Isnin, 27 Januari 2014

Coretan kenangan




Pernahkah anda jatuh? Aku ingin bercerita tentang kisah jatuh hari ini,.kenangan yang memalukan dan sudah semestinya teman rapatnya adalah sakit.Bila sebut jatuh,malu dan sakit memang tak dapat dipisahkan.

               Kisah jatuh yang pertama berlaku di tahun 80-an.Sepupu aku kahwin ketika itu,kenduri di rumah mak menakan aku ni dulu buat para tempat simpan kuih di atas alang.Dulu rumah papan semuanya,mungkin rumah terlalu kecil dan tak celuih untuk simpan kuih jadi depa buat para khas atas alang.Bila tengok orang naik turun,aku pun teringin jugak nak naik,nampak macam best saja bila depa rabat dinding tu,aku pun nak tau jugak ada kuih banyak mana atas tu.Tanpa menunggu lagi aku beranikan diri untuk rabat jugak,.tak ada tangga yang digunakan.Masa naik aku selamat naik dengan jayanya tapi bila nak turun aku terasa tempat berpaut macam nak lekang.Tanpa berfikir panjang aku terus lepas tangan.Apa lagi,.tempat pendaratanku atas lantailah jawabnya.Aku kaku di atas lantai,aku masih sedar dan masih mendengar orang bercakap.Suasana bertukar cemas bila aku terus kaku beberapa saat.Seksanya,.kerana aku tidak dapat bernafas.Aku tak ingat lama mana,mungkin kurang seminit aku seakan hilang nyawa namun usia aku masih panjang.Aku pulih akhirnya dan suasana kembali tenang.Pengantin lelaki turut tergamam melihat aku yang jatuh di hadapannya.Terkejut barangkali,nasib baik kenduri kahwin tak bertukar menjadi kenduri arwah.

Kali ke-2,.aku bergaduh dengan anak menakan aku yang tua setahun dari aku.Dia lelaki,aku ni perempuan,dah tu sama-sama ketegaq,.dia ni memang juara membuli,kalau setakat penumbuk,sepak dan penendang dia aku dah pernah rasa semuanya.Aku tak ingat pula apa punca pergaduhan kami petang tu,yang aku ingat waktu tu dah nak maghrib.Aku takut kena belasah dengan dia,aku lari naik ke rumah dengan kaki yang basah.Atas rumah semuanya tikar getah,bila bertemu dengan kaki basah yang sedang berlari jawapannya tentu aku sudah jatuh terlentang.Sekali lagi,aku nyaris hilang nyawa,nasib aku baik kerana aku ditemui dan sedang sukar untuk bernafas.Apa yang aku ingat,kakak aku mengurut belakang aku perlahan-lahan dengan minyak angin dan nafas aku kembali stabil.

               Jatuh yang paling memalukan ketika aku di tingkatan 3.Kebetulan sejak tingkatan 2 aku dah tersuka dengan seorang pengawas sekolah.Setiap kali berjumpa mesti kami akan saling merenung di antara satu sama lain.Masuk tingkatan 3 kami masih di kelas yang berlainan namun di bangunan yang sama.Dia di tingkat 3,aku di tingkat 2,.satu hari aku terserempak dengan dia ketika di tangga.Dia dengan geng dia,aku dengan kawan baik aku Imah.Bila mata kami bertentang,lutut aku outomatik berlaga,.jantung pun berdetak dengan laju.Malu punya pasai,aku dah terlangkah dua anak tangga bila sampai anak tangga dua terakhir.Bila dibayangkan balik kejadian tu,aku pasti tersenyum sorang-sorang.Memang malu tak tau nak habaq.Selepas aku di boo,.aku terus berlari-lari.Hadoi,.kalaulah masa tu aku cover line.Mangkit buat slumber ja,.kan best.Alahaii,.beginilah nasib diriku yang malang,.oh,.Tuhan,.

 Jatuh yang seterusnya,.memori terindah dan termalu di atas kapal TLDM di tengah lautan.Masa tu kami buat rombongan ke Pulau Langkawi.Hari pertama kami dibawa ke Lapangan Terbang Langkawi,.kami menyaksikan pertunjukan pesawat di udara.Banyak negara yang mengambil bahagian,Indahnya memori ini,dapat bersama teman-teman bersantai ke sini.Hari kedua kami dibawa pula melawat ke pulau-pulau.Dalam perancangan 3 buah pulau akan dilawati tapi pulau ke-3 dibatalkan untuk kami melawatnya pada saat terakhir.Kami hanya sempat pi ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar.
Di sinilah segalanya berlaku,tempat seterusnya di atas kapal TLDM yang berlabuh di perairan Langkawi,nak naik mengunakan tangga tali pun aku dah gayat sangat tapi bila dah sampai di atas kapal aku terus terpegun dan malu jugak.Banyaknya abang-abang navy,.hensem dan kemas dalam uniform TLDM.Dalam rasa terpegun,aku hilang teman-teman yang lain,aku tercanggak-canggak mencari kak Intan,Kak Bib,Kak Ayu,Kak Ida dan Kak Anis.Aku mula resah,.tak tahu mana nak ku cari di atas kapai yang besar ni.Tu la,.tadi dok syok sangat dok renung laut,.macamlah ada putera duyung dok tunggu di tengah laut ni.Dalam pencarianku,akhirnya aku nampak kak Bib dan kak Ayu,aku tak berlengah lagi,sebelum depa hilang lagi aku keloi kak Bib.

''Kak Bib!!'' sambil keloi sambil berjalan,mata aku hanya fokus kak Ayu dan kak Bib saja tanpa aku sedar ada tali kapai sebesar paha di depan aku.Ermm,.apa lagi,.nyaris aku tersungkur di atas kapai,di depan orang ramai dan depan abang-abang navy ni.Ya Allah! di mana aku nak letak muka aku ni? Semua orang sudah tersengeh memandang aku kecuali aku,kak Bib dan kak Ayu.Kenapa dengan aku ni? Cuai bebenor!

Hari merdeka 31hb ogos,.kakak Rokiah mengajak aku ke Gunung Jerai.Yess!,.dah lama aku perhatikan Gunung Jerai dari bawah saja.Orang kata kalau jadi anak Kedah tapi tak penah naik Gunung Jerai memang lekeh la,.Hari ini memang tercatat dalam sejarah hidupku.Kami naik terus ke puncak.Cuaca hari ini hujan renyai-renyai,sudah semestinya sejuk dan berkabus.Bila puas berada di puncak kami turun ke air terjun,jenuh la nak daki anak-anak tangga turun ke bawah,boleh krem jugak urat-urat betis.
Sememangnya aku ni pencinta alam semulajadi.Di sini jiwa dan mindaku cukup tenang.Best sangat,kerana terlalu teruja,.aku berjalan-jalan dari satu batu ke satu batu.Kak Rokiah sempat mengingatkan aku dari jauh.

''Jatuh satgi,beringat sama!'' aku tak ambil peduli pun dengan apa yang kak Rokiah cakap,aku masih seperti aku,ketegaq dan aku memang tak dapat dipisahkan hingga kepala aku terhantuk ke batu.Tersalah langkah sekali terpijak batu licin daa,.patah jugak cermin mata aku.Kening aku berdarah,mata aku dah sepet macam amoi.Bengkak la,apa lagi,.lutut pun luka,.dan hari kami di Gunung Jerai pun berakhir setakat ini.Kak Rokiah mengajak kami balik selepas aku jatuh.

Jatuh dan aku bagai aur dengan tebing,selepas kahwin pun aku masih jatuh lagi.Aku tinggal di rumah mertua,kebetulan aku baru seminggu keluar dari hospital selepas aku keguguran anak pertama.Rumah mertuaku dua tingkat,atas papan bawah simen.Bilik kami di tingkat atas,kebetulan tangga luar sudah lama,hanya aku sorang saja yang selalu guna.Di depan tangga ni ketika itu ada sepohon jambu batu yang berbuah lebat.Hari tu dua orang anak kak iparku yang sulung mai rumah.Kami memang rapat sejak kecik.Depa tak mau masuk rumah,kami hanya sembang di atas tangga simen yang bersambung dengan tangga kayu.Bila depa nak balik aku naik ke rumah mengunakan tangga depan.Sampai ke anak tangga dua teratas anak tangga patah,aku nak tunjuk terror terus melompat ke anak tangga terakhir dengan pantas dan,..buah nangka dah luruh daa,.ini yang dinamakan sudah jatuh menimpa  tangga pulak.Dua orang anak menakan yang tengok aku jatuh tangga macam nangka busuk ni dah pucat muka.Aku pula terus mangkit sambil tersengeh.Cover line beb!,.ni la kali pertama aku boleh cover line selepas berkali-kali jatuh padahal tubuh badan aku ni dah lebam-lebam dan bengkak-bengkak.

Keesokannya pula suami aku pula yang mengamuk,sampai mak mertua aku naik heran.Pagi-pagi lagi dah rongkah tangga.Awatnya? Bila dia tahu aku jatuh tangga dia pun cakap,.

''Patut la lepas subuh lagi dah mengamuk dengan tangga,bini dia jatuh tangga rupanya,.'' sapa tak sayang bini mak oii,.nasiblah dapat bini macam aku ni,tak penah akan serik,kalau  tangga tu tak dibuang mesti aku cipta sejarah lagi.Beginilah kisahku dengan perkataan jatuh ni,mudahan Allah tak mengambil nyawaku ketika aku jatuh sebab sampai sekarang aku masih jatuh lagi.Walaupun tak memudaratkan tapi aku perlu lebih berhati-hati kerana malang itu takkan penah berbau.


P/S:Saya sedang menyiapkan cerpen Tertulis Takdir-NYA Untukku!,.tunggu Ya,. :D