Ahad, 14 Disember 2014

Mencari Calon Menantu

  Farahin bermenung seorang diri di atas pangkin di belakang rumah. Sawah padi yang menghijau di depan mata direnung tanpa perasaan. Hati dan mindanya jauh mengembara. Terkenang zaman kanak-kanaknya yang dipenuhi keseronokan bersama dua orang kakaknya yang cukup sporting. Huh!,.dia mengeluh perlahan. Kini kedua orang kakaknya sedang menderita batin. Hidup mereka di kelilingi onak dan duri. Kakak sulungnya sedang menderita hati dan perasaan akibat abang iparnya yang terlalu degil untuk menunaikan perintah Allah. Kesian Kak Faridah! Abang Amran tu baik sangat cuma kalau balik ke rumah mereka dia tak betah tinggal lama di sini. Itu saja kelemahannya.

          Pada mulanya Farahin dan keluarga menyangka Amran tu pemalu sebab dia memang pendiam, tapi bila sudah masuk ke usia perkahwinan mereka yang ke-17 tahun barulah terbongkar segalanya. Rupanya abang Amran cukup liat nak solat. Sebagai ketua keluarga abang Amran dah culas dalam tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang ayah. Tanggungjawab seorang suami adalah membimbing isterinya ke jalan yang diredhai,tapi kalau dia sendiri pun tak solat dan tak mendirikan tiang agama, macam mana nak bimbing isteri dan anak-anak?


            Kakak kedua Farahin pula seorang guru di salah sebuah sekolah di negeri ini, negeri Kedah Darulaman. Kakak Fatihah berkahwin dengan abang Kamal atas pilihan kedua ibu bapanya. Abang Kamal muda setahun dari kakak Fatihah tapi mereka tetap hidup bahagia. Sayangnya, tanpa terduga salah seorang dari kakak abang Kamal busuk hatinya. Entah kenapa sudah ditanamkan rasa iri hati di jiwanya. Abang Kamal dan Kakak Fatihah telah disihirkannya. Kakak Fatihah yang paling menderita berbanding abang Kamal. Ketika tahun pertama perkahwinan mereka lagi, mereka sudah merasakan kelainannya. Kak Fatihah kata pada mulanya kak iparnya itu cukup baik dengannya dan selalu membawakan mereka makanan.

            Rupanya dari makanan yang dibawa itulah telah dimasukkan bahan-bahan kotor yang tak mereka sangka. Hari demi hari kesihatan kak Fatihah semakin merosot, namun rezeki Allah tetap berpihak kepada mereka. Dalam keadaan dirinya disihir dan sakit kak Fatihah tetap melahirkan anak. Dua belas tahun kak Fatihah menderita dan sekarang mereka sudah bercerai. Kak Fatihah sudah menjadi ibu tunggal anak tiga. Menurut kak Fatihah ketika abang Kamal melafazkan cerai terhadapnya mereka sama-sama merasakan ada benda yang keluar dari tubuh mereka. 

           Masya Allah! Rupanya memang niat kakak ipar kak Fatihah adalah agar mereka berpisah. Tergamaknya dia memisahkan dua hati demi hasrat hatinya? Sampai ke hari ini kak Fatihah tak tahu kenapa mereka dianiaya begitu. Alhamdulillah, selepas mereka bercerai kak Fatihah nampak semakin sihat dan dia dan abang Kamal masih berhubung sebagai seorang sahabat.


         ''Fara oo Fara!,.'' Dayana melaung nama Farahin. Tersentak Farahin dari lamunan. Di kalihkan wajahnya ke arah Dayana di depan rumah namun tak dihiraukan kelibat Dayana. Tahulah Dayana tu nak cari dia di belakang rumah ni. Itu yang Farahin fikir. Farahin kembali menyambung lamunannya. Hurmm,.Farahin kembali mengeluh untuk kesekian kalinya bila teringat pula tentang emaknya yang begitu sibuk nak mencarikannya calon suami. Umur Farahin baru 26 tahun tapi Mak Midah sudah kalut nak melihat Farahin naik pelamin.

       Mak Midah siap buat syarat lagi. Kali ini dia yang akan memilih calon menantunya. Sebelum diterima mana-mana lelaki sebagai calon menantu Mak Midah nak menguji terlebih dahulu calon menantunya agar Farahin tak senasib dengan kakak-kakaknya. Mak Midah sedar jodoh itu ketentuan Allah tapi tak salahkan kalau berusaha untuk mendapatkan yang terbaik?

      ''Woiii!'' Dayana menyergah Farahin dari belakang. Farahin tetap buat selamba. Langsung dia tak terkejut dengan sergahan Dayana. Farahin masih menumpukan pandangannya ke arah tengah sawah. Mindanya bercelaru saat ini. Banyak sangat perkara yang sedang membelengu jiwanya.

        ''Hang ni dah pasai pa? Muka monyok ja? '' Dayana mula menyoal. Wajah kering sahabatnya direnung dalam. Tak tahu apa yang ada dalam fikiran Farahin. Selalunya kalau dia datang berjumpa Farahin sahabatnya ini begitu ceria melayan dirinya.


         ''Fara!!'' di tepuknya belakang Farahin kuat. Farahin merenung Dayana tajam. Sengaja mendera perasaan Dayana, Farahin terus membisu. Matanya sengaja dibulatkan seolah orang yang sedang marah. Dayana berganjak sedikit, naik seram dia memerhatikan gelagat Farahin yang berubah tiba-tiba.

         ''Fara,.hang ni pasai pa? Habaq la! Jangan bagi aku takut! '' Dayana bersuara perlahan. Suaranya bergetar. Farahin menahan tawa. Semakin dibulatkan matanya dan Dayana direnung tanpa berkelip sedikit pun.

         ''Fara,.'' Dayana memanggil lagi. Farahin cuba disentuh. Ingin memastikan Farahin  dalam keadaan baik.


         ''Siapa Fara!! Aku tak kenal Fara! Pergi!! Pergi kau dari sini!!! Berambuss!!'' tiba-tiba Farahin bertempik. Dayana melompat bangun dan bergegas turun dari pangkin. Sepantas kilat Farahin merentap lengan Dayana. Terdorong Dayana ke belakang. Air matanya sudah bergenang. Dayana ingin menangis. Dia takut. Teramat takut dengan gelagat Farahin di depannya. Mindanya sudah memikirkan tentang kemungkinan yang Farahin sudah disampuk.

         ''Mak Midah! Tolong Yana! Fara kena rasuk!'' sambil cuba meloloskan diri dari pegangan Farahin, Dayana melaung Mak Midah. Air matanya sudah merembes laju. Mendengar laungan Dayana, semakin kuat pula pegangan Farahin di lengan Dayana. Dia menghampirkan wajahnya ke arah Dayana dan menjelirkan lidahnya seolah ingin menjilat wajah Dayana.


            ''Aaaaa,.. Mak Midah!!!!'' semakin kuat jeritan Dayana.


             ''Kenapa kau ganggu aku hah?? Apa kau nakkk?'' Farahin bersuara garang. Wajahnya semakin hampir dengan wajah Dayana.

             ''Aku,..aku bukan nak ganggu hang. Aku nak jumpa kawan aku ja. Hang sapa? Hang yang ganggu kawan aku. Lepaskanlah kawan aku! Pasai pa hang masuk dalam badan dia?'' Dayana cuba bersuara walau gugup. Dia sangat yakin Farahin sudah disampuk.

           ''Siapa hang? Hang mana? Hang Tuah? Hang Jebat? Hang Lekir? Hang Kasturi?'' Farahin menyoal Dayana. Hiesyy,..hantu zaman tok nadoq mana la yang dah sampuk kawan aku ni? Dayana bersoal jawab dalam hati.

          ''Errr,..errr,.hang la!'' Dayana menjawab berani.

         ''Hang La? Bukan Hang Li Po?'' Farahin menyoal lagi. Wajahnya cukup serius.

          ''Errr,..kau la!'' Dayana menjawab lagi. dia sudah mula musykil sekarang. Betul ke Farahin disampuk atau Farahin memang sengaja nak kenakan dirinya? Dia pernah mendengar orang bercerita, Iblis ni akan mengucap kalau orang menyuruhnya mengucap tapi dia takkan sesekali beristighfar. Boleh tak kalau aku test Farahin dan suruh dia Istighfar?

        ''Cow tu lembulah! Eh,.kau ni cakap dengan lembu ke cakap dengan aku?'' Farahin menyoal lagi, walau wajahnya masih serius,Dayana sudah mula berani. Dia yakin dan pasti Farahin memang sengaja nak kenakan dirinya. Debaran di dadanya semakin hilang. Direntap tangannya yang masih dalam gengaman Farahin lalu di sapu air matanya yang lebat mengalir tadi. Buat rugi air mata aku saja! Tak guna punya Farahin. Dayana mencari akal untuk membalas balik perbuatan Farahin yang mengenakan dirinya.


       ''Lebih baik hang keluar! Keluar la ni jugak! Aku kira sampai tiga, kalau hang tak keluar aku akan pastikan hang akan menyesal seumur hidup hang!'' giliran Dayana pula mengamuk. dicekiknya leher Farahin, kononnya dia nak iblis yang telah merasuk Farahin keluar dari tubuh Farahin.

        ''Yana!!! Apa ni? Sakit la woi! hang dah gila ka apa? Ni sapa yang kena rasuk ni? Aku ka hang?'' nafas Farahin dah semput. Dayana bukan cekik olok-olok. Betul-betul punya cekik. Hampeh!!  

             
           ''Astaghfirullah hal azimmmm!,.awat hampa ni hah? Petang-petang ni, yang dok lawan main cekik-cekik ni pasai pa? '' mendengar keriuhan dua orang sahabat ini Mak Midah bergegas ke belakang rumah dan terkejut melihat Dayana yang sedang mencekik leher Farahin. Beristighfar dia tanpa sedar. Mak Midah mengurut dadanya perlahan. Hati tuanya turut musykil memerhatikan gelagat Dayana dan Farahin.


               ''Fara!!,.Yana!! awat ni hah??'' sekali lagi Mak Midah menyoal. Suaranya cukup lantang hingga kedua sahabat tersebut terkejut dan menoleh ke arah Mak Midah serentak. Mereka saling memandang pula wajah masing-masing seolah baru tersedar dari mimpi.


              ''Errr,..'' Fara ingin bersuara tapi tak tahu ayat apa yang ingin diucapkan, dia menoleh ke arah Dayana memohon bantuan. Mana tahu Dayana ada jawapan bernas untuk diberikan pada Mak Midah.

             ''Kami berlakon ja Mak Midah. Tadi Yana tengok ada orang buat drama kat depan simpang nak masuk kedai Pak Mat tu,.mana la taukan, nanti boleh pi minta jadi pelakon tambahan ka? Hehehe,.'' Dayana tersengeh sebaik habis berkata-kata. Fara dah memandang tajam ke arahnya. Manyak hang punya berlakon!


            ''Ha;ahh mak,.agak-agak mak la,kami ni ada bakat dak mak?'' dalam hati Farahin tak setuju dengan kata-kata Dayana tapi bibirnya laju saja menyokong kata-kata Dayana itu, siap mengangguk-ngangguk kepala lagi.


            ''Berlakon apa? Sampai cekik-cekik macam tu? Berlakon nak jadi pontianak harum sundal malam?'' Mak Midah bertanya lagi sambil melangkahkan kakinya untuk masuk ke dalam rumah. Layan budak-budak berdua ni, boleh naik darah Mak Midah. Ada saja jawapan mereka. Dayana dan Farahin sudah melopong mendengar soalan Mak Midah yang terakhir.

            ''Mak! Kalau ya pun, mak bagilah watak best-best sikit. Jadi tuan puteri ka, anak dato ka,.anak tan sri ka, barulah ada feel!'' walau Mak Midah sudah berlalu, Farahin masih menjawab kata-kata ibunya. Dayana sudah mencebik di sebelah. Perasan sudah Farahin ni. Itu yang Dayana fikir.


         ''Dahlah! Perasan tak hengat!! Ni,.aku nak tanya pasai hal yang kita dok chat semalam. Hang serius ka?'' Farahin cuba mengimbas kembali kata-kata Dayana.Apa yang mereka chat semalam. Rasanya banyak perkara yang mereka bualkan. Yang mana satu ya?

          ''Pasai pa? Pasai benggali yang nak minang hang tu ka?'' Farahin tergelak dengan ayatnya sendiri. Setahu dia, tak ada pula Dayana cakap ada benggali nak masuk minang dia, saja ja nak menyakat Dayana. Pantas saja tangan Dayana mengetam paha lembut Farahin. Ada hati nak main-mainkan dia!

         ''Ouchhh,..oii,.hang ni! Hiesyy,.taksat hang cekik aku, ni dah kuti(cubit) aku pulak!''

         ''Aku tanya betoi-betoi, yang hang dok buat main-main buat apa? Mak hang serius ka nak cari bakal suami kat hang? Bukan dah macam perigi cari timba ka tu?'' mendengar pertanyaan Dayana, Farahin mengeluh lagi. Wajahnya dihalakan ke tengah sawah. Sesekali dia mendongak memandang langit yang membiru. Terasa damai seketika perasaannya bila memikirkan Allah Maha Mengetahui isi hatinya. Dalam diamnya Farahin, hatinya sedang berdoa agar Allah permudahkan jodohnya. Dia berharap ibunya takkan over dalam merealisasikan impiannya untuk mencari calon menantu. Hurm,..


         ''Entahlah! Aku pening kepala ni. Lagi pusing kepala aku ni, bila mak aku suruh aku buka akaun facebook kat dia. Hang tau dak, dia kata nak stalker wall semua orang. Nak cari bakal menantu dalam facebook! Ya Allah! Kau bantulah hamba-MU ini!'' bila Farahin tunjuk wajah resah dan tertekan, Dayana pula sudah mula tergelak. Lucu benar bila membayangkan Mak Midah ada facebook.

          ''Pandai pulak mak hang nak berfacebook? Nak jadi stalker lagi?'' Dayana berkata-kata dalam tawa yang masih bersisa.

.......................................................................................................



               ''Mak!!!,..Takkan bangla pun mak nak add?'' terjerit Farahin tanpa sedar bila mengintai kegiatan ibunya dari belakang. Mak Midah memang sudah bertekad nak cari calon menantu. Semua lelaki-lelaki yang masih bujang diambil sebagai teman muka bukunya.

             ''Bangla pun manusia jugak pa! Bukan makhluk asing pun!'' selamba Mak Midah menjawab. Bibirnya sudah mengukirkan senyuman kelucuan. Akaun facebooknya yang diberi nama kak long dan ditampal gambar permandangan kampung mereka pada gambar profilnya tidak menghampakan. Sesiapa saja yang Mak Midah add menerima jemputannya begitu cepat sekali.

            ''Kalau ya pun mak, takkan friend mak semua orang laki bujang kot? Tau kat ayah nanti jeles pulak ayah tu! Ceq tak tau,..ceq tak mau masuk campoq!'' sesekali Farahin akan membahasakan dirinya sebagai 'ceq' bila bercakap dengan ibu, ayah atau kakak-kakaknya. Ceq adalah panggilan manja atau kata ganti nama untuk anak-anak negeri Kedah.


             ''Mak bukan boh gambar mak pun! Awat yang ayah hang nak jeles buta pulak? Kot,.kalau mak boh gambar seksi,.tak tutup aurat ka, padanlah kalau dia nak jeles pun!'' Farahin menghadam kata-kata ibunya sambil tersenyum. Jeles buta mak? Ayat sapa la mak copy?


            ''Jangan over sangat mak, salah pilih menantu satgi, ceq jugak yang nak merana. Ceq nak tanya ni, apa kriteria-kriteria yang mak cari?'' Farahin mengulum senyum dengan soalannya. Kalau mak pilih yang hensem, tu bonus terbesar untuk aku!!,.kalau yang baik tapi tak hensem pun bonus jugak,.tapi, ishhh,..tak baiklah berkalau-kalau ni!

          ''Apa dia? Keria? Peria?'' Mak Midah bertanya kembali. Apa ke benda tu?

          ''Ishhh mak ni,.kriteria la mak! Calon-calon menantu mak tu yang macam mana. Yang hensem macam artis-artis Korea ka? Yang baik sangat macam Malaikat ka? Atau,.apa-apalah?'' Farahin memberikan penjelasan. Apa pulak hensem macam artis Korea. Nampak benor pengaruh Koreanya tu!

          ''Orang Korea tu jugak yang hang nak. Mak pilih bangla hang tak mau. Orang Korea dengan orang bangla, mak rasa orang bangla tu lagi hensem,.'' spontan Mak Midah menuturkannya. Wajah Farahin sudah masam mencuka. Agak-agaklah mak!


          ''Budak ni macam okey ja, hang berkenan dak ni? Mak dah add dia tapi dia tak terima mak lagi pun!'' Farahin menjengok ke arah skrin laptopnya yang kini sudah diambil alih oleh ibunya. Farahin klik pada profil lelaki tersebut dan meneliti pula maklumat peribadinya.

          ''Mak oii,.budak ni baru 19 tahun. Anak mak ni dah 26 tahun. Agak-agaklah mak nak menantu muda macam ni, maunya ceq yang berkedut dulu,.'' tanpa bersoal jawab terlebih dahulu Farahin sudah menghentam ibunya. Mak Midah hanya tersenyum cuma. Alah,.orang muda, darah pun masih muda. Orang baru nak cari calon menantu, baru tanya sikit dah nak melenting.

       ''Kalau dah jodoh tak ke mana. Rasullullah S.A.W dulu kawen dengan Saidatina Siti Khadijah masa umur baginda 25 tahun sedangkan Saidatina Siti Khadijah janda yang berumur 45 tahun. Rasullullah S.A.W bahagia juga dan Saidatina Siti Khadijah merupakan isteri yang paling disayangi baginda. Saidatina Siti Khadijahlah satu-satunya isteri Rasullullah S.A.W yang tak penah dimadukan.'' panjang lebar Mak Midah bercerita, tu pun Mak Midah mendengar dari ustaz yang datang mengajar di surau kampung mereka. Dalam pasti dan tidak saja ceritanya itu betul atau pun tak.

          ''Mana boleh bandingkan Fara dengan isteri Rasullullah pulak mak!''

           ''Tu cik Ta pun kawen dengan suami muda. Ramai lagi kot yang dok kawen dengan suami muda,.'' sambil meronda dan membaca status rakan-rakan muka bukunya Mak Midah mengungkapkan kata. Farahin sudah mengarukan kepalanya beberapa kali. Tadi mak bandingkan aku dengan isteri Rasullullah, ni dah bandingkan aku dengan Rozita Che Wan pulak dah!


             ''Takpalah mak,.ikut suka maklah! Kalau muda lagi baguih kot,.mak jangan nak kenenkan Fara dengan datuk yang dah ada cucu dan cicit sudahlah!'' Farahin mengaku kalah dan ingin membiarkan ibunya yang menentukan jodohnya kali ini dan berserah juga pada Allah agar menjodohkan dirinya dengan seorang lelaki yang boleh menjadi pembimbingnya kelak.

           ''Bonus la tu kalau dapat suami yang dah ada cucu, cicit,.'' selamba badak Mak Midah menjawab.

             ''Apa mak??'' Mak Midah sudah tergelak suka mendengar jeritan Farahin sekali lagi. Melatah pulak dia! Alahai Farahin!!

.............................................................................




              ''Kak Tiha,.hang kena tolong aku kak!'' ayat pertama Farahin setelah berbalas salam dengan kakaknya Fatihah. Hari ini sekolah sudah mula bercuti. Fatihah menelefon Farahin untuk memberitahu dia akan pulang bersama anak-anaknya untuk bercuti di kampung.

              ''Awat ni Fara? Dok tak dok nak mintak tolong? Hang kena apa?'' cemas Fatihah bertanya.

              ''Mak ni,.dah buat hal pulak dah!''

               ''Laa,.mak buat apa?'' Fatihah masih menyoal. Tak puas hati betul dia dengan gelagat Farahin yang bercerita separuh-separuh ni.

               ''Mak dok galak dok cari calon laki dalam facebook!''

              ''Hah?? Habih tu ayah nak tauk pi tang mana??'' Farahin tepuk dahi sendiri. Dia tergelak selepas itu.

               ''Cari laki kat aku la kak oiii!'' masih bersisa tawanya. Fatihah dihujung talian sudah mengelengkan kepalanya berkali-kali.

             ''Baguih la tu! Hang dok risau apa,.hang pun bukannya muda lagi. Aku dulu umur hang dah ada anak dua dah.'' skema ja kata-kata Fatihah. Jodoh dia sampai awal. Orang tua jugak yang jodohkan tapi bukan mak atau ayah yang cari. Orang-orang kampung yang tolong kenenkan. Tapi,.takdir penentu segalanya. Jodoh mereka tak panjang. Selepas  anak mereka yang ke tiga berusia lima tahun mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. Ada orang yang tak merestui perhubungan mereka. Entah di mana silapnya dengan manusia itu? Busuknya hati mengalahkan busuknya bangkai. Tak suka melihat kebahagiaan orang lain. Fatihah bukan nak menuduh. Ada buktinya.


             Bila dia sakit teruk hingga tak mampu nak bangun mereka berubat dengan seorang ustaz. Itu pun selepas puas berubat di hospital. Ustaz Azhar yang mengubatinya yang kata dirinya dianiaya dengan ilmu sihir. Itu pengalaman ustaz tersebut mengubati pesakit-pesakit lain. Lagi pun bila Fatihah berulangkali membuat rawatan di hospital, doktor tidak menemui punca penyakit Fatihah. Doktor pun buntu. Ada seorang doktor pakar yang memberi saranan agar Fatihah berubat kampung.

         Apa yang Fatihah tak dapat lupa, bila Fatihah sudah tak mampu nak berjalan lagi. Fatihah terpaksa merangkak untuk bergerak.  Seksa sungguh pengalaman Fatihah itu. Kaki Fatihah membengkak dan bernanah. Hanya Allah yang tahu betapa menderitanya Fatihah berhadapan dengan kesakitan itu namun Fatihah tidak pernah berputus asa. Fatihah kuatkan hati untuk menempuhi semua ujian itu. Allah Maha Mengetahui segalanya. Fatihah sembuh sepenuhnya bila dia bercerai dengan suaminya. Fatihah dapat merasakan ada 'benda' yang keluar dari tubuhnya selepas talak dilafazkan. Begitu juga dengan bekas suaminya Kamal. Menurut suaminya dia turut merasakan ada 'benda' yang keluar dari tubuhnya.


            ''Hang cakap senang la kak, tak kena kat hang!'' Fatihah kembali ke dunia realiti. Suara Farahin di hujung talian mengejutkannya dari lamunan. Dia mengeluh perlahan. Sekarang mereka sudah dua tahun berpisah. Anak ke tiga mereka pun sudah berusia tujuh tahun.

           ''Sejak bila pulak aku gagap?'' sengaja Fatihah berloyar buruk.

            ''Hang ni kak,. sengaja buat-buat tak fahamkan? Bila nak balik kampung ni?'' Farahin segera mengubah topik.

           ''Aku telepon hang nak habaq aku nak balik kampung la ni. Esok lusa aku balik kot. Hang masak specel naa!'' Fatihah membuat permintaan. Dia tahu Farahin memang boleh diharap untuk memasak. Farahin pernah bekerja di restoran sebelum mendapat kerja di taska tempat dia mengajar sekarang ni. Musim cuti sekolah ni Farahin pun sedang bercuti. Niat Fatihah balik kampung pun sebab nak berpakat dengan Farahin, ibu dan ayahnya untuk pergi bercuti di Langkawi atau tempat-tempat perlancongan yang lain. Bukan selalu pun nak bercuti bersama keluarga. Mereka cuma tiga beradik dan kesemuanya perempuan. Kak Faridah tinggal di Penang kerana suaminya bekerja sebagai pegawai penguat kuasa di sana. Kak Faridah pula suri rumah yang membuat kerja sambilan, menjual barang-barang kosmestik,tudung dan sebagainya.


        ''Hai! Buat permohonan nampak? Kena isi borang dulu la kalau nak suruh aku masak specel.'' seloroh Farahin di hujung talian. Farahin sedang merangka masakan kegemaran kakak dan anak-anak saudaranya.Hmm,.kalau buat laksa tentu mereka suka ni. Farahin tersenyum sendiri.


       ''Aii,.sejak bila kena isi borang pulak? Mentang-mentang la mak dok tengah cari calon laki kat hang, sampai nak masak pun kena isi borang. Dah terjangkit ka apa?''


        ''Agak-agaklah kak Tiha oii,.nak kata kat aku pun! Hang ingat ni penyakit berjangkit ka apa? Hang tak tau,.mak ada facebook dah la ni,.habih orang bangla,orang burma semua dia add buat friend,.naik seriau aku!'' Fatihah sudah tergelak di hujung talian mendengar bebelan Farahin. Dia cuba membayangkan apa yang diceritakan Farahin.

        ''Awat yang hang seriau pulak? Hang takut mak bercinta dengan depa ka?'' dalam ketawa yang masih bersisa, Fatiha menyoal.

         ''Hang tau kak Tiha,.mak suruh aku buka akaun facebook kat dia sebab nak cari calon menantu,.maknanya, dia nak cari suami kat aku,.lain la kalau nak cari laki kat hang, aku tak seriau sangat laa. Oppssss,..soriiiiii,.'' Farahin terlanjur kata, cepat-cepat dia meminta maaf,mana tahu kakaknya akan terasa.

         ''Mula dah la tu!,.jangan gatai nak kenen-kenen kat aku pulak. Tak terbuka lagi hati aku ni. Aku ada reja ni, assalamualaikum!'' Fatihah terus memutuskan talian. Farahin diserang rasa bersalah. Ditampar mulutnya berkali-kali. Agaknya trauma kak Fatihah masih belum habis lagi walau sudah dua tahun dia berpisah dengan abang Kamal? Bukan mudahkan nak menjadi ibu tunggal tanpa suami di sisi? Siapalah yang sudi menjawab soalan Farahin ni?

................................................................


          

             ''Tak tau la Midah!,.aku ingatkan selama ni, aku satu-satunya bini abang Mod hang tu,tak sangka dia duakan aku. Tu pun sembunyi-sembunyi. Kalau dia tak mati,jangan-jangan sampai ke hari ni, aku kena tipu hidup-hidup,.'' Mak long Zila mengelap air matanya yang sudah meluncur laju. Kesian kat mak long Zila. Sudahlah terkejut dengan kematian pak long, ditambah pula pak long meninggal akibat terbabit dengan kemalangan bersama isteri muda. Isteri mudanya selamat. Dengar kata cuma cedera ringan.

             Selepas seminggu kematian pak long, wang dalam akaun bank pak long pun lesap. Dengar kata lagi isteri muda pak long beli tanah dengan duit tu. Anak-anak pak long dengan mak long Zila pakat melopong sebab langsung tak mendapat bahagian mereka. Agaknya isteri muda pak long mengahwini pak long hanya kerana duit semata-mata, kalau tak,takkanlah dia tergamak mengunakan duit pak long untuk dirinya sendiri?

         ''Sabarlah kak! Habuan hang semua ni,.Allah nak turunkan ujian untuk hang dan anak-anak hang. Ujian untuk bini muda abang Mod jugak!'' Mak Midah cuba memujuk kakak sulungnya itu. Dia cuba membayangkan kalau dia berada di tempat kakaknya itu. Bagaimana kalau abang Mad buat aku macam tu jugak? Kawen senyap-senyap, tau-tau lepas mati ada bini muda? Hiesyy,..mintak simpang.


         ''Hang cakap senanglah Midah. Suruh aku sabar. Aku percaya sepenuh hati kat abang Mod hang tu,tau-tau dia buat kat aku lagu ni,.'' air mata mak long Zila masih lebat mengalir. Sedih betul dia, bila mengenangkan semua pengorbanannya dan kesetiaannya langsung tak dihargai suaminya yang paling disayangi.

          ''Aku nak cakap macam mana lagi kak, selain suruh hang bersabar. Kita ni hamba Allah kak, tak lepas dari ujian. Anak-anak aku pun kak, semuanya dah dapat ujian tu,.cuma Fara ja, aku tak tau lagi nasib dia macam mana,.'' Mak Midah berusaha lagi memujuk kakaknya dan matanya dialihkan ke arah anak-anaknya yang turut ada bersama ketika itu. Dia memandang lama ke arah Farahin. Matanya sudah digenangi air jernih melihat anak bongsunya itu. Takut perkara yang sama menimpa anak sulung dan anak keduanya menimpa Farahin juga.


         ''Aku tak boleh nak percaya! Aku tak boleh terima semua ni! hang tak faham Midah,.macam mana perasaan aku ni! Aku rasa hati aku ni macam kena lapah hidup-hidup. Hang tak rasa Midah, hang tak tau!'' mak long Zila bersuara lagi, suaranya semakin sebak dan air matanya masih tidak henti-henti mengalir. Mak Midah mendakap kakak sulungnya itu dan turut sama menghamburkan air mata. Farahin, Fatihah dan Faridah juga turut merasa sebak melihat ibu dan ibu saudara mereka yang saling berpelukan dan menangis hiba. Mereka turut menangis dalam diam.

       ''Aku faham kak!,.Aku harap hang kuat kak,.lagi pun benda dah jadi,.abang Mod pun dah tak dak,.bukan nak boleh patah balik dah!'' Mak Midah mengelap air matanya sambil menuturkan kata. Dilepaskan rangkulannya. Wajah kakaknya itu dipandang penuh kasih. Aku tak berdaya nak tolong hang kak. Ini ujian Allah untuk hang. Hang yang kena mangkit dan tolong diri hang sendiri. Mak Midah berdialog di dalam hati. Keadaan mak long Zila yang masih bersedih itu tak memberi peluang untuk Mak Midah  berterus terang.

       ''Kesian kat anak-anak aku Midah. Habih duit abang Mod hang dia kebas.'' mak long Zila menyambung kata. Air matanya dilap rakus. Cuba mengeringkan air matanya yang tak mahu berhenti mengalir. Dia terbayangkan kelima-lima wajah anaknya. Tergambar wajah Nazmin anak sulungnya yang juga berbini dua. Macam abahnya juga kahwin diam-diam sedangkan menantunya Nurul Nadia itu seorang ustazah yang bertudung labuh, cantik dan rajin. Apa yang orang lelaki ni fikir agaknya?

      ''Semua ni ujian kak! Allah nak menduga sejauh mana kita dapat menerima dugaan dari-NYA!'' lancar mak Midah berkata-kata. Tak tahu dari mana ayat yang dia jumpa. Mungkin sejak ada facebook ni, dia rajin membaca motivasi-motivasi yang dikongsi oleh rakan-rakan facebooknya barangkali.


       ''Sejak bila hang pandai bercakap ni Midah? Kalau tak, hang diam ja bila aku kata apa-apa kat hang. Ni pandai pulak hang menjawab itu,ini?'' mak long Zila memandang wajah mak Midah sambil dahinya dikerutkan. Fatihah dan Farahin sudah tersengeh lucu. Tiada lagi rasa hiba. Perasaan hiba itu berlalu bagaikan angin lalu bila hal mak Midah bijak berkata-kata dipersoalkan.


        ''Dunia dah maju kak! Zaman dah berubah,.kita pun kenalah berubah. Dahlah kak, hang jangan pikiaq banyak sangat. Kesian kat anak-anak hang kalau depa tengok hang dok bersedih macam ni. Kita tunggu dan lihat sajalah kak. Bukan nak pi mana pun. Dunia ni sementara ja kak. Bini muda abang Mod akan terima balasan jugak suatu hari nanti, kalau bukan di dunia ni, di akhirat tetap takkan terlepas,.'' wah!!,.ternganga mulut anak-anak Mak Midah mendengar ayat-ayat Mak Midah yang seterusnya. Mereka saling berpandangan. Faridah menjungkitkan keningnya pada Farahin. Farahin hanya menjungkitkan bahu dan mengelengkan kepala perlahan. Daebakk! terbaeekklah Mak Midah!

         
         ''Mudahan Allah bayar cash la. Aku teringin nak tengok perempuan tu jatuh tersungkur di depan aku ni,.'' masih ada aura marah itu dalam nada percakapan mak long Zila. Sapa tak marah oii,.dah la laki kena kebas, duit dalam bank pun licin kena sapu!


           ''Dahlah kak! Hang makan nasik rumah aku la noh! Budak-budak semua ada tu,.Fara masak laksa tu,.satgi petang suruh depa hantar hang balik,.ka hang nak tidoq di sini?'' mak Midah menyoal ramah. Bahu kakaknya diusap perlahan, cuba menenangkan perasaan kakaknya. Anak-anaknya kebetulan berkumpul hari ni. Mak long Zila sebenarnya dah menjadi ibu tunggal sejak lima bulan yang lalu. Bukan senang nak melupakan kejadian yang menyakitkan hati sebegini. Sudah lama dipendamkan perasaannya. Dia berpura-pura tabah di depan anak-anaknya. Hari ini perasaannya terluah secara tak sengaja di depan adik bongsunya ini. Mereka cuma dua beradik, Kepada siapa lagi, dia nak lepaskan perasaan selain kepada adik bongsunya yang paling dipercayai.

         ''Ikut hang la,.balik pun bukan ada laki dah aku nak layan. Anak-anak aku pun semua reja jauh. Harapkan cucu, sesekali ja mak bapak depa hantaq mai tengok aku,.'' lemah kata-kata mak long Zila. Mak Midah dah mengelengkan kepalanya berkali-kali. Dah mula buat ayat sayu pulak dah! Beginilah nasib orang-orang veteran ni. Cepat terasa dan cepat patah hati, sebab tu anak-anak ni kena pandai ambil hati orang-orang tua. Mereka dah membesarkan kita sepenuh kasih dan sayang. Kita pula asyik sibuk nak cari harta dunia. Bukan boleh bawa masuk dalam kubur pun semua harta tu, sedangkan berbakti kepada kedua ibu bapa tu lebih mulia di sisi Allah.

.................................................................


            
          ''Macam-macamkan mak jadi dengan keluarga kita ni. Kak Idah masalah dengan abang Am, sampai bila la abang Am tu nak sedar diri. Terlupa la tu, dia tu cuma hamba ja. Tak reti-reti nak sembahyang lagi! Kak Tiha pula ada orang dok dengki tak bertempat. Tak boleh tengok rumah tangga orang lain bahagia, ada saja nak buat khianat,.ceq esok tak tau la macam mana,.'' tiba-tiba Farahin bersuara. Terbayang kesedihan mak long Zila pagi tadi.

           ''Pak long Mod tu baikkan mak? Macam mana boleh kawen lain? Jangan-jangan bini muda dia guna-gunakan dia pa? Bukan apa mak,.kisah mak long ni lebih kurang sama ja dengan kisah mak kawan ceq zaman sekolah dulu. Macam ni la jugak tapi ayah dia kawen dengan  perempuan Indon. Bukan saja harta bini muda ayah dia kebas, sekali dengan tok dia pun 'pulau' keluarga depa,.'' Farahin masih bercerita walau mak Midah langsung tak mencelah.

        ''Mak,.kalau ayah buat macam tu kat mak, apa perasaan mak?'' keluar pula soalan cepubelian tu. Mak Midah mendonggakkan kepala dan memandang wajah Farahin. Dia sudah ada jawapannya untuk diberikan.

       ''Redho ja la!'' perlahan suara Mak Midah. Terbuntang mata Farahin. Redho mak? Farahin bersoal jawab dalam hati.

        ''Serius mak??'' Farahin menyoal kalut.

         ''Redho ja la daripada ayah hang buat maksiat. Mak baca cerita dalam facebook yang kawan facebook mak kongsi kemarin. Sepuluh tahun laki dia berzina dengan janda anak ramai dengan alasan bini dia tak reti jaga penampilan, busuk dan sebagainya. Daripada ayah hang berzina, lebih baik dia kawen lain,.'' tenang mak Midah menjawab.

       ''Tapi,.bohonglah kalau mak kata, hati mak tak sakit. Mana ada bini yang sanggup nak kongsi laki dengan rela hati,.'' mak Midah menyambung kata. Pak Mad yang kebetulan melalui ruangan dapur mendengar perbualan anak bongsu dan isterinya tersengeh lucu.

        ''Aiii,.bagi lampu hijau nampak? Satgi hampa tolong pi minang Shahila janda hujung kampung tu kat aku boleh? Kesian dengan anak-anak dia yang kecik-kecik tu,.hampa pun taklah sunyi sangat satgi bila Fara menikah dan pindah rumah.'' Pak Mad mencelah. Tujuannya hanya untuk berseloroh. Farahin dan mak Midah berpusing memandang Pak Mad sepantas kilat. Kedua-duanya sudah melopong.


         ''Apa ayah! Ayah langkah mayat ceq dulu! Kalau mak redho,.ceq tak redho dapat mak tiri! Sayonaralah ayah dengan bini muda ayah tu!'' pantas Farahin menjawab. Terkesima mak Midah melihat kelakuan Pak Mad dan Farahin. Terkejut dia mendengar jawapan Farahin. Pak Mad sudah ketawa galak.


           ''Mak hang tak kata apa pun,.hang pulak lebih sudu dari kuah?'' Pak Mad bersuara dalam ketawa yang masih bersisa. Mak Midah keliru. Ni betoi-betoi punya cerita ka main-main saja?

            ''Tua-tua pun ada hati nak kawen lain. Malu dengan anak cucu sama. Agak-agak,.kalau Midah pi minang Shahila tu kat abang, dia mau ka? Buat malu ja kalau dia tolak abang!'' dalam redho Mak Midah, keluar jugak ayat-ayat cemburu tu. Semakin galak Pak Mad ketawa. Farahin dan Mak Midah saling berpandangan.


             ''Tadi kata redho?'' suara Pak Mad mengendur sikit, terkesan dengan perubahan nada Mak Midah. Jangan buat main dengan orang perempuan ni, walau lemah tapi sekali depa mengamuk, makan tak habislah jawabnya. Pak Mad berbisik di dalam hati.

            ''Redho! Tapi jauhhhh!!'' laju Mak Midah menjawab membuatkan Pak Mad terus diam.


            ''Panas! Panas! Panas!!,..topik panas! topik panas!,.kak Tiha! Kak Ida!,.ayah nak kawen dengan Shahila janda hujung kampung!!'' tiba-tiba Farahin bertempik kuat. Tercenggang Pak Mad dengan laungan yang tiba-tiba itu. Habislah aku, kena bahan dengan anak bini hari ni. Padan muka, salah melawak topik sensitif!

           ''Sapa nak kawen pulak dah?'' mak long Zila yang jengoi dulu di muka pintu dapur. Fatihah dan Faridah termasuk anak-anak mereka turut berlari ke dapur. Wah! Berita panas. Mana boleh ketinggalan.

           ''Sapa nak kawen??'' Faridah dan Fatihah bertanya serentak.

           ''Ayah nak suruh mak pi minang Shahila janda di hujung kampung'' Farahin menjawab tanpa rasa bersalah. Muka Pak Mad dah berubah pucat. Takut kena hentam dengan anak-anaknya.

           ''Apa ayah! Janda berhias tu? Jangan buat main ayah. Dia reject ayah satgi,.malu kami!'' Faridah pula membuat muka terkejut. Farahin dah terduduk di muka pintu dapur. Lembut lututnya mendengar berita itu. Benarkah ini? Hatinya berbisik sendiri. Pak Mad sudah mengelabah.

          ''Nampaknya mision mak nak cari calon menantu dah kena berubah pada mision meminang madu?'' Farahin bersuara selamba. Pantas lengannya dicubit Mak Midah. Terjerit Farahin tanpa sedar.

         ''Mulut tu jangan dok capoi sangat. Doa tu, tadi dia jugak yang bangkang, tak mau mak tiri,..'' Farahin tersengeh kelucuan. Dia sengaja nak menguji kedua ibu bapanya. Bila dengar ibunya bercakap redho tadi, dia menyangka ibunya tak kisah kalau ayahnya berkahwin lagi. Rupanya lain yang lahir di bibir, lain pula yang tersemat dalam hati. Sayang jugak mak dekat ayah!


         ''Dah,.dah,..aku melawak ja! Hampa ni,.nak melawak sikit pun tak boleh. Aku tau la Shahila tu tak padan dengan aku pun!'' Pak Mad menyerah kalah. Mana aci lima lawan satu!


......................................................



                Mak Midah online lagi. Kali ini pencariannya hanya tertumpu pada lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah. Dia terpegun pada sekeping gambar yang di muat naik oleh rakan facebooknya. Seorang lelaki yang wajahnya nampak agak matang yang sedang mendukung bayi. Nampak bergaya saja. Memang sesuai sangatlah ni untuk dijadikan menantu.


             Mak Midah membaca setiap komen yang diberikan. Mak Midah tak turut serta memberikan komennya. Rasanya, dia tak pandai sangat kot nak berchatting ni. Mak Midah klik pada nama Asrol Mania yang telah disebut dalam ruangan komen. Mak Midah menjadi stalker dalam wall Asrol Mania. Apa maksud mania tu ha? Mak Midah bersoal jawab dalam hati.

       
          ''Fara! Mania tu apa?'' mak Midah menyoal Farahin yang sedang asyik membaca novel.

       
           ''Hah?'' sepatah Farahin bersuara. Kurang jelas apa yang ibunya katakan kerana terlalu fokus pada cerita yang sedang dibaca.


            ''Mania! Apa maksud mania?'' mak Midah mengulang soalannya.


            ''Kurang pasti,.rasanya kegilaan kot! Awat mak?'' Farahin memanggungkan kepalanya. Berminat untuk tahu. Rasa muhskil tiba-tiba melanda fikirannya.


             ''Tak dak pa aih! Baca la balik buku tu!'' mak Midah cuba mengelak dari menjawab.


               Mania maksud kegilaan? Apa ke hal, nama tu yang dia guna? Macam tak ada nama lain dah? Mak Midah mengomel di dalam hati. Farahin perlahan-lahan menghampiri ibunya dan mengintai dari belakang. Mak Midah sedang membuka album gambar Asrol Mania. Macam-macam gaya yang Asrol aksikan. Ada sekeping gambar ketika Asrol membuat umrah di Mekah. Mak Midah klik dan save gambar tu dalam folder lappy.


                ''Buat apa mak simpan gambar tu?'' sergah Farahin dari belakang. Mak Midah mengurut dada terkejut kerana kegiatannya mencuri gambar anak teruna orang telah terbongkar. Pandai pulak mak Midah ni curi gambar orang dari internet? Haih! terbaeeklah Mak Midah!


              ''Alah! Nanti senang mak nak pilih. Mana yang sesuai.'' dalam rasa terkejut mak Midah tetap menjawab.


               ''Mak! Orang dalam facebook ni bukan boleh percaya sangat mak. Lebih-lebih lagi gambar depa. Bukan semuanya betoi pun. Kadang-kadang banyak edit dari rupa asal!'' Farahin cuba menjelaskan pada ibunya agar ibunya tidak salah membuat pilihan. Seram sejuk badannya bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin terjadi. Contohnya gambar yang dimuat naik punyalah hensem tapi rupa asal jauh dari yang dibayangkan.


              ''Mas Asrol Nizam bin Mas Hassan,.sedap jugak nama ni kan?'' mak Midah membaca nama dalam gambar yang dijadikan gambar cover facebook Asrol Mania. Farahin mencebik.

           
           ''Buat apa nama sedap? Bukannya boleh makan pun!'' Farahin berloyar buruk. Mak Midah tak menghiraukan kata-kata Farahin. Mak Midah kembali ke wall Asrol. Dia membaca setiap status Asrol dan komen-komennya. Nampak ada unsur-unsur keagamaan dan bicaranya agak sopan sikit berbanding pemuda-pemuda sebelum ini.


            ''Boleh kot yang ni? Mak macam berpuas hati ja,.'' mak Midah selamba menuturkannya. Farahin menarik laptop ke arahnya dan merenung gambar profil Asrol tanpa kata. Mak Midah hanya memerhatikan gelagat Farahin sambil tersenyum di dalam hati. Dalam hati ja tau! Kena buat-buat tak nampak. Nanti kantoi pulak!


           ''Apa yang okeynya? Macam biasa ja. Tak nampak apa-apa keistimewaan pun?'' sengaja menguji ibunya Farahin menyoal mak Midah. Sebenarnya Farahin tak kisah pun cuma, nak mencari jodoh dalam facebook ni banyak keburukan dari kebaikan. Status,.siapa-siapa pun boleh tulis yang baik-baik saja, tapi hati, macam mana? Bukannya boleh nampak,hitam ke putih?


          ''Mak nak add la budak ni!'' tegas mak Midah mengungkapkan kata sambil laju jari jemarinya memainkan peranan. Friend suggest telah dibuat dengan sekelip mata saja. Tunggu pula Asrol Mania untuk menerimanya. Bila la boleh menemuduga bakal calon menantu ni? Mak Midah berdialog di dalam hati. Asrol Mania tak online agaknya sekarang ni?

..........................................................



~assalamualaikum asrol~

                Mukadimah pertama mak Midah dalam inbox Asrol Mania bila Asrol sudah menerimanya sebagai rakan facebook. Mak Midah sabar menunggu Asrol membalas mesejnya. Mak Midah tahu Asrol sedang online sekarang kerana nama Asrol berwarna hijau.

~waalaikumusalam kak long!~

               Bibir mak Midah sudah menguntum senyum. Heh! siapa kata mak Midah tak pandai berchatting. Dalam wall memang mak Midah tak berani,.takut tersalah ayat nanti mak Midah kena hentam balik tapi kalau dalam inbox ni kena hentam pun tak teruk sangat kot?


~kak long ni sebenarnya dah berkenan sangat dengan asrol ni. boleh kita berkenalan?~

           Asrol yang berada di depan komputernya sudah mengerutkan kening. Kakak mana pulak nak berkenalan dengan aku ni? Glamer sangat ke aku ni? Nak jawab apa ni? Layankan ajer la kakak ni. Tak baik menyombong ni. Asrol nekad untuk melayan rakan barunya ini sebaik yang boleh.

~boleh jer!~

         Pendek saja Asrol membalas. Mak Midah sudah mula mengumpul idea untuk memberikan ujian yang pertama.


Mak Midah~asrol umur berapa~

Asrol~29~

Mak Midah~dah kawen belum~

Asrol~belum~

Mak Midah~dah ada calon~

Asrol~err,.macam ada,macam tak ada~

Mak Midah~kalau kak long nak ambil asrol buat menantu,..boleh~

Asrol~hahhh~

               Asrol mengerutkan keningnya sekali lagi. Tadi nak berkenalan, nidah nak buat menantu pulak? Nak layan ke tak? Nak layan ke tak? Asrol berada di persimpangan dilema. Entah siapa yang nak kenakan aku? Jangan-jangan, kawan-kawannya yang menyamar ni? Asrol berkata-kata di dalam hati. Okey! kita tunggu dan lihat, siapa yang akan kena!

Mak Midah~anak kak long tak cantik, dia buta dan bisu, dia juga tempang dan pekak~

Asrol~ala,.orang sempurna pun belum tentu bahagia,.yang sempurna ni kak long lagi banyak kurang dari lebihnya~

Mak Midah~tapi asrol akan bahagia ka kalau kawen dengan anak kak long yang cacat ni~

Asrol~belum cuba belum tau~

Mak Midah~asrol boleh khatam Quran setiap hari tak~

Asrol~berehhh~

Mak Midah~asrol boleh puasa sepanjang tahun~

Asrol~berehhh~

Mak Midah~beruntung kak long kalau asrol jadi menantu kak long~

Asrol~aminnn~

Mak Midah~asrol berapa beradik~

Asrol~5 beradik~

Mak Midah~anak ke berapa~

Asrol~ke-4~

Mak Midah~mak ayah ada lagi~

Asrol~ada~


               Asrol sudah mula rasa bosan dengan soalan-soalan yang diajukan namun dia tetap selamba melayan. Mak Midah pula semakin Asrol menjawab, semakin teruja untuk dia terus bertanya. Kadang-kadang terdetik juga dalam hatinya, entah betul ke tidak jawapan Asrol ni?

Mak Midah~boleh asrol datang ke rumah kak long~

           Soalan mak Midah yang ini buat Asrol melopong. Biar betul!

Asrol~di mana tu~

Mak Midah~kedah~

Asrol~boleh,.tunggu asrol pi ya mak :D~

               Dengan sengaja Asrol berseloroh. Memang niatnya hanya untuk bergurau tapi mak Midah menyangka Asrol serius lalu diberinya alamat rumah kepada Asrol dengan perasaan yang berbunga-bunga ceria. Asrol terkesima di situ lalu terus klik nama Kak Long dan menjadi stalker dalam wall Mak Midah(kak long) pula. Tiada apa yang ditemui. Tiada status dan juga tiada gambar untuk dilihat. Asrol jadi pelik tapi hatinya ingin tahu sejauh mana kebenaran alamat yang diberi kak long. Asrol pula nekad untuk menyiasat kebenarannya. Betul ke anak kak long ni cacat dan sebagainya?

...................................................




                Asrol bersiap sedia untuk berangkat ke Kedah. Kebetulan dia ada seorang rakan sekerja yang berasal dari Kedah dan sedang bercuti kerana akan melangsungkan perkahwinannya. Biasalah,.dalam bulan Disember ni memang ramai yang mendirikan rumah tangga.

             Asrol memasukkan beberapa pasang baju kesukaannya di dalam beg. Tak lupa dua pasang baju melayu dan sepasang jubah yang dibeli di Mekah beberapa tahun yang lalu. Sebelum ini Asrol sudah berchatting dengan mak Midah memberitahu kedatangannya ke Kedah. Mak Midah dah teruja sakan untuk menyambut bakal calon menantu. Farahin yang rimas perut bila ibunya memberitahu tentang hal ini.

               Bila Asrol mula bertolak dari rumahnya di Klang, Farahin pula mula buat pakatan dengan teman baiknya Dayana. Mereka berjumpa di pangkin belakang rumah Farahin. Dayana yang nampak over dari Farahin, macam itulah masalahnya. Alah,.teman baiklah katakan!


             ''Aku ada cadangan baiiikkkkk punya!'' Dayana sudah membuka kata. Farahin menunggu ayat-ayat Dayana yang seterusnya.

              ''Orang tu nak mai tengok hangkan?'' Dayana masih menyoal soalan yang tak sepatutnya disoal. Farahin menjungkitkan keningnya memberi isyarat agar Dayana meneruskan kata. Banyak tanya pulak, kata nak bagi cadangan,bagi ja la! Farahin mengomel di dalam hati.

            ''Aku cadangkan hang pakai jubah hitam, dah tu hang pakai spek mata hitam,hang pakai niqab. Hang pakai sarung tangan dan sarung kaki. Kalau boleh kulit hang,muka hang,jangan bagi nampak langsung. Lepas tu kita bohong la dia. Hang ni hodoh yang amat!'' Farahin sudah membeliakkan matanya. 'Terbaeekk' punya cadangan. Memang otak nak mengena serah kat hang!

           ''Aku ingatkan,.kita tambah sikit lagi cadangan hang ni. Kita buat macam filem cinta kolestrol tu. Aku pakai baju orang gemuk tu. Ha,.tu baru real nak bohong pun!'' Farahin menambah kata sambil mencebik. Banyak cekadak pulak. Buat cadangan nak mengena aku ja, bukan nak mengena mamat yang entah sapa tu! Huh!!,.


              ''Aku setuju! Aku setuju!,.tapi kita nak cari mana baju tu?'' Dayana meletakkan jari telunjuk di dagu, seolah orang yang sedang berfikir sesuatu. Farahin dah mendengus kasar. Aku cepuk jugak minah ni!


           ''Woiii,.hang nak pekena aku ka,.hang nak pekena mamat tu? Mendera namanya tu!''   Dayana sudah tergelak besar. Dia bayangkan Farahin yang berbadan besar,berpurdah dan menutup seluruh tubuh dengan pakaian serba hitam. Imaginasinya terus mengembara dan ketawanya semakin menjadi-jadi. Wajah Farahin sudah cemberut. Hiesyyyy,.budak ni!


           ''Fara! Mak lupa nak bagitau,.mak bagitau kat Asrol,anak mak ni cacat,buta,pekak dan bisu. Tempang jugak,nanti Asrol sampai Fara pura-pura jalan tempang naa!'' Mak Midah bersuara dari depan pintu dapur. Dia mendengar semua percakapan Dayana dan Farahin sebentar tadi. Sengaja dia mengintai dan memasang telinga diam-diam.


           ''Makkkkk!!'' Farahin sudah terjerit kecil. Semakin galak Dayana ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Berhambur air matanya juga. Habislah hang Farahin!

           ''Terbaeekkk Mak Midah!!'' Dayana menjerit kepada Mak Midah sambil mengangkat ibu jarinya.

.........................................................



            ''Woiii! Buta ka?'' Farahin bertempik kuat bila motor yang dipandunya sudah terjunam ke dalam sawah padi. Asrol yang memandu kereta dengan laju walau sedang melalui jalan kampung yang sempit terpaksa memberhentikan keretanya secara mengejut bila melihat ada sebuah motor sudah masuk ke dalam sawah.

           ''Hang gila ka? Bawak reta macam peleset. Hang ingat ni tempat nak race reta ka apa? Nak race pi masuk trek la woii!'' Farahin masih mengamuk sambil cuba menolak motornya naik ke atas jalan kembali. Dengan kudratnya sebagai seorang perempuan, mana terdaya nak tolak.

         ''Cik adik,.minta maap la naa. Abang tak sengaja! Nak ligan masa. Abang dah janji nak jumpa orang tapi abang lupa,.tu yang dok kalut tu,.'' Asrol cuba membantu Farahin sambil meminta maaf. Walau ayat yang dituturkannya nampak pincang tapi Asrol cuba mengajuk loghat Kedah yang dipelajari dari kawannya sebentar tadi.

         ''Bila masa pulak aku jadi adik hang? Bila masa pulak hang jadi abang aku? Bila masa pulak mak aku beranak kat hang?'' naik meloya Farahin mendengar Asrol membahasakan dirinya abang. Entah dari mana mai, tau-tau nak berabang-abang dengan aku? Uwekkk!


           ''Sepupu aku pun mak aku tak beranak kat dia pun tapi okey ja dia panggil aku abang! Adik angkat aku pun ramai yang panggil aku abang. Mak aku pun tak beranak kat depa. Pekerja-pekerja muda kat pejabat aku pun panggil aku abang. Tu pun mak aku tak beranak kat depa. Boleh pulak mereka panggil aku abang. Tak ada masalah pun?'' Asrol menjawab pertanyaan Farahin dengan selamba. Farahin sudah mendengus dalam hati. Dah la badan habis lencun dengan air selut. Lagi banyak songeh!


          ''Aku tolong hang!'' tanpa mendapat keizinan Farahin Asrol menarik motor naik ke atas jalan semula. Farahin tiada pilihan. Orang dah nak tolong, biarkan! Lagi pun ini semua salah dia. Bawa kereta macam nak pi race. Dalam kampung ja kot? Farahin masih membebel dalam hati. Wajahnya cemberut. Langsung tak teringin nak senyum dan beramah mesra.

       
          ''Okey tak ni? Kalau tak okey, aku boleh tolong hantar balik?'' Asrol cuba berbuat baik. Dah buat salahkan, takkan nak cari pasal lagi?


          Farahin tak menjawab sepatah pun. Terus disorongnya motor menjauh dari Asrol dan mula menekan stater. Alhamdulillah! Motornya masih boleh dihidupkan. Risaunya dia kalau motor kesayangannya tu sudah tak boleh nak dihidupkan lagi. Lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang lencun macam sekarang. Dia terus memecut motornya dan meninggalkan Asrol yang masih terpingga-pingga bila bantuan yang mahu dihulurkan tidak bersambut. Eh! Orang kampung memang macam ni ke? Sombong tak bertempat! Asrol mengomel di dalam hati.

         Jangan mudah prasangka Asrol! Berdosa tau! Tu,.bukan sombong namanya. Tu malas nak layan! Jadi orang perempuan ni, lebih baik menyombong dari terlebih gedik! Betoi dak??

.......................................................



               ''Astaghfirullah!,.Awat ni ha?'' terkejut Mak Midah bila Farahin yang nak keluar ke pekan pada asalnya sudah pulang kembali dengan keadaan basah lencun dan badannya di penuhi lumpur.


           ''Jatuh dalam bendang! Tak tau la jantan mana, bawa reta macam nak pi race. Tak tau nak beza jalan bandar dengan jalan kampung!'' Farahin membentak marah. Beg sandang dalam raga motor yang turut basah diambil dan dibawa masuk ke rumah. Pada asalnya, dia nak keluar ke pekan kerana nak melarikan diri dari tetamu ibunya yang kononya datang untuk melihat dirinya. Alah!,.Asrol Mania yang ibunya jumpa dalam facebook tu la.

       ''Tu la,.bantah lagi cakap orang tua-tua! Mak dah kata dah. Asrol tu nak mai rini, yang hang gatai nak keluar jugak tu pasai pa? Mak bukan nak suruh hang nikah rini pun. Nak suruh hang tengok ja pun. Tak sat dia telepon mak, dia dah masuk kampung. Hang pi mandi kaih! Pakai apa yang patut. Tu kaki awat?'' sambil berleter, sempat mak Midah menyoal Farahin yang sudah terjengket-jengket masuk ke dalam rumah.


         ''Makkan suruh ceq berlakon jadi tempang? Tak payah nak berlakon dah, memang makbul doa mak! Sakit kaki ceq ni,.malam satgi mak urut ceq naa? Tu syarat, kalau mak nak ceq jumpa jugak bakal calon menantu mak tu!'' sambil berjalan Farahin bersuara. Kaki dia dah terseliuh akibat terjatuh dari motor tadi. Sekurang-kurangnya nanti, tak payah nak berlakon bagai depan mamat tu. Semalam Dayana sudah menghantar jubah hitam dan niqab untuknya. Spek hitam, sarung tangan dan sarung kaki memang dia ada. Selalu dia pakai ketika keluar ke pekan. Rancangan terpaksa diteruskan. Sebab dia bisu jadi tiada dialog yang akan digunakan nanti. Yes! Bonus terbesar untuk aku!


         ''Ya Allah! Teruk ka jatuh? Mak ingatkan hang terjun dalam bendang ja. Ni sampai berjengket!,.Tak pa! petang sakgi kita pangge Tok Tam hang suruh tolong urut sat. Masuk angin satgi. Terseliuh ka apa tu?'' mak Midah bernada risau.


            ''Demi mak! Sekurang-kurangnya ceq tak berdosa nak kena berlakon menipu orang satgi!'' Farahin menambah kata sambil tersengeh. Mak Midah sudah mencebik geram dan dalam masa yang sama timbul perasaan bersalah dalam hatinya.


......................................................



              Farahin menadah dulang dan berjalan terhencot-hencot menuju ke ruang tamu. Kakinya semakin membengkak sejak tadi. Sakitnya tidak terperi. Terpaksa juga Farahin gagahkan diri demi untuk menunaikan hasrat hati ibunya. Dengan pakaiannya yang serba hitam dan menutup seluruh tubuh di tengahari panas terik, memang panas tu tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata. Ini semua Dayana punya angkara!

         Buat masa sekarang yang ada di rumah mereka cuma dia, ibu dan ayahnya yang menyambut kedatangan Asrol. Kakaknya dan keluarga telah pergi bercuti di Cameron Highland. Farahin yang nak mengikut serta pada asalnya terpaksa menunda hasratnya itu. Alasannya,.tentulah kerana kedatangan Asrol ini. Tak boleh tidak, Farahin mesti ada bila Asrol datang. Itu perintah dari Mak Midah. Pak Mad memang tak tau apa-apa. Mak Midah cakap Asrol tu anak angkat barunya sebab mereka tak ada anak lelaki. Haih! Mak Midah ni,.dengan suami sekali kena tipu?

         Sebenarnya, dalam hati mak Midah, kalau Asrol dan Farahin tak berjodoh pun, tak apa. Nak buat macam manakan? Tak jadi menantu, jadi anak angkat pun boleh!

         ''Haih! Awat ni? Tengah hari rembang, yang panas terik di luar nu, boleh pulak hang dok kelubung satu badan. Dengan spek mata hitam. Bila masa hang sakit mata? Ayah tengok hang balik tadi elok ja?'' sebaik Farahin muncul di ruang tamu Pak Mad dah menyoal. Alahai,. mak ni, mesti tak pakat dengan ayah dulu la tu?


          Farahin tak menjawab pertanyaan ayahnya. Dia diam saja sambil cuba meletakkan dulang di atas meja sofa. Entah macam mana dulang itu terhempas agak kuat kerana Farahin cuba mengawal debaran hatinya. Dia memang tak berani nak pandang Asrol kerana dia pasti Asrol mesti sedang menilik dirinya dan merasa pelik akan penampilannya.


            ''Oh mak kau!'' tak semena-mena Farahin termelatah. Habislah! Di mana bisunya aku? Farahin menjeling ibunya. Dia nampak bibir ibunya bergerak-gerak. Sah! Ibunya sedang menahan diri dari tersenyum.


            ''Asrol! Kata nak dok banyak hari di Kedah ni, nak bermalam di mana?'' mak Midah cuba mengalihkan perhatian Asrol dari terus menumpukan perhatiannya pada Farahin. Sengaja topik di buka untuk memulakan sesi ujiannya.


             ''Asalnya nak bermalam di rumah kawan tapi dia kena balik ke rumah mertua dia di Kelantan sebab bapak mertua dia masuk hospital. Ingat nak cari hotel atau homestay mana-mana nanti,.'' Asrol menjawab bersahaja. Pandangannya dialihkan ke arah mak Midah dan Pak Mad. Tadi, memang matanya asyik merenung Farahin. Rasa peliknya bertamu dalam hati, apatah lagi dengan bau minyak angin yang menyengat hidungnya sebaik Farahin masuk ke ruang tamu. Terpaksa menahan nafas buat seketika.


           ''Haa,..kalau macam tu,.tidur sinilah malam ni?'' terkejut Farahin mendengar ibunya mempelawa Asrol begitu.  Air yang dituang ke dalam cawan tersasar arah. Habis tumpah dan membasahi meja. Mengelabah pula Farahin. Sempat dia mengerling pemuda yang berada di hadapannya, Terbuntang matanya di sebalik spek hitam yang dipakai. Mamat ni?


           ''Ya Allah!,.'' mak Midah bersuara,.ingin menegur sikap Farahin yang cemerkap. Farahin hanya mencebik di sebalik niqab. Tak senang hati bila menyedari pemuda yang menjadi calon menantu ibunya adalah pemuda yang menyebabkan kakinya terseliuh. Arghhh,.kalau aku tak bisu,.sudah ku seranah mamat ni! Erkk? Bila masa pulak aku bisu? Farahin berdialog di dalam hati.


          ''Dah la tu! Biar mak buat. Fara pi hidang nasi, satgi kita makan sekali. Dah nak masuk zohor tu,nanti kita sembahyang berjemaah. Mak pun teringin nak berjemaah dengan iman baru,.'' mak Midah menyelamatkan keadaan lagi. Dia mengambil alih menuang air ke dalam cawan. Apa punya lambat la Farahin ni buat kerja. Nampak benor gabranya tu!


          ''Bolehkan Asrol?'' Asrol tersentak. Apa yang boleh?


        ''Apa mak cik?'' Asrol bertanya semula. Dia memang tak pasti, apa soalan yang telah diajukan tadi.


          ''Sembahyang berjemaah! Asrol jadi imam?'' Mak Midah mengulang soalannya.

        
        ''Ooo,.boleh! Boleh!'' Asrol bersetuju tanpa banyak soal. Kalau takat jadi Imam solat, dah selalu sangat buat. Di pejabat tu memang Asrol selalu jadi imam dan jumlah jemaahnya lebih ramai. Kalau takat mak Midah, Pak Mad dan anak daranya, apalah sangat. Asrol berbisik di dalam hati.


                   Err,.betul ke anak dara kak long (mak Midah) ni pekak,bisu,buta dan tempang? Mushkil pula aku. Kalau buta kenapa boleh bawa dulang air ke ruang tamu. Walau nampak macam kekok sikit tadi. Kalau bisu, aku rasa macam dengar dia cakap ja tadi? Kalau pekak,.rasanya kak long (nama fb mak Midah) cakap perlahan ja tadi kat dia,suruh hidang nasi. Kalau tempang pula,.aku tak nampak pula dia jalan tempang,macam jengket-jengket ja sikit? Banyak persoalan yang sedang membelenggu minda Asrol. Macam kompirasi nak kenakan aku saja? Tapi,.apa faedahnya?

..............................................................



                 Kusyuk Asrol mengimankan solat Zohor tengahari ini. Mak Midah yang menjadi makmum sudah mengucap syukur kerana terlalu berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan Asrol. Dalam hatinya bernekad kalau ujian seterusnya ini lulus, dia akan menyuruh Asrol masuk meminang Farahin dengan segera. Kalau boleh kahwin minggu ni pun dia tak kisah. Selesai doa diaminkan, Mak Midah sudah memasang sila kemas di belakang Asrol. Ready! Go!!!,.Hahaha,.macam nak pecut marathon ja!


             ''Asrol! Mak cik ada dua soalan nak tanya Asrol ni,.'' mukadimah pertama mak Midah. Farahin sudah lari ke dapur selepas menyalami tangan ibu dan ayahnya, tapi bukan pergi terus. Farahin hanya bersembunyi disebalik pintu dapur yang menghubungkan dapur dengan tempat mereka solat tadi untuk mengintai kegiatan ibunya.


             ''Ya mak cik?'' Asrol sudah berdebar-debar. Kalau tadi mak Midah dah marathon kini jantung Asrol pula yang sedang berlari marathon.1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,.Asrol mengira di dalam hati. Bukan apa, sekadar nak menghilangkan debaran yang sedang laju dalam dadanya.


            ''Betul ka Asrol boleh posa sepanjang tahun?'' selamba mak Midah bertanya. Pak Mad dah memandang semacam ke arah mak Midah sambil mengerutkan keningnya yang memang sudah berkerut seribu.


              ''Wali Allah pun tak posa sepanjang tahun kot mak hang?'' Pak Mad dulu yang menyoal. Asrol sudah tersengeh. Kalau setakat soalan dalam facebook ni, kacang ja nak jawab!


         
           ''In Sha Allah mak cik!'' tanpa menghiraukan soalan Pak Mad Asrol terus menjawab. Pak Mad mengalihkan perhatiannya ke arah Asrol pula. Biaq betoi budak ni? Mak Midah sudah melebarkan senyuman.


         ''Tadi Asrol minum dan makan?'' Mak Midah bertanya tanpa keraguan lagi. Asrol tetap mempamerkan senyuman.


         ''Saya puasa enam tiap-tiap tahun mak cik, kan puasa enam tu ganjarannya sama dengan setahun puasa?'' sambil menjawab Asrol juga menyoal. Tercenggang Mak Midah. Tak sangka itu pula jawapan yang akan Asrol beri. Pak Mad sudah tersengeh lebar. Kena sudah buku dengan ruas!


           ''Macam mana dengan khatam Al-Quran pulak? Betoi ka Asrol khatam Al-Quran hari-hari?'' Asrol hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Yang ni pun soalan kacang. Memang dia tak pernah terfikir soalan facebook ni akan disoal sekali lagi. Mak cik ni cakap dua soalan ja, harap-harap tak ada soalan bonus. Kalau tak habislah aku!


            ''Hang ni Midah!,.aku nak habis satu juih(juzuk) sehari pun tak boleh, nikan nak khatam setiap hari. Agak-agaklah nak tanya pun!'' Pak Mad merasa pelik dengan soalan-soalan mak Midah. Tak puas hati hingga panggilan manja mak Midah(mak hang) pun dah tak ada lagi.


          ''Abang diam! Ni Asrol,.mak cik bukan nak dera Asrol. Mak cik betoi-betoi nak tau ni!'' mak Midah cuba menghalang Pak Mad dari menyampuk kerana soalan bonus yang ada dalam kepalanya lagi penting dari dua soalan yang terdahulu.


         ''Betul mak cik, bukan sekali saya khatam tapi enam kali saya khatam setiap hari.'' mendengar jawapan Asrol mak Midah sudah melopong tidak percaya. Pak Mad nampak cool sikit sebab dia dapat mengagak Asrol ni seorang yang bijak dan berilmu. Hanya Farahin yang sudah mencebikkan bibirnya di sebalik pintu. Ceh!,.poyo ja jawapan! Macam la terror sangat? Itu yang terdetik dalam hati Farahin.



          ''Saya baca tiga kali surah Al-Ikhlas setiap kali selepas solat dan setiap kali nak masuk tidur. Sekali kita membaca surah Al-Ikhlas tu bersamaan dengan membaca satu per tiga Al-Quran dan tiga kali membaca surah Al-Quran tu sama dengan membaca sebuah Al-Quran.'' lancar dan yakin Asrol menjawab. Mak Midah sudah menganggukkan kepalanya berkali-kali. Pak Mad sudah tergelak besar sambil mengusap-ngusap bahu Asrol. Bangga dia mendengar jawapan Asrol.


          ''Ooo,.macam tu ka? Mak cik pun penah dengar ustaz di surau cakap macam tu. Tak pa, ni soalan akhir mak cik, merangkap soalan bonus la,..'' hati Asrol berdetup-detap lagi. Hah? Dah agak dah, mesti ada soalan bonus, kalau soalan bonus tu macam soalan dalam facebook juga, macam mana? Asrol mengimbas kembali soalan lain dalam facebook. Oh! Tidakkkk!!


         ''Soalan ni Midah harap sangat abang jangan gatai nak menyampuk! Ni perhitungan Midah dengan Asrol ja!'' sempat Mak Midah memberi amaran kepada Pak Mad. Pak Mad sudah tergelak dengan gelagat Mak Midah. Macam-macamlah bini aku ni!


        ''Asrol sudi terima anak mak cik sebagai isteri? Anak mak cik yang pekak,bisu, buta dan tempang?'' Pak Mad tersentak. Bila masa pulak mereka ada anak yang cacat macam tu. Anak mereka semua sempurna ja. Memandangkan Mak Midah sudah mencerlungkan mata ke arahnya supaya jangan mencelah, Pak Mad hanya mendiamkan diri. Farahin sabar menunggu jawapan Asrol. Harap-harap Asrol jawab, dia tak sudi. Itu harapan Farahin.


        ''Jodoh, ajal dan maut di tangan Allah mak cik. Kalau sudah takdir jodoh saya dengan anak mak cik, walau apa pun keadaan anak mak cik saya akan terima tapi kenalah buat solat sunat Isthikarah dulu.'' jawapan selamat Asrol. Mak Midah mengeluh perlahan. Dia tak berjaya nak 'mengkantoikan' Asrol. Semua soalannya berjaya di jawab dengan tenang. Ikhlaskah Asrol menjawab begitu tadi Apa kata aku uji dia lagi?


         ''Mak cik berkenan sangat dengan Asrol ni la! Tak payah nak cakap banyak lagi, cepat telepon orang tua Asrol. Minggu ni jugak Asrol nikah dengan Fara! Abang jangan nak masuk campoq!'' mak Midah nekad nak menguji keikhlasan Asrol, bila dia melihat Pak Mad nak mencelah sekali lagi, cepat-cepat dia memberi amaran tapi,..


        ''Hang ingat Fara dengan budak ni lembu ka Midah? Senang ja nak suruh nikah minggu ni jugak! Hang ingat nak nikah tu macam nak bilang satu dua tiga macam tu? Hang cuba pikiaq dengan akal logik tengok!'' Pak Mad sudah membentak marah. Mak Midah pun terasa berbahang semacam saja. Geram betul dia kerana Pak Mad tak menghiraukan amarannya.


        ''Hiesyy,.abang ni awat? Bukan Midah suruh abang pun. Midah dah berkenan dengan Asrol ni nak buat menantu. Barang berkualiti macam ni, mana boleh lepas. Satgi terlepas kat orang lain rugi pulak!'' selamba saja mak Midah menjawab. Asrol sudah tercenggang melihat kedua suami isteri di depannya ini bertikam lidah. Dia sendiri pun serba salah nak membuat keputusan. Jawapannya tadi sekadar untuk menyedapkan hati sendiri saja.

      
          ''Masalahnya,.budak ni bukan barang yang boleh hang nak jaja sesuka hati! Tu,.anak dara kita tu pun bukannya lembu, boleh dicucuk hidung. Depa berdua ni manusia. Ada hati, ada perasaan. Hang paham ka dak Midah?'' Pak Mad berkeras menegakkan pendapatnya. Asrol sudah mengerutkan dahinya.


            ''Abang ni,.Midah dah bagi amaran jangan menyampuk,.menyampuk jugak!'' mak Midah mengendurkan suaranya. Malu pulak bila menyedari Asrol yang sedang memerhatikan mereka suami isteri bertelingkah.


           ''Macam ni la mak cik, pak cik,.kebetulan dua hari lagi, mak dengan ayah Asrol nak turun mai Kedah. Ada hal keluarga sikit,mungkin Asrol boleh ajak depa mai sini lain? Nanti mak cik dengan pak cik tanya mak dengan ayah Asrol sendiri la. Asrol ikut mereka saja la,.'' Asrol berkata dalam keraguan namun cuba dikawal nada suaranya agar tidak berjaya dikesan. Farahin yang sedang mengintai dan mendengar semua perbualan berlari masuk ke bilik dan menghamburkan tangis. Sampai hati mak! Huargghhh,.kalau kaki aku tak sakit, aku dah lari marathon keliling kampung, nak protes tindakan mak tu! Tergamaknya mak, buat anak bongsu mak macam ni!

....................................................................



                 Hasrat Mak Midah termakbul akhirnya! Setelah  keluarga Asrol datang bertandang, mereka berkenan dengan Farahin. Mereka tak kisah kalau Farahin tu buta,pekak, bisu dan tempang, yang penting Farahin seorang wanita solehah kerana, bagi pendapat mereka sekurang-kurangnya Farahin boleh membimbing Asrol yang brutal menjadi seorang lelaki yang berhemah. Lebih-lebih lagi kakak Asrol yang bernama Mas Roshaizan, dia paling menyokong kalau Asrol dinikahkan dengan Farahin.


               ''Asrol setuju atau tak, ummi tak kira! Ummi dah berkenan sangat dah dengan budak perempuan tu. Terima sajalah Asrol! Jangan nak memilih sangat!'' keputusan nekad Puan Sarimah, ibu Asrol.


            ''Apa ummi ni,.baru sekali jumpa budak tu, ummi dah buat keputusan macam ni,.ummi tak kesian ke? Ummi sanggup ke tengok anak kesayangan ummi ni hidup menderita?'' Asrol cuba memujuk ibunya. Sesekali dia membayangkan dirinya hidup di sisi Farahin yang akan berhijab dua puluh empat jam dalam rumah. Asrol juga cuba membayangkan dirinya yang berjalan di sisi seorang isteri yang berjalan tempang. Dia mengelengkan kepala berkali-kali. Mustahil aku sanggup!



            ''Sejak bila anak ummi ni pandai tengok masa depan? Kalau pandai sangat cuba bagitau ummi berapa hantaran mereka nak letak. Senang ummi nak keluarkan wang dari bank. Boleh kita segerakan majlis nikahnya,.'' selamba saja Puan Sarimah membidas kata-kata Asrol. Mencuka wajah Asrol mendengar kata-kata ibunya. Memang takkan makan pujuk punya.

....................................................


             Seminggu selepas itu majlis bertunang pun berjalan dengan meriah. Pagi, Asrol dan Farahin bertunang. Malam pula majlis akad nikah. Mas kahwin hanyalah senaskah Al-Quran. Jumlah hantaran terpulang berapa pihak lelaki nak beri. Senang cerita semuanya terletak di tangan pihak lelaki. Farahin dan Asrol sudah terkunci mulut untuk membantah. Kaki Farahin pula sudah sembuh sepenuhnya. Anak dara dah tak capek dah. Asrol pun tak perasan isteri yang dinikahi cukup sempurna akhlak dan fizikalnya.


           Farahin memang brutal kalau berada dengan orang lelaki. Prinsipnya,.biar dia dituduh brutal dari dikatakan miang. Bila Asrol sudah menjadi suaminya, dia berada dalam dilema sama ada nak melayan Asrol sebaik mungkin atau macam mana? Farahin memang tak dapat melupakan pertemuan pertama mereka. Kerana Asrollah kakinya terseliuh.


          ''Semuanya terpulang pada engkau enchek suami, kau layan aku baik,.aku layan kau baik jugak. Kau kasar, jangan harap aku nak layan yang sebaiknya!'' Farahin berdialog seorang diri. Sekarang ni dia sedang berada di bilik peraduan mereka. Majlis tadi memang berjalan dengan meriah. Hanya majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dan sanak saudara juga jiran-jiran berdekatan. Majlis bersandingnya mungkin bulan hadapan. Asrol sengaja ditinggalkan di kampung Farahin. Kononnya untuk Asrol dan Farahin saling mengenali antara satu sama lain sebelum majlis bersanding nanti.


          Selepas masuk ke bilik Farahin menanggalkan semua pakaian pengantinnya. Memang panas gila seharian berniqab dengan pakaian yang berlapis-lapis. Farahin menyegarkan diri sendiri dan mengenakan t shirt lengan pendek dan kain batik. Pakaian ala-ala awek kampung tulen. Dia bersolat dengan kusyuk. Cuba dilapangkan dadanya sebaik mungkin walau jiwanya sedang gelisah. Panjang doanya malam ini. Memohon agar kesejahteraan rumah tangganya yang baru dibina ini akan berkekalan hingga ke Jannah.


         Usai solat dia merebahkan diri di atas tilam empuknya yang telah dihias indah. Dia mengeliat bebas. Rasa urat badannya sudah lenguh seluruhnya. Ahh,..rasa lega sangat. Dia berbisik di dalam hati. Baru nak memejamkan mata, dia menyedari pintu biliknya dikuak orang. Terus Farahin berpura-pura tidur.

         Sedetik kemudian dia mendengar pintu bilik air pula ditutup. Dia membuka mata perlahan-lahan. Rasa lega seketika kerana dirinya tidak diganggu. Terus dia menarik selimut dan menutupi seluruh tubuh. Jantung Farahin bergetar hebat. Mata yang mengantuk dan tubuh yang letih pun tak berdaya nak membuat Farahin terlelap. Macam-macam perkara yang menerjah mindanya. Beribu persoalan yang dia fikirkan.


             ''Perempuan! Kau dah tidur ke?'' sedang Farahin berangan seorang diri terdengar suara seseorang bertanya. Farahin kenal suara tu. Suara seorang lelaki yang telah mengengam tangan ayahnya selepas maghrib tadi. Terus Farahin memejamkan matanya semula dan pura-pura tidur pulas. Telinga saja yang memainkan peranan.


              ''Aku nak tanya kau ni,.betul ke kau ni bisu? Hari tu aku dengar kau cakap okey ja?'' Farahin yang sedang memejamkan mata di sebalik selimut sudah mencebirkan bibirnya. Apa la punya soalan? Kalau dah boleh bercakap, bisu apanya? Terasa bahunya dicuit sikit. Farahin keraskan badan. Dalam hati tak henti-henti berdoa bila menyedari katil sudah diduduki seseorang.


              ''Tadi pun aku nampak kau masuk ke bilik, kau jalan okey ja. Tak tempang pun?'' Farahin masih membisu. Hatinya berdongkol di dalam. Kenapalah bengap sangat laki aku ni? Tanya soalan, langsung tak logik dek akal la!


            ''Weii,.aku tanya hang ni!'' pulak dah,.kau dah bertukar jadi hang!


             ''Awatlah hang bengap sangat? Kalau dah boleh cakap tu tak bisu la,.kaki aku capek ritu sebab hang! Hang yang bawa reta laju mengalahkan peleset. Tak reti nak beza ka bandar dengan kampung?'' Farahin  bangun dan bersuara akhirnya. Dia duduk bersandar di kepala katil sambil menjarakkan sikit dirinya dari Asrol. Cermin matanya dicapai dan dia berpusing mengadap Asrol yang sudah melopong.


            ''Kau?'' Asrol terpingga-pingga.


             ''Apa cow-cow,.aku bukan lembulah. Nama aku Nur Farahin bin,.eh binti Muhammad @mamat,.tu nama gelamer ayah aku!'' sempat Farahin berseloroh. Asrol menutup mulutnya. Dia menampar pipinya tiba-tiba. Lucu pula Farahin memerhatikan gelagat Asrol lalu tangannya laju hinggap di pipi Asrol. Terbeliak mata Asrol dengan tindakan Farahin.


             ''Apa jegee-jegee(membeliakkan mata),.aku nak tolong hang ja!'' Farahin pura-pura berwajah serius sedangkan hatinya sudah digeletek lucu. Mesti mamat ni terkejut gorilakan?


             ''Hang tak bisu? Hang tak pekak? Hang tak buta? Hang tak tempang?'' Asrol masih menyoal walau kenyataan sudah ada di depan mata. Mindanya masih tidak dapat mencerna apa yang sedang ditayangkan di depannya. Isterinya yang berwajah comel,bermulut kecil dan berhidung tinggi dengan bulu matanya yang lentik juga berkening lebat mampu berkata-kata, melihat dan mendengar dengan baik. Subhanallah! Sempurnanya isteri aku!


             ''Dahlah! Hang jangan banyak songeh. Ni bukan sesi soal jawab. Aku nak tidoq. Letih,.'' tanpa mahu terus berbual, Farahin menarik semula selimutnya dan tidur membelakangkan Asrol. Asrol termanggu tanpa kata. Dia begitu asyik memandang belakang isterinya itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.
           

              Yeahooooooo! Isteri aku tak cacat pun! Isteri aku cantik. Tak kisahlah kalau bidadari itu cantik tapi aku bersyukur sebab Allah dah kurniakan isteri yang cantik ini untuk aku. Terima kasih Ummi. Terima kasih akak Ejan. Terima kasih ibu mertua dan ayah mertuaku kerana sudi menerima aku sebagai menantu.

Ya Allah! Terima kasih kerana pemberian terindah ini!


*************************Tammat****************************

Dialog yang WAJIB ada!

Farahin: Abang!

Asrol:............

Farahin:Abang!! (kuat sikit dari tadi)

Asrol:............(terus membisu)


Farahin: Abanggggggg!!!

Asrol: Hiesyyyy,.abang,abang,.bila masa mak aku beranak kat hang? Bila masa hang jadi adik aku?

Farahin: Hubby!

Asrol: Ishh,.geli geleman! Tak sesuai untuk lelaki brutal macam aku!

Farahin: Habis tu nak pangge apa?

Asrol: Panggil abang la,.kan ummi aku tu hang panggil ummi jugak. Tak semestinya ummi tak beranak kat hang,.hang tak boleh panggil abang kat aku!

Farahin: Grrrrr,.

Khamis, 9 Oktober 2014

Kau Pergi Tak Kembali!

 Panggggggggg!
                 Pipi isteriku merah ku tampar tanpa sedikit pun belas. Pandai saja nak mengarah aku itu dan ini. Kalau nak solat,buatlah seorang diri. Kenapa nak suruh aku solat sekali? Aku tak solat pun,aku mampu hidup hingga ke hari ini.

             Aku kahwin dengan Solehah atas permintaan orang tuaku. Sedikit pun tiada perasaan sayangku padanya. Demi kerana tidak mahu menjadi anak derhaka,aku turutkan saja permintaan kedua ibu bapaku. Solehah seorang wanita yang bertudung labuh. Rupanya tidaklah secantik mana. Saban hari aku sentiasa menyakitinya kerana aku nak dia membenci aku dan meminta cerai. Sebenarnya,sebelum berkahwin dengan Solehah,aku sudah punya kekasih.

           Azamimi seorang wanita yang suka bersosial. Parasnya lebih cantik berbanding solehah. Mimi juga tidak suka menutup aurat. Berbaju sendat dan berseluar ketat itulah pakaian kesukaannya. Aku pun suka berdampingan dengan Mimi kerana aku dapat melihat segala miliknya dengan percuma. Mimi juga tak kisah kalau aku menyentuhnya di mana-mana hatta menyentuh miliknya yang paling bernilai sekali pun.Mimi tak pernah nak marah. Mimi hanya ketawa ceria setiap kali aku menyentuh khazanah berharga miliknya.

            Dengan isteriku Solehah pula,aku langsung tak berkeinginan. Nak menyentuhnya pun aku rasa jijik. Solehah tak pandai bergaya macam Mimi. Solehah juga tak pandai make-up macam Mimi. Penampilannya terlalu sederhana. Aku tak kuasa nak menyentuh tubuhnya. Aku langsung tak terliur melihat penampilannya. Aku abaikan Solehah dari segi layanan zahir dan batin. Untuk apa aku mengauli isteri yang langsung tak ku cintai? Kadang-kadang,aku cuba membayangkan Solehah tanpa pakaian dan apa yang terjadi,aku jadi semakin membenci Solehah. Aku tak dapat menerima Solehah untuk bertahta di hati aku. Untuk apa aku mengizinkannya sedangkan Mimi kekasihku sudah lama bertahta di dalamnya.

        ''Abang nak ke mana tu bang?'' suara Solehah bergema di telingaku. Walau pun suaranya begitu perlahan tapi ku rasakan suaranya seakan memekakkan telingaku.

        ''Aku nak keluar!'' aku bersuara keras. Ahh!,.peduli apa aku? Siapa dia nak halang aku? Aku berdongkol di dalam hati. Api amarah akibat disuruh menunaikan solat oleh Solehah sebentar tadi masih menyala-nyala di hatiku.


            ''Dah lewat ni bang! Leha takut bang tinggal sorang-sorang!'' demi mendengar suara Solehah yang seakan ingin melarang aku dari keluar,aku berpusing ke belakang dan Solehah yang masih terduduk di atas lantai akibat tamparan aku tadi,ku hampiri dengan laju. Aku menarik rambutnya dengan rakus agar dia berdiri. Solehah menjerit kesakitan sambil memegang tanganku.


           ''Ehh,.siapa kau hah!,.nak larang-larang aku? Kalau kau takut sangat,minta dekat Tuhan kau tu agar ada malaikat yang datang temankan kau!'' aku bersuara lantang. Sambil merintih kesakitan,aku dengar Solehah beristighfar.

         ''Mengucap bang! Ingat Allah!'' hatiku semakin membara mendengar ayat Solehah yang seterusnya. Aku tolak Solehah hingga dia terdorong ke belakang dan jatuh tersadai di tepi dinding. Solehah sudah mula menangis teresak-esak. Aku tak pedulikan dengan tangisannya. Aku tinggalkan Solehah dan menuju ke pintu. Malam ni aku dah berjanji dengan Mimi dan kawan-kawanku untuk berjumpa mereka di kelab malam.

...........................................................


          Ya Allah! Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah. Ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat. Ya Allah berikanlah aku ketenangan hati dan minda. Berikanlah aku ketabahan dan kesabaran menghadapi setiap ujian-Mu Ya Allah. Andai sudah tersurat nasibku begini,aku redha Ya Allah menerima ketentuan-MU. Aku terima jodoh yang kau berikan ini Ya Allah, tapi aku mohon pertolongan-MU Ya Allah,berikanlah Nur-Hidayah-Mu buat suamiku. Hanya kepada-MU aku memohon pertolongan Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.



           Aku meraup mukaku dan aku bertafakur seketika di atas sejadah mengenang nasib diriku. Betapa beratnya ujian-Mu ini Ya Allah. Kenapa Sham tak mahu menerima takdir ini bahawa akulah jodoh yang ditentukan Allah untuknya? Di mana kurangnya aku? Adakah kerana wajah aku? Tubuh aku atau sebaliknya? Sudah setahun lebih kami berkahwin,Sham langsung tak menyentuh tubuhku. Sesekali ada juga keinginan untuk bermanja dengannya tapi apa yang aku dapat hanyalah herdikan dan penghinaan.


         ''Jijik sangatkah Leha ni di mata abang?'' air mataku mengalir lagi membasahi pipi. Sejak kahwin hatiku mudah benar tersentuh. Sebelum kahwin aku tinggal dengan keluarga angkat. Aku ditatang bagai minyak yang penuh kerana akulah satu-satunya anak perempuan yang mereka ada. Aku dijodohkan dengan Sham oleh keluarga angkatku yang nak melihat perhubungan persahabatan antara abah dan ayah mertuaku berkekalan. Aku terima Sham kerana aku percaya dialah jodohku dunia dan akhirat. Aku tak pandai bergaul bebas. Sudah tentu aku juga tak punya teman lelaki. Aku terima Sham dengan seikhlas hati kerana aku menyangka Sham juga sanggup menerima aku seadanya tapi anggapanku itu meleset sama sekali. Sham sudah mula menunjukkan taringnya sejak malam pertama kami lagi. Sham bergayut sampai ke pagi di depanku dengan seorang perempuan. Hati aku perit mendengar Sham memanggil sayang kepada perempuan lain sedangkan aku ini isterinya yang sah,langsung tak dipandang. Tadi Sham mengamuk lagi bila aku mengingatkannya tentang solat yang sering diabaikannya.


        
           Sham tak pernah solat, jauh lagi nak berpuasa. Kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah, Sham akan berpura-pura solat di dalam bilik. Padahal Sham hanya menghampar sejadah dan menunggu di atas sejadah tanpa melakukan solat. Selepas beberapa minit barulah Sham akan keluar dari bilik. Pernah sekali abahku menyuruh Sham menjadi iman dalam solat tapi Sham memberi alasan nak bersolat di masjid, katanya solat berjemaah lebih afdal. Bila abahku nak mengikut Sham pergi bersamanya ke masjid Sham memberi alasan lain pula. Kata Sham selepas solat dia nak pergi berjumpa dengan kawan-kawannya.  Akhirnya setiap kali ibu dan abahku bertandang ke rumah Sham akan keluar hingga pagi. Ah,.Sham bukan saja ada abah dan ibu, kalau mereka tak ada pun Sham jarang ada di rumah. Kalau balik pun hanya untuk tidur,mandi dan menyalin pakaian. Rumah kami dah macam hotel untuk Sham.


              Aku pandang gambar perkahwinan kami yang aku bingkaikan dan aku letakkan di atas meja solek. Bibirku tersenyum tanpa sedar, tapi dalam masa yang sama ada butiran jernih sudah membasahi pipiku. Perkahwinan adalah rahmat dari Allah. Bila manusia disatukan dalam ijab dan kabul, iblis dan kaum kerabatnya akan menangis,menjerit dan melolong kerana tidak dapat lagi nak mengoda manusia untuk melakukan maksiat. Dalam perkahwinan kami sebaliknya. Aku diabaikan oleh Sham dari segi zahir dan batin, bahkan Sham keluar membuat maksiat hari-hari.


           ''Ya Allah! Andai ujian ini untuk menguatkan imanku, aku redha menerima ketentuan-MU. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang tak berdaya. Tabahkanlah hatiku, kuatkanlah jiwaku untuk mengharungi semua dugaan-MU ini!'' aku berdoa di dalam hati dan bangun dari atas sejadah dan mula melipat telekung dan menyidainya di ampaian. Aku duduk di birai katil dan memandang ke sebelahku. Kosong! Sham tak pulang lagi semalam. Entah di mana Sham tidur? Hatiku mula bimbang kalau Sham berbuat maksiat dengan teman wanitanya.


................................................................


         ''Selamat pagi Puan!'' seorang lelaki berpakaian seragam polis berdiri di hadapanku. Aku tertanya-tanya apa tujuan kedatangannya ke rumah kami. Mindaku berlegar-legar dengan perbagai persoalan.


          ''Selamat pagi encik. Encik nak cari siapa?'' aku bertanya ragu. Adakah polis ini hanya sekadar nak bertanya jalan? Atau memang dia sedang mencari seseorang? Dia cari Shamkah? Apa pula yang Sham dah buat ni? Aku jadi cemas bila memikirkan perbagai kebarangkalian.


            ''Puan ni isteri Azrul Hisham bin Mahathir?'' aku hanya mengangguk. Tak berdaya lagi nak bersuara. Hanya menunggu apa yang ingin disampaikan seterusnya.

           ''Begini puan. Suami puan encik Azrul Hisham kemalangan jalan raya dan sedang dirawat dihospital sekarang. Kami tak dapat hubungi nombor telefon puan, melalui kad pengenalan kami datang ke sini.'' aku menarik nafas dalam-dalam. Ya Allah! Dugaan apa lagi ni? Sham kemalangan? Bolehkah aku melawat dia? Eh! Apa yang aku cakap ni? Diakan suami aku? Aku berdialog dalam hati tanpa sedar polis di hadapanku sedang memerhatikan riak wajahku. Terus terang aku cakap, aku tak tahu bagaimana nak menerima berita ini. Sedihkah aku? Gembirakah aku?

           ''Terima kasih encik!'' aku berkata selamba kepada polis itu. Sebelum polis itu berlalu aku sempat bertanya di hospital mana Sham sedang dirawat. Aku tak mahu lagi menghubungi kedua orang tuaku. Ibu bapa mertuaku pun aku belum hubungi. Aku akan hubungi mereka  selepas aku pergi melawat Sham dan melihat keadaannya terlebih dahulu. Aku tak perlu mengelabah melalui situasi ini. Inikan ujian dari Allah untuk aku dan Sham? Bersabarlah! Pasti ada hikmahnya.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



               Aku menoleh kiri dan kanan. Di mana aku sekarang? Aku cuba mengerakkan kaki dan tanganku. Aduh! Sakitnya. Apa yang sudah terjadi dengan diriku? Aku cuba mengimbas kembali kejadian semalam.


            Semalam kami berseronok sakan. Kami menari dan menyanyi hingga lewat malam. Kami teguk arak bagaikan meneguk air mineral tanpa rasa bersalah. Sepanjang malam aku merangkul Mimi yang cukup seksi dengan baju tanpa lengan dan skirt paras paha. Geram aku melihatnya. Aku baru memegang pahanya yang putih gebu itu, Mimi sudah memberi amaran 'bendera merah' padaku. Aku mengeluh dalam hati. Kempunan aku malam ni.


           Kami pulang bila malam menjengah pagi. Dalam keadaan mabuk aku memandu kereta dan menghantar Mimi pulang ke rumahnya. Bila aku tinggal sendirian di dalam kereta aku hampir terlelap dan aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu.

        ''Assalamualaikum abang! Abang dah sedar? Leha bawakan sarapan. Abang nak makan? Leha suapkan abang ya!'' sedang asyik aku memerah minda untuk mengingati apa yang berlaku seterusnya aku disapa oleh suatu suara. Aku menoleh dengan wajah tak puas hati. Kenapa dia? Kenapa bukan Mimi yang membawakan makanan dan menawarkan diri untuk menyuap aku? Aku mendongkol di dalam hati.


          ''Abang! Leha belum bagitau mama dan papa lagi mengenai abang yang kemalangan. Abah dan ibu pun belum tahu. Leha ingat nak datang tengok keadaan abang dulu baru nak bagitau mereka. Bila doktor cakap abang hanya patah kaki dan tangan, Leha nak tunggu abang sedar dulu dan Leha ingat biar Leha minta izin abang dulu. Nak bagitau mereka atau pun tak! Macam mana abang? Boleh Leha call bagitau mereka?'' aku mendengus kasar mendengar pertanyaannya. Bendul punya betina. Benda kecil macam ni pun nak minta izin aku dulu? Huh!



        ''Abang,.pandanglah sini! Leha tanya abang ni? Leha tak berani nak bagitau mereka tanpa kebenaran abang. Nanti abang marah Leha macam mana?'' aku pandang wajahnya yang kelihatan takut-takut itu. Aku beliakkan mata padanya. Dia menjauh sikit dari katilku. Aku rasa lucu pulak bila melihat wajahnya itu. Aku tahankan rasa lucu itu demi mempertahankan egoku.

         ''Mana handphone aku?'' aku tak ada mod nak jawab pertanyaannya. Lebih baik aku call Mimi dan minta dia datang melawat aku. Boleh juga bermanja dengan Mimi dan minta dia suapkan aku. Ceh,.yang patah tangan kanan dan kaki kanan pulak. Kenapa bukan tangan kiri? Senang sikit aku nak makan. Takkan aku nak menyuap dengan tangan kiri pulak? Tak biasalah aku!

         ''Leha tak tahu! Doktor cuma kasi dompet abang ja. Kereta abang remuk teruk. Syukur kepada Allah kerana abang tak cedera parah. Kalau tengok keadaan kereta abang semua orang akan cakap abang tak dapat diselamatkan. Leha sendiri tengok kereta abang, memang dah tak boleh diperbaiki lagi,.'' aku mendengus lagi. Lain aku tanya, lain pulak betina ni jawab. Yang sibuk pasal kereta aku tu kenapa?


          ''Bak sini handphone kau!'' aku menghulurkan tangan kiri. Kalut saja dia menyelongkar beg tangannya dan menghulurkan hanphone Nokia kecil padaku. Hatiku berdongkol lagi. Ketinggalan zaman! Orang sekarang dah guna telefon touch, dia masih lagi guna handphone cabuk ni?
.


           Aku cuba mendail nombor Mimi tapi aku tak mampu nak menekan nombor-nombornya. Tangan kanan dah tergantung. Guna tangan kiri nak memegang handphone ni buat aku janggal. Aku perhatikan isteriku memohon pertolongannya namun isyarat yang aku beri tak diendahkan langsung. Mendidih darahku bila dia langsung tak memahami apa yang ingin aku sampaikan.


             ''Woi betina! Kau tak nampak ke? Aku kan dah minta tolong kau ni?'' aku bersuara kasar. Ah,.peduli apa di mana aku berada sekarang ni. Yang penting Mimi harus segera aku hubungi.



           ''Errr,.nak tolong apa bang?'' tergagap-gagap dia bersuara. Aku mendengus lagi. Bahlol punya betina! Lembab!



             ''Ambil handphone ni! Tolong aku dail!!'' aku hulurkan kembali handphone kepadanya. Terketar-ketar tangannya menyambut handphone dari tanganku. Sekali lagi timbul rasa lucu dalam hatiku. Seronok betul aku tengok dia takut begitu.


            ''Nak call mama ke bang?'' aku beliakkan mata padanya. Dia menundukkan wajah. Terus kaku. Aku mengambil kesempatan untuk tersenyum. Lucu!


          ''Call mama buat apa? Jangan kacau mama! Call Mimi! Aku nak kau suruh Mimi datang dan tolong suapkan aku makan. Aku lapar sangat ni,.'' tanpa rasa bersalah aku menuturkannya. Sempat aku mengerling isteriku yang mengesatkan air matanya. Aku geleng kepala tanpa sedarku. Menjengkelkan saja!


            ''Leha,.leha,.tak tahu nombor Mimi!'' terketar-ketar suaranya. Matanya merah.


             ''011-23112424,.'' aku lihat dia mula menekan nombor-nombor yang aku sebutkan. Dia menekapkan handphone ke telinganya. Darahku kembali mendidih. Apa betina ni nak buat? Dia nak Mimi putuskan hubungan dengan aku ke? Tak boleh jadi ni!


             ''Kau nak buat apa tu? Minta handphone tu kat aku!!'' aku pantas bersuara. Isteriku menghulurkan handphone sambil menarik muncung. Merajuklah tu! Huh! Tak ada masa aku nak pujuk.


         ''Tadi suruh orang cakap. Buat ni salah, buat nu salah! Apa yang betulnya?'' aku dengar isteriku merungut. Walau perlahan tapi aku mendengar setiap bait katanya. Aku menekapkan handphone di telinga tanpa mempedulikan rungutannya. Telefon berdering tapi tiada siapa yang mengangkat. Aku recall kembali namun walau berkali-kali didail masih tiada jawapan hinggalah kali yang entah ke berapa baru terdengar suara garau di hujung talian menyapaku.


            ''Hello! Siapa ni? Mimi mandi! Kenapa call banyak kali sangat? Memekaklah pagi-pagi buta ni. Orang nak tidur, tahu tak?'' suara lelaki. Aku terkejut bukan kepalang. Siapa dia? Haruskah aku bertanya?


            ''Siapa ni?'' akhirnya terkeluar juga soalan itu.


            ''Kau siapa nak tahu?'' suara di hujung talian menyoal aku kembali. Darah aku kembali mendidih.



               ''Aku suami dia!'' aku berkata yakin dan menunggu respon di hujung talian.



             ''Hahahahaha,.pelacur macam Mimi tu mana layak nikah. Aku ni dah bertahun jadi pelanggan tetap dia tau!'' sehabis lelaki tu berkata-kata talian pun terputus. Aku terkesima. Benarkah apa yang aku dengar ini? Dalam rasa marah yang membuak-buak handphone di tanganku aku baling ke dinding. Berkecai!


              ''Abanggggg! Handphone Leha tu!'' aku tak peduli lagi dengan suara isteriku yang ku rasakan begitu menganggu ketenanganku. Aku terus tidur dan cuba memejamkan mata. Kalau benar Mimi seorang pelacur, jadi selama ini aku ditipunya hidup-hidup! Adakah ini balasan dari Allah untuk aku?

           ''Abang! Abang tak nak makan? Tadi abang cakap abang lapar?'' dia masih bersuara tanpa jemu. Aku mula diserbu rasa bersalah. Apa yang harus aku buat?


................................................................................



                  Aku melepaskan tangis sepuasnya di bilik air. Sakit hati yang aku  pendamkan tak dapat lagi dibendung. Aku ibarat halimunan di sisinya. Tergamak Sham melebihkan Mimi berbanding aku isterinya. Setiap teguran aku tak diendahkannya. Setiap soalan aku tak dijawabnya. Yang paling sakit hati handphone yang abah hadiahkan untuk aku lima tahun lepas berkecai di tangannya. Aku sayang sangat handphone ni. Aku tak pernah menukar handphone baru bukan kerana tiada duit tapi hanphone ini adalah pemberian yang paling berharga untuk aku.


                Abah! Maafkan Leha kerana handphone pemberian abah ni sudah tidak boleh digunakan lagi. Entahlah! Apa yang Sham marahkan sangat? Selepas dia mencampakkan handphone aku tadi, dia langsung tak mahu bersuara. Setiap kata-kataku langsung tak berkesan untuk dirinya. Rasa begitu terhina dengan layanannya terhadapku. Istimewa sangat ke Mimi tu?


                Aku mengeluh perlahan. Terasa begitu beratnya beban perasaan yang terpaksa aku tanggung ini. Aku bukan nak menyalahkan takdir. Dalam kemelut dilema perasaan ini adakalanya aku keliru sendiri. Perlukah aku terus bertahan sedangkan Sham tak betah tinggal bersamaku. Dia membenci aku walau aku melayannya dengan baik. Aku redha menerima Sham sebagai suami. Walau aku tahu Sham banyak melakukan dosa dan kemungkaran. Aku masih mampu bertahan kerana aku percaya Allah akan beri Hidayah pada Sham suatu hari nanti.


          
TAZKIRAH:

USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat.

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bila mana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...


             Aku tiba-tiba teringat tentang tazkirah yang aku dengar di corong radio ketika dalam perjalanan ke hospital tadi. Tazkirah yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi. Aku juga pernah membaca sebuah buku motivasi yang bertajuk Jangan Bersedih! Jadilah wanita Yang Paling Bahagia, hasil karya Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.


         Ya Allah! Ampunkan hamba-MU ini yang terlalai seketika dengan sedikit ujian yang KAU turunkan. Dua puluh lima tahun aku hidup bahagia bersama ibu dan abah, hanya setahun saja ENGKAU menguji aku, sudah ada rasa terbeban di dalam jiwaku ini. Sesungguhnya aku ini hamba-MU yang lemah Ya Allah. Yang sering terlupa dengan anugerah-Mu yang terindah. Suka merintih dan merungut saat diri diuji.


.......................................................................



              Hari kedua aku pulang ke rumah selepas simen di kakiku dibuang. Tanganku sudah sembuh sepenuhnya. Berbulan lamanya Solehah menjaga aku dengan penuh sabar. Walau adakalanya aku membentak marah, Solehah tetap melayan aku dengan baik dan tak pernah merungut. Mimi pula, selepas mendapat tahu aku kemalangan dan doktor pula mengesahkan aku hilang upaya untuk selamanya, dia bertindak memutuskan perhubungan kami. Kawan-kawanku yang sama-sama berseronok dan berpesta sakan di kelab-kelab malam semuanya ghaib dalam sekelip mata. Hanya Solehah, kedua ibu bapaku dan ibu bapa mertuaku yang mengambil berat akan diriku. Solehah yang paling setia menemaniku dan melayan aku setiap hari.


           ''Abang dah solat?'' aku menoleh ke arah suara yang menegurku. Solehah tersenyum manis walau wajahnya sedikit pucat. Aku perhatikan isteriku yang semakin kurus. Entah kenapa dengan dia? Adakah kerana terlalu letih menjagaku sepanjang hari?


          ''Belum! Abang tunggu Leha. Kita jemaah?'' aku lihat Solehah terpegun dengan ajakanku. Ya! Ini kali pertama aku mengajaknya solat berjemaah. Sepanjang aku sakit, aku buat pengakuan kepada kedua orang tua Solehah. Aku mengaku, aku telah mengabaikan Solehah selama ini dan tak pernah bersolat. Kedua ibu bapa mertuaku tidak pula marah, malahan dengan tenang mereka menyuruh aku kembali ke Jalan Yang Benar. Ayah mertua aku yang mengajar aku solat dan memberi aku tazkirah.


          Aku insaf seinsafnya. Mulai hari itu aku melayan Solehah dengan baik dan mula mencari siapa diriku. Aku kembali mencari Redha Allah. Aku sedar, aku hanya seorang hamba pada-NYA. Aku mula bersolat walau hanya mampu duduk di atas kerusi roda. Kadang-kadang aku bersolat di atas katil sambil duduk dan melunjurkan kaki ke hadapan. Ya Allah! Ampunkan dosaku! Bila ditimpa musibah begini, baru aku mula mengingati -MU.


         ''Errr,.Leha,..Leha cuti bang!'' Solehah menundukkan wajah selepas berkata begitu. Aku tahu dia malu denganku. Sengaja aku ingin menduganya dan aku menyoalnya kembali.

         ''Haa,.cuti apa? Bila Leha bekerja?'' aku pura-pura naif untuk melihat reaksi Solehah. Wajahnya berubah merah. Aku tak perasan pun sebelum ni Solehah isteriku begitu ayu bila dia diterpa perasaan malu. Aku ingin tersenyum melihat tingkahnya. Aku cuba menahan rasa dan mengulum senyum dalam diam.


          ''Tak! Bukan cuti kerja. Leha ABC!'' aku selalu dengar perkataan itu. ABC membawa maksud Allah Bagi Cuti. Walau pun begitu, aku terus pura-pura dungu.


            ''Air Batu Campur pulak dah! Abang ajak solat jemaah aja pun. Kenapa banyak sangat alasan ni? Leha tak percaya ke, abang mampu jadi imam? Alaa,..abang tahulah, siapa diri abang ni!'' aku sengaja bernada sayu. Aku dengar Solehah menghembus nafas perlahan.


               ''Leha periodlah bang! Hiesy!!'' Solehah bersuara lagi sambil memusing untuk berlalu pergi dan sedetik kemudian,..

  

             ''Allah hu Akhbar! Aduhhhh!,..'' aku dengar Solehah mengaduh perlahan. Dia sakit apa?


             ''Kenapa Leha?'' aku ingin menerpa ke arah Solehah tapi dia berpusing kembali ke arahku dan mengukirkan senyuman.


               ''Tak ada apalah! Abang nak solatkan? Ada apa-apa yang Leha boleh bantu ke atau abang nak buat sendiri?'' aku tak puas hati dengan jawapan Solehah. Tentu ada sesuatu yang disembunyikan dari aku. Walau bibirnya mengatakan tidak tapi mimik wajahnya yang berkerut seolah dia sedang menahan sakit.


             ''Takpa! Abang boleh bangun sendiri!'' bila mendengar aku berkata begitu, Solehah terus berlalu pergi walau langkahnya nampak goyah. Aku perhatikan langkah Solehah yang sedikit capek. Kakinya sakitkah? Aku masih bersoal jawab di dalam hati. Sejak aku mula berbaik dengan Solehah, aku baru perasan Solehah seorang yang perahsia. Dia tak suka menceritakan perihal dirinya kepada aku. Dia hanya akan menjawab bila soalan yang kuajukan berkenaan kedua orang ibu bapanya. Rancak dia bercerita. Bila aku bertanyakan tentang dirinya, katanya tiada yang istimewa untuk diceritakan.

          Kadang-kadang timbul rasa simpati aku kepadanya. Dulu, aku abaikan dia tapi bila aku dah sembuh, aku tetap tak mampu menunaikan tanggunjawab aku sebagai seorang suami. Aku tak mampu nak memanjakan dirinya lagi. Akibat dari kemalangan itu aku hilang upaya untuk memberi Solehah zuriat. Dengan kata lain aku disahkan 'mati pucuk'. Aku ingin nak lepaskan Solehah agar dia mampu hidup bahagia dengan lelaki lain tapi aku tak mampu melepaskannya kerana aku sedar, aku mula menyayanginya.


          Teruk sangat ke aku ni? Suami dayuskah aku ni kalau masih mengikat Solehah sebagai isteriku sedangkan aku tak mampu nak bahagiakannya zahir dan batin? Ya Allah! Berilah aku petunjuk-MU. Tunjukkan aku jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

......................................................



                      Ya Allah! Sakitnya tak tertahan Ya Allah! Lutut aku sakit lagi. Sakit yang teramat sangat. Setiap kali berhadapan dengan Sham dan kedua orang tuaku termasuk kedua ibu bapa mertuaku, aku berlagak selamba dan pura-pura ceria. Hakikatnya sejak aku menjaga Sham di hospital selepas sebulan Sham kemalangan doktor mengesahkan aku menghidapi kanser tulang. Memang terkejut menerima berita itu. Patutlah aku selalu sakit-sakit, dan lebam ditubuh aku akibat dipukul Sham sebelum ini lambat sembuh. Tadi aku terpaksa tipu Sham bahawa aku period, sebenarnya aku baru lepas solat. Aku dah tak boleh bersolat secara normal. Aku cuma mampu bersolat sambil duduk di atas kerusi. Lutut aku dah tak boleh nak dibengkokkan lagi. Ah! Kenapa aku terus-terusan menipu Sham? Berdosakah aku? Kan senang kalau aku bagitau saja aku dah solat? Aku jadi serba salah pula.

                    Aku mula tahu penyakitku bila suatu hari aku pengsan di surau hospital selepas menunaikan solat asar. Sebelum ni kalau sakit sikit-sikit aku selalu megambil ubat tahan sakit di farmasi. Memang sembuh rasa sakit itu walau tak lama. Aku ingatkan hanya kesakitan biasa-biasa saja. Aku tak pernah buat pemeriksaan pun hinggalah lututku mula membengkak dan ada lebam kehitaman. Bila aku membuat pemeriksaan, ianya sudah terlambat kerana doktor mengesahkan kanserku sudah berada di peringkat empat. Doktor menyarankan agar aku melakukan kimoterapi dan fisioterapi. Kadang-kadang saja aku mencuri-curi masa untuk melakukannya. Itu pun puas aku berdalih dengan Sham bila dia menyoal. Bila sakit, aku hanya mampu menangis seorang diri di bilik air. Bila makan ubat kesakitannya hanya berkurangan sedikit. Doktor cakap, kanser aku sudah mula merebak ke paru-paru.


         Itulah yang paling membimbangkan aku. Bagaimana harus aku berterus terang kepada Sham dan kedua ibu bapaku? Sakitku mungkin takkan sembuh lagi. Aku pun jarang pergi membuat pemeriksaan. Sham baru dua hari keluar wad, takkan aku pula nak mengantikan tempatnya? Aku tak mahu menyusahkan Sham untuk menjaga aku, apatah lagi menyusahkan ibu dan abah. Aku tak mahu orang-orang yang aku sayangi susah hati kerana keadaan aku sekarang ni. Bagaimana pula kalau aku bakal dijemput Ilahi?


         Air mataku terus bercucuran laju bila menbayangkan jasadku yang sudah kaku. Aku bayangkan juga wajah ibu dan abah andai aku pergi dulu. Aku nampak wajah Sham yang murung menghantar pemergianku. Semakin deras air mataku mengalir. Aku juga tak sanggup meninggalkan Sham seorang diri. Sham sudah menjadi seorang suami yang baik. Sejak dia melayan aku dengan baik, aku pula rasa berdebar setiap kali ada di sisinya. Entahlah! Walau pun Sham meminta maaf berkali-kali padaku kerana tak mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami tapi aku rasa bersyukur kerana aku juga tak perlu berbuat dosa kerana tak perlu menolak ajakannya.

          Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.  Saat aku tak berdaya untuk menjadi seorang isteri yang sempurna Sham pula 'hilang upaya' untuk menjadi seorang 'suami' untukku.


               ''Leha! Buka pintu ni Leha!'' aku tersentak bila namaku dipanggil dan pintu bilik air diketuk bertalu-talu. Aku mengesat air mata hingga kering namun ia tetap gugur jua tanpa pintaku. Sebak hatiku bila mendengar suara Sham yang sedang menyuruh aku membuka pintu. Kedengaran suaranya yang begitu risau. Aku cuba mengatur langkah ke arah pintu tapi rasa sakit yang semakin berbisa menyukarkan pergerakanku. Aku mengheret kaki sedikit demi sedikit, dalam masa yang sama tanganku masih cuba mengesat air mata yang masih gugur ke pipi.


              Sebelum tombol pintu aku pulas aku cuba menarik nafas untuk meredakan tangisku. Sebaik nafas dilepaskan dadaku pula yang tak semena-mena sakit. Aku sukar bernafas. Tombol pintu ku pulas pantas agar Sham dapat menolong aku.



              ''Abanggg,..tooo,.too,..longgg Lehaa!'' Sham memaut kejap bahuku. Nafasku mula tercunggap-cunggap dan aku tak mampu lagi bersuara. Aku nampak wajah abah, wajah ibu, wajah kedua ibu bapa mertuaku dalam samar-samar. Aku nampak wajah Sham yang sudah lencun dengan air mata. Sham meriba aku yang sudah rebah ke lantai. Perlahan kalimah Shahadah aku dengar menyusup masuk hingga ke hatiku.


         ''Leha,.ikut abang sayang! Ash-Hadu An-La Ilaha Ilallah-Wa Ash-Hadu Anna Muhammadur Rasulullah,..'' suara Sham kedengaran perlahan bercampur sendu membisikkan dua kalimah Shahadah ke telingaku. Aku hanya mampu melafazkan dua kalimah Shahadah di dalam hati. Sebaik aku melafazkan kalimah Shahadah nafasku semakin semput. Aku lelah. Aku penat dan letih. Penglihatanku semakin kabur dan berbalam-balam. Allah hu Akhbar! Dari-Mu aku datang kepada-Mu aku kembali!


....................................................................


                 Aku menangis semahu-mahunya bila Solehah terkulai layu dipangkuanku. Selepas solat tadi aku menunggu Solehah di bilik namun hampir sejam aku tunggu Solehah tidak muncul-muncul. Bila aku ingin mencari Solehah kedengaran orang memberi salam di muka pintu. Mama dan papaku juga ke dua ibu bapa mertuaku ada di depan rumah. Aku mempelawa mereka masuk dengan ramah.

           Sebaik mereka masuk mereka bertanyakan Solehah. Ibu mertuaku memberitahu dia bermimpi sesuatu yang tidak baik tentang Solehah. Hatinya rasa tak tenang selagi tak menemui Solehah. Kami menuju ke bilik air dan bila Solehah keluar dia terus rebah dalam pangkuanku. Solehah menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaanku. Penyesalan datang bertalu-talu. Rasa bersalah menguasai diri. Solehah begitu prihatin menjaga aku yang sakit tapi aku langsung tak prihatin dengan kesihatan Solehah.


               Kami bawa jasad Solehah ke hospital. Sebaik beg tangan Solehah aku selongkar aku menjumpai sepucuk surat yang bertulis namaku di sampulnya. Buat Suamiku yang tercinta, Azrul Hisham bin Mahathir. Permata hatiku, penyejuk jiwaku. Air mataku terus bergenang. Rupanya Solehah juga cintakan aku? Permata hati? Penyejuk jiwa? Akukah itu? Tak layak rasanya aku menerima gelaran semulia itu. Aku suami yang kejam! Aku suaminya yang dayus! Aku suaminya yang naif! Ya Allah! Sakitnya hatiku membaca tulisan di luar sampul ini. Sakit hati kerana perbuatan aku sendiri.


Buat Suamiku yang tercinta,

Assalamualaikum abang!,.

Mungkin selepas surat ini sampai ke tangan abang Leha sudah tiada di dunia ini lagi. Maafkan Leha kerana merahsiakan penyakit Leha ni dari abang. Maafkan Leha juga kerana setiap kali Leha membuat kemoterapi Leha memberi seribu alasan kepada abang. Leha tak tahu pun Leha ada kanser tulang. Selalunya bila Leha sakit, Leha hanya membeli ubat di Farmasi. Leha cuma tahu Leha ada kanser tulang bila Leha pengsan di surau hospital ketika Leha menjaga abang dulu.

Abang,.

Usah diungkit lagi masa yang telah berlalu. Leha bersyukur sangat bila hasrat Leha untuk melihat abang berubah dan menjadi suami dan anak yang soleh termakbul. Leha gembira sangat bila abang sudi menerima Leha sebagai isteri abang. Leha sayang abang sebab tu Leha tak mahu abang terus tengelam dalam kancah maksiat. Maafkan Leha abang kerana bila abang kemalangan Leha orang paling gembira bila Leha dapat menemani abang saban waktu. Menyuapkan abang makan dan menguruskan keperluan abang,.



                     Aku menghentikan bacaanku. Aku tak mampu nak meneruskannya lagi. Aku ingin meraung saat ini tapi cuba ku tahan perasaanku. Tulisan tangan di depanku semakin samar dalam penglihatanku kerana dikaburi oleh air mataku yang lebat mengalir. Aku gagahkan diri untuk terus membaca. Air mataku, aku kesat kasar dengan telapak tangan.


Abang,.

Saat yang terindah dalam hidup Leha bila melihat abang mula sujud kepada Allah. Tenangnya hati Leha bila melihat abang membaca kalimah-kalaimah Allah. Ketika itu tak dapat Leha mengambarkan bagaimana bahagianya  Leha. Bila abang memberitahu Leha nak bangun sahur dan mengantikan semua puasa abang Leha melakukan solat sunat sujud syukur. Ya Allah!,.hanya DIA yang tahu betapa terharunya Leha bang.

Abang,.
Di dunia ini kita tak dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai suami dan isteri yang sah. Leha berharap Allah akan temukan kita di Jannah nanti. Kalau abang masih bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran, mana mungkin kita akan ditemukan di sana. Leha tak nak abang terseksa di dalam neraka, sebab itu Leha selalu mengingatkan abang tentang suruhan Allah.


                  Aku sudah teresak dan tengelam dalam tangisan. Begitu mulianya hatimu isteriku. Sedangkan aku langsung tidak mengambil endah akan perasaanmu. Aku langsung tak perasan kau sedang sakit dalam kau mengubatiku, melayan kerenahku dan setiap permintaanku.


Abang,.
Jangan menyalahkan diri abang atas semua yang telah berlaku. Pencaturan hidup kita ini Allah yang tentukan. Leha percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Abang tak bersalah terhadap apa yang berlaku kepada Leha, sebaliknya Lehalah yang bersalah kerana merahsiakannya dari abang dan semua orang. Maafkan Leha bang. Kerana Leha sayangkan semua orang, jadi Leha tak mahu menyusahkan orang-orang yang Leha sayang.

Abang,.

Leha dapat tahu pun bila penyakit Leha sudah sangat kritikal. Salah Leha kerana terlalu percayakan ubat tahan sakit yang Leha beli di farmasi tanpa mahu membuat pemeriksaan.  Walau apa pun Leha redha dengan suratan takdir ini. Doakan Leha ya bang! Semoga abang akan terus menjadi anak yang soleh untuk mama dan papa. Tolong sampaikan salam Leha untuk mama,papa, ibu dan abah Leha ya bang. Bagitau mereka Leha sayang ke semuanya.

Abang,.
Sesungguhnya, syurga seorang isteri itu di telapak kaki suaminya. Tolong redhakan pemergian Leha ini bang. Halalkan segala perbuatan Leha terhadap abang dan halalkan semua makan minum Leha. Abanglah syurga di hati Leha dan Leha nak abang tahu,. abanglah permata hati, penyejuk minda dan penawar duka kerana abanglah suami Leha selamanya!


Yang benar

Siti Solehah Bt Muhammad Khairul

            
                  Aku melipat kembali surat Solehah dan memasukkan semula ke dalam sampulnya. Aku kesat lagi air mata yang masih mengalir. Betapa terderanya jiwaku menerima suratan takdir ini. Saat aku ingin berubah dan menjadi seorang suami yang baik dan hamba yang taat pada-NYA aku diuji dengan kehilangan seorang isteri yang begitu taat denganku. Dia isteriku yang bukan saja bernama Solehah tapi dialah isteri Solehah yang sebenar-benarnya. Aku redha dengan pemergiannya walau hatiku perit di dalam menerima dugaan ini. Aku baru belajar untuk menyayanginya namun dia diambil kembali dari sisiku.


                    Solehah dipinjamkan sementara untukku melihat jalan kebenaran yang tak pernah ku pandang sebelum ini. Aku bukan saja kehilangan seorang isteri solehah, bahkan aku telah kehilangan sebutir permata yang paling berharga yang sebelum ini ku anggap sebagai kaca yang langsung tak bernilai. Ah!,.bukan,aku bukan menganggap Solehah sebagai kaca pun tapi sebaliknya Solehah ku layan bagaikan sampah! Hanya sumpah seranah dan kata penghinaan yang ku hadiahkan untuknya saban hari. Hanya sepak terajang dan tamparan yang aku sedekahkan padanya. Ya Allah! Berdosanya aku kerana tak menghargai pemberian-MU yang begitu berharga untukku!

..............................................................


Setahun kemudian,.

              
             Aku kunjungi lagi pusara Solehah buat sekian kalinya. Aku sekarang adalah seorang ahli jawatankuasa masjid. Sesekali aku akan di suruh menjadi muazim dan melaungkan azan. Alhamdulillah!,.selepas pemergian Solehah, aku menjadi seorang lelaki yang benar-benar mengenali diri sendiri. Aku belajar mengenali Allah juga. Aku berusaha untuk khatam Al-Quran dengan berkat sokongan kedua orang ibu bapaku dan keluarga mertuaku. Hubungan kami masih diteruskan walau Solehah telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya.

              Kawan-kawan karibku yang sama-sama bersuka ria denganku kini juga sudah pergi mengadap Ilahi dalam satu kemalangan ngeri. Kereta mereka meletup dan mayat mereka rentung ke tiganya. Johan, Jafri dan Zubir, rakan-rakan seangkatanku yang sama-sama meneguk arak, melakukan maksiat berzina dan sebagainya. Aku bernasib baik kerana diberi kesempatan untuk berhijrah ke dunia baru sebelum menghembuskan nafasku yang terakhir.

                 Mimi? Selepas membaca surat yang ditinggalkan Solehah untukku, aku selalu mendoakan Mimi agar segera kembali ke pangkal jalan. Aku juga mendoakan Mimi agar di beri hidayah oleh-Nya. Kawan-kawanku juga ku kirimkan doa yang sama namun doaku tak dimakbulkan kerana mereka mati sebelum sempat mendapat Hidayah dari Allah. Wallah hu alam!

       Kini Mimi dah banyak berubah. Kali terakhir aku jumpa Mimi dia sudah berkahwin dengan seorang duda beranak tiga.  Lelaki itu juga seangkatan dengan kami dulu, malahan dia penagih tegar dan bertindak kejam ke atas isterinya dan mengakibatkan kematian isterinya dan anak dalam kandungan. Selepas di penjarakan dia menjadi insaf dan bertaubat atas segala kesalahannya. Ajal maut itu di tangan Allah. Walau pun dia yang mungkin bersalah atas tuduhan membunuh tapi dia tetap tidak disabitkan sebagai pembunuh. Keluarga mertuanya yang berhati mulia tidak mahu mendakwanya kerana tidak mahu anak-anak mereka menjadi yatim piatu.

            Mimi bertemu dengannya ketika sama-sama menghadiri satu tazkirah di masjid yang bertajuk ''Kembali Ke Jalan Benar'',.Apa yang membuatkan aku terpegun bila Mimi yang suatu ketika dulu berpakaian seksi kini sudah berpurdah. Macam mana aku kenal dia? Mimi yang menegur aku terlebih dahulu.

               Kami berbual panjang selepas itu. Bukan aku dengan Mimi saja tau, tapi turut serta suami dan anak-anak tirinya. Suaminya sudah bergelar ustaz sekarang. Hidayah itu sesungguhnya milik Allah. Kita takkan tahu ke mana haluan kita sebelum nafas kita berakhir. Kalau kita ni bertudung labuh bagi wanita dan 'kaki' masjid bagi lelaki, janganlah kita memandang rendah kepada mereka yang berpakaian seksi. Berdoalah untuk mereka agar Allah memberi hidayah-NYA dan berdoa juga untuk diri sendiri agar kekal menjadi hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa.

                   Jangan sesekali kita menyangka kita sudah banyak amalan dan akan ditempatkan di Syurga sedangkan kita tidak pernah menjaga lidah kita dari mengumpat dan menghina orang sesuka hati. Jangan pula kita menilai orang yang jahat itu akan jahat selamanya dan kita yang baik ini akan baik selamanya. Allah itu Maha Mengetahui segalanya. DIA akan membolak-balikkan hati kita kalau DIA sudah murka. Berhati-hatilah dengan lidah pemberian_NYA dan jagalah hati kita agar sentiasa bersih dari syak wasangka!

                                                                             ***************TAMMAT************************