GENAP sebulan Nisa bertunang dengan pemuda
pilihan keluarganya namun bagaimana wajah tunangannya pun dia masih tidak tahu.
Nisa bukan tak punya calon tapi Nisa sendiri tak pasti adakah calon pilihannya
itu punya perasaan yang sama dengannya. Nisa meminati Firdaus sejak ditingkatan
dua lagi tapi cinta itu terpendam begitu saja. Nisa seorang gadis yang amat
pemalu sejak zaman persekolahannya.
"Nisa, ada orang sudah merisik ni. Nisa
sudah ada kawan atau belum?" tanya emak Nisa suatu hari. Nisa hanya diam.
Wajah emaknya dipandang. Apa jawapan yang harus diberi? Hati Nisa memang sudah
lama ada pada Firdaus, tapi Nisa tidak berani menaruh harapan pada sesuatu yang
tak pasti.
"Azri tu baik budaknya. Mak cukup
berkenan.Tak merokok, rajin, tak pandai nak lepak. Hormat orang tua. Kalau Nisa
belum ada sape-sape mak dengan ayah ingat nak terima aja." mak sudah
memberi kata hitam putih. Sebelum ni pun sudah ada yang masuk merisik. Nisa pun
tak tahu kenapa sejak tamat SPM dan bekerja ada saja rombongan merisik yang
datang. Semuanya ayah dan emak tak ambil peduli, tapi sejak keluarga Azri masuk
merisik ayah seakan merelakan untuk melepaskan Nisa.
"Tak tahulah mak..." Nisa
memang tiada jawapan. Kalau sebelum ini Nisa ada juga berkenan pada salah
seorang yang masuk merisik itu tapi dia diamkan saja. Nisa pun bukan suka
sampai tahap jatuh cinta. Suka gitu-gitu aja. Pemuda itu pernah merenungnya dan
menerbitkan rasa getar dalam hati Nisa tapi mungkin mak dengan ayah Nisa pula
yang tak berkenan agaknya, jadi risikan itu dibiarkan begitu saja.
"Kalau dah macam tu bulan depan Nisa
balik ya?" emak Nisa sudah membuat keputusan. Nisa hanya memandang wajah
emaknya tanpa kata. Kalau itu yang terbaik Nisa terima saja. Seperti yang
dijanjikan majlis pertunangan yang serba ringkas diadakan dan genap sebulan
Nisa jadi tunangan orang,wajah Azri pun masih kabur. Nisa dengan Azri ni
sekampung tapi Nisa adalah gadis yang suka berkurung dan tak suka bergaul.
"Wow, Cantiknya cincin.
Diam-diam ubi kayu rupanya kawan aku ni. Kau balik bertunang erk hari tu?
Patutlah baru aja balik kampung, tau-tau balik lagi. Berturut-turut, rupanya
ada udang disebalik mee hailam." celoteh Haida bila terpandang cincin di
jari manis Nisa.
"Entahlah, aku ni nama aja dah bertunang
tapi wajah tunang aku tu macam mana pun aku tak tahu." Nisa melepaskan
keluhan. Wajahnya sugul. Alangkah bagusnya kalau tunangannya itu adalah
Firdaus, tapi sampai ke hari ini dia sendiri tak tahu di mana Firdaus. Ada juga
desas desus yang didengar Firdaus sudah ada steady girlfriend. Cantik pula tu, kerana itulah Nisa tekad untuk menyerahkan segalanya pada takdir. Biarlah
Allah yang atur segalanya. Untuk apa memeningkan kepala berfikir.
"Wey! Minah ni aku cakap
dengan dia, sempat lagi dia nak melamun." Haida menampar bahu Nisa kuat.
Hangin betul dengan minah sorang ni. Orang bertunang hepy tapi dia ni muka
macam baru lepas mati laki.
"Kau cakap apa tadi?" Nisa bertanya
dengan wajah blurnya.
"Kau ni memang kolotkan? Zaman sekarang
mana ada lagi orang macam kau ni. Serah aja bulat-bulat kat mak ayah. Eh..adik
aku yang tingkatan tiga tu pun dah ada pak we tau.." Haida menempelak
teman serumahnya itu. Nisa mengeluh untuk sekian kalinya.
"Aku terima aja Qada dan QadarNya."
setulus hati Nisa menuturkannya. Haida di sebelah sudah mengeleng laju.
"Ya la tu. Terima Qada dan Qadar konon
tapi muka macam apa ntah." Haida meluahkan juga isi hatinya. Nisa
memandang Haida sambil tersenyum hambar.
"Ni bila pulak korang nak kawen?"
soalan cepugansa Haida ajukan.
"Hujung tahun ni." selamba jawapan
diberikan Nisa.
"Cepatnya. Err.. kau tak
teringin ke tengok bakal SUAMI kau tu? Hiesy..ntah-ntah dah tua ke apa ke? Jangan-jangan
datuk orang ke?" Haida sudah mula membuat serkap jarang. Nisa ketawa
perlahan. Bahu Haida ditamparnya.
"Aku bukan tak penah tengok
dia langsung. Yang kau ni pandai-pandai aja kan. Masa tingkatan lima dulu aku
pernah juga terserempak dengan dia. Hensem jugak la tapi dia tua lapan tahun
dari aku. Okey kot, matang dan mudahan bakal jadi pemimpin terbaik dalam rumah tangga
kami nanti." harapan Nisa setinggi gunung.
"Dah berapa lama kau tak
pernah jumpa dia?" Haida masih tak berpuas hati. Simpati juga pada kawan
serumahnya ini yang ternyata begitu patuh dan taat pada kedua orang tuanya.
"Dah lima tahun agaknya." kalau
dihitung kali pertama dan terakhir dia terserempak dengan Azri ketika dia masih
sekolah dan emak Azri memang selalu menegur dia kalau jumpa di mana-mana. Tak
sangka betul keramahan emak Azri padanya bersebab. Nak di jadikan menantu
rupanya.
"Kau bahagia ke?" soalan Haida hanya
dijawab dengan isyarat bahu. Nisa hanya angkat bahu sambil pandang wajah Haida.
Nisa sendiri tidak pasti dengan perasaannya.
*********
Usia pertunangan mereka sudah berganjak lima bulan. Nisa hilang sabar bila Azri langsung tak mencuba untuk menghubunginya. Nisa pulang ke kampung tak pernah pula terserempak dengan Azri. Dengar kata selepas mereka bertunang Azri pergi bekerja di Kuala Lumpur. Sebelum ni Azri hanya bekerja kampung saja. Mungkin sedar dengan tanggungjawab yang bakal dipikul. Azri berubah angin dan merantau ke Kuala Lumpur.
Kali ini Nisa sudah buat keputusan untuk
mengenali lebih dekat lagi dengan Azri sebelum mereka bergelar suamin dan
isteri. Bila dia tahu Azri juga turut ada di kampung dan sedang bercuti, Nisa
lantas mengarahkan adik bongsunya Khairul Azlan untuk menyampaikan pesanan pada
Azri. Sekali sekala apa salahnya mengunakan posmen tak bergaji.
Surat ringkas yang ditulis hanya untuk
memberikan no telefon bimbitnya pada tunangannya itu. Kalau Azri hanya diam
membisu biarlah Nisa yang memulakannya. Tak salah rasanya kalau sekadar untuk
mengenali tunang sendiri? Kadang-kadang ada juga perasaan kecewa di sudut
hatinya. Seolah-olah hanya dia seorang yang menerima pertunangan itu, sedangkan
Azri, entahlah! Buntu fikirannya memikirkan sikap Azri.
"Kak Nisa..ni abang E bagi
surat, dia kirim salam rindu." Khairul Azlan menghulurkan sepucuk surat
pada Nisa, sambil tu bibirnya mengukirkan senyuman nakal. Nisa mengambil surat
tersebut sambil mencebirkan bibir ke arah adiknya. Elehh..rindulah konon!
"Akak..takkan tak ada upah kot?"
Khairul Azlan hulurkan tangan.
"Dah..gi jauh-jauh.
Ngada-ngada, tak baik tau makan rasuah." selamba saja Nisa menghalau
adiknya itu sambil menampar perlahan belakang Khairul Azlan. Nisa terus berlalu
masuk ke bilik. Khairul Azlan yang sudah muncungkan bibir tidak dipedulikan.
Masuk saja di dalam bilik Nisa
terus melabuhkan punggungnya di birai katil. Senyuman diukirkan, pantas saja
tangannya mengoyak sampul surat dan mengeluarkan isinya.
_Salam rindu buat tunangku Khairunnisa. Maafkan abang kerana menyepikan
diri selama ini. Bukan niat abang sebenarnya tapi abang tidak tahu bagaimana
caranya untuk menghubungi Nisa.Tapi sekarang abang sudah tahu cara. In Sya
Allah bila ada masa abang akan cuba telefon Nisa. Maklumlah abangkan baru
mendapat kerja jadi masa abang cukup terhad.
Sampai di sini saja. Salam sayang
Tunangmu : Azri Iskandar.
Nisa melipat semula surat itu. Bibirnya
masih mengukir senyuman. Surat yang cukup ringkas. Lucu juga bila difikirkan,
dalam zaman moden macam ni pun Azri masih mengutus surat. Nombor telefon sudah
ada di tangan, hantar sajalah mesej. Nisa rasa terkilan kerana Azri tidak
menyertakan sekali nombor telefonnya. Takkan Azri tak ada telefon bimbit kot? Tak
lojik la pulak!
"Nisa! Nisa!" terdengar emak
Nisa melaung dari dapur. Nisa cepat-cepat menyimpan surat di dalam laci almari
soleknya dan mengatur langkah menuju ke arah dapur.
"Ada apa mak?" tanya Nisa sebaik
terpandang wajah emaknya.
"Buat air, ada tetamu. Nanti
Nisa hantar ke depan ya. Mereka nak jumpa Nisa tu," jawapan Mak Nab
mengelirukan Nisa.
"Siapa mak?" Nisa kecilkan
mata sambil pandang emaknya mohon jawapan.
"Ishh..anak dara ni banyak soal
pulak." mencerlung mata Mak Nab memandang Nisa.
"Huh! Orang tanya pun tak
boleh." Nisa muncungkan bibir. Dah macam sudu itik pula. Hehe...
"E dengan mak dia ada di
depan. Cepat buat air. E dah nak balik KL petang ni.." terlopong Nisa, saat
itu lututnya dah mula berlaga. Nak kena mengadap bakal mak mentua dengan bakal
suami. Maunya tak gabra. Boleh gugur jantung.
Tugas diselesaikan. Sejag oren sunkist
dibancuh. Dulang diambil dan diletakkan enam biji gelas. Azri dengan mak dia
ajakan? Biarlah gelas lebih tak apa, jangan tak cukup saja. Nisa bermonolog di
dalam hati. Langkah diayun perlahan ke ruang tamu. Tangan yang mula mengigil
dikawal sehabis mungkin. Sampai di ruang tamu Nisa pandang wajah emaknya. Pandang
juga wajah bakal emak mertua. Akhir sekali wajah Azri. Selamba saja Azri
memandang balas. Tiada senyuman di bibir. Ermm..semakin hensem, kalau nak
dibandingkan dengan Firdaus memang Azri lebih hensem. Berkulit kuning langsat, berkumis
nipis, janggut sejemput dan berambut ikal hitam berkilat tapi Firdaus berkulit
sawo matang. Pakej kehanseman memang milik Azri.
"Nisa,..letak aja airnya di
atas meja. Yang menatang dulang sambil berdiri saja di situ kenapa?" Nisa
tersentak. Malunya, asyik benar menelek tunang sendiri sampai tak sedar
kelakuan sendiri diperhatikan tiga pasang mata. Nisa tersipu-sipu. Azri cuba
menyembunyikan senyum. Mak Nab dan Mak Leha hanya mengelengkan kepala.
"Lama ke Nisa cuti?" Mak
Leha bersuara sebaik Nisa melabuhkan punggung di sofa.
"Err..tak, err..esok lusa
balik kerja balik." tergagap-gagap juga Nisa menjawab sambil tu Nisa
sempat melirikkan matanya pada Azri yang sudah tersenyum padanya. Nisa ketapkan
bibirnya. Eleh..senyum-senyum sindir aku la tu? Nisa berkata dalam hati.
"E..minumlah, entah
apalah rasanya. Jangan-jangan dah tak rasa oren. Jangan rasa masin sudahlah,"
Mak Nab bersuara mempelawa bakal menantu. Semakin melebar senyuman Azri. Nisa pula
yang menahan geram. Hiesy..emak ni, saja ja tau..huh!!!
.................................................................
Masa terus berlalu dengan begitu pantas sekali.
Tinggal lagi sebulan majlis akad nikah Nisa dan Azri. Nisa sebagai pengantin
perempuan paling sibuk untuk menyiapkan barang-barang hantaran dan sebagainya. Buat
masa sekarang Nisa belum lagi berkesempatan untuk keluar berdua bersama Azri. Nisa
pun seperti perempuan lain ingin keluar dating tapi setiap kali diminta untuk
berjumpa Azri memberi alasan. Nak kecil hati pun rasanya Nisa dah tak kuasa.
Biarlah, mungkin bila dah kawen esok Azri akan berubah dan menjadi lebih
bertanggungjawab.
"Banyak lagi ke barang yang kau nak beli
ni?" Haida bertanya bila melihat Nisa masih tertinjau-tinjau melihat ke
setiap kedai yang dilalui. Setiap kali nak keluar shopping Haidalah yang
menjadi peneman setia.
"Rasanya ada lagi. Aku nak cari tepak sirih, nanti nak isi sirih
junjung. Agak-agak kaulah kalau nak buat sirih junjung mana lagi cantik? Bunga
hidup or bunga plastik?" Nisa meminta pendapat Haida walaupun dia sendiri
sudah bercadang mengunakan bunga hidup. Di laman rumah mereka ada saja taman
orkid emaknya. Ada bunga mawar, daisy dan dahlia. Kekwa pun pelbagai warna.
"Daripada kau beli tepak
sirih, baik kau sewa aja. Lagi pun sekali aja nak gunakan?" cadangan
bernas lagi mantap dari Haida. Nisa tersengeh. Good idea!
"Bijak gak ea kepala otak
kau." Nisa ketawa perlahan.
"Eh..baru kau nak tau ke?
Kepala hotak aku ni memang gred A pun, bukan kepala hotak kau, gred E sebab kau
kan nak kawen dengan E. Hahaha..." Haida ketawa besar, mencerlung mata
Nisa memandang Haida. Ok,..gelak la puas-puas. Ada lori ada bas, ada hari akan
ku balas. Nisa mengomel di dalam hati.
"Khairunnisa!!!"
tiba-tiba nama Nisa diglamerkan oleh seseorang. Nisa berdebar bila terpandang
seorang jejaka di hadapannya. Lama sudah wajah itu tidak ditatap. Berdegup
jantungnya laju. Seakan ada air hangat yang menanti untuk mengalir, ditahannya
sedaya mungkin. Untuk apa lagi menangis pada yang tak sudi?
"Nisa!" Firdaus memanggil untuk kali
kedua. Nisa mendoggakkan wajahnya. Haida memandang Nisa dan Firdaus dengan
wajah hairan.
"Sape ni Nisa? Azri ke?"
Haida bertanya tanpa mengetahui debaran di dada Nisa.
"Sapa Azri?" Firdaus menyoal.
"Err..Haida ni Firdaus, kawan sekolah
aku. Fir,.ni kawan Nisa." Nisa memperkenalkan pada keduanya tanpa menjawab
soalan Firdaus.
"Fir tanya Nisa siapa Azri?"
Firdaus bersuara tegas. Ada nada paksaan disebalik suaranya. Nisa mengetap
bibir. Penyibuk betul mamat ni.
"Fir..Nisa dah bertunang. Azri
tu tunang Nisa." perlahan Nisa berkata. Wajahnya dilarikan dari direnung
Firdaus. Tak sanggup rasanya untuk bertentangan mata dengan Firdaus. Mata itu
yang buat dia jatuh hati dan senyuman Firdaus yang membuat dia tergoda lalu
hatinya diserahkan sepenuhnya pada Firdaus. Namun apakan daya. Firdaus tak
setia. Lepas berpindah sekolah, Firdaus berkawan dengan ramai pelajar perempuan
yang lain. Sekarang ini pun Nisa selalu mengikuti perkembangan Firdaus di dalam
Facebook. Bukan main lagi dia berchatting dengan seorang guru dari Sabah.
Cantik gadis tu. Kalau tak salah Nisa, Firdaus selalu berchatting dalam wall. Siap
berabang dan bersayang lagi.
"Nisa...Kenapa?" Haida
melambaikan tangannya di depan wajah Nisa. Nisa tersentak. Firdaus tersenyum. Seketika
Nisa terpegun memandangnya. Wake up Nisa! Jangan dilayan perasaan. Lagi sebulan kau
bakal jadi isteri Azri.
"Tahniah Nisa! Semoga Nisa
bahagia," perlahan Firdaus menuturkannya.
"Tahniah untuk Fir juga,.Fir
bila lagi?" Firdaus keliru. Tak mengerti.
"Apa maksud Nisa?"
Firdaus jongketkan kening tebalnya itu. Sungguh dia langsung tak faham maksud
Nisa.
"Korang ni kan,.kalau nak
berbual panjang pun, jom la cari port mana-mana. Aku letihlah berdiri macam ni.
Dengan barang-barang ni lagi.." Haida tarik muncung. Dia yang dari tadi
hanya memasang telinga dan pemerhati dah jadi rimas.
"Err..Maaflah kalau Fir
menganggu. Banyak membeli , bila kendurinya?" soalan Firdaus meremukkan
perasaan Nisa. Nisa pandang wajah selamba Firdaus. Dah sahlah Firdaus tak ada
langsung perasaan padanya. Nisa mengeluh perlahan.
"Bulan depan Fir...Err,.. Fir
tu jangan lama-lama sangat dengan Yat tu. Disambar orang nanti, melepas. Melopong
pula." Nisa tersenyum. Terimalah hakikat, dia dengan Firdaus memang tiada
jodoh.
"Yat? Wait? What do you mean?
Yati Yatt? Mana Nisa tahu ni?" Firdaus mengaru kepala. Takkan Nisa tahu
pasal Yat pula? Haih!
"Tak macho la Fir tergaru-garu
macam tu. Alah Fir, apa nak dihairankan dalam zaman siber ni? Segala-galanya di
hujung jari. Klik aja." Nisa sengaja meredakan perasaan sendiri. Dia
tertawa perlahan. Melihat wajah Firdaus saat ini membuat dia gelihati.
"Tak adalah Nisa. Err.. Fir
baru-baru nak coba-coba nyayat jer. Hehe..Yat tu macam burung merpati. Nampak
aja jinak tapi bila nak tangkap tak dapat, terus lari." Firdaus tersengeh.
Habislah saham. Rupanya Nisa tahu mengenai dirinya.
"Nisa ada Facebook?"
teringat dari mana sumber maklumat yang Nisa perolehi Firdaus lantas bertanya
lagi.
"Yupp!! Nisa Comey. Hehe..yang ni Kembang Setaman,"
Nisa menoleh pada Haida sambil tersenyum. Haida beliakkan mata. Mereka ketawa
selepas itu. Facebook oo Facebook!
................................................................
Majlis akad nikah berjalan dengan lancar,lima
belas hantaran dari pihak lelaki berbalas dua puluh hantaran dari pihak
perempuan. Kebanyakan hantaran Nisa yang siapkan sendiri termasuklah sirih
junjung. Nisa memang meminati seni gubahan. Kekreatifannya tak boleh dinafikan
lagi. Baju pengantin pun Nisa yang siapkan sendiri. Dari mengunting, menjahit
hinggalah menjahit manik dan labuci. Nisa puas dengan hasil kerja tangannya
sendiri.
Malam itu Nisa jadi resah. Ini kali
pertama dia bakal bertentang mata secara berdepan dengan Azri suaminya. Sepanjang
tempoh pertunangan, mereka tidak pernah keluar berdua. Kalau berhubung pun
melalui telefon. Nisa sendiri pun tak tahu kenapa begitu sukar mereka nak
memulakan perhubungan.
Selepas selesai semua kerja
mengemas Nisa masuk ke bilik untuk merehatkan badan. Azri pulang ke rumah ibu bapanya.
Menjelang pukul 10 malam wajah Azri masih tidak kelihatan. Nisa yang kepenatan
tidak mahu memikirkan sebarang kemungkinan. Sama ada Azri nak datang atau tidak
dia tak peduli. Hatinya terlalu sebal dengan sikap Azri. Tiada langsung
kemesraan yang terpamer di wajahnya. Sukar untuk membaca isi hatinya.
Bila keletihan mula bertandang dan
mata semakin layu Nisa sudah tiada kuasa lagi untuk menahan diri. Badannya direbahkan
di atas katil dan lantas terus lupa diri. Azri sampai di rumah Mak Nab ibu
mentuanya bila waktu sudah mencecah 12.30 malam. Ramai saudara mara yang
bertandang di rumahnya. Terleka melayan saudara mara dia terlupa ada tanggungjawab
baru yang perlu dipikul.
"E,..masuklah. Nisa dah tidur
agaknya. Pergilah masuk ke dalam bilik." Mak Nab yang membukakan pintu
melayan ramah menantu barunya. Seisi rumah sudah dibuai mimpi. Kebetulan hanya
Mak Nab yang masih berjaga. Nak harapkan Nisa menunggu kedatangan suami, dia
orang pertama yang masuk tidur.
Pintu bilik dibuka perlahan. Azri
menapak ke arah katil. Wajah polos Nisa dipandang sayang. Nyenyak betul Nisa
tidur. Lama Azri memerhatikan wajah itu. Isteri yang dipilih orang tuanya.
Gadis yang diminati ramai di dalam kampung itu, namun jodoh memang milik
mereka. Azri redha terima jodohnya bersama Nisa.
Azri baringkan tubuhnya di
sebelah Nisa. Wajah Nisa ditatap lagi. Lepas rasa rindu yang dipendam sekian
lama. Bukan dia tidak suka untuk bertemu Nisa dan berdating seperti pasangan
lain tapi bagi Azri biarlah masa menjarakkan mereka. Sampai saatnya mereka pasti
akan bersatu juga.
Azri melepaskan nafas
perlahan.Berhadapan dengan Nisa menjadikan dadanya berombak kencang.Ingin di
belai wajah itu tapi takut menggangu Nisa yang sedang tidur.Perlahan rambut
Nisa dibelai sayang,bila tersedar Nisa mula bergerak Azri berkalih arah
membelakangkan Nisa dan berpura-pura tidur.
"Abang,..dah lama
sampai?" Nisa yang terjaga terus menyoal. Terasa bersalah kerana tidak
menyambut kedatangan Azri. Malahan dia sedap tidur hingga tidak sedar kehadiran
Azri di sisi. Azri yang belum terlelap segera berpusing. Bibirnya mengukirkan
senyuman. Matanya merenung Nisa penuh pengertian.
"Baru aja sampai. Maaf abang
lambat. Tadi abang melayan kawan-kawan dan saudara mara sampai tak sedar malam
dah lewat. Nisa tidurlah, abang tak ganggu Nisa. Abang janji."Azri
bersuara perlahan. Wajah Nisa dibelai mesra.
Kata-kata Azri buat Nisa terasa
sebak. Ini malam pertama mereka. Nisa tidak faham apa yang Azri fikirkan. Dalam
perasaan terkilan yang amat sangat Nisa membelakangkan Azri. Tubir matanya yang
terasa hangat disapu perlahan. Nisa cuba menahan perasaan sebak yang mulai
bersarang di dadanya. Terasa betapa dirinya langsung tidak dihargai.
Nisa cuba menahan perasaan namun
air matanya seolah empangan yang pecah. Mencurah-curah tanpa henti. Dalam rajuk
yang semakin menebal dalam hati Nisa berganjak sedikit agar badan mereka tidak
bersentuhan. Hatinya terguris di malam pertama. Malahan sepanjang pertunangan
lagi dia cuba bersabar dengan Azri. Namun malam ini Nisa tewas dengan perasaan
sendiri.
Esak tangis Nisa membuatkan Azri
jadi serba salah. Tadi tujuannya untuk tidak mahu menggangu Nisa tidur. Mungkin
Nisa terlalu letih jadi dia cuba bertolak ansur, tapi entah di mana silapnya
Nisa boleh terasa. Azri resah. Ini pengalamannya berhadapan dengan seorang
wanita. Nak memujuk memang bukan kepakarannya. Nak dibiarkan dia sendiri tak
sampai hati.
"Nisa,..abang minta maaf."
tubuh Nisa cuba diraih tapi Nisa mengeraskan badannya.
Huh! Ingat senang
nak pujuk Nisa.
"Adoii..macam mana boleh jadi
macam ni?" Azri bersuara perlahan. Namun kata-katanya dapat didengari
Nisa. Nisa terus kaku di sebelah Azri. Manakala Azri pula terus memandang
belakang isterinya itu. Langsung tiada idea untuk memujuk. Alahai Khairunnisa,
malam pertama lagi dah merajuk? Kena pula dapat suami yang malu-malu kucing dan
tak ada pula pengalaman memujuk perempuan. Sama-samalah menjerut perasaan.
Nasib badanlah...
Keesokan paginya...
"Nisa..tak mandi dulu ke?"
Mak Nab mula bersuara bila melihat Nisa keluar dengan selamba dari bilik air. Tadi
dia melihat Azri mandi sebelum mengambil wuduk, tapi bila tiba giliran Nisa dia
hanya sekadar membasuh muka, memberus gigi dan terus mengambil wuduk. Cuak juga
hati tuanya, takkan tak berlaku apa-apa semalam? Baik sangat ke menantunya itu?
"Ala mak, sejuk la mak.."
Nisa bersuara malas. Dia tahu kenapa emaknya menyuruhnya mandi. Faham benar
akan maksud yang cuba disampaikan emaknya itu.
"Nisa..kalau tak mandi macam
mana nak solat? Dah,.jangan degil." Mak Nab tetap berkeras. Muncung itik
Nisa hadiahkan untuk emaknya itu. Dengan perasaan malas dan sebal Nisa menuju
semula ke bilik air.
Usai mandi, Azri sudah sedia
menunggunya di atas sejadah. Satu lagi sejadah dibentangkan di belakangnya. Melihat
saja Nisa masuk bilik dengan wajah masam Azri sudah tertawa kecil. Bukan dia
tak dengar suara Mak Nab yang menyuruh Nisa mandi tadi. Memang dah kebiasaan
Azri mandi setiap kali sebelum solat subuh. Rasa bersalah pula pada Nisa. Dah
la semalam Nisa sudah merajuk kerana salah faham dengan dirinya.
"Apa gelak-gelak? Suka pula?"
Nisa jeling Azri sekilas sambil mencapai telekung di ampaian yang dikhaskan
untuk menyidai telekung dan sejadah.
"Nisa..kita solat dulu. Lepas
solat kalau Nisa nak tarik muncung balik, abang tak kisah.Kita nak mengadap
yang Esa tau. Hati kena ikhlas." Tazkirah pagi daripada Azri buat Nisa
insaf seketika. Lembut suara suaminya membuatkan kemarahan Nisa reda. Itulah
kelebihan Azri. Tak pernah bersuara kasar. Sentiasa berlemah lembut dengan
sesiapa saja.
Kali pertama mereka solat berdua.
Lancar Azri mengimankan solat mereka. Sejuk hati Nisa sebagai seorang isteri. Selesai
mereka mengaminkan doa, Azri menghulurkan tangannya pada Nisa. Tangannya
bersambut dan tangan itu dicium lembut hingga meresap jauh ke lubuk hati. Azri
pula membalas dengan ciuman kasih di ubun-ubun isterinya itu. Tenangnya pagi
itu, termeterai sebuah ikatan kasih sayang suami dan isteri.
"Nisa,..abang..."
Kata-kata Azri terhenti di situ. Tak tahu apa yang perlu dibualkan.
"Ada apa bang? Nisa ada buat
salah ke?" kening Nisa dikerutkan. Memang pantang dia kalau ada orang suka
bercakap separuh jalan. Teragak-agak pula tu. Tapi di hadapan dia sekarang
ialah suami dia. Kalau kawan baik memang dah sah kena 'basuh' dengan ayat super
power dia.
"Err..abang nak minta maaf
pasal semalam. Kalau tak, tentu Nisa tak kena marah dengan mak pagi-pagi macam
ni." segaris senyuman dihadiahkan buat si isteri. Wajah Nisa mula merona
merah. Malu juga bila mengingati perihal semalam. Entahlah,.dia sendiri pun tak
tahu kenapa dia terlalu emosional sangat. Sensitif tak bertempat.
"Lupakanlah...dah lepas pun.
Buat apa nak ingat lagi?" Nisa bangun dan mula menanggalkan telekungnya.
...............................................
Jarum jam terus berputar tanpa henti dan masa terus berlalu. Sudah
seminggu perkahwinan mereka berlangsung dan Azri pula sudah pulang ke Kuala
Lumpur. Nisa mati akal, rindu pada suami yang baru dikahwininya dua minggu yang
lepas begitu meresahkan jiwanya. Azri masih bekerja di Kuala Lumpur walau
mereka sudah berkahwin. Terpaksalah mereka berjauhan untuk seketika. Apa nak
buat kalau itu yang sudah ditakdirkan untuk mereka berdua. Azri sudah berjanji
untuk mencari rumah sewa untuk mereka di sana. Buat masa sekarang Azri masih
tinggal menyewa di rumah bujang bersama kawan-kawannya.
Nisa terpaksa tinggal di rumah ibu mertuanya
Mak Leha. Memandangkan Azri anak bongsu, Nisalah tempat mentuanya menumpang
kasih. Tapi Nisa sedikit hairan dengan ibu mertuanya. Di depan Azri dan
orang-orang kampung termasuk ibunya sendiri, Nisa dilayan begitu baik sekali. Cakapnya
pun lemah lembut seolah-olah dialah mak mentua the best in the world tapi bila
hanya tinggal mereka berdua watak Mak Leha akan berubah sama sekali. Segala apa
yang Nisa lakukan semuanya serba tak kena. Itu salah. Ini salah. Kalau tak buat
apa-apa langsung lagi teruk Nisa diherdik. Mengalahkan watak ibu tiri dalam filem
Lela Manja saja gayanya.
Baru saja Nisa nak rehatkan tubuhnya
sambil nak melayari internet yang sudah lama tidak dijenguknya terdengar suara
Mak Leha yang nyaring melaung namanya dari luar bilik..
"Nisaaa!"
"Nisaaaa!..menantu tak guna. Tau
nak melantak aja. Kerja pun tak selesai lagi dah ditinggalkannya." Leteran
Mak Leha dari luar bilik tak diendahkan. Letih betul. Baru seminggu mengadap
kerenah ibu mentua yang banyak songeh, Nisa dah mula rasa muak. Kadang-kadang
Nisa pulang juga ke rumah sendiri bila sudah tidak tahan. Tapi di rumahnya,
ayah dan emaknya pula sibuk berleter mengingatkan dirinya tentang tanggungjawab
seorang isteri dan menantu. Kata emaknya bila seorang perempuan berkahwin taatnya
hanya pada suami dan ibu mertua. Tapi kalau ibu mertuanya dah sebijik perangai
macam ibu mentua Kassim Selamat nak kena taat juga ke? Ala Kassim..Nisa tersenyum
sendirian.Biarlah dia happy untuk diri sendiri. Untuk apa mengenang nasib diri?
Mindanya perlu positif untuk menghadapi situasi ini.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk. Nisa panggung kepala.
Facebook yang baru berjaya diLogin ditinggalkan. Ni mesti ibu mentuanya? Ada
lagi la tu yang tak puas hati kat mana-mana? Nisa berbisik di dalam hatinya.
Pintu dikuak perlahan. Wajah Mak Leha yang menyinga di depan pintu ditatap
selamba.
"Ada apa mak?" tanpa riak
takut atau mengelabah Nisa menyoal ibu mentuanya.
"Eh..kau ni kan,aku suruh kau
cuci bilik air tadikan.Yang kau sedap ja masuk melepak dalam bilik buat apa?
Kau membuta ya?" Mulut tak berinsuran Mak Leha sudah menghamburkan seranah
berapinya.
"Ya Allah..kan baru kelmarin
Nisa dah cuci, takkan hari-hari Nisa nak kena cuci bilik air kot mak?"
Nisa tetap menjawab acuh tak acuh saja. Muka Mak Leha tak la segarang mana tapi
mulut dia saja yang berbisa. Kadang-kadang macam cemburukan Nisa pun ada juga
cara layanannya tu.
"Dah pandai menjawab
pulakan? Macam ni ke mak bapak kau ajar?" Mak Leha tak puas hati. Nisa
memang pandai menjawab. Setiap patah katanya dijawab bertubi-tubi.
"Mak,..kalau mak nak marah
Nisa, mak marah aja. Nisa tak kisah, tapi mak janganlah babitkan mak dengan
ayah Nisa pula." Nisa bersuara tegas. Bila ibu bapanya terbabit sama
kesabaran Nisa tercabar.
"Ada apa lagi mak? Rasanya kat
luar tu dah settle dah. Pinggan mangkuk Nisa dah cuci. Rumah Nisa dah kemas. Takkan
mak masih nak suruh Nisa cuci bilik air lagi kot?" Nisa menyambung kata
sambil tayang wajah selamba. Ibu mertua di hadapannya dah mula berubah riak.
"Pergi masak! Aku lapar..."
Nisa bulatkan mata. Baru pukul 11 pagi. Nasi goreng pagi tadi dengan sambal
bilis pun banyak lagi di bawah tudung saji.
"Nasi gorengkan banyak lagi.
Mak makan la apa yang ada dulu. Nisa nak berehat kejap aja mak. Nanti Nisa
masak la." Nisa masih berlembut. Seburuk mana pun ibu mertuanya dia tetap
emak suaminya. Nisa pujuk hatinya sendiri.
"Aku tak mau. Aku nak makan
kangkung goreng belacan dengan asam pedas ikan sembilang. Pergi pasar sekarang.
Beli.." Sekali lagi Nisa terkejut. Ibu mertuanya kalau berlakon watak ibu
mertua banyak songeh mesti menang award.
"Mak..ikan tenggiri dengan
sayur kobiskan ada lagi dalam peti ais tu. Masak apa yang ada dulu la mak. Nantikan
membazir kalau rosak semua tu. Kita berdua ajakan yang nak makan." Mak
Leha hilang kata. Laju langkahnya diatur menuju dapur. Nisa tersenyum di muka
pintu biliknya. Nisa masuk semula ke bilik dan menutup pintu. Laptop kesayangan
dituju. Kini Nisa berhadapan pula dengan Fb yang sudah lama tidak dijengah. Ramai
juga yang add Nisa Comey. Dah kahwin pun saham Nisa masih tinggi lagi. Perkara
pertama yang dilakukan adalah menukar status dirinya dari single ke married. Nisa
tersenyum puas bila Nisa Comey dah bertukar menjadi Nisa Azri dan gambar
kawennya dimuat naik. Yang terbaik dijadikan gambar profil. Mesti Firdaus
cemburu melihatnya. Hahaha,..
..........................................................................
Setahun berlalu dengan begitu cepat sekali. Pantas sungguh bumi beredar.
Serasakan baru semalam majlis perkahwinannya. Azri sudah berhenti kerja di
Kuala Lumpur. Selepas beberapa bulan perkahwinan mereka Nisa masih belum ada
tanda-tanda untuk mengandung. Setiap kali pulang ke kampung Nisa akan mengadu
dirinya disindir saudara mara yang mengatakan dirinya 'telur kemuruk'. Ada yang
lagi laser terus melabelnya sebagai mandul. Kesian dengan isteri yang amat disayangi,
Azri pulang ke kampung dan mencari kerja di kampung pula.
Sukar untuk hidup di zaman yang
semakin maju ini. Azri pula jenis yang lurus bendul. Apa sangat kerja yang
boleh dilakukannya di kampung melainkan memohon kerja di kilang-kilang di
pekan.
"Abang...nanti Nisa nak
ikut?" tanpa ragu-ragu Nisa bersuara. Sudah jemu menjadi suri rumah
sepenuh masa. Kalau ada anak untuk dilayan lainlah.
"Nak ikut ke mana?" Azri
bertanya Nisa. Tak pasti apa sebenarnya maksud Nisa untuk ikut bersama.
"Alaa..ikut abang pegi minta kerja la. Nisa
bosanlah duduk di rumah. Boleh la?" Nisa bersuara manja. Tangan suaminya
dicapai dan dielus perlahan. Sengaja menjadi romantik untuk meraih simpati
suaminya. Untung sabut pasti timbul.
"Oklah..Nisa boleh ikut tapi
dengan syarat..." Azri sengaja menduga reaksi isterinya dengan mengenakan
syarat. Nisa sudah tarik muncung. Azri tersenyum melihat gelagat Nisa yang
memang kuat merajuknya.
"Apa syaratnya?" Nisa
tanya tidak sabar. Macam tak ikhlas saja siap nak bagi syarat bagai.
"Nanti kalau kita ada rezeki
dan Nisa disahkan mengandung, abang nak Nisa berhenti kerja." Nisa terdiam
mendengar syarat yang dinyatakan Azri. Hatinya sayu tiba-tiba. Sepupunya yang
baru kahwin pun sudah mengandung. Ada kawan-kawannya yang bunting pelamin. Nisa
mengeluh perlahan. Entahlah dengan nasib dirinya. Teringat dengan ugutan ibu
mertuanya sebulan yang lalu. Kalau Nisa masih belum mengandung juga ibu mertuanya
akan mencarikan madu untuknya. Oh tidakkk! Mak Leha memang zalim. Air matanya
mengalir tanpa disedari.
Azri kelu. Sensitif betul
isterinya. Baru sebut perkataan mengandung dah menangis. Belum lagi cerita
pasal anak. Azri membiarkan saja isterinya melayan perasaan. Tidak mahu menggangu
emosi isterinya yang mungkin sudah tersentuh dengan kata-katanya. Azri bangun
dan berlalu meninggalkan Nisa.
Air mata Nisa semakin meluncur
laju. Sebaik-baik Azri dia bukan seorang suami yang romantik. Walau Azri seorang
suami yang penyayang dan bertanggungjawab tapi dia bukan pendengar yang baik
dan bukan seorang teman berbual yang baik. Kalau mereka bersama, Nisa yang
lebih banyak berceloteh. Kalau Nisa merajuk Azri tak pernah memujuk. Pandai
merajuk pandailah memujuk diri sendiri.
Nisa mencari buku catatannya. Setiap
kali hatinya gundah gulana. Setiap kali hatinya rasa bagai disiat buku itulah
menjadi teman setia. Dibuka helaian demi helaian. Sampai dihelaian yang masih
kosong tangannya terhenti. Pen yang disisipkan dihelaian muka buku diambil. Nisa
naik ke katil. Dia mengambil sebiji bantal dan tidur dalam posisi meniarap dan
mula menulis.
~Hatiku terluka lagi. Kenapa aku dilayan seperti ini?
Kenapa abang buat Nisa begini? Nisa perlukan semangat dari abang. Nisa perlukan
sokongan untuk hadapi semua ini. Nisa tak kuat bang. Nisa perlukan kata-kata
perangsang dari abang saat Nisa sedih. Kenapa abang hanya berkongsi kebahagiaan
dengan Nisa? Tapi abang selalu melarikan diri saat Nisa benar-benar perlukan
abang. Siapa Nisa dihati abang? Abang...Nisa takut kalau mak kotakan apa yang
dikata. Jangan-jangan abang akan setuju kalau mak suruh abang kawen lagi? Nisa
tak rela bang nak kongsi abang dgn perempuan lain~
Airmata Nisa bagai hujan yang
turun mencurah. Hatinya teramat pedih dan begitu terluka dengan perlakuan Azri
tadi. Kenapa harus dia hadapi semuanya seorang diri? Nisa sudah teresak. Dalam
sedu yang masih bersisa Nisa menyambung menulis.
~Abang,tolonglah Nisa. Nisa tak kuat bang. Nisa tak
kuat..Nisa nak abang sentiasa di sisi Nisa samada waktu susah atau senang. Waktu
sedih dan gembira. Bukan tinggalkn Nisa macam ni. Nisa sayang abang. Sayang sangat-sangat..
tapi kenapa abang selalu buat Nisa macam ni? Kenapa bang?~
Tulisannya semakin lama semakin
teruk. Dah macam cakar ayam pun ada, tapi Nisa tak kisah. Yang penting, dia
sudah meluahkan isi hatinya pada teman setianya itu. Semakin lama esakan Nisa
semakin menjadi-jadi. Kepalanya pula terasa berdenyut. Dalam sendu yang masih
bersisa Nisa tertidur. Moga esok masih ada sinar bahagia untuknya. Itulah
harapan Nisa setiap hari.
.........................
Hari pertama mula bekerja bersama suami
tercinta. Kelakar betul bila mereka ditempatkan dalam satu line tapi dalam line
tu hanya ada 3 orang lelaki termasuk Azri. Seorang supervisor cina En Chan,
seorang tecnician Azam namanya. Muda lagi tapi badannya kecik sikit. Azri jadi
operator bahagian mesin manakala Nisa pula jadi operator bahagian line. Tapi
yang tak bestnya ada seorang QC gedik yang selalu nak berhimpit dengan Azri. Naik
meluat Nisa memerhati kelakuan QC tersebut. Bukannya lawa mana pun cuma
hidungnya aja mancung sikit dan orang mengelarnya Shima Begum. Entahlah kenapa?
Mungkin ada mix blood kot.
"Adik baru masuk kerja
ke?" Nisa disapa rakan di sebelahnya. Kecil molek orangnya. Nisa hanya
mengangguk dan melemparkan senyuman.
"Psttt..kak Ema, tengok
Shima tu. Daripada tadi lagi dok mengayat pekerja baru tu. Dah berkenan kot?"
Orang di sebelah kiri pula bersuara. Nisa yang berada di tengah hanya tersenyum,
tapi dalam hati sedang membara. Oii,.. yang budak Shima dok mengayat tu laki
aku!
"Hmm..mula dah la tu, pantang
tengok lelaki hensem sikit, mula dah la penyakit gedik dia tu." Orang yang
bernama kak Ema pula bersuara. Nisa sekali sekala mengerling ke arah Azri dan
Shima. Selamba saja Azri buat kerja langsung tak beriak wajahnya. Nisa pun tak
tahu apa yang suaminya rasa apabila ada seorang perempuan sedang mengajaknya
berbual. Nisa kenal benar suaminya. Seorang pendiam. Takkan dengan Shima gedikz
tu dia nak beramah mesra pulakan? Memang tak lojik la.
"Adik masuk sekali kerja
dengan lelaki tu kan? Kenal ke or memang interview sekali?" Orang di
sebelah kiri bertanya. Nisa berfikir sejenak. Apa nak cakap? Yang betul ke atau
nak bohong sunat?Hehehe..otak geliga Nisa mula berjalan. Idea cepatlah datang!
Diseru idea daripada mindanya.
"Err..tak kenal pun. Kebetulan
aja tadi masuk interview sama." Keputusan tekad Nisa. Kelentong saja la. Nisa
tersenyum dalam hati. Best juga kalau pura-pura tak kenal.
"Ikien,..nampaknya umpan tak
makan tu. Menonong aja Shima tu." Kak Ema menjuihkan bibirnya. Nisa
memandang ke arah Shima yang berjalan keluar. Dalam hatinya terasa lega. Nasib
baik ikan tak makan umpan. Kalau makan..siap la!
Time rehat, kelakuan Shima Begum
menjadi-jadi. Nisa pura-pura tak kenal Azri tapi Shima Begum pula ambil
kesempatan.
"Ikien..tengoklah QC kita tu.
Azri tu bo layan pun dia masih tergedik lagi. Ishhh..kalau kak Ema la, malu giler.
Hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong." Kak Ema dan Shikin mula
bergosip lagi. Ketika itu mereka sudah sampai di meja makan. Nisa hanya
memasang telinga. Sekali sekala Nisa mengerling Azri di meja hujung yang sedang
makan bersama Azam dan Shima. Memang Shima tu kulit muka tebal berpuluh inci
la.
"Tapi kak Ema, masalahnya Shima
tu hidung dia tinggi." Shikin bersuara sambil ketawa perlahan.
"Huh! Itukan peribahasa
Iekin." Kak Ema tersenyum.T ak ada riak marah. Nisa sekadar jadi pendengar
dan jadi pemerhati. Tak berbunyi apa-apa, tapi dalam hati hanya Tuhan yang
tahu. Bergelodak sakan.
"Apa pendapat kak Ema pasal
Azri tu?" Nisa pandang Shikin. Dalam hati tertanya-tanya. Kenapa Azri pula
yang menjadi topik mereka?
"Ok..nampak macam baik
aja." Nisa pandang pula Kak Ema. Korang ni kenapa?
"Maksud Iekin wajah dia
tu, handsomekan? Agak-agaknya la dah kawen ke belum?" perbualan diteruskan.
Nisa mula rasa tak sedap hati. Azri dikerling lagi. Dalam masa yang sama Azri
turut memandang dirinya. Mereka bermain mata seketika. Nisa sengaja mempamerkan
wajah tidak puas hatinya. Azri tersenyum bila melihat wajah masam Nisa.
"Hee..berbulu la mata Iekin
tengok Shima tu kak Ema." Shikin berkata sambil menjuihkan bibirnya. Kak
Ema ketawa perlahan.
"Jeles ke?" Kak Ema
bertanya galak. Nisa jadi sebak. Agak-agak la nak jeles.
"Tak kuasa nak jeles. Entah-entah
dah ada isteri? Jangan-jangan anak dah berderet?" Shikin membuat serkap
jarang. Tanpa sedar Nisa mengeleng. Tak suka betul bila suami sendiri jadi
topik perbincangan kawan-kawan barunya. Padam muka kau Nisa! Tu la, siapa suruh
tak mahu mengaku Azri tu? Kononnya tak kenal. Kan dah terasa!
Masa rehat berlalu begitu saja. Bila
mereka semua beredar dari kantin, mereka jalan beriringan. Azri cuba mendekati
Nisa tapi Nisa mengelak. Nisa menjeling kepada Azri memberi amaran. Azri buat
selamba, tak faham maksud jelingan Nisa itu. Shima pula ambik kesempatan
berjalan di sebelah Azri.
"Abang Azri kita jalan sama
la." suaranya sengaja bernada manja.
"Abang Azri suka sangat ke
makan nasi ayam? Shima tak suka la. Tak tau la kenapa? Eee..." Shima buat
muka menahan geli. Nisa yang turut mendengar terus beristighfar di dalam hati. Kenapalah
ada makhluk macam ni dalam bumi malaysia ni? Memalukan kaum sejenis saja. Dah
sah-sah Azri tu tak melayan tapi masih nak terkinja-kinja lagi nak bercerita
itu dan ini. Tak faham betul!
............................................
Selepas tiga bulan bekerja di bawah satu bumbung dan dalam line yang
sama, rahsia masih tersimpan utuh. Shima masih begitu. Kadang-kadang kalau Azri
tak melayan, Azam si kecik tu yang jadi mangsa. Nisa pernah meluahkan perasaan
tak puas hatinya pada Azri tapi Azri buat selamba saja. Seolah-olah tiada apa
yang mengugat hatinya. Bila Nisa memberontak barulah Azri membuat pengakuan
pada Nisa bahawa kasihnya hanya pada Nisa dan meminta agar Nisa jangan meragui
dirinya. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Itulah yang selalu Azri
katakan padanya.
Malam itu ketika waktu sudah
berganjak ke pukul 10.30 malam, suasana kerja yang tenang tiba-tiba menjadi
riuh dengan jerit pekik. Kebetulan mereka bekerja shift petang hari itu. Lagi
setengah jam mereka akan tamat shift. Haru-biru juga waktu itu. Masing-masing
tertanya-tanya apa yang sudah terjadi. Nisa pandang Azri di hadapannya dengan
wajah yang sarat dengan perasaan takut. Azri pula bagi isyarat mata, 'relax la.
Tak ada apa-apalah'. Mungkin itulah maksudnya. Tapi bagi Nisa, perasaan cuak
dan cemas itu masih tetap ada. Semua kerja dihentikan atas arahan orang atasan.
"Ada budak line depan dah
kena histeria, habis dah berjangkit." Entah dari mana Shima ni datang. Kuat
semangat betul minah gedik ni? Selamba saja dia bagitau kat semua orang tanpa
perasaan cemas ataupun takut.
"Macam mana boleh jadi
macam tu?" Zarita leader line bertanya kepada Shima.
"Aku dengar tadi pakat
cerita,..barang tak ada, jadi budak yang mula kena tu tertidur, kemudian ada
orang tampar belakang dia. Bila dia sedar dia mula menjerit-jerit dan meracau.
Bila orang pujuk dia lari. Tu la pasal,.. time kerja tidur. Sapa suruh?"
selamba badak ja Shima ni mengutuk orang.
"Sume olang sulah bole
kemas. Bole balik ma. Itu olang jerit-jerit, nanti jangkit sama sume. Manyak
susah ma.." Supervisor Chan bagi arahan. Tak ada seorang pun yang gembira
walaupun dapat pulang setengah jam lebih awal. Suasana kecoh di luar sana lebih
merisaukan.
Semua berkemas untuk pulang. Pandangan
Nisa tak lepas dari memandang Azri untuk meminta simpati, Azri faham ketakutan
Nisa. Sekuat Nisa pun dia trauma dengan orang yang kena histeria. Apa yang
paling menakutkan kalau dia pun tersampuk sama. Nisa langsung tak mahu
berenggang dengan Azri. Dia sudah tidak kisah kalau semua orang tahu mereka
suami isteri.
"Abang..." Nisa bersuara
perlahan. Berjalan keluar sambil berada disamping Azri buat semangat dia kuat
walau masih ada perasaan cemas.
"Ok..tak ada apa-apalah. Jangan
takut sangat. Syaitan ni kalau dia tau kita takut kat dia, dia akan jadi
berani. Nisa baca ja Ayat Qursi, Tiga Qul dan Al-Fatihan. In Sya Allah mudahan
Allah lindungi Nisa." kata-kata penguat semangat dari seorang suami. Nisa
hanya mengganguk. Di depan pintu pagar Nisa bertemu Salma dan Aini. Mereka
berdua ni adalah rakan sekerja yang naik van kilang bersama Nisa dan Azri. Bila
bertemu mereka Azri meninggalkan Nisa untuk membantu menangani mangsa-mangsa
histeria. Ada seorang ustaz yang dipanggil untuk memulihkan keadaan. Pekerja-pekerja
lelaki membantu apa yang patut. Wanita-wanita yang lemah ini bila dah terkena
sampuk tenaga mereka mengalahkan tenaga sepuluh orang lelaki.
"Kak Nisa,..Ima takut."
Salma mula bersuara. Sambil itu mereka tetap berjalan menuju ke arah van yang
diparkir berdekatan sebatang pokok besar.
"Jangan ikut sangat perasaan
tu. Baca apa-apa surah yang patut." Nisa cuba menenangkan Salma walau
dirinya sendiri merasa gerun. Aini pun sudah pucat semacam saja wajahnya.
"Ya Allah kak Nisa. Meremang
semacam aja ni." Salma sudah bernada cemas. Mereka masuk ke dalam van. Ketika
Nisa memandang keluar tingkap dan terpandang di bawah pokok, perasaan seram
menguasai perasaannya. Seolah-olah ada makhluk yang sedang memerhatikan
dirinya. Meremang bulu tengkuk. Segala surah yang dibaca sudah jadi
bercelaru,berterabur semuanya. Di luar masih lagi riuh dengan suara tangisan
dan jerit pekik yang semakin menyeramkan dan dalam kekalutan semua itu Salma di
sebelah dengan tidak semena-mena sudah menangis. Kalut. Apa yang harus aku
lakukan? Nisa berfikir sejenak. Habislah kalau Salma tersampuk sama.
"Sabar Ima, bawa mengucap. Baca Fatihah
dengan Al- Ikhlas. Lawan, lawan..." Nisa memujuk Salma dan ketika inilah
Nisa ternampak pemandu van. Tanpa menunggu lama Nisa terus memanggil.
"Abang Din,..cepat la. Jom
balik. Ima dah menangis ni." cemas suara Nisa. Abang Din terus mengumpul
semua orang termasuk Azri. Bila semua sudah masuk van Abang Din terus beredar
dari situ. Nisa menarik nafas lega bila Salma sudah semakin reda dari
tangisnya. Namun wajah masing-masing masih pucat. Jelas aura ketakutan itu
masih bersisa.
Van terus bergerak. Semua orang
diam cuma sekali sekala mereka membuka cerita mengenai kejadian itu. Nisa terus
trauma. Serik untuk bekerja lagi. Nisa lebih rela untuk dibuli Mak Leha dari
terus berdepan dengan situasi yang amat menyeramkan itu. Biarlah Azri seorang
yang bekerja. Dia menaruh kepercayaan Azri pasti mampu menangkis godaan Shima.
...................................................................
Akhirnya keputusan nekad terus dibuat. Tiga minggu selepas kejadian
histeria di kilang Nisa berhenti kerja. Memang ramai rakan-rakan satu line yang
memarahi Nisa kerana menyembunyikan hubungannya dengan Azri. Lebih-lebih lagi
kak Ema dengan Shikin. Sambil marah sempat juga mereka meminta maaf kerana
selalu bergosip perihal Azri dan Shima.
Shima pula selepas tahu Nisa
isteri Azri semakin galak dia mengoda Azri. Memang, jenis minah gedik yang tak
makan saman. Nisa pun tak tahu apa yang ada dalam kepala otak dia. Nak marah
tak kuasa. Nak cemburu tak guna. Buang karan aja cemburu kat minah gedik tu. Akhirnya
Nisa buat tak peduli saja.
Selepas berhenti kerja Nisa
kembali aktiv di laman sosial Facebook. Banyak masa Nisa yang terluang. Mak
Leha dah jarang marah-marah sejak Azri pulang ke kampung. Mungkin nak ambil
hati anak kesayangan barangkali. Buka saja facebook Haida dah PM nisa.
-Salam..kau sihat?
Mana pegi? Lama tak dengar brita? Bila aku nak dapat anak sedara ni? Kau tak
penah upload apa2 pic pun?-
Nisa terkesima pada soalan
terakhir. Kalau dah belum dapat anak. Macam mana nak upload gambar? Upload
gambar anak patung boleh la, tak pun buka ja google lepas tu kidnap saja anak
sesiapa dalam google tu upload aja masuk facebook. Nak sangat tengok anak
akukan? Minda Nisa dah mula menceceh. Ni semua Haida punya pasal.
-Waalaikumusalam...Berapa banyak soalan daa? –
Nisa terus enter. Malas nak jawab
panjang-panjang nanti lagi panjang soalannya.
-Wajib tanya banyk2.
I miss u la. U miss me?-
Nisa tersenyum. Ada juga orang nak
rindu kat aku?
-Miss u too kembang
setaman. Taman kau sekarang tanam bunga taik ayam ke? Hahaha..-
Nisa tersengeh dengan ayatnya sendiri.
Dah lama tak bergurau dengan Haida. Rindu pula suasana itu.
-Tak la. Aku tanam
bunga kaktus. Nanti duri2 kaktus boleh aku bagi kepada kau:-P..-
Nisa ketawa lepas selepas membaca
mesej dari Haida. Sambil tu tangannya berfungsi juga. Sambil Chat dengan Haida
Nisa chek notification. Tak ada yang menarik minat untuk dibuka. Mesej Haida dibalas
lagi.
-Kau buat apa sekarang
ni? Bila nak makan nasi minyak ni?-
Nisa terus enter. Nisa masuk dalam
ruangan pencarian. Teringin pula nak mengetahui perkembangan semasa Firdaus. Agak-agaknya
Firdaus dengan Yat ni dah kahwin ke belum?
-Kau dah nyanyuk
ya? Kan aku dah lama kawen. Nanti hujung tahun ni kami bakal dapat baby. Aku
dah peknan 5bln-
Mesej Haida dibaca dengan perasaan
terkejut. Haida dah kahwin dan bakal dapat anak? Aku juga yang melopong. Sepatutnya
aku dulu yang bergelar ibu. Air mata bergenang tanpa sedar. Nisa pujuk perasaan
sendiri. Untuk apa menangisi nasib diri. Aku harus redha dengan apa yang telah
ditakdirkan. Air mata diseka perlahan. Senyuman cuba diukirkan untuk diri
sendiri.
-Tahniah my prenz, power
betul korang erk? :-D-
Nisa
membalas mesej Haida. Sambil tu tangannya ligat mencari nama Firdaus. Hah!
Firdaus Mohd Zakri. Mamat ni memang...Entah bila la nak guna gambar sendiri?
Entah model mana yang digunakan untuk dijadikan gambar profilnya? Wajah sendiri
bukannya tak handsome. Smart juga la walau tak sekacak Shah Rukh Khan. Hihihi...
Nisa mula membaca status dan
komen-komen di dalam wall Firdaus. Wall Firdaus penuh dengan gambar-gambar yang
telah ditag oleh rakan-rakan facebooknya. Glamour juga mamat sorang ni. Antara
yang selalu tag gambar adalah Saisah Mazeati, Pak Busu, Eagle Fly, Amin Dia, Syahrul
Nizar, Atie Solehah Isteri Hubby. Amboi panjangnya nama...Nisa tersenyum
sendiri. Eh.. Kembang Mawar Berduri pun ada? Dan yang paling banyak tentulah
Yati Yatt. Alhamdulillah nampaknya hubungan mereka semakin maju. Kalau dulu
abang/sayang tapi sekarang ibu/ayah. Wah! Romantik gilerr. Hahaha..
Nisa semak pula mesej dari Haida.
Dah pengsan ke apa? Diam saja. Tak ada. Oh! dah tak hijau dah pun. Dah offline
la tu. Nisa buka pula bahagian rakan yang telah memohon untuk menjadi rakan facebooknya.
Antaranya Habsah Ayub. Terima sajalah. Muka comey ni mesti baik. Nisa chek info
profil dia. Tokey kedai kek rupanya. Ada lagi Princessz Diana. Amboi Princess
tu, tanpa membuka profilnya Nisa terus approve. Yang namanya perempuan mesti
baik. Lelaki saja yang harus hati-hati sikit. Lagipun Azri pun dah pesan. Dalam
Facebook pandai-pandai bawa diri. Dah nama pun Laman Sosial pasti ada gejala
sosialnya. Kalau tak pandai uruskan dengan baik dan setakat ini Nisa masih
mampu kawal diri.
Nisa terus logout bila dah mula
merasa boring. Masuk facebook kalau tak ada rakan untuk berbual memang
tersangat boring. Nisa terus of lappynya. Nisa capai pula novel terbaru yang
baru dibelinya. 'Projek memikat suami', menarik tajuknya. Walau dah khatam tapi
Nisa masih mahu membacanya untuk kali kedua. Best sangat ceritanya. Kelakar pun
ada. Mamat ais beku, tapi endingnya mamat ais beku menjadi romantik juga. Aku?
Bila pula Azri nak jadi romantik? Nisa mengeluh perlahan. Suami aku tak
romantik tapi dia cool. Biarlah...
...............................................
"Nisa,.subuh dah nak habis ni. Cepat bangun!" sejak tadi Azri
mengejutkan Nisa untuk bangun solat subuh tapi liat benar nak bangun. Sebelum
ni sekali dipanggil dah bangun dan macam biasa mereka akan solat berjemaah. Tapi
sejak dua tiga hari ini Nisa selalu begini. Siang hari pula kerjanya tidur saja
memanjang. Dah tu terlalu sensitif sangat. Ditegur sikit, merajuknya
lebih-lebih.
"Nisa..kenapa ni? Dah nak
subuh gajah. Tak bangun-bangun lagi. Tak baik Nisa tangguh-tangguhkan
solat." Azri bersuara lagi. Tubuh Nisa digoyangkan perlahan.
"Nisa ngantuk la bang. Letih
sangat ni." Nisa bersuara juga walau mata masih terpejam. Kepalanya direbahkan
di atas riba Azri yang duduk di birai katil. Hari minggu macam ni la nak
bermanja pun.
"Dahh..jangan mengada-ngada. Apa-apa
pun solat dulu." Azri bersuara tegas. Dengan perasaan malas Nisa buka juga
mata. Dia bangun dan duduk di sisi Azri. Tangannya didepangkan keduanya.
"Nak dukung..." Nisa
bersuara manja sambil membuat gaya kanak-kanak kecil yang ingin didukung
ibunya. Azri tertawa perlahan melihat gelagat isterinya itu sambil kepalanya digelengkan
berkali-kali.
"Manja betul isteri abang sejak
akhir-akhir ini. Jom abang bawa ke bilik air. Dah lewat sangat ni. Nanti
terlepas pula solat subuh." tangan Nisa terus dipimpin hingga ke bilik
air. Mak Leha yang memerhati memandang hairan. Menantunya sejak akhir-akhir ini
semakin pemalas. Berkurung saja di dalam bilik setiap hari. Kalau ditegur sikit
dah buat muka. Dah tu dia akan lari balik ke rumah ibu bapanya. Azri juga yang
akan pergi membawanya pulang.
"Kenapa tu?" Mak Leha
bertanya anak kesayangannya.
"Tak ada apalah mak. Nisa tak
sihat. Pening kepala." Sebaik-baik Azri, demi isteri tersayang dikelentong
juga ibunya itu. Bukannya sengaja. Kesiankan Nisa kerana ibunya selalu merungut
padanya Nisa semakin pemalas.
"Ikutkan sangat la bini
tu." Mak Leha mengomel perlahan. Anak dan menantu dijeling geram. Ingatkan
kalau dapat menantu boleh la timang cucu. Tak la sunyi sepi rumah ni. Ini..dah
dekat dua tahun macam tu juga. Mak Leha mengeluh kasar. Nisa dan Azri yang baru
keluar dari bilik air dipandang lagi. Tapi kali ni tak pula berpimpin macam
tadi. Boleh pula berjalan sendiri? Fikir Mak Leha dalam hati.
"Kau tak mau minum E? Mak dah
buat mee goreng ni." Mak Leha bertanya pada Azri. Anak saja yang ditanya. Menantu
pandai-pandailah cari sendiri. Dah nama pun perempuankan.
"Kejap lagi la mak. E makan dengan Nisa." lembut Azri
bersuara. Mak Leha mencebirkan bibirnya. Menyampah...
"Abang pergilah makan dengan mak.
Nisa nak solat. Lagi pun Nisa tak ada selera la nak makan. Tadi masa masuk
dapur terhidu mee goreng pun tekak dah rasa loya." Nisa menyuruh Azri
menemani emak mertuanya bersarapan pagi. Dalam rumah ni selepas subuh lagi
sarapan sudah disiapkan.
"Nisa tak sihat ke?" Azri
bertanya Nisa. Memang isterinya nampak tak bermaya. Dah tu suka sangat makan
benda-benda tak berkhasiat. Hari-hari minta coklat, ais krim dan makanan ringan
lainnya. Macam budak-budak pula.
"Pergilah temankan mak tu. Nanti
mak kecik hati pula. Nisa pula kena tuduh." Nisa tarik muncung. Bukan tak
pernah dia mendengar macam-macam mertuanya itu mengadu pada suaminya.
"Yalah, nanti lepas solat jangan
tidur balik. Tak masuk rezeki tidur lepas subuh. Lagi pun abang tengok isteri
abang dah semakin tembam sekarang ni." Azri ketawa selepas ayat terakhirnya.
"Abanggg.." Nisa ketap
bibir. Sengaja nak mengutuk orang. Tahulah dia tak kerja pun. Duduk di rumah
makan dan tidur saja. Entahlah kenapa badan dia jadi macam ni? Apa yang tak
kena pun dia tak tahu?
...................................................
Positif!!!
Alhamdulillah, hanya itu yang mampu
diungkapkan tatkala doktor yang merawat Nisa memberitahu bahawa ujian yang
dijalankan ke atasnya melalui urine test adalah positif. Bimbang dengan keadaan
kesihatan Nisa yang semakin merosot Azri telah membawa Nisa ke klinik terdekat.
"Assalammualaikum mak.."
Sebaik pulang dari klinik Nisa terus mengajak Azri pulang ke rumah ibu bapanya.
Biarlah ibu bapanya yang menjadi orang pertama yang mengetahui berita gembira
itu. Nisa gembira sangat bila dirinya disahkan sudah mengandung. Penantian yang
tak sia-sia.
"Mak..oo mak. Mana pula mak ni?"
Nisa mencari maknya di seluruh rumah. Sunyi sepi pula rumah mereka. Mana pula
semua orang ni?
"Sunyi aja Nisa, tak ada orang
kot? Jomlah balik rumah mak abang dulu. Nanti petang kita datang lagi ke sini. Bukan
jauh mana pun." Azri bersuara memujuk. Tadi Nisa berkeras nak pulang ke
sini. Alasan yang diberi nak makan nasi masakan ibunya hari ini. Azri mengikut
saja memandangkan sudah banyak hari Nisa tidak menjamah nasi kerana hilang
selera makan.
"Ala abang ni. Rumah mak
abang tu tak lari ke mana la. Kalau abang dah rindu sangat nak jumpa mak abang
tu. Pergilah balik. Nisa tak nak." Nisa bersuara rajuk. Terasa benar
hatinya. Nak balik pergi sajalah. Tadi dah setuju nak datang sini. Emak pun
belum jumpa dah nak ajak balik rumah mak dia tu. Nisa memprotes di dalam hati.
"Aikk..menghalau nampak?"
Azri terasa hati tapi demi isteri yang disayangi Azri mengalah juga. Orang
mengandung memang macam ni ke? Erm..ikut sajalah Azri oii!!!
..............................................................
"Sayang ibu sihat tak hari ini? Sayang ibu jadi anak yang baik tau.
Ibu sayang sangat-sangat kat anak ibu ini.." Nisa mengusap perlahan
perutnya yang sudah menginjak ke usia enam bulan. Sejak disahkan mengandung, gembira
benar hatinya. Dia benar-benar teruja bila perutnya yang semakin membesar itu sudah
mula dirasakan pergerakannya.
"Ibu laparlah sayang. Anak ibu
tentu lapar jugakkan? Jom kita tengok apa nenek tinggalkan untuk kita di
dapur." Nisa melangkah menuju ke dapur. Hari ini dia bersendirian. Azri
dan Mak Leha tiada kerana menghadiri majlis kenduri di rumah saudara mara
terdekat.
Bila tiba di dapur Nisa menuju meja makan
dan tudung saji diangkat perlahan. Yang ada di bawah tudung saji hanyalah
lempeng sarapan pagi tadi. Lempeng kelapa dicampur dengan pisang dicicah
bersama kari ikan kembung lebihan semalam. Nisa menutup kembali tudung saji. Walau
perutnya tengah berkeroncong minta diisi tapi dia tiada selera untuk menjamah. Nisa
menuju ke arah peti ais dan membukanya. Juga tiada apa yang membuka seleranya
untuk dimakan.
"Ibu laparlah sayang, tapi ibu
malas nak masak." Nisa mengusap lagi perutnya. Mengikut artikel yang dibaca,
janin di dalam kandungan yang berusia empat bulan ke atas sudah boleh diransang
mindanya.
"Kita ke rumah nenek satu
lagi ya sayang. Nanti boleh bermanja dengan nenek. Boleh minta tolong nenek
masakkan sedap-sedap untuk kita." Nisa sudah berkira-kira untuk pulang ke
rumah ibu bapanya. Teringin benar dia untuk makan masakan ibunya. Mak Nab tentu
takkan menghampakan permintaannya. Nisa tersenyum sendirian. Dia sudah
terbayang keenakan masakan ibunya yang pasti akan membuatkan dia berselera
untuk menjamahnya. Nisa mengayun langkahnya menuju ke bilik.
Laju ayunan langkahnya hingga Nisa
terlupa ada nyawa lain yang dibawa bersamanya. Langkah Nisa tersadung, dan
dalam keadaan dirinya yang tergesa-gesa itu Nisa tidak dapat menyeimbangkan
tubuhnya bila nasib tidak menyebelahi dirinya. Nisa jatuh terduduk. Sakit
pinggangnya tak terkata. Saat ini Nisa hanya mampu menahan kesakitan dan berdoa
agar anak dalam kandungannya selamat.
Ya Allah...sakitnya
Ya Allah. Aku rela Ya Allah menghadapi kesakitan ini tapi tolonglah jangan kau
rampas anak dalam kandunganku ini. Kau selamatkanlah anak dalam kandunganku
ini. Aku sayang anakku. Janganlah Kau rampas dia dariku Ya Allah.
Nisa terus merintih dalam hati. Hanya
Allah yang mampu menyelamatkan dirinya dan anaknya. Nisa mengagahkan dirinya
untuk bangun. Perlahan-lahan Nisa cuba berdiri. Kesakitan yang dirasakan begitu
merisaukan perasaannya.
"Abang..tolong Nisa bang.."
Nisa mula teringatkan suaminya. Nisa mula bergerak perlahan ke bilik. Saat Nisa
mula melangkah Nisa terasa sesuatu yang mula mengalir di kakinya. Perlahan Nisa
menyingkap kain yang dipakai.
"Ya Allah..darah!" Nisa
panik. Apatah lagi bila merasakan kesakitan yang ditanggung semakin berbisa.
Dengan kudrat yang masih bersisa Nisa
melangkah juga ke bilik. Perlahan langkah diatur sedangkan sakit yang ditanggung
semakin mengcengkam. Darah semakin banyak yang keluar.vNisa mula merasakan
keadaan keliling mula berpusing. Dengan sisa kudratnya telefonnya dicari dan
dalam masa yang sama telefon yang dicari sudah berbunyi minta diangkat. Nisa
segera menjawab panggilan bila skrin telefon memaparkan nama My Hubby.
"Abang tolong Nisa bang. Nisa
jatuh.." tanpa memberi salam Nisa terus mengadu.
"Abang balik sekarang. Nisa dah
tak kuat bang..." Nisa menyambung kata dan pandangan Nisa semakin kabur.
.......................................................
Azri mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Hatinya resah bila
memikirkan keadaan Nisa. Tadi hatinya tidak tenang di tempat kenduri kerana
Nisa sendirian di rumah lantas Nisa dihubungi. Apa yang dibimbangkan terjadi
juga. Mendengar suara Nisa yang meminta tolong dan akhirnya terus diam
menjadikan dirinya amat panik. Mak Nab dihubungi segera. Bila mereka tiba di
rumah ambulance sudah bersedia di depan rumah. Nisa sudah tidak sedarkan diri
ketika Nisa ditemui. Nisa kehilangan banyak darah. Pucat benar wajah Nisa
ketika dibawa ke Hospital tadi dan sebaik tiba di hospital Nisa disahkan
kritikal oleh doktor yang merawat.
Ya Allah..kau
selamatkanlah isteriku.
Azri berdoa di dalam hati. Pintu
bilik kecemasan dipandang lagi. Sudah hampir sejam Nisa disorong masuk ke sana
tapi masih belum ada apa-apa berita.
" E...sudahlah tu. Cuba bawa
bertenang. Berdoa banyak-banyak..In Sya ALLAH Nisa selamat." Mak Leha cuba
mententeramkan anak kesayangannya. Mak Nab dan Pak Mat di sebelah pula nampak
tenang sahaja.
"Doktor cakap Nisa kritikal
mak." Azri bersuara perlahan sambil melabuhkan punggungnya di sisi Mak
Leha.
"Doktor bukan Tuhan E. Berdoa
banyak-banyak. Mudahan anak dan isteri E selamat." Mak Leha bersuara lagi
sekadar menyedapkan hati anak kesayangan. Pintu bilik kecemasan terkuak.
Seorang nurse keluar diikuti seorang doktor di belakangnya.
"Waris Nur Khairunnisa Bt Samad."
nama Nisa disebut. Azri dan yang lain bingkas bangun dan mendapatkan keduanya.
"Saya suaminya." doktor
tersebut memandang Azri. Wajahnya tenang dan doktor mula bersuara.
"Maafkan kami, anak dalam
kandungan isteri Encik tak dapat nak diselamatkan. Isteri Encik banyak
kehilangan darah dan kami perlu melakukan pembedahan dengan kadar yang segera
untuk menyelamatkan nyawanya. Encik tolong tandatangan borang keizinan
ni." Doktor terus menghulurkan fail di tangan pada Azri. Mak Leha dan Mak
Nab sudah mula mengesat airmata. Harapan menimang cucu punah akhirnya. Fail
yang dihulurkan disambut segera. Tandantangan diturunkan seperti yang diarahkan.
"Isteri saya macam mana
doktor?" Azri bertanya keadaan Nisa. Biarlah kalau ditakdirkan anak mereka
diambil kembali tapi isterinya harus selamat.
"Isteri Encik masih dalam
pantauan kami. Buat masa sekarang saya tak dapat nak menjelaskan
keadaannya." doktor bersuara tenang. Selepas borang ditandatangani doktor
dan nurse terbabit masuk semula ke bilik kecemasan. Azri dan yang lain kembali
ke tempat menunggu yang disediakan. Masing-masing mendiamkan diri, cuma sekali
sekala Azri meraup wajahnya dan mengeluh perlahan.
Nisa..maafkan abang. Kalau abang tahu
akan jadi macam ni, abang takkan tinggalkan Nisa. Abang harap Nisa akan kuat
selepas ini. Anak kita Allah dah ambil balik Nisa. Allah pinjamkan dia untuk
buat kita bahagia sementara tapi Allah lebih sayangkan dia Nisa.
Ya Allah kau
kuatkanlah hati isteriku untuk menerima cobaan ini.
Azri berdialog di dalam hati. Dia
redha terima ketentuan Ilahi tapi dia bimbang Nisa tak dapat menerima ujian
ini. Dia tahu Nisa begitu teruja selepas disahkan mengandung. Berseri wajah
isterinya saat berbual dengan anak dalam kandungannya. Kadang-kadang Azri
terasa lucu dengan gelagat Nisa. Bersungguh benar Nisa berbual bagai anak di dalam
kandungannya itu memahami setiap butir bicaranya. Azri meraup wajahnya untuk ke
sekian kalinya.
Ya Allah..kau
kuatkanlah hati isteriku untuk menerima pengkhabaran ini.
Azri berdoa lagi di dalam hati.
Hanya itu yang mampu dilakukannya. Kegembiraan Nisa akan lenyap selepas ini. Mampukah
aku berhadapan dengan situasi itu? Aku perlu kuat demi Nisa. Aku tak perlu
tunjukkan rasa kehilangan. Nisa perlukan aku untuk terus membina semangat. Azri
berazam di dalam hati. Kehilangan zuriat yang dinanti-nantikan memang
mengecewakan tapi dia harus redha dan terima segalanya. Dia hanya bimbang
penerimaan Nisa terhadap kehilangan ini.
........................
Nisa membuka mata perlahan-lahan. Mindanya mula berfungsi mengingati
kembali apa yang telah menimpa dirinya. Pemandangan sekeliling dipandang. Wayar
dan jarum memenuhi tubuhnya. Nisa mula mengingati sedikit demi sedikit.
Perlahan tangannya diangkat tapi kudratnya langsung tiada. Badannya terlalu
lemah. Kepalanya pening. Nisa terbaring kaku di atas katil.
Di mana dia berada sekarang? Nisa
pasti dia bukan berada di wad biasa. Seketika kemudian ada nurse yang masuk dan
menuju ke katilnya. Nisa memandang lemah pada nurse tersebut. Banyak soalan
yang ingin ditanya tapi semuanya hanya mampu disoal di dalam hati.
"Puan Khairunnisa,.."
nama Nisa dipanggil. Nisa hanya memandang tanpa suara. Nurse tersebut
mengukirkan senyuman.
"Puan ada di I.C.U
sekarang. Memandangkan puan dah sedar nanti puan akan dipindahkan ke wad
biasa." tanpa perlu disoal nurse tersebut memberitahu. Nisa hanya mampu
mengganguk lemah.
Ya Allah..aku di
I.C.U? Apa yang terjadi dengan anakku? Selamatkah anakku?
Nisa hanya mampu berdialog di
dalam hati. Perlahan tangannya menyentuh perutnya. Sudah tiada gerakan-gerakan
halus seperti selalu. Yang ada cuma rasa nyilu yang menyiat-nyiat kulit
perutnya.
"Nurse.." Nisa
bersuara lemah. Ingin bertanya perkhabaran tentang anaknya tapi nurse langsung
tidak menoleh, malahan selepas menulis sesuatu di atas laporan kesihatannya
nurse tersebut terus membuka pintu dan berlalu pergi.
Apa yang telah terjadi dengan
anakku? Soalan itu masih berlegar-legar di mindanya. Nisa menghitung sendiri. Kandungannya
baru berusia enam bulan. Tipis harapannya untuk melihat anaknya hidup. Nisa
mengandaikan dia sudah kehilangan anaknya. Tanpa dipinta air matanya meluncur
laju. Perutnya dipegang lagi. Kalau sebelum ini ada nyawa yang dibawa bersama
tapi sekarang perut itu telah kosong. Sebak rasanya bila memikirkan semua itu.
Ya Allah..kenapa
kau rampas dia dariku Ya Allah? Aku nak anakku. Aku tak mahu kehilangan dia. Dialah
kekuatan aku. Dialah kebahagiaan aku..
Nisa terus merintih. Dadanya
rasa sebu. Sesak terasa di dalam dadanya melawan perasaan. Sayu dan sebak yang
menguasai mindanya membuatkan air matanya meluncur laju.
Sayang,.kenapa sayang tinggalkan
ibu? Ibu nak sayang temani ibu tapi sayang pergi dulu. Nisa terus - terusan
berdialog di dalam hati. Kepalanya terasa berdenyut. Perutnya pedih minta diisi.
Bilik I.C.U yang hanya dihuni dirinya dipandang sepi.
Abang..maafkan Nisa. Abang tentu
kecewa kerana Nisa telah menyebabkan kita kehilangan anak kita? Nisa cuai bang.
Andai masa dapat diputar kembali Nisa pasti akan berhati-hati. Tapi masa takkan
dapat diputarkan kembali dan kita dah kehilangan anak kita.
Nisa tak dapat mengawal diri. Perasaan
sayu terus merasuk jiwanya. Bersendirian di bilik itu membuatkan perasaannya
semakin sukar dikawal. Dengan keadaan dirinya yang lemah. Dengan keadaannya
yang langsung tak mampu bergerak, Nisa terasa semakin lelah.
Andai ini ujianmu Ya Allah, aku
bermohon agar kau kuatkan hatiku. Kau jadikanlah aku seorang yang tabah. Sesungguhnya
ujian ini terlalu perit.
Tiada lagi
mimpi-mimpi indah yang bakal menemani.
Tiada lagi senyum
tawa yang mengiringi.
Tiada lagi gurau
senda dan kata bicara.
Tiada lagi rasa
bahagia yang jadi realiti..
Yang ada hanyalah
airmata yang akan terus menemani diri.
Dalam sendu yang masih bersisa
Nisa cuba pejamkan mata. Tak mahu lagi menyesakkan dada. Nisa begitu pasti
anaknya sudah tiada dan Nisa perlu berdepan dengan kenyataan yang menyakitkan
itu.
Ya Allah aku pasrah
dan aku redha dengan ujianmu. Sedaya upaya Nisa melelapkan matanya. Biarlah
semuanya terus berlalu dibawa arus masa.
............................................................
Menjelang malam Nisa disorong ke wad biasa. Tiada saudara mara yang
menemani. Nisa terasa hati. Kenapa Azri pun tidak menampakkan wajah? Mereka
semua ke mana? Mereka sudah lupakah pada aku? Mereka marahkan akukah? Minda
Nisa mula berfikir yang bukan-bukan. Selepas Nisa ditempatkan di katil wad. Seorang
nurse datang untuk mengambil tekanan darah.
"Puan kita ambil tekanan
darah ya? Puan ada rasa pening,penat atau sesak nafas?" Nurse mula
menyoal. Nisa yang rasa tidak selesa dengan pembaringannya berganjak sedikit
walau terasa sakit yang teramat di perutnya.
"Puan..buka mulut, kita
ambil suhu. Ada rasa macam nak deman tak?" Banyak betul soalan. Nisa tak
tahu mana satu yang harus dijawab. Yang dia tersangat pasti badan dia terlalu
letih dan tersangat lapar.
"Nurse..waris saya tak datang ke?"
keluar juga ayat itu. Nurse yang ditanya terus tercengang.
"Puan dari bilik I.C.U
kan?" Nisa hanya mengangguk.
"Tak ada waris yang pergi
melawat?" Nisa menggeleng. Nurse pun jadi buntu. Kerjanya diteruskan. Selepas
tekanan darah dan suhu diambil fail laporan ditulis.
"Nurse..perut sakit
sangat. Boleh minta ubat tahan sakit tak?" Nisa mencuba nasib. Dia sudah
tak mampu melawan rasa pedih.
"Dah makan belum?"
Nisa mengeleng. Nak makan apa kalau ahli keluarga pun tak nampak batang hidung.
Nisa menyeka perlahan air mata yang mula mengalir.
"Puan tunggu kejap. Saya
tanya doktor dulu. Ubat ni bukan boleh beri macam tu aja." Nisa
mengganguk. Nurse tersebut meninggalkan Nisa. Sepuluh minit kemudian nurse
tersebut datang lagi bersama dua orang yang berpakaian jubah putih. Pakaian
seragam seorang doktor.
"Puan..kita chek luka sikit
ya." kain bidai segera ditarik. Baju Nisa disingkap. Perlahan perut Nisa
diperiksa.
"Sakit sangat ke?"
doktor yang memeriksa menyoal Nisa.
"Sakit sangat doktor. Tak
tahan. Pedih." perlahan Nisa bersuara. Doktor memerhati pek darah yang disambungkan
ke tubuh Nisa.
"Ada rasa pening atau
sesak nafas?" Nisa mengganguk. Tak kuasa nak berkata-kata.
Doktor tak menyoal lagi. Lepas
Nisa diperiksa bidai ditarik semula seperti asal. Doktor bercakap sesama
mereka. Sekali sekala pandangan mereka dialih pada Nisa. Selesai menulis
sesuatu di atas fail laporan, mereka pun berlalu.
Nisa berjeda seketika. Otaknya
terus berfungsi memikirkan kemungkinan tiada ahli keluarga yang hadir. Sudah
lebih 24 jam dia sedar, takkan seorang pun tak tahu dan menjenguk dia di sini?
Lima belas minit berlalu nurse tadi datang
lagi bersama beberapa peralatan. Jarum suntikan dikeluarkan.
"Puan tahan sikit ya."
Nurse berkata sebelum jarum ditekan ke dalam tiub botol air yang disalurkan ke
badan Nisa. Bila ubat yang ditekan mula berjalan ke dalam uratnya Nisa mula
mengerang.
Sakitnya Ya Allah. Bukan sikit
ni. Terasa tak tertahan. Tapi hati Nisa lagi sakit bila mengingatkan ketiadaan
Azri dan ahli keluarga yang lain. Terasa bagaikan sebatang kara. Seketika
kemudian bila ubat sudah menampakkan kesan mata Nisa pun semakin layu. Tiada
apa lagi yang harus difikirkan. Nisa perlukan rehat yang secukupnya. Nisa mula
hilang dari dunia realiti. Matanya terpejam rapat. Nisa nampak ibunya datang
mendukung seorang bayi. Wajah ibunya berseri.
"Nisa,..bangun sayang. Mak bawa
anak Nisa ni. Anak Nisa comel macam Nisa kecil-kecil dulu. Nisa,..lepas ni mak
nak ikut cucu mak. Nanti Nisa tolong jaga abah dan adik ya. Nisa jangan bimbang,
mak ada cucu mak ni. Nanti cucu mak ni akan teman mak. Nisa, mak pergi dulu
ya.." Emak Nisa bersuara tenang. Wajahnya putih bersih. Air mata Nisa
mengalir tanpa sedar.
"Makkk..mak nak
pergi mana bawa anak Nisa tu?" Tidur Nisa tak tenang. Nisa meracau.
"Mak..Nisa nak
mak. Nisa nak anak Nisa."
.............................................
Nisa termanggu di tepi jendela
rumahnya. Bertahun sudah berlalu peristiwa sedih itu. Masih lagi terbayang
detik itu. Hari yang sama Nisa sedar, emak Nisa kemalangan. Emak Nisa meninggal
di tempat kejadian. Nisa hanya tahu emaknya pergi untuk selamanya selepas dia
keluar dari wad. Semua orang merahsiakannya daripada Nisa akan pemergian
emaknya itu. Memang sedih bila kehilangan orang tersayang dalam satu masa. Anak
dan juga emak. Tempat Nisa mencurah kasih.
Mak Leha pun sudah berubah. Ibu
mentua Nisa tidak lagi segarang dulu. Dia semakin lemah. Sudah uzur benar. Azri
pula sudah berhenti kerja kilang selepas Nisa keguguran anak pertama mereka. Azri
buat bisnes kecil-kecilan. Alhamdulillah, bisnes Azri semakin maju. Nisa
sendiri sudah mempunyai butik pakaian pengantin. Mereka sama-sama sudah
berjaya. Mungkin berkat rezeki anak kedua mereka. Tiga tahun selepas Nisa
keguguran, mereka mendapat sepasang anak kembar, Mohd Azrin Syah dan Nur
Azrina. Diambil sempena nama Azri Iskandar. Keluarga mereka semakin bahagia
dengan kehadiran kembar tersebut.
"Nisa,..buat apa tu?
Termenung lagi?" terdengar suara seseorang Nisa menoleh. Azri sudah
melemparkan senyuman.
"Tak ada apalah bang. Saja
ambil angin petang. Abang nak minum?" Nisa bertanya Azri, dalam masa yang
sama tangan suaminya itu dicapai dan didekatkan pada bibirnya lalu dicium penuh
hormat.
"Boleh juga. Memang dahaga pun.
Anak-anak mana?" keadaan sunyi sepi menjadikan Azri hairan. Selalunya
anak-anaklah yang riuh rendah menyambut kepulangannya.
"Mana ada,.tadi dah ikut Pak
Ucunya naik motor. Katanya tadi nak ronda-ronda sekeliling kampung. Apa
lagi..melompat sakanlah. Suka." Nisa ketawa perlahan. Adik bongsunya sudah
tujuh belas tahun sekarang. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Lepas
setahun emaknya meninggal, ayahnya pula pergi menghadap Ilahi. Satu-satu
adiknya itu tinggal bersama mereka.
"Nisa tak ke butik ke hari ni?
Tak lama lagi dah cuti semester terakhir tentu banyak tempahan?" Azri
bertanya sambil memandang wajah Nisa. Butik yang selalu ditutup membuat Azri
hairan. Nisa tak pernah mengabaikan butik pengantinnya sebelum ini.
"Abang, Nisa ada berita nak
beritahu abang ni." Nisa berwajah ceria. Segelas juice oren dihulurkan
pada Azri sementara Nisa sendiri duduk di atas sofa di sebelah Azri.
"Tadi selepas balik dari butik
Nisa singgah Farmasi.." Nisa berjeda seketika. Wajah Azri dipandang sambil
bibir mengukirkan senyum.
"Nisa buat apa di Farmasi?"
Azri tanya tidak sabar. Sakitkah Nisa? Soalan itu yang bersarang di dalam mindanya.
"Nisa beli test pragnant."
Nisa bersuara ceria. Azri terkesima memandang wajah Nisa yang nampak sudah
teruja.
"Nisa mengandung?" Azri
pula bertanya sambil bibirnya sudah merekah dengan senyuman. Nisa turut
tersenyum sambil tangannya mengamit tangan Azri.
"Dah tiga bulan bang. Nisa pun
tak perasan Nisa dah banyak bulan tak datang period. Mungkin terlalu sibuk
dengan butik jadi Nisa tak sempat nak kira hari." Nisa memberitahu Azri
dengan nada suara yang kedengaran cukup bahagia. Azri masih tersenyum riang.
Dia bakal dapat anak lagi? Siapa yang tidak suka dengan pengkhabaran gembira
itu.
"Alhamdulillah, Terima Kasih
Nisa. Sini..." Azri mengucap syukur. Tangan Nisa ditarik supaya Nisa lebih
rapat kepadanya. Wajah Nisa juga dirapatkan dengan wajahnya dan bibirnya
mendarat di dahi Nisa.
"Sayang isteri abang
ni." giliran Nisa pula terkejut. Kali pertama Azri mengungkapkan ayat
keramat itu. Selama ini memang Nisa tertunggu-tunggu luahan perasaan Azri
terhadapnya.
"Abangg, Nisa gembira sangat
hari ni. Abang dah banyak berubah." Nisa berkata jujur. Azri ketawa
perlahan.
"Demi Khairunnisa abang
sanggup buat apa saja." pengakuan ikhlas seorang suami. Kadang-kadang
kasih sayang tak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Cukuplah dengan bahasa
tubuh yang dipamerkan.
"Nisa pun sayang abang juga.
Sayang sangat,sangat.." Nisa lentokkan kepalanya di bahu Azri. Bahagianya
perasaan ini.
"Abang tahu.." Azri
bersuara perlahan. Tangannya memaut bahu Nisa. Sekali lagi dahi Nisa menjadi
sasaran bibirnya.
"Mana abang tahu?"
Nisa bertanya perlahan sekadar menguji suaminya itu dan dalam masa yang sama didongakkan
kepalanya.Wajah Azri dipandang tak berkedip.
"Tuu..dalam perut tu
buktinya.." Azri memuncungkan bibir mengunjuk ke perut Nisa.
"Abang ni...semakin tua
semakin gatalkan? Biang-biang keladi." Nisa pura-pura merajuk. Wajahnya dimasamkan.
"Nisa tak pernah dengar ke
omputih kata 'life begin at 40'..." Azri berkata sambil mengenyitkan
matanya. Nisa pula menjegilkan matanya. Azri terus ketawa.
"Kenapa dengan abang hari ni?
Tersampuk kot or tak pun pembawa budak?" Nisa ketawa dengan ayatnya
sendiri. Azri merangkul Nisa erat. Moga kebahagiaan ini terus berkekalan. Demi
Khairunnisa, Azri sanggup berubah apa saja. Azri mahu jadi suami yang cool tapi
dipenuhi dengan kasih sayang. Bukan suami cold yang dingin dan membeku.
"Nisa..I Love You Forever.."
kali pertama Azri mengucapkan kata-kata seperti itu. Nisa yang terpegun terus
menghadiahkan sebuah ciuman kasih di pipi Azri. Cinta Nisa pada Azri takkan pernah
berkurang walau telah lama bergelar isteri. Ungkapan cinta yang amat berharga
dari seorang suami harus diberi ganjaran setimpal. Biarlah cinta ini terus
bersemi selamanya. Biarlah cinta ini terus kekal abadi hingga ke Jannah!
Suami Yang Cool itu adalah milikku.
Suami cool bermakna suami yang sentiasa tenang dalam menghadapi apa saja
situasi dan suami yang cool juga tak pernah panas baran tanpa sebab. Suami yang
cool sentiasa penuh dengan kasih sayang dan seorang yang bertanggungjawab,
beriman dan bertaqwa kepada Allah. Suami yang cool juga seorang anak yang soleh
dan tahu menghormati orang-orang tua. Dia juga pandai mengambil hati dan
menjaga hati orang sekelilingnya. Anda di luar sana. Andai anda seorang
suami?Adakah anda seorang suami yang cool? Tepuk dada tanyalah hati anda
sendiri!
**************TAMMAT****************
p/s;Suami Yang
Cool,.idea ni datang bila melihat situasi rumah tangga hari ini, kebanyakan suami
memang payah nak jadi romantik bila dah berumah tangga. So jangan terlalu
mengharap pada kesempurnaan. Terimalah kekurangan dan kelemahan pasangan
kita. TOLONG KOMEN YA, SAYA LEBIH SUKA KRITIKAN UNTUK TERUS MEMAJUKAN HASIL KERJA
SAYA, yang puji pun saya akan hargai. TERIMA KASIH pada yang sudi singgah dan
membaca cerpen ini ;)
Ngalir ayaq mata tau ... Best3
BalasPadamTerima Kasih,.sebahagiannya adalah pengalaman + imaginasi :)
Padamkehidupan mmg macam tu kan.ada suka duka,lebih istimewa bila melibatkn orang tersayang..
BalasPadamSebenarnya hidup adalah pengorbanan,kalau kita nak bahagia kita HARUS korbankan HATI,PERASAAN dan paling penting EGO kita..kenalah kita yg bhagiakan org lain dulu n Allah akan beri bhagia tu untuk kita :D
Padamnak macam ni juga n_n
BalasPadamSaya dah dapat suami cool ni,.semakin tua semakin sayang,..hahaha
BalasPadamBila melihat view cerpen ni paling tinggi dalam senarai aku terpanggil untuk bercerita,.sesungguhnya cerpen ini terhasil dari lakonan aku dan rakan2 fb dalam satu group dalam fb. Firdaus adalah nama seorang rakan fbku. Mohd Firdaus Mohd Zakri sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir tahun lepas akibat kanser paru-paru. Al-Fatihah untuk arwah Fir,.moga dirimu tenang di alam barzah sana, Aamin Ya Rabbal Alamin.
BalasPadamSiapa kata orang pelajaran tinggi aje menulis? Saya mengikuti hampir semua cerita akak, it's perfect. bagi saya untuk menulis cukuplah ada idea dan mampu mengarang untuk menarik minat pembaca. tanda baca tu jangan risau kerana akak menulis untuk own happiness boleh diperbetulkan.
BalasPadamTeruskan berkarya akak. My support always there for u.....
Thank's Nieta!,.sori lmbt reply,..line tak mengizinkan,..
Padamsuami saya seorang yang cool,kadang2.. geram sangat ngan perangai dia. tapi saya tahu,dia adalah suami yang terbaik buat saya..dunia akhirat,Amin..
BalasPadamAlhamdulillah..namun tak ada manusia yg sempurna. Kebanyakan suami cool ni pemalu dan tak romantik..hihi
PadamTerslh ejaan ke tu "niza" atau mmg ejaan dia niza.tq
BalasPadamTyping error itulah jawapannya. Dah bnyk kali edit cerpen ni tp masih terlepas pandang...namanya Khairunnisa. Bukan niza tp nisa..hihi
Padam