aneesa dan cikgu Najiha membuat persembahan kini tiba pula giliran cikgu Hambali.Kalau tadi tiga orang cikgu wanita menyampaikan sajak dan puisi,sekarang cikgu Hambali sedang bermain gitar sambil menyanyikan lagu sudirman bertajuk warisan.Tak ada lagu cintan.Selesai, semua bertepuk tangan.

"Sekarang tiba saat yang di nantikan.Untuk persembahan seterusnya kita persilakan cikgu Amsyar pula untuk membuat persembahan."  Cikgu Hambali sebagai juru acara majlis membuat pengumuman.Amsyar menuju ke depan mendapatkan Hambali.Gitar yang di mainkan oleh cikgu Hambali tadi kini sudah bertukar tuan.Dua buah kerusi di angkat dan di letakkan di depan.

"Sebelum saya mulakan persembahan saya,saya perlukan seorang sukarela tapi atas pilihan saya sendiri.Suka atau tidak dia terpaksa jugak ke depan sini." Amsyar bersuara sambil tersenyum.Gitar di letak sementara di atas kerusi.Langkahnya di atur mendaptkan Siti yang sedang duduk bersama Mahani dan rakan-rakannya yang lain.Semua mata yang ada mengekori langkah cikgu Amsyar.Sesampai Amsyar di depan Siti tangan di hulurkan.

"Sayang,..Come,.."

Siti menyambut tangan cikgu Amsyar.Mereka berjalan berpimpingan tangan.Tanpa menghiraukan mata yang memandang mereka meneruskan langkah.Sampai ke tempat yang telah di letakkan kerusi tadi Siti di dudukkan berhadapan dengannya.Siti menurut walau di dalam hatinya berdebar kuat,malu dan sebagainya.Ini semua bukan kejutan.Mereka berempat sudah merancang segalanya.Mahani,cikgu Hambali,Amsyar dan Siti sendiri.Tapi,..bila berhadapan dengan rakan-rakan sekelas, Siti jadi malu, juga takut untuk melihat reaksi rakan-rakannya yang lain.Gitar di mainkan mengikut tempo lagu yang ingin di sampaikan.Mereka seolah-olah berada di dunia mereka sendiri.Tidak hiraukan lagi dengan keadaan sekeliling.

Amsyar terus memulakan nyanyiannya.

Sungguh manis memang manis
Sungguh cantik memang cantik
Gadis kecil sayangku Musliha namanya
Gadis kecil sayangku tak jemu memandangnya

Ohh,..
Baru pertama ini hatiku gembira

Ohh,..
Baru pertama ini sungguh manjanya

Biar pun dia seorang
Hati senang sekali
Biar pintanya selangit
Akan ku temui

Musliha ohh Musliha
Musliha ohh Musliha
Musliha ohh Musliha 
Musliha ohh Musliha

Dan lagu pun terus di dendangkan hingga selesai.Tiada tepukan yang kedengaran,yang ada hanyalah bunyi perbualan yang penuh tanda tanya.Kenapa dengan cikgu Amsyar ni? Apa sudah jadi dengan Siti Musliha?

"Okey,..itu dia nyanyian seorang suami buat isteri tersayang.Sebenarnya majlis kita malam ini selain dari majlis perpisahan,malam ini juga adalah merupakan majlis sambutan ulangtahun yang kedua perkahwinan cikgu Amsyar dengan Gadis kecil kesayangannya Siti Musliha dan,.." Cikgu Hambali berhenti sebentar mengambil nafas.

"Dann,..di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah pada keduanya kerana dalam masa tiga bulan dari sekarang keduanya akan bergelar ibu dan ayah.Tahniah Amsyar! Tahniah Siti Musliha!" Siti menundukkan wajah.Rasa wajahnya berbahang.Malu tak terkata tapi semua ini sudah di atur sejak awal dan inilah tujuan mereka supaya Siti tidak di pandang serong oleh kawan-kawannya.
Kebahagiaan akhirnya menjadi milik Siti Musliha.Biar pun masih ada ranjau yang menanti di hadapan tapi Siti Musliha yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.Moga Allah akan terus berikan Siti Musliha ketabahan dan kesabaran untuk terus melalui liku-liku kehidupan ini.Hidup takkan pernah berakhir selagi nyawa di kandung badan.Apa yang kita harungi di dunia ini adalah ujian oleh Allah untuk memberi tempat terbaik di akhirat sana.

P/S;Kehidupan itu ada suka dan dukanya,jangan mengeluh bila di timpa kesusahan kerana pasti ada kebahagiaan di belakang hari.SELAMAT MEMBACA DAN TOLONG KOMEN,..:)