Ahad, 25 Januari 2015

Takdir Penentu Segalanya!



Nota: Maaf orang Kuala Lipis,.penulis memang tak pernah sampai di Kuala Lipis,.info semua dari internet,.tahun 1997 memang tak ada banjir besar kerana cerita ni rekaan semata-mata,.gambar di sebelah adalah banjir tahun 1971 di Kuala Lipis,.



Ady menonton berita yang sedang disiarkan di tv dengan rasa debaran diikuti rasa simpati yang membuak-buak. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Banjir yang berlaku di Kuala Krai Kelantan paling dahsyat setakat ini. Banyak lagi negeri di Malaysia ini yang berlaku banjir, termasuk Pahang, Johor, Kedah dan Perlis. Namun di negeri kelantan berlaku banjir yang paling mengerikan dan tak terjangkau dek akal. Air yang naik dengan cepat melimpah hingga menenggelamkan bangunan empat tingkat. Subhanallah! Ini semuanya kekuasaanMU Ya Allah!

           Setiap kali menyaksikan kejadian banjir di tv, Ady pasti terkenangkan kejadian lapan belas tahun yang lalu. Ketika itu ibunya baru melahirkan adik bongsu mereka. Ibunya masih dalam pantang lagi. Mereka empat beradik. Ady yang sulung, Izzara anak ke dua, Sofia anak ke tiga,manakala adik bongsu mereka adalah Danial. Izzara dan Sofia yang memberi nama kepada adik bongsu mereka. Kata mereka nama Danial itu ada keistimewaan tersendiri dan sedap disebut. Hai,.macam-macamlah!

.....................................................................

18 tahun lalu,..


              ''Ya Allah! Abang,.Mah lupa nak ambil dokumen-dokumen penting kita. Surat beranak anak-anak, sijil nikah kita Mah tertinggal masa nak keluar tadi. Macam mana ni bang? Barang-barang lain tu boleh lagi kita ikhtiar nak cari lain. Dokumen-dokumen tu nak guna abang. Anak-anak nak sekolah bulan depan.'' Puan Salmah bersuara cemas sebaik mereka sampai ke tempat perpindahan sementara.  

            ''Kenapa awak cuai sangat ni? Air semakin tinggi ni Mah!'' encik Mahathir turut bersuara risau. Kalau dia nak pulang seorang ke rumah, tentu sukar nak cari dalam keadaan genting macam tu. Nak bawa isterinya balik sekali tentu bakal membahayakan nyawa isterinya yang baru melahirkan. Anak-anak macam mana pula? Encik Mahathir memerhatikan wajah ke empat orang anak-anaknya.


           ''Kita balik kejap ja abang. Anak-anak kita tinggalkan dulu. Minta sesiapa jaga kejap. Ramai orang kampung di sini bang, takkan tak boleh tolong? Dokumen tu untuk masa depan anak-anak kita bang!'' Puan Salmah masih memujuk suaminya agar mereka pulang dan mengambil dokumen-dokumen tersebut.


          ''Assalamualaikum! Sal? Kau Salkan? Rumah kau banjir juga ke? Ya Allah! Lamanya aku tak jumpa kau Sal. Kau sihat Sal?'' sedang mereka mempertimbangkan sama ada mereka patut pulang atau pun tidak, mereka ditegur seseorang. Puan Salmah yang berwajah cemas tadi sudah bertukar wajah. Ceria saja riak wajahnya. Terus dia bersalaman dengan orang yang menegur mereka tadi.


          ''Ya Allah,.Ain. Macam mana aku boleh jumpa kau kat sini? Ain! Alang-alang aku jumpa kau ni aku nak minta tolong kau sikit. Aku terlupa dokumen penting kami. Tolong jaga anak-anak aku kejap Ain. Aku nak kena pulang ke rumah semula. Nak ambil semua dokumen-dokumen tu. Bolehkan Ain?'' dalam Puan Salmah menyapa rakannya itu, sempat dia meminta tolong rakannya. Mereka memang sahabat baik sejak dulu, cuma mereka terpisah selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.

           ''Dah berapa bulan baby ni Sal?'' bila melihat Danial yang didukung Puan Salmah, rakannya itu bertanya ragu.

            ''Hari ni dah 30 hari Ain. Ady tolong tengokkan adik-adik ya! Ibu dengan abah nak balik kejap!'' puan Salmah memandang anak sulungnya Rusdi yang baru berusia 12 tahun. Ady mengeleng berkali-kali.

            ''Tak nak! Ady nak ikut ibu dengan abah balik jugak!'' Ady berkeras untuk pulang. Puan Salmah memandang wajah encik Mahathir.

             ''Abang Ady ikut, Zara pun nak ikut!'' Izzara juga sudah menangis untuk ikut bersama.

              ''Pia nak ikut ibu!'' akhirnya Sofia yang masih berusia lima tahun juga mahu mengikut ibu dan abahnya pulang ke rumah. Encik Mahathir sudah mula runsing dengan gelagat isteri dan anak-anaknya. Air semakin naik. Nak dibawa kesemuanya tentu akan menyukarkan lagi keadaan. Mereka cuma ada perahu kecil. Kalau datang tadi air masih cetek. Perahu mereka hanya digunakan untuk mengangkut barang dan anak-anaknya. Tapi sekarang bila air semakin dalam, mungkin mereka semua terpaksa menaiki perahu itu. Barang-barang mereka sudah dipunggah ke tempat penempatan sementara itu.

               Bila semuanya sudah berdegil untuk ikut, encik Mahathir tiada pilihan. Isterinya memang perlu dibawa pulang bersama kerana encik Mahathir tidak tahu di mana semua dokumen itu ditinggalkan. Anak-anaknya pula di bawa kerana masing-masing tetap berdegil untuk ikut. Cuma Danial yang masih bayi itu ditinggalkan kepada Ain, rakan Puan Salmah.

................................................................


                    Sambil menonton tv Ady mengesat air matanya. Kejadian banjir itu telah meragut nyawa kedua ibu bapanya. Ketika mereka pulang, baru sampai di pertengahan jalan mereka dihalang dari masuk ke kampung mereka. Namun ibunya tetap berdegil untuk balik juga ke rumah. Ady dan dua orang adiknya dibawa semula ke tempat penempatan banjir yang lebih tinggi. Dengar kata, penempatan banjir yang mereka pergi pada mulanya tadi juga sudah dinaiki air. Ibunya dan abahnya terkorban bila rumah yang mereka masuki untuk mencari dokumen yang tertinggal itu roboh dan dihanyutkan air. Danial pula entah di mana. Mereka terpisah dengan Danial sejak hari itu. Mungkin teman baik ibunya yang membawa pergi Danial bersamanya. Ady dan adik-adiknya ditempatkan di rumah anak-anak yatim sejak kejadian itu.

                 Izzara dan Sofia telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga kaya di Kuala Lumpur. Ady pula dipelihara oleh ketua kampung mereka. Hingga ke hari ini Ady masih menanti kepulangan adik-adiknya. Entah di mana mereka sekarang? Ady terlalu rindukan mereka semua.


                ''Abang! Kenapa ni? Abang menangis ya? Apa yang sedih sangat ni? Takkanlah kerana simpati dengan mangsa-mangsa banjir sampai buat abang menangis? Tak macho la abang!'' Awin berkata sambil ketawa kecil. Diperhatikan gelagat suaminya sejak tadi. Bila melihat Ady mengesat air mata dia mula rasa sangsi. Kenapa dan mengapa? Persoalan itu yang menerjah pemikirannya.

            ''Abang rindukan adik-adik abang. Sihatkah mereka? Bahagiakah mereka? Perlu ke abang cari mereka Win?'' Ady mengesat kering air matanya sebelum menoleh ke arah Awin. Dia tak berdaya untuk melawan perasaannya. Selepas kahwin mereka berpindah ke Kulala Lumpur. Ady sudah bekerja di Kuala Lumpur demi mencari adik-adiknya. Dia bertemu jodoh di sini. Awin seorang kenalan ditempat kerja yang akhirnya menumbuhkan bibit-bibit cinta di hati masing-masing.


             ''Carilah abang,.kalau itu boleh membahagiakan abang. Abang ada ikhtiar ke nak cari di mana? Buat jejak kasihlah bang. Iklan dalam surat khabar atau tv,.atau abang cari dalam internet. Sekarangkan zaman siber bang, tentu adik-adik abang tu ada laman sosial.'' Awin memberikan cadangan. Terangguk-angguk Ady mendengar cadangan isterinya itu.



            ''Bernas jugak cadangan isteri abang ni, tapi tu la,.macam mana nak cari? Nama mereka mungkin ada berjuta orang lain guna dalam dunia ni. Berkemungkinan juga mereka tak guna nama betul. Bukan Win tak tahu, orang sekarang ni, nama yang entah apa-apa tu jugak yang mereka nak guna.'' Ady menyuarakan pendapatnya pula. Nama Danial pun mungkin sudah ditukar kerana hari tu ibunya tak sempat berbual panjang pun dengan rakannya itu. Lainlah kalau ada jiran-jiran mereka yang turut ada di situ memberitahu nama Danial kepada rakan ibunya.


             ''Elehhh,.abang tu pun dua kali lima. Ady macho la konon, padahal baru tengok berita banjir pun, dah nangis-nangis.'' Awin ketawa selepas habis berkata-kata. Aih! nak kena la ni. Sempat lagi tu? Ady hanya menjeling isterinya sambil tersenyum sumbing. Nak nafi apa lagi. Walau pun dia gunakan nama Ady macho tapi jiwanya tak semacho mana pun. Wajahnya pun biasa-biasa saja. Taklah macho sangat.

            ''Apa ada pada nama? Yang penting hati ni ha,.bersih, suci dan murni lagi. Kalau tak,.tak ada la orang tu nakkan abang ni. Tak gitu yang?'' sempat lagi Ady mengenakan Awin, sebab itulah yang selalu Awin jawab bila Ady bertanya kepadanya, apa yang membuatkan Awin suka kepada Ady. Sebab hati, bukan sebab rupa atau pun harta.
 

           ''Yalah tu! Buat apa rupa hensem, harta bertimbun tapi hati hitam berkarat!'' tegas Awin mengatakannya. Ady hanya tersenyum bangga dengan kenyataan Awin. Itulah juga yang selalu ibunya katakan dulu. Ingat lagi Ady akan nasihat ibunya dulu.

          ''Ady! Miskin di dunia ni tak mengapa lagi. Ibu cuma takut, dahlah miskin di dunia, di Akhirat esok pun muflis juga tanpa sebarang amalan yang kita bawa. Hidup ni jangan nak menyombong sangat. Rajin-rajinlah bersedekah walau hidup kita ni miskin. Rezeki kita takkan luak, kalau kita suka bersedekah. Ady! besar esok, jadilah anak yang soleh. Biar tak ada rupa, janji ada hati yang baik. Biar tak ada harta, janji ada hati yang suci dan suka bantu orang,.'' kata-kata ibunya setiap kali Ady mengadu dia diherdik oleh kawan-kawannya kerana mereka dulu susah. Sekali lagi Ady mengesat air matanya. Cuba dikalihkan wajahnya ke arah lain. Dia menarik nafas keras, cuba mengawal emosinya yang tidak stabil. Bila rindu itu bertandang dan keluarganya terbayang-bayang diruangan mata, Ady jadi manusia yang paling sensitif. Mudah benar air mata ini bergenang. Ibu!,.Abah! Moga,.kalian tenang di alam barkhzah sana! Adik-adik!,.walau di mana kalian berada moga bahagia milik kalian!! Sempat Ady berdoa di dalam hati kerana hanya doa yang mampu dikirimkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar rintihan hatinya!

.............................................................

Nurul Izzara,.

         

               Izzara bermenung di dalam biliknya. Runsing hatinya bila mamanya memberitahu ada kawan mamanya akan datang ke rumah untuk merisik. Izzara tak pernah berkawan dengan lelaki. Kalau ada pun tak sampai menaruh minat, apatah lagi nak bercinta. Pantang Izzara kalau ada lelaki nak tackle dia. Izzara takkan pernah melayan walau dengan apa cara sekali pun. Bukan Izzara nak jual mahal, tapi itulah prinsip Izzara sejak dulu. Takkan ada perasaan cinta selagi tak diijab kabulkan.

               ''Zara! Dah siap ke belum sayang? Kawan mama dah sampai tu. Jom kita turun!'' Puan Hasnah mengetuk pintu bilik Izzara. Suaranya yang kedengaran ceria dan teruja membuat Izzara terus kaku. Mengigil badannya bila terbayangkan dirinya bakal diperkenalkan dengan anak kawan mamanya.

             ''Zara!! Buka pintu ni sayang!'' Puan Hasnah memanggil sekali lagi. Izzara bangun dan melangkah malas ke pintu. Bibirnya mencebik seakan ingin menangis. Hatinya resah tak keruan. Perlahan tombol pintu dipulas dan Izzara menyuakan kepalanya sedikit seakan orang nak mengintai lagaknya. Puan Hasnah sudah tersenyum lucu melihat gelagat Izzara.

             ''Zara! dah lima kali tau Zara reject pinangan orang. Kali ni mama tak mahu Zara beri alasan lagi. Apa nak jadi pun Zara kena keluar jugak dan bersua muka dengan anak kawan mama ni. Mana tahu, nanti jatuh cinta pandang pertama ke,.'' Puan Hasnah cuba memujuk Izzara yang nampak benar keresahannya itu. Izzara muncungkan bibirnya. Berat betul kakinya nak melangkah keluar dari bilik.


             ''Alahh mama,.Zara seganlah mama! Mama tahukan Zara ni macam mana? Nanti kalau Zara pengsan depan tetamu mama tu macam mana? Haa,..siapa yang malu? Mama jugak!'' Izzara cuba mencari alasan agar dia tidak dipaksa keluar untuk berjumpa dengan tetamu mamanya. Dia mengeluh perlahan. Dalam mindanya cuba membayangkan wajah-wajah insan yang bakal ditemuinya nanti.

         ''Kenapa sampai nak pengsan-pengsan ni? Hai! Zara, Zara,.takut sangat dia. Macam la nak jumpa dengan monster!'' Puan Hasnah ketawa lucu. Izzara muncungkan bibir. Macam nak merajuk ja bila mamanya ketawakan dia macam tu.

...............................................................


             Suasana di ruang tamu riuh rendah dengan perbualan. Izzara melangkah perlahan-lahan, namun jantungnya sudah mengepam darah dengan laju. Dia merenung lantai sambil hatinya rancak berdoa. Ya Allah! Aku mohon padaMU,.tenangkanlah hatiku!

             ''Assalamualaikum!'' kerana dirinya yang tersangat mengelabah Izzara memberi salam sebaik dia tiba di ruang tamu. Itu pun suaranya perlahan sangat, antara dengar atau pun tidak.


            ''Waalaikummusalam!,.ini ke anak daranya? Duduk di sini sayang! Boleh kita berbual panjang. Meh duduk sebelah ibu ni!'' seorang wanita yang seakan sebaya umur dengan Puan Hasnah mengamit Izzara dan menyuruh Izzara duduk di sebelahnya. Dengan rasa malu yang membuak-buak Izzara menuju ke arah wanita tersebut. Sungguh! Izzara langsung tidak berani nak panggungkan kepala.

          ''Dengar kata Zara nak transfer balik mengajar di Selangor? Betul ke? Sekolah mana?'' duduk saja di sebelah Puan Noraini, soalan terus diajukan. Terkumat-kamit Zara nak menjawabnya. Izzara panggungkan kepala dan memandang wajah Puan Noraini, teman mamanya. Izzara ukirkan senyuman sebelum menjawab.

        ''Tak tahu lagi sekolah mana, masih dalam perancangan sebenarnya. Tunggulah,.Zara pun tak pasti lagi,.'' tersipu-sipu Izzara menjawab. Puan Noraini menganggukkan kepalanya berkali-kali. Merenung wajah Izzara mengingatkan dirinya pada sahabat baiknya yang sudah lama pergi mengadap Ilahi kerana satu tragedi. Puan Noraini tiba-tiba teringatkan Salmah. Dia terus merenung anak bongsunya Danial Hakimi, beralih pula ke arah Hisyam.


         ''Err,.Sham! Macam mana? Berkenan ke tak?'' direct saja Puan Noraini bertanya anak bujangnya. Hisham hanya menghadiahkan senyuman untuk ibunya. Izzara sudah tersipu-sipu. Yang mana satu Hisham? Hatinya tertanya-tanya namun dia tak berani untuk menoleh. Izzara tahu ada banyak pasang mata yang sedang memandangnya sekarang.

        ''Jangan tanya Sham ibu. Tanya ja orang sebelah ibu tu. Sham ikut ja. Baik untuk ibu, baik juga untuk Sham. Kalau Sham setuju pun tapi, orang sebelah ibu tu reject Sham pun, tak boleh jugak!'' Hisham menjawab juga sambil ketawa perlahan. Wajah Izzara cuba dipandang, namun Izzara hanya menundukkan wajah sejak tadi.


         ''Zara! Sham dah bagi kata putus tu. Zara macam mana pulak. Ni asyik tunduk ja dari tadi, cuba panggungkan sikit kepala tu. Tengok anak ibu tu berkenan ke tak?'' Puan Noraini yang ternyata cukup sporting tu sudah tertawa senang hati sehabis berkata-kata. Izzara sudah berbahang wajahnya. Antara malu dan kemahuan hati, akhirnya Izzara menoleh ke arah Hisham dengan rasa debar yang begitu kuat.


          ''Nurul Izzara? Ehh,..ini ke calon ibu? Kalau macam ni,.Sham setuju 200%,.nikah esok pun boleh!'' Hisham bangun dan menuding jarinya ke arah Izzara. Suaranya cukup teruja bila berjaya bertentangan mata dengan Izzara. Sejak tadi dia cuba mengintai wajah Izzara. Walau sudah ada di depan mata tapi Hisham tidak dapat melihat dengan jelas hinggalah Izzara menoleh ke arahnya. Terkejut juga dia kerana dia pernah kenal Izzara sebelum ni. Dah banyak kali dia cuba tackle Izzara tapi Izzara cukup payah untuk didekati.


         ''Sham dah kenal Zara ke?'' Puan Hasnah pula bersuara. Hisham mengangguk laju. Izzara tayang wajah blur. Sekali lagi dia menoleh ke arah Hisham yang sudah duduk semula. Izzara cuba mengimbas kembali wajah Hisham. Sungguh! Dia tak pernah kenal Hisham sebelum ni. Macam mana pula Hisham boleh kenal dia?


          ''Sham memang dah lama kenal dia,.cuma Nurul Izzara ni ja yang tak kenal Sham. Ibu ingat tak,.perempuan yang Sham cakap dulu? Masa tu Sham kerja di cafe dekat Maktab Perguruan. Nurul Izzara ni la,.'' Hisham mula bercerita sejarah pertemuannya dengan Izzara. Puan Noraini sudah tersenyum ceria. Ingat lagi dia, bila Hisham selalu balik mengadu, kononnya perempuan sekarang ni suka jual mahal. Yang Hisham tak berkenan, tergedik-gedik pulak nak dengan dia.

          ''Ooo,.ini la dia bunga pujaan hati anak bujang ibu? Patut la dulu frust semacam ja. Betul pun ibu cakap dulu. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Dah berapa tahun tak berjumpa,.akhirnya Allah dah atur pertemuan semula di sini. Zara! Macam mana? Anak bujang ibu dah lama sukakan Zara!'' Izzara dalam dilema. Nak cakap apa ya? Takkan nak angguk pula? Takkan nak cakap suka? Takkan nak reject lagi? Izzara menoleh ke arah mamanya, kemudian dia menoleh ke arah papanya pula.

         ''Papa! Mama!,.Zara serahkan semuanya kepada papa dan mama,.tapi,.kalau papa dan mama setuju pun, kita harus mencari abang Ady dulu. Banyak kerja nak kena selesaikan mama,papa,.lagi pun mama dan papa kena berterus terang jugak kepada,.'' Izzara tak meneruskan ayatnya tapi jarinya diunjukkan kepada tetamu mama dan papanya. Tak tahu pula nak dipanggil apa.

         ''Rasanya mereka kena tahu, siapa Zara ni. Itu yang lebih penting!'' Izzara menyambung kata. Izzara sedar, dia cuma anak angkat mama dan papanya. Ketika dia diambil sebagai anak angkat umurnya sudah lapan tahun. Sudah lama dia tak berjumpa dengan abang dan adik-adiknya.


        ''Apa maksud Zara ni Has?'' Puan Noraini bertanya ragu. Apa yang mereka cuba selindungkan? Itu yang terdetik dalam hatinya.

        ''Sebenarnya Nor,.kami tak ada anak. Zara ni anak angkat kami. Kalau kami nak kahwinkan dia,.kena la cari wali sebenar diakan? Abang kandung dia masih ada lagi, cuma kami tak tahu dia di mana.'' Puan Hasnah berwajah sayu. Sukar nak menerima kenyataan, anak yang dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang bukan anak kandung mereka.

        ''Oh,.macam tu ke ceritanya. Alah,..kita cari ja dalam internet atau buat jejak kasih dalam tv atau radio. Zaman sekarang ni macam-macam cara boleh buat. Apa nama betulnya abang Zara tu? Nama mak dan ayahnya apa? Berasal dari mana? Kebetulan Danial ni pun anak kawan aku Has. Aku bela dia sejak bayi lagi. Itu pun sebab aku dengar kawan aku tu dah meninggal sebab lemas kerana banjir di kampung kami dulu. Aku pun sedang mencari abang dan dua orang kakaknya. Puas juga aku cari selepas banjir tapi sampai sekarang tak berjumpa. Aku pasrah ja kepada Allah. Mudahan aku dapat jumpa mereka semula.'' Puan Noraini mula bercerita tentang Danial. Mereka memang tak pernah merahsiakan semua ini dari Danial. Mereka sentiasa bersikap terbuka. Baru-baru ni mereka pulang ke kampung dan dengar khabarnya abang sulung Danial ada di Kuala Lumpur ni.


         ''Keluarga Zara pun terpisah sebab banjir jugak mak cik! Ibu dengan abah Zara pun dah meninggal sebab lemas ketika banjir sebab tu Zara,abang Ady dan Sofia diletakkan di rumah anak-anak yatim. Adik bongsu kami tak tahu ke mana menghilang. Ibu tinggalkan dia dengan kawan ibu,.'' Izzara bercerita apa yang dia ingat. Dalam samar-samar saja kejadian itu terimbas dalam ingatannya. Sedih bila mengenangkan semuanya. Izzara selalu berdoa agar mereka kembali bersatu.


           ''Apa nama ibu Zara?'' Puan Noraini terlalu berminat untuk tahu. Yang lain hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka. Langsung tiada idea untuk mencelah. Danial Hakimi yang turut ada bersama sejak tadi yang hanya menjadikan HP sebagai rakannya kini juga turut berminat dengan topik yang sedang dibualkan. Encik Azmi suami Puan Noraini dan encik Kasim papa Izzara turut menghentikan perbualan sesama mereka. Hisham apatah lagi. Begitu berminat untuk tahu asal usul si pujaan hati. Langsung tidak menoleh ke arah lain. Setiap mimik wajah Izzara diperhatikannya.


           ''Salmah binti Sameon.'' tersebut saja nama ibu Izzara, air mata puan Noraini sudah bergenang. Terbayang wajah sahabatnya itu dalam fikirannya. Dia memandang Danial sekali lagi.

           ''Keluarga Zara asal dari mana?'' soalan demi soalan diajukan.

            ''Kami tinggal di Kuala Lipis sebelum kami berpisah. Ibu dengan abah memang asal orang sana. Tapi,.entahlah,.selepas kejadian tu Zara tak tahu apa yang terjadi dengan adik beradik Zara. Keluarga sebelah ibu dan abah pun tak dapat bantu kami sebab masing-masing susah masa tu.'' Izzara menjawab setiap pertanyaan dengan lancar. Mana boleh dilupa semua itu. Izzara pun teringin nak berjumpa semula dengan abang sulungnya itu. Dia juga rindukan Sofia yang begitu rapat dengannya dulu tapi sayangnya mereka terpisah begitu saja. Entah di mana mereka sekarang?

            ''Ya Allah Zara!,.Jangan-jangan Danial ni adik kandung Zara. Betulkan Zara ada adik yang masih baby masa tu? Ibu Zara pulang dan tinggalkan adik Zara yang masih bayi tu kepada mak cik, tapi selepas tu kami diarah berpindah ke tempat lain sebab tempat tu pun dinaiki air. Sungguh Zara, selepas banjir surut,.mak cik dan pak cik cari keluarga Zara untuk pulangkan Danial semula sehingga kami diberitahu ibu dan abah Zara sudah meninggal.'' Puan Noraini sudah tersedu sambil bercerita. Izzara juga sudah bergenang air mata. Benarkah ini? Matanya terus merenung Danial yang kebetulan duduk berhadapan dengannya. Ya Allah! benarkah semua ini? Benarkah Danial itu adik bongsuku? Izzara terus bertanya dalam hati. Dia seakan tidak percaya dengan semua ini. Nampaknya rancangan merisik bakal jadi rancangan menjejak kasih yang hilang?


          ''Betul ke mak cik. mak cik ni mak cik Ain ke? Teman ibu Zara tu? Zara tak ingat sangat mak cik. Zara pun baru lapan tahun masa tu. Yang Zara ingat bila kami pulang, kami dihalang untuk masuk ke kampung. Lepas tu kami tiga beradik di bawa orang kampung ke tempat yang lebih tinggi. Abah dengan ibu pulang berdua ke rumah. Selepas banjir surut orang kampung hantar Zara dengan Sofia ke rumah anak-anak yatim, dan Sofia diambil orang sebagai anak angkat. Seminggu selepas itu baru mama dan papa pula yang ambil Zara,.'' Izzara bercerita sambil mengesat air matanya yang sudah berjuraian di pipi. Sambil itu otaknya ligat mengimbas kembali setiap kejadian. Oh! rindunya Izzara kepada semua orang.

            Puan Hasnah sudah memeluk Izzara kemas. Simpati dia dengan nasib Izzara. Satu-satunya anak yang dia ada. Walau bukan anak kandung mereka tapi Izzara tak pernah dianggap sebagai anak angkat. Puan Hasnah dan suaminya encik Kasim memang terlalu sayangkan Nurul Izzara.

.......................................................................

Kuala Lipis, Pahang,.

Sue Sofia


                Sekian lama terpisah dengan keluarganya barulah terbongkar akan hakikat dirinya yang bergelar anak angkat. Itu pun selepas ayah angkatnya meninggal dunia dan ibu angkatnya tenat kerana disahkan mengidap barah payu dara. Bertemankan seorang teman baiknya Sofia menjejaki keluarga kandungnya di kampung yang pernah memisahkan dia dari keluarganya. Atas permintaan ibu angkatnya,juga berpandukan alamat terakhir dia diambil Sofia mula bertindak.

             ''Sue,.maafkan ibu ya? Bukan kami berniat nak rahsiakan semuanya dari Sue. Ketika kami ambil Sue di rumah anak-anak yatim tu,.pengetua rumah tu cakap ibu bapa kandung Sue dah meninggal jadi kami tak sanggup nak beritahu Sue hal sebenar tapi setelah sekian lama baru kami dapat tahu Sue ada adik beradik. Umur Sue dah 23 tahun, Sue dah layak kahwin. Sue carilah keluarga Sue semula. Ibu dengar Sue ada abang,ada kakak dan seorang adik lelaki. Sue carilah mereka ya? Demi masa depan Sue.'' masih terngiang-ngiang lagi ayat-ayat yang diungkapkan ibu angkatnya seminggu yang lalu.

               ''Kau tahu ke alamat rumahnya Sue?'' Kamila bertanya Sofia penuh keraguan. Melihat riak wajah Sofia yang kebingunggan Kamila turut menjadi gundah. Sofia tidak menjawab pertanyaan Kamila. Dia hanya diam membatu. Mindanya rancak berfikir mencari jalan penyelesaian. Di mana harus dimulakan pencarian.

               ''Sue! Kau ni,.dengar ke tidak?'' Kamila sudah mula mushkil bila Sofia langsung tidak mengendahkan pertanyaannya.

                ''Aku dengarlah! Aku tengah fikir ni,.dari mana kita nak mula. Dari rumah anak yatim atau kita masuk kampung dan tanya orang-orang kampung saja?'' Sofia memberi respon akan soalan Kamila, akan tetapi sorotan matanya hanya memerhatikan suasana di hadapan. Langsung tak menoleh ke arah Kamila.


                 ''Dah lapan belas tahun Sue,.agak-agak kau, kalau kita tanya orang kampung,.mereka tahu ke?'' mendengar soalan Kamila, Sofia berpusing pantas dan menatap wajah Kamila. Wajahnya sedikit murung kerana dia merasakan kenyataan Kamila itu ada benarnya. Lagi pun, dia sendiri tak mengenali sesiapa pun di kampung itu. Nama ayah dan ibunya pun dia tak tahu. Cuma yang ibu angkatnya cakap harus cari di Kuala Lipis Pahang. Sedikit sangat maklumat yang dia ada.

               ''Itulah!,.aku suruh kau cari dalam internet kau tak nak,.degil! Nak jugak datang sini, cari sendiri. Ini cari nahas namanya!'' Kamila sudah mula membebel. Sofia pura-pura berwajah tenang. Akhirnya dia memperolehi satu akal. Selalunya,.orang pertama yang dicari ialah ketua kampung. Yess! Sofia bersorak dalam hati.

            ''Jom! Kita tanya pak cik depan tu. Kau jangan risaulah Mila. Allahkan ada! Nanti kita buntu, kita minta tolong Allah tunjukkan jalan. Allahkan Maha Tahu. Bukan setakat mak dengan ayah aku. Nenek dengan moyang aku pun Allah tahu siapa!'' senang saja Sofia membalas leteran Kamila. Terdiam Kamila seketika. Memang tak dapat nak dinafikan lagi.


            ''Assalamualaikum Pak Cik!'' mereka menegur seorang lelaki tua yang baru menghentikan motornya di depan sebuah kedai makan. Orang tua itu memandang mereka dengan wajah tenang sambil melebarkan senyuman. Dia terangguk-angguk sambil menjawab salam.

           ''Waalaikumusalam! Dari mana nak ke mana ni?'' ramah pak cik tu bertanya.

          
           ''Itulah masalahnya pak cik. Kami ni datang ke sini nak cari orang tapi kami tak tau nama orang yang kami cari tu. Tempat tinggal pun kami tak tahu pak cik! ''sambil tersengeh Sofia menjawab. Pak cik tu sudah memandang pelik ke arah mereka.

           ''Laaa,.ada kenal sesiapa tak di sini?'' soalan diajukan lagi. Sofia mengeleng. Kamila hanya menjadi pendengar. Kamila sendiri pun tiada idea untuk mencelah. Memang sukar nak mencari orang tanpa nama dan alamat, ibaratnya mencari sebutir berlian dalam jutaan butir pasir di tepi pantai. Eh! Betul ke pepatah ni? Bedal sajalah!

           ''Tak kenal pak cik! Kami dari KL,.mungkin ada saudara mara saya di sini cuma saya tak tahu siapa mereka. Saya nak cari keluarga saya pak cik. Dulu ibu bapa saya meninggal kerana banjir di kampung ni. Err,..sebenarnya saya tak pasti di kampung mana, cuma keluarga angkat saya cakap, saya diambil di sini.'' Sofia cuba memberikan penjelasan. Pak cik tu pun terangguk-angguk seolah-olah faham dengan penerangan Sofia.


           ''Kita masuk ke kedai dulu. Berbual sambil minum-minum. Jom,..pak cik belanja!'' sambil tersenyum pak cik itu mengajak Sofia dan Kamila masuk ke kedai makan. Bak kata orang,sudahlah mengantuk, disorongkan pula bantal. Mereka baru ja sampai ke pekan Kuala Lipis ini. Memang sedang kelaparan pun. Pelawaan pak cik tu diterima dengan senang hati. Selesai mereka memesan makanan mereka pun menyambung perbualan.


             ''Pak cik kenal tak siapa-siapa yang meninggal kerana banjir lapan belas tahun yang lalu, atau pak cik pernah mendengar cerita ke?'' Sofia memulakan perbualan selepas pelayan kedai yang mengambil order berlalu pergi.

             ''Anak ni nama siapa? Binti apa? '' pak cik itu tak menjawab pertanyaan Sofia, malahan dia bertanya pula nama Sofia. Kamila dan Sofia sudah tersengeh tersipu-sipu. Sedar akan kesalahan diri yang terburu-buru. Terlupa pulak nak memperkenalkan diri.

             ''Ini kawan saya Kamila. Saya Sofia pak cik. Sue Sofia binti Abidin,.tapi Abidin tu nama ayah angkat saya. Ibu angkat saya cakap, ketika mereka ambil saya sebagai anak angkat, saya tiada sijil lahir, jadi mereka buat laporan mengatakan sijil lahir saya hilang dan gunakan nama ayah angkat saya sebagai nama ayah saya. Saya pun tak tahu nama betul saya. Ibu saya kata lagi pengetua rumah anak yatim yang mereka ambil saya tu hanya memanggil saya dengan nama Sofia.'' selepas selesai memberitahu kebenarannya Sofia menarik nafas perlahan. Jiwanya berantakan kerana sekian lama dia rasa tertipu dengan nama ayahnya. Dia sendiri tidak menyangka sijil lahir kepunyaannya adalah palsu. Sekian lama nama di kad pengenalannya dibintikan dengan nama Abidin. Sedih memikirkannya.

           ''Susahlah kalau macam tu,.kebetulan dulu jiran pak cik pernah bercerita ketika pak cik mula pindah di kampung ni sepuluh tahun yang lalu. Dulu dia ketua kampung di sini. Pak cik pun baru balik dari melawat dia la ni. Dia ada darah tinggi. Kena tahan di wad. Nanti kita pergi tanya dia. Boleh?'' pak cik tu berwajah mendung pula. Niat nak menolong, macam terhalang bila maklumat tak mencukupi.

          ''Err,.kawan pak cik tu cerita apa?'' Sofia bertanya lagi. Dia dan Kamila saling berpandangan.

           ''Oh! terlupa pulak! Sebelum tu pak cik perkenalkan diri. Nama Pak Cik Kamaruddin. Orang sini panggil pak cik pak ngah Din. Pasal cerita tadi,.sebenarnya kawan pak cik tu pun ada bela anak angkat lelaki. Dia kata ayah dengan mak anak angkat dia tu meninggal ketika banjir. Tapi anak angkat dia tu dah kahwin sekarang ni. Dia tinggal di Kuala Lumpur sekarang. Dengar kata hari ni, dia nak balik tengok kawan pak cik. Allahualam! Pak cik pun tak pasti sebab kawan pak cik yang cerita tadi,.'' pak cik Din bercerita ramah dan tertawa diakhir bicaranya. Sekali lagi Sofia dan Kamila saling berpandangan. Tak tahu nak cakap apa. Mereka sama-sama terdiam bila makanan dan minuman yang mereka order tiba di meja mereka dan mereka berbual-bual kosong selepas itu.

.................................................


Hospital Kuala Lipis, Pahang

Rusdi Bin Mahathir


              Ady dan Awin melangkah laju ke arah wad lelaki Hospital Kuala Lipis. Selepas mereka mendapat berita ayah angkatnya masuk hospital kerana pitam dalam bilik air, mereka bergegas untuk memohon cuti kecemasan. Sayangnya mereka hanya mendapat kelulusan pada hari ini saja. Bergegas pula mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis.

            Mereka masuk ke dalam wad dan memeriksa nama di papan kenyataan terlebih dahulu. Setelah memastikan nama ayahnya wujud dan nombor katil ayahnya, mereka terus masuk dengan wajah yang cemas. Walau pun hanya ayah angkat, tapi Pak Mahmud yang menjaga Ady sejak dia berumur 12 tahun. Anak Pak Mahmud hanya dua orang, itu pun anak perempuan dan sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri. Hanya Ady yang diharapkan untuk menjaga pak Mahmud sekarang ni.

          ''Assalamualaikum!'' Ady memberi salam sebaik sampai di katil pak Mahmud. Ramai pula yang datang melawat Pak Mahmud petang ni. Ady bersalaman dengan orang-orang kampung yang dia kenal. Manakala Awin bersalaman dengan Wan Habsah merangkap ibu mertua angkatnya dan dua orang gadis yang tidak dikenali turut ada di tepi katil pak Mahmud.

         ''Waalaikumusalam! Ady, Awin,..dah sampai pun kamu berdua. Ada orang cari kamu ni Ady!'' sebaik Wan Habsah habis berkata-kata, Ady sudah terlonggo. Blur sekejap dia dengan kenyataan itu. Ada orang cari? Siapa? Ady bersoal jawab di dalam hati.

          ''Siapa yang cari Ady mak?'' Ady bertanya penuh keraguan.

           ''Adik kamu, Sofia!'' dengan yakin Wan Habsah memberitahu. Berdetak jantung Ady. Sofia? Benarkah?

           ''Sofia datang ke mak? Macam mana mak tahu itu Sofia?'' Ady masih ingin bersoal jawab. Dua orang gadis yang turut ada bersama di situ dipandang satu persatu. Sofia sudah bergenang air matanya namun cuba dikuatkan hati agar air matanya tidak gugur. Belum pasti lagi itu abang kandung yang dicarinya. Sofia berbisik di dalam hati. Jari jemarinya mencari tangan Kamila lalu digengamnya erat untuk mencari kekuatan diri. Entah mengapa hatinya menjadi sebak.

        ''Yang mana satu Sofia?'' Ady bertanya pada Sofia dan Kamila sedangkan matanya sudah meratah wajah Sofia yang memang mirip wajah ibunya. Jantung Ady semakin berdebar-debar. Dadanya sudah sebak namun dia harus kuat. Takkanlah dia nak menunjukkan kelemahannya di depan orang-orang kampung pula. Kebanyakan orang kampung yang datang menziarahi ayah angkatnya adalah orang-orang veteran.


       ''Yang pakai baju biru ni Sofia. Itu kawannya Kamila.'' Pak ngah Din tolong menjawab mewakili Sofia dan Kamila yang masih membisu. Ady juga seakan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Awin hanya memerhatikan gelagat dua beradik itu tanpa riak.

       ''Err,.ada bukti ke,.ini,.ini Sofia?'' perlahan Ady menuturkannya. Suaranya juga kedengaran bergetar.


          ''Kena chek DNA la kalau nak bukti!'' spontan Kamila berkata. Bengang pulak rasanya bila Ady siap minta bukti lagi. Ady tersentap seketika. Dia cuba mengawal perasaan kerana dia rasa tersindir. Memang salah dia kerana lancang berkata-kata, sedangkan wajah Sofia saling tak tumpah wajah ibunya. Masih nak minta bukti lagi. Sofia pula sudah menoleh ke arah Kamila dan memberi amaran dengan isyarat mata agar kamila diam saja dari terus berkata-kata. Orang kata, kalau tak nak dapat dosa kering, lebih baik diam dari berkata-kata yang mungkin akan menyakitkan hati orang lain.

         ''Sue tak pasti sama ada gambar ini boleh dijadikan bukti atau pun tidak, tapi ibu angkat Sue cakap gambar ni ditangkap selepas seminggu Sue diambil sebagai anak angkat.'' Sofia mengeluarkan beberapa keping gambar ketika dia masih kecil. Gambarnya yang ditangkap bersama kedua ibu bapa angkatnya.


         Ady mengambil gambar tersebut dan menelitinya. Air matanya hampir menitis di pipi. Hatinya teramat gembira kerana sudah menemui salah seorang adiknya. Dalam rasa sebak Ady mengukirkan senyuman mesra. Tak tahu apa yang harus diungkapkannya selain bersyukur kepada Allah. Gambar yang berada di tangan Ady kini beralih dari satu tangan ke satu tangan yang lain. Kebanyakan orang-orang kampung yang datang menziarah pak Mahmud mengiakan bahawa gambar itu adalah gambar Sofia ketika kecil. Cuma rambut Sofia sudah dipotong pendek. Sebelum tu rambut Sofia panjang melepasi bahu namun gambar Sofia yang ini lebih terserlah kecomelannya.

           ''Syukurlah abang! Adik abang dah jumpa. Tak payahlah abang buat iklan dalam surat khabar lagi. Kan betul Awin cakap, kalau abang rajin bangun solat Tahajud dan solat Hajat mesti impian abang nak jumpa adik-adik abang semula akan tercapai.'' Awin menadah tangan dan mengucapkan syukur seraya merangkul tubuh Sofia ke dalam dakapannya.

.....................................................................................



Danial


~Bakal kakak iparku adalah kakak kandungku sendiri. Lucukan?~

         
             Danial mengemas kinikan status baru dalam muka bukunya. Sudah lama dia tahu, dia hanya anak angkat dalam rumah ni. Mereka empat beradik tapi dua orang adik perempuan angkatnya sudah meninggal. Seorang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan seorang lagi meninggal akibat denggi berdarah. Tinggallah dia dan Hisham.

          Keluarga angkatnya tak pernah memilih kasih. Abang Hishamnya juga rapat dengannya. Mereka mengajak dia untuk sama-sama pergi merisik bakal kakak iparnya. Hisham sudah berumur 35 tahun tapi masih belum berumah tangga. Setiap kali dia berkenan dengan gadis, dia gagal memikat gadis tersebut. Hisham memang cerewet memilih bakal isteri. Dia tak mahu yang terlalu lawa. Biar yang sedang-sedang saja, asalkan beriman dan bertaqwa. Masalahnya wanita yang nampak solehah ini memang payah untuk didekati. Bak kata pepatah, jinak-jinak merpati. Nampak macam jinak tapi bila didekati sudah terbang menjauh.


            ''Dah siap Danial? Cepat sikit, kita dah nak bertolak ni. Tadi aunty Has dah call ibu, mereka dah bertolak keluar.'' pintu bilik Danial diketuk Puan Noraini. Hari ini mereka sudah berpakat untuk bertolak ke Kuala Lipis untuk menjejak Ady. Mana tahu, kali ini nasib mereka baik dan mendapat khabar berita mengenai Ady.

          Danial yang ingin meronda di laman utama muka bukunya terus menghentikan hasratnya itu. Muka bukunya terus dilupakan seketika. Dia mencapai beg galasnya dan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas dan Danial mengikut belakang ibunya untuk turun ke bawah. Mereka bertembung pula dengan Hisham yang baru keluar dari biliknya yang terletak berhadapan dengan tangga. Sejak balik dari merisik tempoh hari Hisyam asyik tersenyum memanjang. Ceria benar wajahnya. Orang dah bertemu kembali buah hati yang pernah cuba dipikat dulu, tentulah gembirakan.


        ''Jomlah! Kita bertolak sekarang. Nanti mereka sampai dulu, kesian pulak kena tunggu kita. Biar sampai serentak. Senang sikit.'' Puan Noraini bersuara lagi sambil memandang suami dan anak-anaknya. Hisham mengangguk sambil melebarkan senyuman. Dia pun sudah tidak sabar untuk bertolak dan menatap wajah Izzara sekali lagi. Danial hanya memandang skrin HP sambil berjalan keluar. Muka buku yang belum ditutup masih dilayannya.

~On the way ke kuala lipis. Harap dapat jumpa semua keluargaku~

         Danial membuat status baru. Danial juga teringin untuk bertemu dengan semua keluarga kandungnya. Menurut ibunya, dia ada seorang abang dan dua orang kakak. Mereka dah jumpa kak Izzara. Mereka ingin mencari abang sulung dan kakak ke tiganya pula. Agaknya bagaimana wajah mereka? Mudahan mereka ada simpan gambar ke dua ibu bapaku. Danial menaruh harapan di dalam hati.


      ''Danial! Diam ja? Tak happy ka? Ibu tak dengar Danial komen apa-apa pun. Kita jumpa kak Zara Danial hari tu pun Danial tak cakap apa pun?'' Puan Noraini yang sudah masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang bersama suaminya menyoal Danial yang duduk di sebelah pemandu. Hisham turut menoleh ke arah Danial yang tekun benar menelek skrin HP tu, seolah ada sesuatu dalam HP tu yang lebih menarik minatnya.

         ''Happy kot! tapi,.sama ja jumpa ke tidak. Masing-masingkan ada keluarga sendiri. Kecualilah kalau ibu nak bawa semuanya tinggal sekali di rumah kita.'' spontan saja Danial berkata-kata. Puan Noraini sudah memandang suaminya di sebelah. Benar juga apa yang Danial katakan itu. Kalau jumpa pun masing-masing ada haluan sendiri. Ada kerjaya dan keluarga yang perlu diuruskan.


            ''Kalau mereka nak, apa salahnya. Meriah sikit rumah kita. Kan bang?'' Puan Noraini tetap menjawab walau di hatinya berbisik perkara lain. Mustahil sangat kalau nak mengajak mereka tinggal bersama.

          ''Jangan bimbanglah. Nanti abang bawa kak Zara tinggal sekali. Danial tolong doakan kak Zara tu lembut hati untuk sambut cinta abang yang suci murni ni,.'' Hisham mencelah sambil tersenyum lebar. Puan Noraini dan suaminya sudah ketawa mendengar kata-kata Hisham. Sudah beranganlah tu, walau Izzara belum memberi kata putus lagi.

          ''Yalah! Mudahan abang Sham dengan kak Zara berjodoh dan beri Danial anak-anak saudara yang ramai. Dapat kembar setiap tahun. Aamin!!'' Danial terus mengaminkan kata-katanya. Sekali lagi Puan Noraini suami isteri ketawa. Hisham sudah mengaminkan doa Danial di dalam hati namun dia tak setuju kalau Izzara kesayangannya perlu melahirkan kembar setiap tahun. Tak sampai hati nak biarkan orang kesayangannya didera sebegitu rupa.


        ''Yang berjodoh tu abang setuju tapi kalau nak suruh isteri kesayangan abang tu lahirkan kembar setiap tahun, abang bantah! Abang sayang dia sebagai wanita yang perlu dikasihi,lagi pun abang nak ambil dia sebagai isteri bukan sebagai kilang proses anak.'' tenang Hisham berkata sambil tangannya terus memegang stereng. Kereta diberhentikan bila mereka tiba di persimpangan lampu isyarat. Bila lampu bertukar hijau kembali Hisham membelok ke kiri. Tempat di mana perjanjian mereka untuk bertemu Puan Hasnah sekeluarga sudah hampir tiba.

       ''Bertunang pun belum, dah berangan jadi isteri. Apa la abang ni. Jangan-jangan semalam abang dah mimpi naik pelamin dengan kak Zara.'' Danial cuba menyakat Hisham yang terlebih sudah.

       ''Haih! Bukan takat mimpi naik pelamin. Lebih dari tu pun dah mimpi!'' tak mahu mengalah Hisham tetap menjawab.

        ''Ehemmmm,..'' serentak Puan Noraini dan encik Azmi berdehem. Hisham sudah ketawa rancak. Danial menoleh ke belakang memandang kedua orang ibu bapa angkatnya yang sudah tersenyum lebar. Danial blank tiba-tiba.


....................................................................


                 
            Ady bertolak pulang ke Kuala Lumpur semula kerana dia dan Awin akan bekerja semula pada keesokan harinya. Sofia dan Kamila mengikut mereka dari belakang. Mereka pulang ke Kuala Lumpur bersama, namun berlainan kereta. Masing-masing sudah saling menukar nombor telefon dan sudah berjanji untuk saling menghubungi. Zaman sekarang ni berbagai kemudahan canggih sudah disediakan. Dengan HP semurah RM199.00 pun sudah mampu menjelajah ke alam dunia siber. Perbagai alat perhubungan siber sedia  ada.Whatsapp,Wechat,Instragram,Twitter,Facebook,Email dan perbagai lagi. Mahu dengan tidak saja semua itu.


           Kamila yang memandu kereta Kelisa memandu perlahan bila Ady mula membelok masuk ke kawasan rehat. Mereka singgah di Hentian Benta. Hari sudah hampir malam dan berkemungkinan Ady berhenti untuk menunaikan solat maghrib. Kamila dan Sofia keluar dari kereta dan menuju ke arah kereta Ady yang telah memarkirkan keretanya berselang tiga buah kereta dari kereta mereka.


           ''Nak makan ke?'' lain yang ada di hati, lain yang Kamila tanya. Sofia hanya menanti Ady menjawab soalan Kamila. Dia masih kelu untuk beramah mesra dengan abang kandung yang baru ditemuinya. Hatinya diserang seribu kekakuan kerana malu dan sebagainya. Ahh,..memang sukar nak diungkapkan dengan kata-kata bagaimana perasaannya sekarang. Ya! Mereka memang ada persamaan terutama pada kening yang lebat dan cantik cuma abang Ady sedikit gempal tubuhnya.

           ''Lapar ke? Jomlah makan, kalau lapar. Lagi pun dah nak maghrib ni. Abang Ady nak singgah kejap. Lepas Isya kita bertolak semula. Letih sangat. Petang tadi bertolak dari KL ke Kuala Lipis. Ni dah nak bertolak semula balik KL. Esok nak kena kerja lagi.'' Ady menjawab selamba pertanyaan Kamila. Sofia hanya menurut apa yang dikata. Kamila juga tidak membantah. Awin hanya tersenyum memerhatikan kekakuan Sofia. Kamila yang lebih banyak bersuara sejak mereka bertemu tadi.

          ''Kenapa Sofia? Diam ja,.malu dengan kami ke?'' Awin bertanya apa yang difikirkannya. Sofia menjungkit bahu sambil tersenyum. Tersipu-sipu dia bila ditanya soalan sebegitu. Direct saja kakak iparnya ini.

        ''Hmm,.malu la sangat! Baru kenal dia memang macam ni akak. Dah lama esok,.akak tahulah perangai dia macam mana. Pantang silap sikit menjawab saja kerjanya. Kalau tak menyakat orang sehari memang tak sah!'' bila Sofia tak menjawab soalan kakak iparnya Kamila pula menjadi wakil. Semacam saja Sofia memandang ke arahnya.


        ''Ishh,.diam boleh?'' Sofia memberi amaran kepada Kamilia yang tak henti-henti bercakap sejak tadi. Teruja benar dia dapat pergi ke Kuala Lipis, hinggakan dia tak mau pulang lagi pada mulanya. Nak ajak pergi rumah Dato Siti Nurhaliza dan sebagainya. Macamlah Dato Siti tu ada di rumah dan tunggu dia datang.

        ''Eh! Aku ada mulut, bukan pinjam mulut kau pun. Elehh,..jeles pulak!'' Kamila menjuihkan mulut ke arah Sofia dan ketawa selepas itu. Awin turut ketawa menyaksikan gelagat mereka dan meminta diri untuk ke tandas. Kamila juga mengikut Awin ke tandas. Ady menuju ke gerai makanan dan membeli beberapa kotak air kotak dan makanan ringan. Sofia mengikut ke mana saja Ady pergi dan membeli makanan ringan kesukaannya.

       ''Pia dah kerja?'' soalan yang tak sempat ditanya tadi kini terkeluar secara tiba-tiba dari bibir Ady. Sofia mengeleng pantas.

        ''Pia masih belajar di Kolej Matrikulasi tapi sekarang Pia sedang cuti. Mama sakit, Pia kena jaga mama. Seminggu lepas mama bagitau Pia mengenai sejarah Pia dan, mama paksa Pia cari keluarga Pia sebelum apa-apa terjadi kepada dia.'' Sofia bersuara dalam sebak yang menyerang hatinya.


         ''Hah? Abang tak faham. Maksud Pia?'' Ady menyoal kembali Sofia. Lain yang ditanya, panjang lebar pula Sofia menjawab.

         ''Mama Pia dalam I.C.U sekarang. Mama ada kanser payu dara.'' Sofia bersuara dalam sendu. Air matanya sudah mengalir ke pipi. Ady terdiam seketika cuba menghadam kata-kata Sofia.

         ''Hospital mana?'' soalan seterusnya diajukan. Rasa simpati Ady membuak-buak untuk Sofia. Kesian Sofia, tentu dia sedang menderita sekarang? Itu yang Ady fikirkan.

         ''HKL,.'' ringkas saja jawapan Sofia. Ady berjeda lama. Mindanya berfikir panjang. Selama ni dia bertugas di Hospital Kuala Lumpur juga, tapi kenapa mereka tidak pernah bertemu? Dia bersoal jawab di dalam hati.

           ''Pia tinggal di mana?''

           ''Sue!,.'' belum sempat Sofia menjawab Kamila sudah melaung namanya. Ady dan Sofia menoleh pantas. Kelihatan Awin dan Kamila sedang berjalan menuju ke arah mereka. Perbualan mereka terhenti di situ. Sofia mengelap air matanya hingga kering dan memaksa diri untuk senyum. Dilupakan seketika keresahan hatinya.


          ''Dah maghrib, kita solat dulu, lepas ni baru kita pergi makan. Abang imamkan kami ya?'' Ady tersentak. Nak kena imamkan bagai. Buat macam di rumah pulak?

        ''Hah? Lain kali!'' tegas bunyinya dan Ady terus berlalu. Tercengang Awin dibuatnya. Malu ke apa ni? Di rumah okey ja berjemaah!

.......................................................................



Nurul Izzara


             Kereta Hisham rosak bila mereka hampir tiba di Hentian Benta dan mereka memanggil penunda dan menunda keretanya hingga ke Hentian Benta. Lama juga mereka bersantai di sini dan Hisham tak merungut sedikit pun bila keretanya buat hal tiba-tiba. Malahan dia siap berdoa lagi agar mereka dapat bersantai lama di hentian ini. Rancangan mereka untuk ke Kuala Lipis terbengkalai terus. Sebenarnya dari Kuala Lumpur nak ke Kuala Lipis cuma memakan masa 2 atau 3 jam saja kalau tiada halangan di tengah jalan. Memandangkan mereka bertolak dari rumah tadi selepas asar jadi mereka tersadai di sini dari maghrib hingga Isyak.

          ''Kita pekena daging rusa dulu. Dengar kata sedap.'' encik Azmi mengajak mereka makan setelah selesai bersolat maghrib. Kereta Hisham sedang dibaiki oleh mekanik yang baru saja tiba. Sementara menunggu kereta siap dibaiki mereka bercadang untuk merapatkan Izzara dan Hisham. Sporting betul dua keluarga ni. Lagi pun Izzara masih malu-malu bila berhadapan dengan Hisham. Danial pula yang terlebih mesra. Bila Danial mengetahui Izzara itu kakak kandungnya Danial cuba untuk merapatkan dirinya dengan Izzara.

      ''Wah! Ada daging rusa ke? Tak pernah lagi saya rasa. Rasanya mesti sedap, lebih-lebih lagi kalau dapat makan percuma.'' encik Kasim cuba berseloroh. Memang benar juga kata-katanya itu. Makan percuma, apa pun sodap! Hihi,.

        ''Boleh saja! Hisham nak belanja tu!'' kenyataan encik Azmi buat semua orang ketawa. Hisham turut ketawa mendengar kata-kata papanya. Macam nak kena bodek bakal keluarga mertua ja, belanja makan daging rusa? Alah,..tak kisahlah, janji Izzara terima cinta aku, duit bukanlah halangannya!

       ''In Shaa Allah! Demi Izzara nak belanja apa pun sanggup!'' Hisham pula dengan selamba cuba bergurau. Izzara sudah merah wajahnya bila Hisahm memandang ke arahnya. Sebetulnya selepas keluarga Hisham datang merisik tempoh hari Izzara sudah menunaikan solat sunat Isthikarah selama tiga hari berturut-turut. Memang tiada mimpi yang Izzara terima tapi setiap kali Izzara menyebut nama Hisham atau membayangkan wajah Hisham di dalam hatinya, terasa ketenangannya di situ. Adakah ini petandanya aku harus terima jodoh ini? Izzara bersoal jawab di dalam hati. Hari ini bila mereka bertemu lagi, Izzara selalu mencuri pandang ke arah Hisham.


        ''Aik,..tak ikhlas namanya tu. Macam nak bagi rasuah ja?'' puan Hasnah mengenakan Hisham yang asyik mengerling Izzara. Hisham ketawa lagi. Hati sedang berbahagia. Macam ni la. Asyik ketawa saja, lebih-lebih lagi ada buah hati di depan mata.


         ''Tak kisahlah! janji Zara kena ikhlas terima cinta Sham!'' spontan Hisham menuturkannya.

           ''Kak Zara belum cakap pun dia terima cinta abang!'' Danial mencelah laju. Dipandangnya Izzara sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali. Gelagatnya diperhatikan Hisham.

         ''Amboih!,.tu nak pakat apa tu? Mentang-mentanglah bakal kakak ipar, kakak kandung dia. Mula la tu nak berpihak sebelah kak Zara?'' Hisham ingin berseloroh tapi bernada serius. Puan Noraini mencuit Hisham, mana tahu statement Hisham itu akan membuatkan Danial terasa. Selama ini dia cukup menjaga hati Danial. Takut Danial akan rasa tersisih kerana dia hanyalah anak angkat. Segala kata-katanya cukup berhati-hati.

         ''Status Danial dalam facebook macam tu ibu. Ibu tak baca ke?'' macam tahu-tahu saja maksud cuitan ibunya Hisham menambah kata. Danial sudah ketawa mendengar kenyataan itu. Abang Hisham pun buat status lawak pagi tadi. Bukannya dia tak tahu.

~sekian lama memendam rasa akhirnya kita bertemu jua,.moga rindu yang ku simpan ini akan ada balasannya. Sayang! sudilah kiranya kau hadir menerangi hatiku dengan cahaya cintamu!~

          ''Alah! Nak kata kat Danial konon. Akak!,.akak tau tak pagi tadi abang buat status paling power dalam fb dia khas untuk akak. Lebih kurang macam ni la bunyinya.Kejap,.nak ingat,.err,.sayang! moga rindu ini akan ada balasannya.Sudilah kiranya menerangi hatiku dengan cahaya cintamu!'' Hisham sudah tersenyum lebar. Dalam hatinya mengucapkan terima kasih kepada Danial kerana menyampaikan luahan hatinya. Izzara yang tersipu-sipu bila semua orang sudah memandang ke arahnya dan tersenyum lebar.

...................................................................

Kedai makan Hentian Benta,.

Pertemuan yang tak disangka!



              ''Bestkan pergi Kuala Lipis. Nanti kita pergi lagi ya? Sue,.kalau kau nak balik lagi, nanti ajak aku sama. Aku teringin la nak pergi tengok rumah Dato Siti. Lagi pun, aku dengar banyak tempat bersejarah di Kuala Lipis. Ehh,.aku baca dalam internet Rumah Rehat Bukit Residen tu berhantu. Betul ke?'' entah kepada siapa Kamila menyoal. Orang lain sedang rancak menjamu perut yang sedang berkeroncong, dia asyik potpet tak habis-habis.


           ''Kenapa? kau ada hati nak berkenalan dengan hantu tu ke?'' selamba saja Sofia menyoal, membuatkan Kamila memandang tajam ke arahnya. Ady dan Awin pula sudah melebarkan senyuman. Riuh betul budak Kamila ni. Sejak tadi macam-macam cerita yang sudah keluar dari mulutnya. Kadang-kadang begitu menghiburkan tapi adakalanya meletihkan kerana terpaksa menjawab setiap soalannya.

        ''Boleh jugak, kalau kau nak kenalkan! Uwekk!,..'' Kamila menjelirkan lidahnya. Tak puas hati dengan soalan balas dari Sofia.

        ''Assalamualaikum! Nak tumpang tanya boleh?'' Puan Noraini yang mencuri dengar perbualan mereka sejak tadi menegur mereka ramah. Ditariknya kerusi di sebelah Kamila dan duduk walau belum dipelawa. Macam ada yang menarik minatnya mendengar celoteh Kamila yang tak henti-henti mengenai Kuala Lipis.


         ''Boleh ja aunty,.kalau kami ada jawapan kami jawablah. Kalau tak ada jawapan kami tak berani nak jawab,.'' Kamila juga yang menyahut pertanyaan Puan Noraini. Yang lain hanya menganggukkan kepala.

       ''Anak-anak semua ni orang Kuala Lipis ya?'' kali ni semuanya mengeleng kecuali Ady. Angguk tidak geleng pun tidak.

        ''Saya orang KL aunty. Anak jati KL! Abang Ady ni mungkin. Kak Awin,tak pasti orang mana, sebab belum tanya. Kawan saya ni jangan tanya,.'' Kamila juga yang bersuara. Sofia mencuit Kamila sambil mengelengkan kepalanya. Terlebih ramah sangat Kamila ni!

      ''Ooo,.sebenarnya macam ni,.kami ni tadi dalam perjalanan ke Kuala Lipis,.'' sambil menunjukkan yang lain di meja bersebelahan dengan mereka. Masing-masing anggukkan kepala dan ukirkan senyuman. Ady bangun dan bersalaman dengan Hisham, Danial, encik Kasim dan encik Azmi. Sofia, Awin, Kamila juga meniru perbuatan Ady dan bangun untuk bersalaman dengan kaum perempuan termasuk Puan Noraini.

       ''Kami nak cari orang di Kuala Lipis tu. Alang-alang dah jumpa orang Kuala Lipis ni, mak cik nak interview la sikit. Mana tahukan, kalau korang kenal mereka.'' Puan Noraini menyambung kata selepas mereka duduk kembali ditempat masing-masing. Kamila yang mengangguk. Ady hanya diam membatu tanpa riak. Awin dan Sofia tekun mendengar.

      ''Dulu mak cik pun orang Kuala Lipis jugak, tapi berpindah selepas kahwin. Tahun 1997 pekan Kuala Lipis banjir besar. Rumah kawan mak cik dihanyautkan air dan kawan mak cik bersama suami dia turut lemas dalam kejadian tu. Kebetulan rumah kawan mak cik tu tepi Sungai Lipis, dekat dengan SMK Cifford. Masalahnya selepas banjir tu mak cik tak jumpa anak-anak arwah lagi..'' puan Noraini berhenti seketika dan menarik nafas. Dia pun tak tahu kenapa gerak hatinya menyuruh dia bertanya dan bercerita. Ady mendengar dengan teliti setiap cerita tanpa riak terkejut atau sebagainya. Tenang saja wajahnya.

      
        ''Sekarang ni mak cik nak cari anak sulung arwah sebab,..'' puan Noraini tak menyambung kata, dia mati idea dan menoleh ke arah yang lain. Mana tahu ada yang nak membantu untuk memberi penerangan.

       ''Anak ke dua arwah nak kahwin. Kami nak cari wali dia.'' encik Kasim mencelah. Puan Hasnah mengangguk. Izzara tertunduk malu sambil bermain dengan jari jemarinya. Hisham sudah tersenyum lebar. Macam mendengar berita baik ja tu.

       ''Saya memang dilahirkan di Kuala Lipis tapi lepas banjir tahun 1997 saya tinggal dengan keluarga angkat dan kami berpindah ke Temerloh tapi cuma dua tahun di Temerloh kami berpindah semula di Kuala Lipis dan menetap di Kampung Aur gading.'' Ady pula bersuara. Tujuannya nak memberitahu dia bukanlah anak jati Kuala Lipis walau dia dilahirkan di sana. Mereka sering berpindah randah dulu. Lagi pun Ady masuk asrama sejak tingkatan 1 lagi. Sesekali saja balik kampung. Kehidupannya lebih banyak di luar, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.


         ''Mak cik cuma nak tanya, anak pernah dengar tak nama Salmah Sameon atau pun nama suaminya,.Det,..err,..mak cik tak tahu nama penuh.'' Puan Noraini menyoal lagi. Kali ini riak wajah Ady sudah berubah.

         ''Mahathir bin Mohammad mak cik Ain! Tapi bukan mantan Perdana Menteri tu!'' Izzara mencelah sambil cuba bergurau. Kebetulan Izzara masih mengunakan nama ayahnya dalam kad pengenalan walau sijil kelahirannya sudah hilang. Ady yang mendengar kata-kata Izzara sudah menjadi resah. Jantungnya sudah berdetak dengan laju.

         ''Ya ka Zara? Maaflah! Mak cik Ain memang tak tahu. Zara tahu sendirilahkan. Nama Danial ni pun mak cik dengar dari penduduk kampung. Bila mak cik nak daftarkan nama dia semula kami kekalkan nama Danial tu, cuma mak cik tambah nama Hakimi dan di binkan dengan nama pak cik.'' Puan Noraini serba salah. Ady sudah bergenang air matanya. Sofia berwajah tenang kerana dia memang tak tahu apa-apa mengenai sejarah silam keluarga mereka.

        ''Nama Danial tu Zara dengan Pia yang namakan. Abang Ady pun cemburu dengan kami sebab ibu dengar cakap kami. Abang Ady cakap nama Danial tu nama omputih.'' Izzara bercerita sambil ketawa perlahan. Air matanya turut bergenang dengan ceritanya sendiri. Teringat lagi dia akan kenangan itu. Nama Mohammad Danial adalah nama sebenar Danial.

       ''Siapa yang cakap abang Ady cemburu? Pandai-pandai ja nak tuduh abang Ady macam tu. Tak mahu jadi wali baru tahu!'' tiba-tiba Ady menyampuk. Semua tersentak mendengar suaranya yang sudah separuh sebak dan bergetar. Sofia tercengang. Dia baru terfikir akan nama-nama yang disebut Izzara tadi. Dia memandang ke arah Izzara dengan mata yang berair.


        ''Abang Ady! Ini kak Zara Pia ke?'' Sofia menyoal tanpa ragu-ragu. Semua mata memandang ke arahnya dan memandang Ady pula silih berganti. Ady cuba menahan air matanya dari terus gugur. Tidak percaya, hari yang sama dia bertemu Sofia, dia akan bertemu Izzara juga.

        ''Mohammad Danial di mana sekarang mak cik Ain? Kalau tak keberatan,.boleh Ady jumpa dia?'' Ady memberanikan diri bertanya sedangkan Danial betul-betul berada di depannya. Manalah Ady kenalkan? Mereka berpisah ketika Danial masih dalam hari. Sudah lapan belas tahun berlalu, Danial pun sudah menjadi remaja yang agak hensem dengan kumis nipisnya itu.

       ''Tu,.'' Puan Noraini menuding jari ke arah Danial yang masih terpinga-pinga. Ady memandang Danial tanpa kata. Lidahnya sudah kelu untuk berkata-kata bila adik bongsunya sudah berada di depan mata. Ah! Silap,.bukan saja adik bongsu tapi tiga orang adiknya sudah ada di depannya. Benarkah ini Ya Allah?

       ''Err,.abang Ady! Boleh Pia tanya sikit?'' tanpa mempedulikan orang lain Sofia bertanya lagi. Ady hanya mengangguk. Sofia memandang ke arah Ady dan Izzara bergilir-gilir sebelum bertanya. Izzara yang sudah menghamburkan air mata dipandang sayu. Dan Sofia pasti, saat ini Ady juga mungkin sedang sebak menahan tangis.


        ''Apa nama sebenar Pia?''

         ''Siti Sofiah!'' Izzara yang menjawab terlebih dahulu. Sofia tercengang. Kamila sudah mengekek ketawa di sebelahnya. Dikerlingnya Kamila dengan rasa geram. Apa ada pada nama? Yang penting aku dah tahu nama penuh aku. Sofia berbisik di dalam hati.

       ''Mulai hari ni aku panggil kau Piah ya Sue?'' Sofia sudah mengetap bibirnya, namun Kamila menayangkan muka simpatinya hinggakan semua orang sudah ketawa. Tak jadilah Sofia nak marah dan turut ketawa sama. Dalam titisan air mata, adakalanya terselit ketawa yang penuh dengan kebahagiaan!

..............................................................


               ''Hodohnya rambut kontot!'' Izzara menyuarakan suara hatinya setelah Sofia mengeluarkan gambar ketika dia masih kecil sekali lagi. Mereka terus berbual di Hentian Benta hingga masuk waktu Isyak. Selepas solat Isyak pun mereka masih tidak meneruskan perjalanan mereka yang tertangguh.

            ''Dulu Pia suka rambut panjang. Kenapa kontot ja dalam gambar ni?'' sekali lagi Izzara bertanya setelah kenyataannya kali pertama hanya membuatkan Sofia ketawa tanpa memberikan penjelasan.

            ''Mama cakap, Pia deman panas dan tak kebah-kebah sebab tu mama potong rambut Pia sampai kontot,.'' ringkas saja penjelasan Sofia. Dia langsung tak ingat. Sofia pernah bertanya mamanya mengenai gambar itu kerana gambar itulah satu-satunya gambar Sofia tanpa tudung.

          ''Pia tinggal di mana sekarang ni?'' Puan Hasnah mengajukan soalan. Sofia berjeda seketika. Dia menarik nafas sebelum menjawab.

          ''Kuarters KLIA, mama dengan papa kerja sebagai kastam. Papa dah meninggal tahun lepas. Mama pun ada di I.C.U sekarang ni. Agaknya Pia mungkin kena pindah selepas ni,.'' Sofia bernada sayu. Kuarters tu hanya untuk pekerja saja. Mamanya dan papanya sudah tak bekerja lagi, tentu dia akan dihalau? Nak kena cari rumah sewa lain la selepas ni. Sofia sendiri sedang keliru ketika ini.

       ''Laa,.nak pindah ke mana? Pia tinggal dengan mak ciklah? Mak cik pun tak ada anak perempuan!'' Puan Noraini mencelah.

       ''Tinggal dengan abang Ady pun boleh!'' Ady yang kebetulan baru sampai selepas menunaikan solat Isyak turut mencelah.

        ''Kak Zara Pia nak kahwin,.tak mahu temankan dia ke? Boleh tinggal dengan kami! Bolehkan papanya?'' puan Hasnah bersuara kembali. Sofia rasa amat terharu. Bila dia sedang risau tiada tempat tinggal, ramai pulak yang mempelawa dia tinggal bersama mereka.

        ''Ermm,.Sofia pergi ke rumah semuanya secara bergilir-gilir,.boleh tak? Nanti Sofia boleh jumpa semua. Kalau nak tinggal kat satu tempat saja nanti tak menyusahkan ke? Lagi pun, Pia ingat, nak belajar berdikari. Pia nak bekerja sambil belajar.'' bila semuanya mengajak dia tinggal bersama mereka, Sofia jadi serba salah pula untuk memilih. Untuk tidak mengecilkan hati sesiapa hanya jawapan itu yang mampu Sofia beri.

      ''Piah!!! Kau tinggal di rumah kami aje la. Boleh aku gaduh dengan kau hari-hari. Kita boleh bertinju, wrestling, bertaekwando ke,.kung fu ke,.kan?,kan?'' Kamila yang tak reti senyap pun mencelah sama. Masalahnya, bila dia mencelah mesti ada orang akan ketawa walau pun Sofia asyik mengetap bibir saja.

        ''Piah??'' Sofia bertanya tak puas hati.

         ''Hehehe,.peace!'' Kamila buat wajah comel sambil buat peace. Terburai lagi ketawa di bawah tempat rehat khas Hentian Benta. Semua orang ceria. Terjawab semua persoalan. Ady juga bahagia dengan apa yang berlaku hari ini. Hisham lagi la gembira bila melihat si buah hati pujaan hati sudah berjumpa dengan keluarga kandungnya semula. Makbul juga doa Hisham bila Izzara menerima dirinya. Kata putus telah dibuat dan Izzara dengan rasminya menerima lamaran Hisham.

......................................................

2015,.


        
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214


             Banjir yang melanda negeri-negeri di Malaysia benar-benar menginsafkan. Selepas kelantan dan Terengganu, Pahang juga dilanda banjir hingga rancangan Hisham untuk mengadakan majlis bersejarahnya di kampung kelahiran Izzara terpaksa dibatalkan. Mereka sudah diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana. Majlis persandingan yang dirancang untuk di adakan di Dataran Lipis terpaksa di adakan di Kuala Lumpur. Kononnya nak ikut jejak Dato Siti, nampaknya hajat tak terlaksana la tu. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

         Ady pula mendapat berita gembira bila Awin disahkan mengandung anak sulung mereka. Mama Sofia pula telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walau apa pun perancangan kita sebagai manusia, namun perancangan Allahlah yang lebih baik. Sofia kehilangan kedua ibu bapa angkatnya tapi Allah gantikan keluarga yang lebih baik untuknya. Keluarga angkat abang,kakak dan adiknya juga sudi menerima kehadirannya sebagai ahli keluarga, malahan keluarga mertua Ady juga mengalu-alukan kehadirannya.


         Ya Allah! Betapa besarnya nikmat yang Engkau kurniakan andai hamba-hambaMU mampu melihatnya dengan mata hati. Contohnya dengan musibah banjir yang melanda di Malaysia. Negeri Kelantan paling teruk sekali, ibarat dilanda tsunami. Itulah ujian dari Allah yang memberi gambaran betapa Allah ingin menguji semua rakyat Malaysia. Siapa yang beriman dengan Allah, akan menganggap ujian itu sebagai dorongan untuknya menguatkan lagi iman di dada tapi andai mereka yang lemah imannya akan terbarailah imannya.

        ''Sofia! Kau tengok video ni. Sorang rakan fb aku muat naik dalam wall dia. Ya Allah! insafnya aku. Adik ni kecik lagi, bila wartawan tanya dia nak apa? Kau tahu apa dia jawab? Dia cakap nak sejadah!'' Kamila yang ralit melayan muka buku melalui HPnya sudah berceloteh. Sendiri tanya sendiri jawab pulak tu. Sofia hanya menjengukkan sikit wajahnya untuk mengambil hati Kamila. Sebenarnya, Sofia dah tengok video tu, dah tersebar pun dalam facebook. Bila banjir berlaku, ramai yang muat naik video dan gambar kawasan yang dilanda banjir. Kalau tengok dalam tv mereka tayang tak sepenuhnya, berbeza dengan apa yang ditonton di dalam internet.

         ''Alhamdulillah! sejuk hati mak dengan ayah diakan? Kalau aku dapat anak esok, aku pun nak didik dia agar dia hanya ingat sejadah ja, Macam budak-budak sekarang ni aku tengok banyak sangat yang dah terjebak dengan gejala sosial. Kadang-kadang aku jadi takut,.yalah,.kalau tak mampu didik anak dengan sempurna sebagai ibu bapa, walau banyak mana pun amalan kita di dunia tapi anak-anak kita tak 'menjadi' seperti kita, perjalanan kita ke Syurga tetap terhalang.'' Sofia berwajah sayu. Jauh mindanya melamun. Kamila di sebelah sudah mengulum senyum.

     ''Ehemm,.kalau nak berangan ada anak pun,.kenalkanlah dulu calon ayahnya kat aku!'' Kamila menambah rencah membuatkan Sofia tersedar dari dunia khayalannya yang seketika. Jauh benar angan-angannya. Orang kata kalau nak anak yang soleh dan solehah, ibu bapa terlebih dahulu kena jadi soleh dan solehah. Ermm,..nampaknya Sofia kenalah cari calon suami yang beriman, barulah boleh menjadi pembimbing untuk dia dan anak-anak mereka kelak.


         ''Aku belum terfikir lagi nak kahwin. Banyak lagi ilmu aku kena tuntut kalau nak cari suami pun. Besar tanggungjawabnya nak menjadi isteri orang ni. Bila dah kahwin, kalau ada rezeki dapat pulak anak, nak kena menjadi ibu pulak. Bila dah jadi ibu,.hmm,.tak semudah yang disangka. Seorang ibu jiwanya perlu kuat. Kesabarannya perlu banyak. Seorang ibu ketabahannya tak terbanding. Jiwa kena kental beb!'' Sofia memandang Kamila sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Seorang ibu yang jiwanya tak kental mungkin akan menjadikan anak-anak sebagai pelepas emosi maka terjadilah kes penderaan. Seorang ibu yang tak ada kesabaran mungkin sukar nak menunjukkan kasih sayang. Seorang ibu yang tak tabah, takkan mampu nak menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak.

       ''Sejak bila kau jadi matang ni? Kita dah 23 tahun tau! Kahwin awal itu bagus. Rahim sedang sihat untuk melahirkan anak-anak yang sihat dan cerdas.'' Kamila tak mahu mengalah. Sofia tersenyum lagi.

        ''Aku tak kata pun aku tak nak kahwin. Kalau dah sampai jodoh, aku terima ja!''

         ''Betul?''

          ''In Shaa Allah!''

          ''Serius?''

           ''Yupp!''

           ''Abang Am! Sofia cakap dia nak kahwin dah! Nanti ajak mama pergi melamar dia!!!'' tiba-tiba Kamila melaung. Sofia kaget. Abang Am? Sofia pusing ke belakang bila menyedari ada seseorang sedang menuju ke arah mereka.

          ''Abang pergi masuk meminang jangan reject abang tau?'' Sofia sudah tercengang.

          ''Bila abang balik?'' soalan Sofia ajukan buat si jejaka yang sedang berdiri di hadapannya.

            ''Dah seminggu dah. Saja abang minta Ila rahsiakan dari Sue. Abang nak buat susprize!'' Amzar tersenyum mesra.

            ''Tak baik tau!'' Sofia sengaja bernada rajuk, sebenarnya dalam hati suka sangat!

           ''Nak bagi abang jadi baik, kena kahwin cepat-cepat. Macam mana? Setuju?'' Sofia jatuhkan kepala berkali-kali. Orang yang tersayang dah bertanya soalan yang ditunggu tu buat apa nak jual mahal lagi? Setuju sajalah!

          ''Yeaaaa,.aku nak dapat kakak ipar! nanti aku boleh bergusti hari-hari dengan kakak ipar aku. Kan kak Piahkan??''

            ''Apa? Kak Piah?''

             ''Hahaha,..larikkkkkkkkk!''

            Sesungguhnya, jodoh, ajal dan maut tu di tangan Allah! Orang kata musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Kalau dah sampai jodoh kahwin saja. Pemberian Allah semuanya rezeki. Yang baik jadikan ikutan. Yang tak baik jadikan tauladan. Yang penting kita kena sentiasa REDHA dengan apa yang telah ditakdirkan kerana Takdir Penentu Segalanya!

                                                                            ......................Tammat................................


Dialog yang mungkin akan terjadi,.


Izzara : Kak Win,.Zara namakan anak kak Win nanti ya?

Sofia: Eh,.tak boleh! Sofia nak namakan.

Ady : Ishh,.anak kami. Pesal pulak korang yang namakan? Tak malu! Dah kahwinkan? Beranaklah sendiri!

Danial : Hahaha,..yang tu pun nak berebut! Senang-senang biar Danial ja yang beri nama!

Awin : Kak Win dah ada nama pun untuk anak kak Win nanti.

Ady, Sofia, Izzara dan Danial terus terdiam.

Awin : Kalau perempuan nak beri nama Izzara Sofia. Kalau lelaki Danial Haziq.

Ady: Habis,.nak panggil apa pulak nanti?

Awin. Payah apa,.abang kena jadi Along untuk adik-adik abang. Zara kak ngah, Pia kak lang, Danial pak ucu,.hihi

Ady, Izzara, Sofia, Danial serentak : Pulak!!

Awin : Peace!!

Szaza zaiman : Sebetulnya apa yang di jadikan cerita adakalanya pernah menjadi kenyataan,.contoh anak angkat yang di bin dan di bintikan dengan ayah angkat. Ya! Dua orang kakak kembar saya di bintikan dengan nama ayah angkat,.seorang binti Harun dan seorang binti Ariffin kerana diberi kepada lain-lain keluarga,.kalau ada yang tak puas hati,.sila komen kerana sebarang komen memang sentiasa di alu-alukan,.Terima Kasih kerana sudi singgah dan baca.

Baby Ady dan Awin
Dj Faizal Zainal Abidin

Norhidayati Nadiha

Danial adalah Mohd Haziq Othman,.Sofia pula Nor Aidawiyah Idayu

Khamis, 8 Januari 2015

Biarkan rindu Terus Berlagu part 2

 Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
                Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
                Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
                Yang tak mungkin kau maafkan lagi
                Ku tak mungkin kau perlu di sisi
               

              Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
              Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
              Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin
              Dan terbakar oleh perbuatanmu

            
               Suasana sepi kini menambahkan hening di dalam hatiku
                Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada
               Waktu begini diusik kenangan silam
               Yang bertandang lalu ku biarkan
               Ia menabahkan hati ini


              Kekasihku cukup engkau buatku begini
              Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
             Aku masih cinta padamu
             Aku masih setia padamu
             Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
           

            Di dalam rindu ku menangis
            Di dalam kalbu ku terasa
            Teringatmu di kala derita
            Yang memisahkan kita
             

           Di dalam sendu ku berseru
           Yang terukir dalam hatiku
           Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
           Aku cinta kepadamu


           Chorus:

          Kekasihku cukup engkau buatku begini
          Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
          Aku masih cinta padamu
           Aku masih setia padamu
           Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu
           

            Di dalam rindu ku menangis
            Di dalam kalbu ku terasa
            Teringatmu di kala derita
            Yang memisahkan kita
             

           Di dalam sendu ku berseru
           Yang terukir dalam hatiku
           Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
          

            Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
            Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
            Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
            Yang tak mungkin kau maafkan lagi
            Ku tak mungkin kau perlukan lagi
            Di sisi,...


                         Aku mengesat air mataku dengan telapak tangan. Sebak dadaku bila mendengar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Dato Siti Nurhaliza, Kesilapanku Keegoanmu. Siaran radio Sinarfm yang sedang berkumandang dari dalam keretaku sengaja  aku kuatkan suaranya untuk menghalau perasaan sedih yang bertandang dalam hatiku selepas menyaksikan kebahagian Hariz sebentar tadi. Aku sedang keliru sekarang ni. Aku tak tahu kenapa hati aku ni bagaikan ditikam lumat, sedangkan dulu,niat aku berpisah dengan Hariz kerana nak melihat Hariz bahagia bersama keluarga barunya. Kenapa aku masih rasa sakit hati? Ya Allah! Bantulah aku untuk menjadi hambaMU yang sentiasa redha. Aku perlukan kekuatan sekarang Ya Allah, untuk meneruskan kehidupanku yang masih bersisa ini.


                  Kian jauh kian hilang
                  Kasih antara kita
                  Nampak tenang pada zahirnya
                  Tapi batin terseksa

                 Lagu Kian Mawi sudah membuatkan bahuku terenjut-enjut menahan esakan. Ya Allah! Kenapa aku tak mampu menjadi kuat dan tabah? Aku letih untuk terus mengawal perasaanku.


                  Yang terguris tak nampak di mata
                   Yang terhiris terluka
                   Sesekali terbit air mata
                   Tahan sebak di dada


                  Pandanganku sudah semakin kabur dek air mata. Aku cuba membelokkan kereta ke kiri jalan tanpa memandang ke belakang. Belum sempat aku memberhentikan kereta, keretaku sudah dirempuh kuat.

                 ''Allahu Akbar!'' aku terpekik kuat. Keretaku berpusing. Aku menekan brek dan cuba mengawal stereng sebaik mungkin. Aku tak boleh panik saat ini walau jantung aku berdegup laju. Aku terbayang wajah mama, wajah papa dan wajah abang Am. Ya Allah! Jangan ambil nyawaku lagi. Aku masih ingin bermanja dengan mama,papa dan abang Am. Aku masih ada keluarga walau aku dah kehilangan suami. Ya Allah! Panjangkan usiaku Ya Allah!. Hatiku terus berdialog memohon doa.

             Ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!,.nyaring hon yang dibunyikan oleh pemandu-pemandu kereta yang lain. Aku hanya mampu berserah nasibku pada Ilahi. Hanya Dia yang mampu menyelamatkan aku.


            ''Cik! Cik!,.cik okey?'' seseorang mengetuk cermin keretaku bila keretaku sudah selamat tersadai di tepi jalan. Aku memegang dada yang masih berdebar-debar. Jantung aku masih mengepam darah dengan laju. Lututku mengigil. Aku panggungkan kepala sambil mengangguk berkali-kali, cuba menyakinkan orang yang mengetuk cermin keretaku seraya menoleh ke arahnya. Orang itu melopong memandang ke arahku. Air mataku aku lap dengan telapak tangan. Rakus sekali, malu pun ada bila orang yang berada di tepi keretaku asyik benar memandang wajahku.


             ''Safiya? Kau Safiya? Kau okey Piya? Kau tak cederakan?'' bertalu-talu soalan yang keluar dari bibirnya. Aku menoleh ke arahnya sekali lagi. Wajahnya nampak cemas. Aku cuba menganalisis dirinya. Siapa dia? Dia kenal aku ke?



              ''Piya! Kau tak kenal aku lagi ke? Aku Min la,.Azmin,.'' dia memperkenalkan diri. Aku mengangguk berkali-kali namun bibirku masih terkunci akibat kejutan yang ku terima sebentar tadi. Azmin membuka pintu keretaku dan membantu aku keluar dari kereta. Lutut aku longlai dan tak dapat berdiri. Azmin ingin memapahku namun ku tolak dengan lembut. Aku cuba berjalan sendiri. Bibir aku masih terkunci walau Azmin masih mengajukan soalan bertalu-talu kepadaku.
   

              ''Piya! Anak aku ada dalam kereta. Kau okey tak ni? Atau kau nak aku hantar kau ke klinik?'' Azmin masih bersuara walau suaraku langsung tak kedengaran. Aku tak tahu kenapa aku tak mampu untuk bersuara. Yang ada dalam benakku sekarang. Siapa yang melanggarku tadi? Aku cuba mencari kalau ada kereta lain yang tersadai berhampiran keretaku. Ya Allah! Baru aku perasan ada suara bayi menangis dan suara kanak-kanak sedang memanggil papa di dalam kereta yang berada di belakang keretaku.


           ''Okey sayang! Papa datang ni!'' Azmin berlari ke keretanya pula. Dia membuka pintu kereta dan cuba menenangkan anak-anaknya. Aku kaku di tempat aku berdiri. Mereka cedera ke? Sekali lagi ada persoalan yang mengahantui benakku. Aku cuba menenangkan hatiku dan menuju ke arah kereta Azmin. Orang-orang yang lalu-lalang yang cuba membantu kami tadi sudah mula beralih pergi.


            ''Anak kau okey Min? Kau ke yang langgar kereta aku tadi?'' Aku bertanya terus. Kalau Azmin yang melanggar keretaku tadi tentu anak-anaknya trauma teruk. Agaknya sebab itulah anak-anaknya menangis?


            ''Agak-agaklah wei! Kalau aku yang langgar kereta kau, takkan aku nak biarkan anak-anak aku dan pergi tolong kau dulu. Kereta yang langgar kau dah lama pun lesap. Aku tak sempat nak ambil pun nombor keretanya, tapi kalau ambil pun kau bukan boleh dakwa dia pun. Aku rasa kau yang salah!'' dengan yakin Azmin menyalahkan aku. Aku kembali terdiam. Aku mula berfikir kembali. Ketika itu memang jiwa aku sedang berantakan. Minda aku tak dapat berfikir dengan waras. Sepatutnya aku tak harus memandu dalam keadaan jiwa aku yang sedang kacau macam tu.


            ''Kau okey tak ni?'' sambil cuba memujuk bayinya yang berada dalam dukungannya Azmin menyoal aku. Aku menganggukkan kepala sekali lagi. Aku cuba menjenguk ke dalam kereta mencari isteri Azmin, tapi tiada siapa lagi dalam kereta selain dua orang anaknya yang masih menangis walau sudah dipujuk. Aku menghulurkan tangan kepada Azmin dan mengambil bayi yang masih dalam dukungannya. Bila bayi kecilnya sudah berada dalam dukunganku Azmin mendukung pula si kakak.


             ''Isteri kau mana Min? Kau nak bawa anak-anak kau ke mana ni?'' aku menyoal juga akhirnya agar persoalan yang hanya berligar dalam mindaku terjawab.


             ''Aku nak bawa anakku ke rumah pengasuh. Sepatutnya aku bercuti hari ni, tiba-tiba aku dapat call ada masalah kat tempat kerja aku. Kau dari mana ni? Macam mana kau bawa kereta? Ada lesen ke tak?'' Azmin menyoal aku sambil tergelak. Berbahang juga wajahku. Aku pura-pura marah untuk menutup rasa maluku. Memang salah aku kerana bawa kereta sambil melayan perasaan. Nasib baik kereta saja yang kemek. Kalau jadi apa-apa kat aku tadi, macam mana? Aku mula menyoal hatiku kembali.


           ''Jomlah,.aku hantar kau! Kereta kau tinggal di sini dulu. Tak elok kalau kau pandu kereta sekarang ni. Mungkin kau masih trauma lagi tu,.'' Azmin serkap jarang. Macam tau-tau saja aku mengigil satu badan dengan kejadian tadi. Aku mengangguk dan Azmin terus membukakan pintu kereta untukku. Anak-anaknya pula automatik berhenti menangis. Yang kakak diletakkan di kusyen depan manakala aku duduk di belakang bersama bayinya. Macam tau-tau saja prinsip aku sejak dulu. Memang pantang aku, kalau naik kereta dengan lelaki duduk di sebelah pemandu.


             ''Isteri kau mana Min?'' aku ajukan lagi soalan tadi yang masih tak berjawab.


             ''Kau tinggal di mana ni Piya? Kat mana aku nak kena hantar kau ni?'' soalan aku tak berjawab malah soalan pula yang dia ajukan untuk aku. Dekat mana aku tinggal? Sebetulnya selepas balik dari luar negeri, aku menumpang sementara di rumah Miza. Aku belum pulang lagi ke rumah kedua ibu bapaku. Nak bagitau alamat Miza ke atau rumah ibu bapaku. Tapi,.rasanya aku belum bersedia untuk pulang ke rumah mama dan papa.


           ''Taman Sentosa! Lepas simpang ni kau belok kiri. Rumah nombor 40 tu la, aku tinggal sekarang. Rumah kawan aku. Aku tumpang dia sekejap sementara nak cari rumah sewa.'' entah kenapa lancar pula aku berkata-kata. Azmin menoleh sepintas lalu ke belakang. Dia mengikut arahanku dan membelokkan kereta. Aku turut memerhatikan deretan rumah yang kelihatan sama di luar sana. Aku cuba mengecam rumah Miza. Baru dua hari aku tinggal bersamanya di sini.

         ''Aku dengar kau dah bercerai. Betul ke Piya?'' berdentum rasanya kepalaku mendengar soalan dari Azmin. Berpinar kembali mataku. Perkataan cerai yang Azmin ungkapkan membuatkan hatiku seolah ditikam belati tajam.

      ''Anak kau ni macam mana Min? Jauh lagi ke rumah pengasuh tu?'' aku tak pedulikan soalan Azmin. Macam mana dia cuba mengelak dari menjawab soalan aku, begitu juga aku cuba mengelak dari menjawab soalannya pula. Baru adilkan?


       ''Pengasuh tak ada kat rumah! Sebelum aku jumpa kau tadi, sebenarnya aku baru lepas call pengasuh, jadi aku cadang nak bawa ja anak-anak aku kat tempat kerja. Tapi tu la, aku pun tak pasti, pukul berapa aku boleh balik ni,.'' Azmin mempamerkan wajah resahnya. Simpati pula aku memandang wajah-wajah anak kecilnya itu.


         ''Min! Dah lepas!!'' spontan aku menjerit bila kereta Azmin sudah melepasi rumah Miza. Dia menghentikan keretanya secara mengejut. Anaknya yang berada di tempat duduk depan tersentak dan menangis ketakutan. Allahu Akbar! Maafkan aku Min! Hari ni dah dua kali aku buat anak-anak kau menangis.


          ''Macam ni la Min. Kau tinggalkan anak-anak kau kat aku. Nanti kau siap kerja, kau datanglah ambil. Rasanya Miza tak keberatan kot kalau aku bawa mereka ke rumah dia. Lagi pun dia pun ada anak sebaya dengan anak-anak kau ni.'' akhirnya aku buat keputusan untuk menjaga anak-anaknya untuk sementara waktu. Dia dah tolong aku, takkan aku nak lepas tangan. Lagi pun kami dah kenal lama. Sejak kolej lagi kami kenal cuma terputus hubungan selepas aku bekerja dan kahwin dengan Hariz.


           ''Tak menyusahkan kau ke?'' aku mengeleng pantas. Bibirnya mengukirkan senyuman. Kepala anaknya yang berada di tempat duduk depan diusap. Aku mendukung bayi kecilnya dan mula keluar dari kereta. Azmin juga keluar dari kereta dan mengeluarkan beg sandang yang diletakkan di tempat duduk belakang. Dia memujuk anak perempuannya agar mengikutku. Anaknya merenggek manja tidak mahu kepadaku.


          ''Isha sayang! Isha ikut ibu Piya ya! nanti papa datang ambil Isha dengan baby.'' terbuntang mataku mendengar dia memujuk anaknya begitu. Aku pandang Azmin dengan pandangan yang penuh persoalan. Azmin menoleh ke arahku dan mengenyitkan matanya. Aku kebam bibir. Kenapa pulak dengan Azmin ni?

          ''Ibu Isha ke papa? Papa cakap ibu Isha dah pergi jauh?'' petah anak kecil itu berkata-kata. Aku memasang telinga mendengar perbualan kedua beranak itu sambil berpura-pura mengacah bayi dalam dukunganku.

          ''Tu,.ibu Isha dah pulang! Isha ikut ibu ya. Nanti papa datanglah. Isha tengok baby tu, sukanya dia ibu Piya dukung.'' anak kecilnya tu digula-gulakan sambil dia ketawa riang. Aku sudah mengelengkan kepala berkali-kali. Mencari pasal betul Azmin ni, nanti tak pasal-pasal anak dia betul-betul percaya aku ni ibunya.


         ''Papa janji tau! Nanti papa datang ambil Isha dengan baby? Kalau tak nanti ibu pukul Isha dengan baby macam mana?'' aku terpempam mendengar kata-kata anak kecil itu. Aku pukul dia dan baby? Apa maksud dia? Muka aku ni nampak garang sangat ke?


         ''Ehh,.takkanlah! Ibu Piya baik,.bukan macam kak Niza tu!'' Azmin memimpin anaknya dan menuju ke arahku. Dia memandang tepat ke wajahku. Sukar nak meramal apa yang sedang difikirkannya.

       ''Maaf Piya! Anak aku ni dulu pernah kena dera dengan pengasuh lamanya, sebab tu dia trauma bila aku nak tinggalkan dengan orang yang dia tak kenal. Kau jangan ambil hati ya!'' aku terkejut dengan kenyataan itu. Anak secomel itu pun tergamak mereka nak dera. Manusia atau binatang?

        ''Aku okey! Kenapa kau cari pasal Min? Nanti betul-betul dia anggap aku ibu dia macam mana?'' aku bersuara perlahan. Azmin ketawa ceria.

        ''Alhamdullilah! Aaminnnn!,.'' panjang pula aminnya itu. Dia terus menuju ke keretanya semula sebaik menyerahkan Isha kepadaku tanpa mengulas lanjut. Aku memimpin Isha dan memanggil Miza dari depan pagar rumah. Dengan dua orang anak kecil yang ku bawa pulang tentu akan memeranjatkan Miza sebentar nanti.


             Azmin membunyikan hon sebelum keretanya hilang dari pandangan. Isha melambai lemah ke arah kereta Azmin yang sudah semakin jauh. Seperti apa yang aku duga, Miza keluar dari rumah dengan mulut terlopong, manakala aku hanya tersenyum lucu ke arahnya. Sebentar tadi, aku menangis beria-ia di dalam kereta hingga kereta aku dilanggar orang dan kini dengan kehadiran dua orang anak-anak Azmin yang masih kecil ini berjaya membuatkan bibirku mengukirkan senyuman. Apakah ini Ya Allah?

........................................................


                 Tiga hari Azmin menghilang tanpa khabar berita. Isha asyik menangis bertanyakan papanya. Adiknya yang mungkin baru berusia beberapa bulan sudah mula menerima aku. Dia begitu manja dan ceria. Terhibur aku melihat keletahnya, cuma aku letih sikit memujuk Isha yang selalu merenggek. Miza banyak membantu aku memujuk Isha. Dia lebih banyak pengalaman berbanding aku. Maklumlah, anak Miza dan anak Azmin tak jauh beza umurnya. Nasib baiklah anak sulung Miza boleh menjadi kawan Isha walau pun dia lelaki.Sekejap mereka baik dan sekejap bergaduh. Biasalahkan? Nama pun kanak-kanak.

             ''Ibu! Bila papa nak pulang ambil Isha dengan baby ni? Isha dah rindu dengan papa ni! Papa ni selalu macam ni, dahlah selalu tinggalkan Isha dengan baby. Dah tu banyak hari pulak tu!'' Isha merungut lagi. Itulah yang selalu dia bebelkan pada papanya. Kesian aku dengan nasib mereka. Agaknya, di mana isteri Azmin? Bercerai ke mereka?


              ''Ibu tak tahulah Isha. Papa Isha tak telefon ibu pun.'' terpaksa juga aku membahasakan diriku sebagai ibu. Miza pun terkejut mendengar Isha memanggil aku ibu pada mulanya tapi bila aku jelaskan kedudukan sebenar barulah dia mengangguk faham dan selepas itu dia menyakat aku berterusan. Azmin ni pun satu, tinggalkan anak-anaknya pada aku tanpa meninggalkan sebarang nombor telefon. Mungkin hari tu dia benar-benar sedang mengejar masa.

            ''Selalu ke papa Isha tak balik ke rumah banyak hari macam ni?'' aku tanya lagi Isha dengan soalan yang sama berulangkali. Untuk memastikan jawapan yang Isha beri padaku adalah sama. Mana la tahukan.

               ''Ibu ni dah nyanyuk kot? Kan Isha dah cakap banyak kali. Papa,.selalu,.tinggalkan,.Isha,.dengan baby,.banyak hari.'' satu persatu Isha menyebut ayat-ayatnya. Aku tertawa tanpa sedar. Dalam meragamnya Isha masih mampu membuatkan aku ketawa dengan ungkapannya yang begitu fasih. Berapa umur Isha agaknya?

                ''Habis tu Isha tinggal dengan siapa?'' aku masih ingin tahu.

                  ''Ishhhhh,.ibu ni,.kan Isha dah cakap. Isha tinggal dengan mak tok,.kadang-kadang Isha tinggal dengan Tok Senah!'' Isha sudah bangun dan bercekak pinggang ke arahku. Sesungguhnya aku sudah soal dia semua soalan tu pada malam pertama  aku jaga dia. Aku ketawa ceria sambil menarik Isha dan mendudukkannya di atas ribaku. Baby Ikmal tidur sekarang ni. Nama yang Isha bagitau kami. Adiknya nama baby Ikmal. Aku mana sempat tanya Azmin hari tu.


                 ''Selalunya papa Isha pergi mana tinggalkan Isha dengan baby?'' soalan aku ajukan lagi sambil tanganku mengelus lembut rambut Isha. Beginikah rasanya perasaan seorang ibu? Aku bertanya di dalam hati. Bila berada bersama Isha dan Ikmal aku terus melupakan luka semalam. Ku ubati luka hatiku dengan memberikan mereka kasih sayangku. Ya Allah! Semoga aku dapat membelai mereka lagi walau selepas Azmin pulang dan mengambil mereka. Aku membisikkan doa di dalam hati. Perlahan aku cium ubun-ubun Isha. Rasa tenang dan damai jiwaku ini.


                   ''Papa cakap, papa pergi kerja. Papa nak cari duit kat Isha dan baby banyak-banyak. Nanti boleh beli mainan, beli susu baby, beli baju,err,.beli apa lagi ya? Haa,.nanti boleh bawa Isha pergi jalan-jalan dengan baby. Papa kata kalau papa tak ada duit macam mana papa nak bagi Isha dan baby makan. Kalau tak ada susu nanti baby nangis papa nak bagi makan apa? Papa bukannya ada susu. Kenapa ibu tinggalkan Isha dengan baby? Ibu tak sukakan Isha dengan baby ke?'' dalam panjangnya Isha berceloteh, bibirku terus kaku dan lidahku menjadi kelu. Apa aku nak jawab? Azmin! Kau memangkan!


                 ''Err,.ibu,.ibu pergi kerja. Haa,.ibu pergi kerja. Jauh sangat! Ibu naik kapal terbang tau. Jauh sangat, sebab tu la ibu tinggalkan Isha dengan baby.'' aku melepaskan nafas sebaik aku berjaya mencipta alasan. Memang betul pun, aku baru balik dari luar negeri.

               ''Ooo,.jadi betul la papa cakap, ibu pergi jauhhhhhhhhhh sangattt!'' Isha berkata-kata sambil kepalanya dijatuhkan berkali-kali. Dia puas hati dengan jawapan aku agaknya? Aku urut dada tanda lega. Nasib baiklah aku ni super genius dalam mencipta alasan ni. Hihi,.

             ''Tapikan ibu, kenapa mama kawan Isha pergi jauh jugak tapi balik jugak tengok dia?'' alamak! Ada lagi soalan cepubelian tu. Aku mengerah minda untuk berfikir. Apa lagi aku nak auta Isha ni?

            ''Nak buat macam mana Isha. Tiket kapal terbang habis. Haa,.sebab tu la ibu tak dapat balik tengok Isha dengan baby.'' Fuhh!,.nasib baik otak aku ni boleh berfungsi lagi.


             ''Ibu naik kapal terbang yang hilang tu ke? Kapal terbang yang hilang tu dah jumpa ke ibu?'' aku menghembus nafas keras. Azminnnnnnnnnnnnn!,.lebih baik kau balik cepat! Kau balik nanti, siaplah kau, aku karate kau! Aku menjerit di dalam hati.

              ''Mana Isha dengar ni? Papa cerita ke?'' aku dah malas nak berbohong lagi. Lebih baik aku mengelak untuk menjawab dari terus mereka-reka alasan. Sambil tu aku mencium pipi Isha. Dia mengeliat kegelian. Aku ketawa dengan gelagatnya.


              ''Bukanlah! Mak tok yang cakap!'' agaknya mak tok ni pengasuh Isha kot?

               ''Mak tok baik tak?'' aku cuba 'mengorek' lagi.

                ''Mak Tok baik,.Tok Senah pun baik. Kak Niza ja yang tak baik. Kak Niza selalu pukul Isha,.nasib baik papa tak tinggalkan baby kat kak Niza sekali,.kalau tak,mesti baby pun kena pukul. '' Isha bercerita dengan wajah ceria pada mulanya dan diakhiri dengan wajah kelat. Penuh perasaan Isha bercerita. Aku pula cuba menyelami perasaan Isha.

                ''Mak Tok tu nenek Isha ke?'' aku menyoal lagi.

                  ''Mak Tok tu Mak Tok La! Ishh,.ibu ni banyak tanyalah. Nanti ibu tanya papa la. Tu la siapa suruh ibu tak balik lama sangat, sampai Mak Tok pun ibu tak kenal. Ibu tak sayang Isha dengan baby ke?'' pulak dah! Muncul lagi soalan tu.

                  ''Ehh,.siapa cakap ibu tak sayang Isha dengan baby? Bagitau ibu! Biar ibu cili mulut dia!'' aku cuba mencari helah.

                  ''Ibu tak rindu kat Isha dengan baby pun!'' Isha bersuara rajuk. Aku tersenyum cuma sambil memerah minda untuk mengungkapkan kata-kata seterusnya. Letih juga nak melayan kanak-kanak yang pintar macam Isha ni. Agaknya apa la yang Azmin ni bagi makan?


                   ''Bukan ibu tak rindu,.ibu rinnnnnnnnndu sangat!'' sekali lagi pipi gebu Isha ku cium. Rasa macam hati aku ni dah dipenuhi dengan bunga-bunga yang sedang mekar. Ya Allah! Terima Kasih dengan pemberianMU ini, walau hanya untuk sebentar cuma.

                  ''Piya! Ada orang cari kau kat luar!'' Isha baru nak buka mulut, Miza sudah muncul dan bersuara. Aku tergaman sekejap. Siapa agaknya yang tahu aku ada di sini? Aku mengerah minda untuk berfikir.

                  ''Kau bagitau Hariz aku ada di sini ke?'' aku serkap jarang. Mana la tahu tiba-tiba Miza melanggar janji. Mungkin dia kena asak dengan soalan yang bertubi-tubi dari Hariz ke atau sebagainya?

                    ''Agak-agaklah! Kau nak tuduh aku pun,.'' wajah Miza mencuka. Aku angkat kedua belah tangan tanda meminta maaf kepadanya.

                    ''Sorry! Bukan aku nak tuduh kau pun, cuma aku kenal sangat dengan kau tu. Pekerja yang sangat patuh dengan majikan. Mana la tau Tuan Hariz kau tu asak kau dengan soalan macam kena peluru berpandu ke?'' aku cuba berseloroh walau berwajah serius. Macam mana tak serius, minda ni dah ada berjuta persoalan dan ada seribu wajah yang sedang aku bayangkan di dalamnya.


                    ''Tak pasal-pasal aku kena bom nuklear dengan kau pulak lepas tu!'' selamba Miza menuturkannya. Tersenyum aku tanpa sedar sambil aku bangun dan menuju ke muka pintu. Isha mengikut aku dari belakang dan berlari pantas keluar dari rumah selepas mengintai gerangan orangnya yang nak berjumpa dengan aku tu.


                  ''Papa!!,.Yeaaa,..papa dah balik. Ibu! Cepatlah! papa dah balik.'' Isha kegirangan. Terlompat-lompat Isha keseronokan melihat Azmin yang sudah keluar dari kereta dan menunggu di depan pintu pagar.


                Pintu pagar terbuka perlahan-lahan menyambut kedatangan Azmin yang hilang selama tiga hari. Aku sudah mengepal penumbuk dan menumbuk telapak tanganku berkali-kali, seolah sedang memberi amaran kepada Azmin aku sedang marah dengannya. Azmin teragak-agak untuk masuk walau Isha berusaha untuk menarik tangannya. Aku yang melihat Azmin berkeadaan begitu sudah menerpa laju ke arahnya.

             ''Dah lama kau buat kerja ni? Nasib baiklah, aku ni baik tau. Kalau orang lain, mau menangis tak berlagulah kau! Ada ke patut, tinggalkan anak kau macam tu ja. Kalau ingatkan fikiran jahat aku ni, dah lama aku bawa lari anak-anak kau ni. Biar padan dengan muka kau!'' aku seranah Azmin tanpa memberi peluang Azmin bersuara terlebih dahulu.

              ''Kau tak buat macam tu kan! Aku dah lama kenal kau Piya, sebab tu aku berani tinggalkan anak-anak aku kat kau. Alah! Merekakan anak-anak kau jugak!'' Azmin bersuara dengan wajah tenang. Aku pula yang sedang berbahang dengan ayat-ayatnya. Bukan berbahang sebab malu, tapi aku teramat marah dengan Azmin sekarang ni. Berani dia buat statement macam tu. Bila pula aku mengandungkan anak-anak dia ni?

             ''Itu pun satu hal jugak. Ikutkan hati aku ni, aku nak karate kau aje. Lepas tu aku nak cincang lumat-lumat, buang ja kat laut bagi makan jaw's. Baru puas hati aku.'' bila aku tengah marah Azmin, Isha sudah memeluk Azmin kejap. Wajahnya seperti orang nak menangis saja. Azmin pula sudah melepaskan tawanya. Ishhh,.geram betul aku!

           ''Ibu!,.Janganlah marah papa!'' Isha bersuara ketakutan sambil memeluk erat kaki Azmin. Aku kaget. Err,.garang sangat ke aku tadi? Soalan tu pulak yang muncul dalam benakku.


             ''Hahaha,.tengok tu,.Isha dah nak nangis dah. Apalah ibu Isha ni kan. Dah la lama tak balik rumah, ni asal jumpa papa ja nak ajak bertinju. Kalau iya pun, tunggu la kita balik rumah dulu sayang. Nanti kita balik bertinju kat rumah ya!'' beria-ia Azmin ketawa sambil terus menyakat aku. Aku?

             ''Minnnnnnnnnnnn!!!!'' Grrrrr,.

..................................................................



                      Aku memandang tajam ke arah Azmin. Masih terngiang-ngiang lagi panggilan sayang yang diungkapkannya tadi. Dah buang tebiat agaknya Azmin ni? Kesian pulak anak-anaknya nanti. Aku kalih pula pandanganku ke arah kedua orang anaknya. Isha begitu ceria bergelak ketawa sambil mengagah si kecil. Iqmal juga seolah memahami papanya sudah pulang. Aku perhatikan gelagat keluarga bahagia itu dengan penuh rasa syukur. Azmin merupakan kawan baik aku di kolej dulu, termasuk Lela dan Syukriah. Apa khabar Lela dan Syukriah agaknya?

                    ''Piya!'' aku tersentak, namun aku pura-pura beriak biasa. Aku jungkitkan kening pada Azmin, sebagai isyarat bertanya. Kenapa?

                    ''Piya!!'' suaranya dikuatkan sikit.

                      ''Cakap aje la Min!'' aku bersuara juga akhirnya.

                   ''Terima kasih, jaga anak-anak aku. Aku minta maaf sangat. Aku bukan sengaja nak buat kau tertanya-tanya. Aku terlupa nak minta nombor telefon kau. Lagi pun hari tu, aku kena bergegas ke Seremban. Masalah syarikat rumit sangat. Ada orang dalam yang pecah amanah dan membuatkan syarikat kami hampir bankrup.'' Azmin menjelaskan kepadaku kenapa dia menghilangkan diri selama tiga hari. Fikiran aku terlalu buntu untuk menghadam penjelasannya. Bagi pihak aku mungkin tidak kisah menjaga anak-anaknya yang telah menjadi penghibur aku selama tiga hari ni. Tapi takkan aku nak berterus terang dengan dia?


                 ''Aku tak marah sangat sebenarnya Min, cuma aku terkilan kau tinggalkan anak kau macam tu saja. Kesian kat anak-anak kau terutamanya Isha. Selalu dia tanya kau,bila papa nak balik. Aku nak jawab apa?'' aku lepaskan juga perasaanku walau sebenarnya aku turut berdoa di dalam hati agar Azmin lambat pulang dan aku dapat meluangkan banyak masa dengan anak-anaknya.

              ''Aku minta maaf Piya, kalau anak-anak aku dah banyak menyusahkan kau.'' Azmin bersuara perlahan. Terpamer rasa bersalah di wajahnya. Aku menarik nafas lemah. Ketahuilah Min, anak kau dah banyak buat hati aku sembuh dari luka semalam. Aku berbisik di dalam hati.


              ''Kenapa kau cakap macam tu Min? Isteri kau pergi mana Min?'' aku suarakan juga keraguanku. Mudahan Azmin takkan berdalih lagi seperti sebelum ni.


              ''Macam suami kau jugaklah. Dia kawen lain. Dah nasib aku Piya. Selalu buat kerja di luar, pergi sana pergi sini, akhirnya isteri aku duakan aku. Sekali tu aku nak buat susprize untuk dia,.ahh,.lain kalilah aku cerita Piya!'' wajah Azmin bertukar mendung. Dia cuba melarikan pandangannya dari memandang wajahku. Aku perhatikan saja gelagatnya. Dia mengelus lembut rambut Isha dan menghadiahkan ciuman di pipi Isha. Beralih pula kepada Ikmal yang masih diribanya. Sama seperti yang dilakukan kepada Isha, dia juga mencium pipi Ikmal kiri dan kanan. Mengekek Ikmal ketawa. Aku turut tersenyum menyaksikannya.

            ''Mana kau tahu pasal suami aku Min?'' tiba-tiba aku teringat akan ayatnya tadi. Keliru jugak aku. Setahu aku, kali terakhir kami jumpa selepas konvo, kemudian masing-masing bawa haluan sendiri.

           ''Aku sentiasa ikuti perkembangan kau Piya. Yalah! Bertepuk sebelah tangan takkan pernah berbunyi. Kau pulak sedang diulit bahagia dengan suami kau. Mana kau nak ambil tahu semua hal dah. Maafkan aku Piya! Bila aku tau kau  dah bercerai,aku bersyukur sangat. Aku cuba cari kau selepas tu,tapi aku hilang jejak kau,hinggalah aku jumpa kau kembali tiga hari lepas,'' aku terpana dengan pengakuan Azmin. Takkan Azmin simpan perasaan pada aku selama ni kot?


             ''Apa yang kau maksudkan Min? Kau jangan bagitau aku,..''

             ''Ya Piya! Aku sukakan kau sejak dulu lagi. Tak ada istilah teman baik antara lelaki dan perempuan Piya. Aku frust sangat bila kau kahwin Piya. Bertahun jugak aku merana, hinggalah aku jumpa Lyna. Aku kahwin dengan Lyna bukan kerana cinta kerana hati aku ni hanya milik kau Piya!'' suara Azmin bertukar sendu. Aku turut kaku. Hati aku juga sebak dengan pengakuannya. Ya Allah! Maafkan aku Min. Aku tak pernah tahu tentang perasan kau. Hariz dah ada dalam hati aku masa tu. Hanya Mohd Hariz Iqbal! Hanya dia yang aku dambakan ketika itu.

          ''Maaf Min! Masa tu hanya Hariz yang ada dalam hati aku. Aku,.''

           ''Papa dengan ibu berbual apa ni?'' belum habis aku meluahkan kata-kataku Isha mencelah. Aku terus memandang dia sambil mengukirkan senyuman. Nyaris lagi aku melepaskan segala-galanya.

          ''Tak ada apa-apalah sayang! Jom kita balik. Kesian ibu,.papa dah susahkan dia untuk jaga anak papa yang nakal-nakal ni. Isha sakitkan hati ibu tak sepanjang papa tak ada ni?'' aku kembali resah bila Azmin mengajak Isha balik. Tentu aku akan rindukan dia selepas ini. Tentu Azmin takkan bawa mereka jumpa aku lagi? Dia macam rasa bersalah saja kerana meninggalkan anak-anaknya bersama denganku.


           ''Yeaa,.kita nak balik ke papa? Ibu ikut kita balik samakan papa?'' mendengar saja ungkapan Isha, Azmin menoleh ke arahku. Mata kami bersabung. Aku dalam dilema.

           ''Aku dah cakap Min. Jangan cari pasal tapi kau degil!'' aku memulangkan paku buah keras.

           ''Safiya binti Mohammad sharif! Sudikah kau menjadi isteriku?'' aku terpana lagi. Ya Allah! Apakah lagi yang ingin Engkau uji? Apa jawapan yang harus aku beri? Haruskah aku jawab ya? Atau perlukah aku terus menyimpan nama Hariz dalam hatiku?

.........................................................................


                    Beria-ia Isha menangis supaya aku ikut pulang bersama mereka. Puas dipujuk namun Isha masih berdegil. Azmin nak tinggalkan dia bersama aku, Isha ajak Azmin tinggal bersama.

            ''Isha nak ibu jugak! Isha pun nak papa! Kalau ibu tak nak ikut kita balik, biar papa tinggal di sini jugak, dengan kami!'' tegas Isha meluahkan kata. Aku lihat Azmin sudah mengarukan kepalanya sambil memandang kepadaku. Aku hanya menjungkitkan bahu. Kau suka sangat cari pasalkan Azmin. Kau selesaikanlah sendiri.

            ''Kita balik dulu okey! Kita balik bagitau dengan mak tok, ibu dah pulang. Lepas tu kita datang ambil ibu. Boleh?'' Azmin masih cuba memujuk Isha. Aku hanya memerhatikan tingkah kedua beranak itu. Ikmal pula sedang didukung oleh Miza. Anak kecil Miza sedang tidur sekarang ni, jadi bolehlah Miza tolong kami menjaga Ikmal sementara kami menyelesaikan masalah yang terwujud akibat sikap sambil lewa Azmin. Haa,.kan dah kena! Budak-budak jangan diajar menipu, akhirnya makan diri.

            ''Tak nak! Tak nak! Tak nak!!,.Isha nak ibu jugak! Isha pun nak papa! Isha nak dua-dua!'' Isha mula menghentakkan kakinya. Wajah Azmin sudah berubah merah. Marahkah dia dengan gelagat Isha?

           ''Piya! Tolonglah aku, takkan kau nak tengok aje?'' Azmin bersuara sayu, separuh merayu kepadaku. Aku angkat ibu jari kepadanya dan kemudian aku terbalikkan sambil bibirku mengukirkan senyuman sinis. Aku juga jungkitkan keningku beberapa kali.


            ''Hanya kau yang boleh selesaikan hal ni Piya!'' dengan yakinnya Azmin berkata.

            ''Aku?'' aku tudingkan jari telunjuk ke dadaku. Azmin mengangguk beberapa kali.

             ''Kenapa aku pulak? Kau yang cari pasalkan?'' aku tegas dengan pendirianku.

             ''Kau terima ja la lamaran aku tu, kan selesai masalah!'' Azmin tersenyum penuh bermakna. Aku mencebik ke arahnya. Ingat nak kahwin tu macam semudah membaca ABC agaknya?

           ''Apa jaminan kau, masalah akan selesai? Sedangkan nak kahwin tu bukan boleh settle dalam masa sehari ja. Lainlah kalau kau nak ajak aku nikah koboi!'' aku berkata geram. Azmin dah tergelak mendengar kata-kataku.


          ''Good idea! Bagus jugak tu!'' sekali lagi Azmin buat dadaku bergetar menahan marah. Senang saja kau cakapkan? Aku ni macam mana? Nak nikah dengan kau, hanya semata-mata kerana kau buat pengakuan kat anak kau, aku ni ibu dia. Kalau ibu sebenar dia muncul suatu hari nanti macam mana? Aku berdialog di dalam hati.

                ''Senang kau cakapkan Min? Kalau isteri kau balik nanti macam mana? Kau nak cakap apa pulak kat anak kau? Nak cakap bekas isteri kau tu peminta sedekah atau kau nak cakap aku ni satu kesilapan yang kau tak sengajakan? Macam tu?'' geram aku dengan Azmin membuatkan kata-kataku turut bergetar kerana menahan sebak. Aku tak mahu terluka untuk kali kedua. Cukuplah hanya sekali!

'               ''Aku tak mahu luka aku berdarah untuk kali kedua Min. Aku dah serik,.kalau kau nak mainkan hati perempuan, kau cari orang lain. Aku tak kuat Min!'' Air mata yang sudah bergenang aku tahan sekuat mungkin agar ia tak jatuh.

          
..........................................................



          ''Aku terima nikahnya Nur Safiya binti Muhammad Sharif dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit sepuluh sen, tunai!'' masih terngiang-ngiang lagi lafaz itu di telingaku walau seminggu sudah berlalu. Demi menunaikan permintaan Azmin dan kerana anak-anaknya aku rela korbankan diri ini menjadi isterinya. Aku hanya menganggap Azmin sebagai teman baikku. Tak lebih dari itu.

        ''Piya! Abang pergi dua hari ja kali ni. Piya doakan abang dapat settlekan masalah ni secepat mungkin ya. Cepat selesai, cepat sikit abang balik.'' kali pertama hari ini Azmin akan meninggalkan rumah ini selepas aku bergelar isterinya. Aku belum ada sebarang perasaan terhadapnya setakat ini. Aku cuba menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri sebaik mungkin. Aku tak tahu bagaimana nak mengambarkan perasaanku bila mendengar dia akan ke luar daerah lagi. Sedihkah aku? Sukakah aku? Aku masih keliru dengan perasaanku.


         ''Piya jaga diri tau! Jangan nak menung-menung lagi. Lepas semuanya settle nanti kita pergi bercuti. Perkara yang dah lepas tu jangan nak ingat lagi. Piya dah selamat jadi isteri abang walau dalam keadaan terpaksa atau dipaksa. Lupakanlah bekas suami Piya tu. Biar dia selesaikan masalah dia sendiri.'' aku menarik nafas mendengar Azmin berceloteh atau lebih tepat lagi sedang berleter. Hari yang sama kami nikah di pejabat agama, kami jumpa Hariz. Dia pergi bersama pasangannya, seorang wanita muda yang sangat cantik. Hanya selendang yang menutup kepalanya. Yang pasti wanita itu bukan isterinya. Apa yang aku dengar Hariz datang untuk menyelesaikan kesnya kerana ditangkap sedang berkhalwat. Allahuaklam! Aku tak tahu apa kebenarannya.

        ''Piya! Abang cakap dengan dinding ke apa? Menung tak habis-habis?!'' suara Azmin dikuatkan. Marahkah dia kerana aku tidak menyahut pertanyaannya? Aku menarik nafas sebelum bangun dan menghampirinya. Ikmal yang sedangku dukung, aku letakkan di dalam katil bayi. Isha ke sekolah hari ini. Patutlah bijak benar dia berkata-kata. Tahun ni Isha dah berusia lima tahun. Kecik saja tubuh badannya. Aku ingatkan baru berusia tiga atau empat tahun.


       ''Pergilah! Jaga diri kau Min. Nanti kau izinkan aku keluar bawa anak-anak ya? Mana la tau, aku tak dapat contact kau nanti.'' aku bertanya Azmin dalam rasa segan. Baru seminggukan aku jadi isteri dia. Rasa kekok itu masih menebal dalam jiwa aku ni.

       ''Hmm,.bila nak panggil abang ni? Tak romantiklah Piya masih ber'kau' ber'aku' ni!'' Azmin sudah mula protes, sedangkan sebelum kahwin, dia sudah berjanji untuk beri aku peluang membiasakan diri.

        ''Kau jangan mungkir janji Min! Aku lari dari rumah ni kang. Kau carilah bini baru!'' sengaja aku mengugut sambil membetulkan tali lehernya. Aku terasa bahu aku dipegang. Dagu aku diangkat dan Azmin memandang tepat ke wajahku.

         ''Maaf Piya! Kalau Piya rasa abang ni terlalu memaksa. Piya tahukan, abang memang dah lama sayangkan Piya. Abang dah dapat Piya,.Piya ingat, abang akan biarkan Piya pergi macam tu ja. Abang akan cari Piya sampai lubang cacing Piya. Itu janji abang!'' aku sudah kelu lidah untuk berkata-kata bila bibir Azmin sudah mendarat di dahiku sehabis dia mengungkapkan ayatnya itu.

        ''Pergilah mana Piya nak pergi tapi sebelum pergi jangan lupa contact abang dulu. Minta izin abang dulu sebelum keluar rumah. Tunggu abang bagi izin baru keluar. Kalau tiga kali Piya contact abang tak dapat, kalau ada kecemasan Piya keluarlah. Tapi kalau tak ada benda penting tak payah keluar!'' macam serius saja ayat Azmin ni. Aku perhatikan wajahnya lama untuk mencari jawapannya. Azmin kenyitkan matanya. Dia gapai tanganku dan memberikan isyarat supaya aku menyalaminya. Tak banyak soal, aku lakukan tugasku. Aku sambut tangannya dan bawa ke bibirku. Terasa rambutku diusap perlahan dan Azmin mendekatkan wajahnya ke telingaku.

        ''Tak sangka Piya cantik sangat bila tak bertudung. Terpegun abang kali pertama tengok wajah Piya tanpa tudung. Macam nak terkam ja tapi abang sabarkan diri takut Piya cabut lari'' Azmin ketawa ceria sebelum mengucup dahiku sekali lagi. Wajahku sudah berbahang bila diperlakukan seperti itu.


        ''Dahlah tu. Jangan nak menyakat aku sangat! Pergi cepat,.nanti lambat pulak. Hati-hati di jalan raya. Jangan nak berangan yang bukan-bukan.'' aku tolak tubuh Azmin agar menjauhiku. Aku berjalan ke arah katil Ikmal bila Ikmal sudah mula merenggek minta perhatian. Ikmal yang kecil ni pun dah pandai cemburu. Kalau ada Isha, selalu aku dijadikan rebutan dengan papanya. Pantang papanya rapat, time tu jugak dia datang untuk bermanja. Kadang-kadang terhibur juga aku dengan gelagat mereka. Aku terasa diriku dihargai bila tiga orang di sisi aku ni menjadikan aku tempat untuk mereka mencurah kasih. Terima kasih Ya Allah! Kerana memberi aku sebuah keluarga yang bahagia macam ni.


..................................................................


Khas Untuk Suami-suami se Malaysia! hehe..

10 Perkara yang isteri suka TAPI Suami Susah sangat nak buat....


Adakah anda tahu apa sebenarnya yang isteri anda suka dan sentiasa mahu suami lakukan didalam perhubungan anda sebagai suami isteri?

Pada kebiasaannya, wanita tidak begitu berterus terang.Itu memang salah satu tabiat wanita.Mereka suka membiarkan sesuatu perkara yang mereka inginkan menjadi satu misteri kepada suami atau pasangan.

Tapi memang sudah menjadi lumrah seorang wanita ,walau dimanapun di dunia ini, Kalau diajukan soalan berkaitan hubungan intim dengan pasangan, anda akan sukar mendapat jawapan.Tetapi melalui kajian serta pengalaman, anda dapat mengetahui apakah yang isteri anda suka anda lakukan.

1."Saya suka suami mencuim saya bila nak pergi kerja"
Memang menjadi kebiasaan terutamanya masyarakat melayu,pasangan suami isteri tidak menunjukkan keintiman hubungan suami isteri di di khalayak ramai.Ini disebabkan faktor masyarakat yang penuh dengan tatatertib serta adab sopan.Tetapi masih ada ruang lain yang suami isteri boleh mengambil peluang untuk melakukannya.Seperti waktu suami isteri keluar bekerja.
Bagaimana cara yang paling baik untuk mencium isteri dan meninggalkan kesan positif kepadanya?

Mengucup bibirnya sambil tangan anda memegang kedua-dua belah tangannya.Kucuplah dengan ikhlas dan rasa cinta kepada isteri anda. Ketika pulang kerumah, buat perkara yang sama tetapi kucuplah pipinya. Mengapa pipi pula? Setelah seharian bekerja,berkemungkinan mulut anda sudah mula berbau. Ini akan memberikan rasa yang tidak selesa poda isteri anda. Tapi sekiranya anda seorang suami yang selalu menggosok gigi walaupun di pejabat,maka tak salah mencium bibir isteri.Lakukannya setiap hari dan anda akan melihat kesan positif bukan sahaja kepada isteri malahan kepada diri anda sendiri.

2."Saya suka suami saya selalu memeluk saya"
Salah satu perkara yang membuatkan isteri atau wanita merasakan ketenangan dan cinta adalah dengan cara memeluknya dengan erat.Bilakah waktu yang sesuai untuk memeluk isteri anda?

Waktu yang sesuai memeluk isteri adalah ketika berpisah dengannya seperti keluar bekerja dan sebagainya.Anda hanya perlu melakukan satu pelukan yang ikhlas beserta rasa cinta kepada isteri anda.Peluk isteri anda dengan erat selama sekurang-kurangnya lima saat.

3. "Saya suka suami peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga"
Datang dari belakang isteri anda yang sedang berdiri atau sedang melakukan kerja di dapur,peluklah tubuhnya dari belakang sambil bibir anda mencium pipi isteri anda. Anda boleh membisikkan sesuatu ke telinganya seperti "I love U", "hi sayang" dan sebagainya.Pastikan isteri anda sedar akan kehadiran anda,kerana sekiranya si dia tidak sedar kehadiran anda dibelakangnya,berkemungkinan isteri anda akan terperanjat.

4. "Saat paling gembira ,adalah ketika tangan dipegang erat suami"
Bagi lelaki, memegang tangan merupakan perkara biasa.Tetapi bagi wanita, tangan merupakan anggota yang sangat sensitif. Bagi wanita, tangan bagaikan mewakili seluruh jiwa dan raga. Suami perlulah kerap memegang tangan isteri kerana disitulah terletaknya titik kemesraan serta rasa dihargai.

5. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"
Boleh dikatakan hampir kesemua wanita suka kepada lelaki yang boleh membuat mereka tersenyum dan ketawa. Senyum adalah ubat segala duka. Sentiasa mencari idea bagaimana menceriakan isteri akan membuatkan isteri anda sentiasa ingin anda bersamanya sentiasa.

6. "Saya sangat suka, suami selalu ucap i love you pada saya"
Satu perkara yang agak sukar kepada suami-suami di Malaysia khususnya untuk mengucapkan "i love you" atau " abang sayangkan sayang" kepada isteri. Hakikatnya perkataan itulah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua isteri.

7. Memasak untuknya
Sekali sekala suami juga perlu masak untuk isteri.Sering kita dengar ungkapan "nak pikat hati suami adalah dengan perutnya".Maksudnya isteri kena pandai masak. Ungkapan ini memang ada kebenarannya pada lelaki dan bernar juga kepada wanita.Kajian di Amarika mendapati 60% wanita akan melakukan hubungan seks selepas menikmati makanan yang dimasak lelaki tersebut. Anda bagaimana?masak untuk isteri sekali sekala apa salahnya.

8. "saya suka suami senyum pada saya"
Lemparkanlah senyuman manis anda kepada isteri setiap kali anda pergi atau pulang dari kerja.Ia menggambarkan kepada isteri anda bahawa dia sentiasa diterima disisi anda.

9."Suami saya jarang memuji saya.Saya suka kalau dipuji"
Jika isteri anda menggayakan baju baru dan bertanya "cantik tak baju ni?"apa anda akan jawab? "cantik!".
sebenarnya bukan baju yang ditanya oleh isteri anda.Anda patut menjawab"cantik sayang pakai baju ni".

10. "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"
Adalah cukup memuaskan hati seorang isteri jika mendapat SMS dari suami "sayang dah makan?" atau "sayang buat apa tu?". Lebih hebat lagi kalau anda menalifonnya atau menghantar SMS " i love you".Bagi suami SMS atau menalifon isteri adalah satu perkara biasa.Tapi tidak pada isteri atau wanita.

Isteri.. Kongsi ke wall suami...bagi sign sikit. hehe


                Aku jumpa artikel perasaan seorang isteri di dalam facebook. Artikel yang dikongsi oleh salah seorang rakan facebookku. Bila Azmin keluar pergi bekerja dan Ikmal sudah tidur. Aku luangkan masa untuk berjinak-jinak dengan internet memandangkan tiada kerja lain yang harus aku lakukan. Isha belum pulang untuk aku layani. Nak masak pun hari masih terlalu awal. Cuma aku dan Isha ja. Ikmal cuma makan bubur nasi yang telah aku siapkan.


            Sesekali melayan internet dapat juga sedikit info dan petua rumah tangga, tapi betul ke apa yang dikongsi ni. Adakah ini keinginan isteri-isteri di luar sana? Aku sendiri, macam mana pula? Apa keinginanku? Banyak [ula persoalan yang membelenggu jiwa aku. Sebagai isteri aku tak nafikan, aku ingin dimanjai oleh suamiku. Artikel itu mungkin juga sebahagian dari luahan perasaanku. Payah jugak sebenarnya bila sesekali aku keliru dengan kemahuan sendiri. Macam mana aku nak menjadikan Rumah tanggaku syurgaku bila kehendak sendiri pun aku tak faham? Ya Allah! bantulah aku untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Aku berdialog di dalam hati sambil tangan aku terus menyentuh skrin HPku,.setiap apa yang aku jumpa dalam laman utama di facebookku aku baca satu persatu.


          
Assalamualaikum sahabat di sini ingin ustaz kongsikan 10 Tips kemanisan dalam berumahtangga,Moga-moga ianya bermanfaat untuk semua :-

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya,hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.

Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.


         Wah! Kali ini aku jumpa pula tips rumah tangga bahagia. Aku baca dengan hati yang berbunga-bunga. Boleh ke aku ikut semua tips ni? Macam tak sesuai jer,.Macam tak berani jer,.Haip! aku mula mushkil dengan kemampuan sendiri. Malu kot nak praktikkan tip-tip tu semua. Memandangkan aku ni dah jadi isteri orang semula apa kata aku cuba ja? Dan aku pun terus membayangkannya. Ya Allah! bantulah aku! Terdetik doa itu dalam hati bila hati aku masih berdolak dalik di dalam. Aku rasa, aku tak mampu melakukan semuanya buat masa ini. Kena ambil masa juga ni untuk aku lakukan semua tip-tip tu. Kalau dengan Hariz dulu mungkin tanpa berbelah bahagi mudah saja aku lakukannya dengan rela hati. Ya Allah! Muncul lagi nama Hariz tu? Ampunkan dosaku Ya Allah!

         
Ooohhh,.
Ooohh,.

Berulangkali kau menyakiti
Berulangkali kau khianati
Sakit ini coba fahami
ku punya hati bukan untuk disakiti

        HPku berdering rancak dengan lagu yang telah aku setkan sebagai nada deringnya. Sengaja aku pilih lagu Judika, Bukan Dia Tapi Aku. Mungkin untuk menyakinkan hatiku sendiri dan cuba bangun dari luka semalam, jadi aku biasakan diri dengan mendengar lagu-lagu shahdu macam tu.


          ''Hello! Assalamualaikum,.Miza, apa cerita ni call aku time ni? Curi tulang erkk?,.'' aku menjawab panggilan dari Miza dengan suara yang ceria sekali. Kononnya nak bagitau Miza aku sedang bahagia di rumah ini.


            ''Waalaikumusalam!,.Piya,.kau dah tahu pasal berita terkini encik Hariz ke? Kau nak tau tak? Aku dah tahu cerita sebenar.'' Sebaik Miza menjawab salam, disampaikan pula tujuan dia menelefon aku. Dada aku tiba-tiba bergetar dengan laju sebaik nama Hariz disebut. Aku pegang dadaku dengan tangan kiri. Memang terasa laju degupan jantung aku tu.

           ''Kenapa dengan encik Hariz kau tu? Dah kahwin satu lagi ke? Ucapkan tahniah untuk dia, bagi pihak aku. Cakap kat dia, aku ucap semoga berbahagia hingga ke Jannah.'' tanpa menunggu Miza bercerita, aku terus membuat ulasan aku sendiri. Siap suruh ucap tahniah lagi.

            ''Ishh,.engkau ni! Aku belum mula mukadimah lagi,.sedap-sedap ja kau nak serkap jarang. Bukanlah! Encik Hariz tak kahwin pun dengan perempuan tu. Dengar kata perempuan tu model terkenal di Malaysia ni. Dengar kata lagi encik Hariz diperangkap oleh rakan kongsinya sebab dengkikan encik Hariz jadi rakan kongsinya itu upah model tu untuk goda encik Hariz.'' panjang lebar Miza bercerita. Aku diam membatu, cuba menghadam cerita yang sedang aku dengar. Aku tanya hati aku sendiri. Simpati atau apakah yang aku rasa sekarang? Aku bayangkan kisah aku lima tahun yang lalu bila Hariz ditangkap bersama perempuan lain yang kini adalah isterinya. Nampaknya sejarah telah berulang kembali.

             ''Oooo,..'' hanya itu yang mampu aku suarakan.

            ''Ooo jer? Kau tak kesian ke kat encik Hariz tu Piya,.atau pun untuk isteri dia?'' Miza bertanya perlahan, penuh berhati-hati. Mungkin Miza takut aku marah dia agaknya atau dia nak menguji aku dengan bertanya soalan seperti itu.

            ''Entah! No komeng!'' sengaja aku berseloroh dengan menambah huruf G dibelakang komen tu.

            ''Piya!,.tadi encik Hariz ada tanya aku pasal kau. Dia nak alamat kau tapi aku tak berani kasi, takut kau marah. Dia kata dia nak jumpa kau. Sebab tu aku call kau. Err,.dia cakap lagi, dia nak nombor telefon kau sebab dia nak call dan ajak kau keluar. Macam mana ni Piya?'' aku mengeluh perlahan. Nak buat apa Hariz nak jumpa aku lagi? Nak buat hati aku ni berdarah semula?

           ''Kau beritahu ja la tentang kebenarannya. Beritahu dia aku dah kahwin lain. Kalau nak jumpa aku, suruh dia minta izin dari suami aku dulu. Kalau tak, aku pun tak berani nak buat keputusan. Kalau dia tak faham jugak, kau cakap aje la dalam bahasa mandrin ke, tamil ka,.apa-apa jer la,.'' tu dia,.senang ja aku buat ayat. Nak jumpa aku ingat senang ke? Nanti kalau aku jumpa dia tanpa izin Azmin pun tentu aku jugak yang bakal merana. Azmin tu pun bukan aku tahu lagi peel dia macam mana. Nak keluar tadi pun, dia dah bagi amaran jangan keluar kalau tak ada hal penting. Nak keluar jumpa Hariz tu penting ke? Aku rasa,langsung tak penting kot!?


         ''Alaa,.Piya,.kau keluarlah pergi jumpa dia kejap. Aku tersepit ni, dia bos aku, kau kawan aku. Macam mana ni? Tolonglah aku Piya. Sekejap pun jadilah!'' ishhh,.ni yang aku bengang sangat ni. Aku ingatkan Hariz yang takkan faham bahasa. Rupanya kawan baik aku ni pun 2x5 ja, tak faham bahasa!

          ''Muktamad! Takkan sesekali. Tunggu Azmin balik dua hari lagi,aku ajak dia balik rumah mama, nanti kau tolong bagitau Encik Hariz kau tu, nak jumpa aku suruh dia pergi sana. Aku takkan jumpa dia berdua ja, lagi pun aku dah nekad nak jadi isteri solehah ni,.'' aku buat keputusan muktamad aku sambil tersenyum. Biarlah Miza tak nampak senyuman aku tu, yang penting aku takkan sesekali membelakangkan Azmin biar pun aku kahwin dengan dia bukan kerana cinta. Alah,.cinta tu kan boleh dipupuk!


          ''Kau ni,.aku dah janji dengan encik Hariz, nak pujuk kau.'' sayu suara Miza di hujung talian. Aku lepaskan tawa mendengar kenyataannya.Lantak kau la Miza, siapa suruh berjanji tanpa izin aku.

           ''Misi kau gagal 200%. Aku takkan makan pujukan kau, walau kau akan berjanji nak beri aku bulan dan bintang sekali pun! Titik! Full Stop!!'' Haa,.sekali aku buat ayat, yang kedengaran di hujung talian hanya dengusan nafas yang kuat. Marah ler tu? Lama juga Miza membisu hingga aku sudah mengambil keputusan untuk memutuskan talian dan,.

          ''Hello Piya! Jumpa abang sekali ja!'' aku kenal sangat suara tu walau lima tahun aku tak mengadap wajahnya. Suara Hariz sudah mengantikan suara Miza. Aku nak respon ke tak ni? Aku serba salah sekarang. Nak putuskan talian atau aku patut layan dia?

          ''Boleh encik Hariz! Dua hari lagi kita jumpa di rumah bekas mertua encik Hariz. Assalamualaikum!'' aku terus putuskan talian. Bukan aku tak sudi nak layan dia, cuma aku takut aku tak mampu mengawal perasaan. Aku takut hari aku yang ceria akan bertukar murung. Aku takut Azmin tak redha kalau tahu aku bergayut dengan bekas suamiku tanpa izinnya dan macam-macam lagi yang aku fikirkan. Yang paling aku pasti aku tak kuat untuk melawan perasaanku sendiri.

...............................................................



             ''Hai,.kenapa yang monyok jer ni? Takkan nak jumpa orang yang tercinta pun berwajah muram? Atau sebab abang ada sekali?'' aku menoleh ke arah Azmin yang asyik menyindir aku sejak tadi. Bermacam ayat dia dah ungkapkan dan semua ayatnya ditujukan untuk aku bila aku beriya-ia mengajak dia pulang ke rumah mama. Bila aku cakap nak jumpa Hariz di sana, lagi la sakan dia membebel. Entah apa yang dibebelkannya pun aku tak tahulah. Nampak sangat Azmin tak senang hati. Macam dia tak yakin saja dengan kesetiaan aku. Aku macam nak meraung saja bila dia masih terus-terusan bersuara walau aku menafikan apa yang dia kata.


        ''Kalau kau tak izinkan, cakap saja Min. jangan nak sindiri-sindir aku macam ni. Kalau sebab kau ada sekali, rasanya boleh kot, aku pergi jumpa dia diam-diam. Tapi, aku tak buat macam tu Min sebab aku tahu, aku perlukan izin kau, kalau nak buat apa pun.'' pedih dalam hatiku ini. Semua lelaki sama saja! Aku percayakan dia akan bahagiakan aku dan sembuhkan hati aku yang pernah terluka ni, tapi dia tak mahu memahami hati aku pun.

         ''Dah tahu macam tu kenapa masih nak jumpa jugak? Nak lepaskan rindu?'' air mata aku sudah mula bergenang, tunggu masa saja bakal gugur. Ya Allah! Berikan aku ketabahan Ya Allah! Hanya Engkau yang tahu hati aku ni macam mana.


          ''Min,.tolonglah! Jangan terus-menerus menyakitkan hati aku. Kalau kau tak restu, kita balik sekarang Min. Aku tak kuat Min, untuk terus mendengar ayat-ayat sindiran kau tu,.'' air mataku sudah mengalir laju. Ya Allah! betapa sakitnya hatiku ini melebihi sakitnya aku dimadukan Hariz dulu.


        ''Hati kau ja yang sakit. Habis,.hati aku ni macam mana? Kau ingat aku tak sakit hati, bila isteri aku ajak aku jumpa bekas suami dia, yang dia tersangat sayang dan cinta tu? Kau ingat hati aku ni kebal sangat? Hah?'' suara Azmin semakin kuat. Aku pegang dadaku. Dapat ku rasakan betapa dalamnya luka yang ku rasakan saat ini. Aku sudah tersedu, tak mampu lagi untuk mengawal diri. Aku bangun dan menuju ke pintu pagar. Biarlah, apa nak jadi pun. Aku tak mahu terus menunggu lagi. Hati aku perit. Telinga aku sakit, terasa berdengung saja gegendang telinga aku ni.


           ''Piya! nak ke mana tu Piya? '' aku dengar suara Azmin melaung namaku. Ahh,.biarkan dia. Aku ada di sebelah dia,.asyik nak lepaskan apa yang dia rasa. Perasaan aku tak pernah dia nak jaga. Biarlah aku bawa diri sekali lagi. Bekas suami dan suami aku sekarang ni sama saja. Aku bermonolog dalam hati sambil kaki terus melangkah. Aku menuju ke arah bus stop yang berdekatan dengan taman perumahan mama. Mama! Maafkan Piya,.keluar rumah mama tanpa sebarang pesan. Nanti umur panjang kita jumpa lagi ya. Aku sudah menceceh di dalam hati. Sambil berjalan aku menoleh ke belakang. Nasib aku baik bila sebuah teksi bergerak perlahan ke arahku, lantas aku tahan teksi tersebut.


          ''Nak ke mana cik?'' ramah pemandu teksi bertanya sebaik aku masuk ke dalam teksinya. Aku mengeleng. Otak aku buntu. Ke mana harus ku bawa hatiku yang sedang lara ini? Ya Allah! Berikan aku ilham. Aku perlukan ketenangan saat ini untuk menenangkan hatiku.


          ''Tempat mana yang boleh memberi ketenangan pak cik? Bawa saya ke situ!'' aku menjawab sambil mengesat air mataku, dalam masa yang sama aku menarik nafas dalam-dalam dan memujuk hatiku agar bertenang.

         ''Baiklah cik!'' tanpa banyak soal pemandu teksi itu menyahut ramah sambil tersenyum. Suasana sepi selepas teksi bergerak pergi. Aku cuba berzikir di dalam hati semampu mungkin. Kalimah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillah, Wallahuakbar sentiasa aku lagukan di dalam hati untuk mencari ketenangan jiwaku yang telah berantakan sebentar tadi. Sesekali aku tukar dengan selawat kepada baginda Rasullullah S.A.W. Tak habis dengan itu aku beristighfar berkali-kali.Aku juga turut berdoa di dalam hati kerana aku tahu hanya Allah yang mampu berikan aku ketenangan itu.

........................................................................


            
                   ''Kita dah sampai cik!'' aku menjenguk ke luar tingkap dan kembali memandang ke hadapan. Pak cik teksi sudah tersenyum ceria kepadaku. Aku cuba membaca mindanya dengan melihat senyumannya itu.

                 ''Rumah Allah, tempat paling tenang dalam dunia ni cik, selain Mekah! Bila nak cari ketenangan datanglah ke masjid cik. Pak cik bawa cik ke sini sebab pak cik rasa masjid ni paling cantik dengan permandangannya. Anugerah Allah yang tak ternilai untuk kita semua.'' aku mengangguk setuju. Permandangan sekeliling masjid ni memang cantik dengan taman reakreasinya. Masjid Putra Jaya boleh dikatakan tempat yang selalu dikunjungi terutama oleh pelancong dari luar negeri atau orang Malaysia juga.


               ''Terima kasih pak cik! Berapa tambang?'' selepas aku bertanya, baru aku perasan aku tak bawa beg tangan pun, tiada juga Hp. Ya Allah! Aku sudah mula mengelabah. Begini jauh aku datang tanpa sesen pun duit juga tanpa satu pun alat untuk aku hubungi orang lain.


              ''Pak cik! saya,.saya terlupa bawa duit,.'' air mataku bergenang lagi. Kali ini bukan kerana sakit hati, tapi kerana malu dengan pak cik teksi tersebut. Aku berfikir seketika untuk mencari jalan penyelesaiannya. Di mana aku nak cekau duit ni? Apa yang harus aku buat? Inilah natijahnya kalau keluar rumah tanpa izin suami. Ikut sangat perasaan sakit hati tu. Allah menguji aku dikala ini dengan rasa sakit dan kecuaian aku sendri. Ya Allah! hantarkan seseorang untuk membantu aku. Sempat aku berdoa di dalam hati.


            ''Piya! Kenapa buat macam ni Piya? sikit-sikit nak lari. Sikit-sikit nak lari. Cuba bawa bersabar sikit, jangan pentingkan diri sendiri sangat!'' entah dari mana Azmin muncul dan terus membebel bila pintu teksi di bukanya rakus. Aku bernafas lega, walau masalah baru akan bermula sekurang-kurangnya Azmin boleh bayarkan duit tambang teksi.

            ''Jangan cakap apa-apa lagi Min! Nak marah pun tunggu selepas ni. Aku nak duit Min. Nak bayar duit tambang. Aku terlupa bawa beg tangan.'' malas aku nak layan bebelan Azmin terus aku hulurkan tangan kepadanya. Dia mengeleng sambil mengeluarkan dompet duit lalu dia membayar tambang seperti yang diminta. Bila teksi berlalu Azmin terus memiat telingaku di sebalik tudung. Seperti budak kecil saja aku rasakan bila diperlakukan seperti itu.

           ''Lepaslah Min!!'' aku menjerit kuat. Geram betul aku dengan gelagatnya itu. Malu tau diperlakukan seperti itu di tempat awam! Huh!


       ''Kenapa nak buat perangai macam budak-budak ni haa?,.'' soalan Azmin buat wajah aku berbahang. Budak-budak? Habis kau asyik sindir  aku tu perangai orang tua yang matang la? Aku berdialog di dalam hati sambil mencebirkan bibir kepadanya.

        ''Kenapa? Tak betul?'' sekali lagi dia bersuara. Nak menyalahkan aku ler tu. Rasanya lagu Dato Siti Nurhaliza, Kesilapanku Keegoanmu lebih sesuai ditujukan untuk Azmin sekarang ni.


        ''Aku ja budak-budak? Habis tu kau tu matang sangat? Membebel macam tok nenek! Semua aku yang salah. Orang lelaki ni semuanya sama ja. Ego nak mampus!'' akhirnya keluar jugak ayat berbisa tu. Aku tak mampu lagi nak bersabar dengan kerenah dia. Kalau nak cemburukan Hariz tu pun, agak-agaklah sama.

         ''Aku cemburu kau tahu tak? Kita dah jadi suami isteri tapi kau nak panggil aku abang pun kau tak sanggup. Kau masih sayangkan bekas suami kau tu kan?'' Ya Allah! Keluar lagi soalan maut tu. Dah la buat statement entah apa-apa. Macam aku tak tahu dia sedang cemburu tapi cemburu dia tu bukan setakat cemburu buta, tapi cemburu buta plus pekak plus tuli. Hah! Ambik kau!


         ''Orang kata,.sekilas ikan di air,.dah tahu jantan betinanya. Kau tak payah cakaplah kau cempuru. Dari ayat-ayat kau pun aku dah tahu. Kalau kau nak suruh aku panggil kau abang,.okey! Ya,.abang Min sayang! Aku dah tak ada perasaan pada bekas laki aku tu. A.k.a,.encik Mohd Iqbal Hariz. Memang aku pernah sayangkan dia, pernah cintakan dia,.tapi Allah bagi kau akalkan? Cuba kau guna akal sikit kalau nak cemburu pun!,.Hiesyyy!!,.'' aku dah tak mampu nak karang ayat seterusnya. Dada aku ni sakit sangat. Dah tepu dengan perasaan marah dan geram. Kalau aku teruskan berkata-kata, aku takut bakal ada ayat-ayat yang lebih menyakitkan hati Azmin akan keluar.

         ''Aku nak release tension jap. Kalau abang Min nak ikut, jomlah!,. tapi pastikan mulut tu boh pedal ayam dulu naa,.'' akhirnya aku ingin mengalah saja. Tanpa menunggu Azmin bersuara, aku terus melangkah menuju ke tepi tasik. Aku perhatikan sekelilingku. Memang ramai manusia yang sedang menghayati permandangan di sini.

          '' I love you Safiya. Please,.jangan tinggalkan aku!'' terasa pinggangku dipaut kejap. Aku kaku sekejap. Azmin memusingkan tubuhku supaya berhadapan dengannya. Dia merenung wajahku. Aku jungkitkan kening. Kau jangan nak romantik sangat kat tempat awam ni Min. Aku belasah kau nanti. Aku beri isyarat melalui mata dan berdialog di dalam hati. Kau tak faham memang kau sakit!


            ''Piya! Aku minta maaf! Jomlah,.kita balik rumah mama semula. Aku teman kau jumpa Hariz. Tapi sepanjang kau berbual dengan dia, biar aku duduk di sebelah. Boleh macam tu?'' Azmin meminta maaf dan memberikan syarat andai aku nak berbual dengan Hariz jugak. Macam la aku ni terdesak sangat nak jumpa Hariz tu.

            ''Nantilah! Cancel,.aku tak mahu jumpa Hariz dah hari ni. Biarlah dia tunggu di rumah mama tu sampai bila-bila. Kau pergi ambil Isha dengan Ikmal. Nanti kau datang ambil aku di sini. Aku malas nak balik sana semula. Jenuh pula nak menjawab dengan mama nanti,.'' aku memberi kata putus. Azmin mengeluh. Macam tertekan saja bunyinya?!

         ''Abang takkan tinggalkan Piya di sini, walau apa pun, Piya kena ikut abang jugak.'' bila aku dah buat kata putus, Azmin juga tak mahu mengalah. Dia paksa juga aku ikut dia. Kalau dia bawa Isha dengan Ikmal tadi, tentu kami tak perlu bertekak macam ni.

       ''Kenapa tak bawa Isha dengan Ikmal tadi?  Kalau tak tentu boleh balik terus ke rumah kita,.'' aku cuba menyalahkan dia pula. Bukannya apa,.dia dah banyak menyalahkan aku tadi. Biarlah adil sikit.


        ''Nak bawa apanya? Menonong ja Piya jalan. Laju semacam ja. Ni nasib baik abang sempat kejar. Kalau nak masuk ambil budak-budak tu dulu tentu Piya dah hilangkan? Kalau abang tak datang tadi, Piya jugak yang susah. Naik teksi tak bawa duit, ingat pak cik teksi tu nak bagi Piya naik teksi dia free macam tu ja?'' aku berfikir kembali akan kata-katanya. Ada benarnya juga.


        ''Yalah tu,.terima kasih sebab abang kejar Piya tadi,.'' sengaja aku nak menyedapkan hati Azmin, aku cuba buang rasa malu aku tu dengan memanggilnya abang. Aku memandang sekilas ke arahnya untuk melihat reaksinya. Seperti yang aku duga, dia dah senyum sampai ke telinga.
Aku pula yang rasa berbahang melihat reaksinya itu.


          ''Terima kasih sayang! Jom balik rumah kita. Budak-budak biar di rumah mama dulu, tengok mama macam serasi ja dengan budak-budak tu tadi.'' Azmin mengajak aku balik sambil tersenyum ceria. Aku pandang dia dengan wajah kelat. Blurr sekejap dan cuba memahami maksudnya. Bila dia mengenyitkan mata berkali-kali aku sudah berbahang kembali. Huh!


           ''Jangan nak miang sangat! Baru panggil abang dah nak mengatal. Jomlah,.kita ke rumah mama balik. Orang kata jangan lari dari masalah. Piya nak berdepan dengan masalah Piya. Terpulang kat abanglah kalau nak duduk sebelah Piya ke, nak duduk atas riba Piya ke,.tengok abang punya senyum tu, lebih baik jangan balik rumah kita sekarang. Tak pasal-pasal Piya jadi tahanan abang pulak.'' aku terus melangkah laju dan mataku melilau mencari kereta Azmin.  Terasa tanganku dipegang orang dan dia menarik aku ke arahnya. Aku menoleh dan mencerlungkan mata.

           ''Piya nak jumpa jugak bekas suami Piya tu?''


           ''Yupp!,.Jomlah!'' aku mengangguk dan mengheretnya ke arah kereta. Azmin pakukan langkah.


            ''Piya dah panggil abangkan? Min,.beri aku peluang untuk aku menyayangi dan mencintai kau perlahan-lahan. Aku berjanji akan setia pada kau sorang ja Min. Kalau kau nak paksa aku macam ni, aku tak nak panggil kau abang lagilah!'' aku pura-pura merajuk dan berpusing ke arah lain.

          ''Okey,.okey,.abang ikut kehendak Piya kali ni ja. Lepas ni abang tak mahu Piya jumpa dia lagi. Abang rasa tergugat tahu. Macam abang tak tahu Hariz tu cinta pertama Piya. Piya panggil abang,.abang semula ya. Jangan merajuk, abang tak pandai nak pujuk, tapi kalau nak suruh abang merajuk sama, rasanya abang lagi terror bab tu,.'' Azmin ketawa selepas ayatnya selesai diluahkan.


          ''Banyak cantik!'' Jenuhlah aku, kalau dia merajuk dah macam pujuk baby tua la pulok. Hihihi,.



...............................................................................



                Aku dan Azmin sampai ke rumah mama bila hari sudah lewat dan zohor sudah hampir berlalu. Inilah kelemahan manusia seperti aku yang terlalu mengikut perasaan. Akhirnya solat juga yang diabaikan walau bukan terus mengabaikannya, cuma lewat mengerjakannya. Hampir pukul 3.00 petang kami sampai dan Hariz hampir pulang kerana sudah jemu menunggu.

             Sebenarnya, selepas aku mengajak Azmin pulang ke rumah mama tadi, dia pula yang tak mahu pulang. Azmin kata nak luangkan masa bersama aku, jadi kami ronda-ronda sekitar tasik Putra Jaya. Puas meronda dan meluah perasaan barulah kami mengambil keputusan untuk pulang. Azmin dah beri izin padaku untuk aku berbual dengan Hariz. Dia nak percayakan aku 100%. Itu kata dia bila aku berjaya menyakinkan dia bahawa Hariz adalah masa laluku.

            ''Papa dengan ibu pergi mana?. Kesian kat Isha dengan baby!'' kami disambut oleh Isha sebaik kami membuka pintu kereta. Aku memimpin tangannya dan menuju ke arah mama,papa dan Hariz yang masih menunggu kami di laman depan.


           ''Piya dengan Min ni pergi mana? Piya cakap kat mama tadi nak jumpa Hariz di sini. Dah lama Hariz tunggu, sekarang baru korang balik? Ni ha,.Isha pun asyik bertanya mama ja, kamu ke mana,.'' kami disambut pula dengan soalan oleh mama. Aku tak berani langsung untuk menoleh ke arah Hariz. Entah kenapa tiba-tiba jantung aku ni berlari laju. Degupannya buat aku jadi kaku.

          '' Kami belum solat mama. Kalau boleh kami nak minta izin masuk untuk solat dulu. Encik Hariz,.kalau masih nak jumpa isteri saya ni,.boleh tunggu sekejap?'' Azmin bersuara terlebih dahulu. Soalan mama tak berjawab juga. Aku mati akal. Mataku hanya berani memandang mama untuk meraih simpati. Seumur hidup, ini kali pertama aku berdepan dengan situasi ini. Berdepan dengan bekas suami yang pernah aku sayang dan pernah aku cinta sepenuh hati. Dalam masa yang sama juga aku berusaha untuk tidak mahu melukakan hati suamiku yang merupakan kawan baikku Azmin, yang juga kuat cemburu.


          ''Dah pukul berapa ni? Takkan belum solat? Tak jumpa masjid ke dalam perjalanan tadi?'' bertalu-talu soalan mama. Sebetulnya bukan tak jumpa masjid, kami dari masjid tapi tak sedar masa kami bertolak tadi dah hampir masuk waktu. Lepas bertolak beberapa minit baru kedengaran azan. Ingatkan sempat sampai ke rumah tapi ada kemalangan maut pula di tengah jalan yang membuatkan jalan sesak teruk.

          ''Ingatkan nak balik solat di rumah mama. Tak tahu pula akan terserempak dengan kemalangan pula. Itu yang lambat sampai tu,.'' aku mula bersuara sambil memandang sekilas ke arah Hariz dan kembali merenung wajah mama. Papa jangan tanya. Lain benar papa sejak jumpa aku semula. Papa tak seramah dulu dengan aku. Mungkin juga papa masih marah kerana aku yang meminta agar aku dan Hariz bercerai dulu. Aku kahwin dengan Azmin ni pun papa macam tak nak restu ja. Entah apa yang Azmin dah cakapkan kat papa. Akhirnya papa melepaskan aku untuk menjadi isteri Azmin.

        ''Pergilah solat dulu. Tak apa abang masih boleh tunggu. Lima tahun abang tunggu Piya, takkan untuk beberapa jam lagi abang tak sanggup tunggu. Tahniahlah! Abang baru tahu dari mama, Piya dah kahwin lain.'' aku menoleh pantas ke arah Hariz. Terkejut mendengar kenyataannya. Mata kami terus bersatu sebaik aku menoleh ke arahnya. Ya Allah! Baru aku perasan Hariz dah tak sekacak dulu lagi. Wajahnya sudah cengkung, dengan misai dan janggut yang tidak terurus. Rasa macam nak menangis saja. Tapi ada persoalan yang harus aku tanyakan. Tak payah nak emosional sangat di depan Azmin ni. Nanti,.kalau cemburu dia tu datang, tak pasal-pasal aku yang kena leter lagi.


            ''Miza tak bagitau encik Hariz ke?'' sengaja aku memanggil dia encik sebab tadi aku dengar Azmin pun panggil dia encik, takkan aku nak panggil Hariz abang pulak? Hariz mengeleng lemah. Ada sinar luka di wajahnya. Papa pun seolah tersentak dengan pertanyaanku. Mama hanya memandang simpati ke arah Hariz. Aku tak mengerti apa yang mama dan papa fikirkan. Selepas kami bercerai aku kadang-kadang terasa seolah aku ni anak tiri mama dan papa. Aku tahu, kami bercerai dulu pun bukan kerana Hariz buat salah. Hariz kena tangkap basah dengan isteri dia pun bukan sebab dia buat salah. Mama dan papa selalu cakap semua itu takdir dan meminta aku redha dengan semuanya. Ya! Aku tahu Hariz menceraikan aku kerana aku yang meminta. Berdosakah aku?

             Bila diimbas kembali lima tahun yang lalu, memang Hariz berat nak melepaskan aku. Dia kata kalau aku nak melanjutkan pelajaran, dia akan izinkan tapi jangan meminta untuk bercerai. Aku pula ketika itu hanya membuat keputusan demi kebahagiaan dia. Aku juga berjanji kalau masih ada cinta di hatiku padanya selepas aku pulang ke Malaysia, aku akan rujuk semula bersamanya. Akhirnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Aku pun tak menduga semua ini akan terjadi. Jadi,.siapa yang bersalah dalam hal ini? Akukah?

        ''Piya!,.Jom masuk solat dulu! Lepas solat berbuallah lagi.'' aku menoleh ke arah Azmin yang sudah mencapai tanganku. Tanpa banyak soal, aku hanya menurut saja kemahuannya. Namun, dalam hatiku masih dilanda taufan resah yang tak sudah. Mendengar kenyataan Hariz dan tingkah laku mama dan papa. Sungguh! Aku juga terluka dengan situasi sekarang dan berada di persimpangan dilema. Antara nak mengambil hati mama dan papa atau nak menjaga hati Hariz atau Azmin. Persoalannya kalau semua hati nak ku jaga, hati aku bagaimana pula? Haruskah aku menjadi lilin, membakar diri untuk menerangi semua orang? Ya Allah! Bantulah hambaMU yang sedang buntu ini!

................................................................................


                   ''Kenapa Piya mungkir janji dengan abang? Piya berjanji dengan abang dulu, Piya nak sambung belajar, lepas balik Piya nak kita rujuk semula. Kenapa Piya? Kenapa Piya tergamak nak tipu abang? '' aku mengeluh berat. Mereka suruh aku terima takdir tapi mereka sendiri tak dapat menerima suratan takdir ini.

                ''Encik Hariz,.jodoh, ajal dan maut semua tu Allah yang tentukan. Encik Hariz dah bahagia dengan isteri dan anak-anak kenapa masih nak mempersoalkan janji Piya? Lagi pun Piya tak cakap bila pulang Piya nak rujuk semula. Cuba ingat sekali lagi Piya cakap apa. Piya kata, kalau Piya masih sayangkan encik Hariz selepas pulang ke Malaysia baru kita rujuk semula. Tengoklah encik Hariz! Jodoh antara kita berdua memang dah tak ada!'' aku cuba membela diri dari terus dipersalahkan. Aku sabar menanti kata-kata Hariz yang selanjutnya.

             ''Suka hati Piya sajakan,.mainkan perasaan abang macam ni? Piya ajak abang jumpa di rumah ni, lepas tu bawa suami baru Piya dengan anak-anak dia. Panggil abang encik, dah tu berpegangan tangan di depan abang. Apa yang Piya ingin buktikan? Piya nak buktikan kat abang, Piya bahagia walau tanpa abang? Macam tu?'' Ya Allah! Aku dapat rasakan hatiku kembali ditikam,dicincang dan dilapah. Pedihnya tak terkata mendengar ayat-ayat Hariz.

           ''Encik Hariz,.kalau nak jumpa Piya semata-mata nak menyalahkan Piya dan nak menyakitkan hati Piya. Lebih baik kita lupakan saja. Lebih baik encik Hariz balik ke rumah dan bahagiakan isteri dan anak-anak encik Hariz. Sedarlah encik Hariz, semua yang berlaku ini adalah kehendak Allah.'' aku mula hilang sabar melayan Hariz. Salahkah aku berpegangan tangan dengan suami aku sendiri? Suami aku yang sah. Dia pun dah ada tiga orang  anak sekarang ni, aku baru dua minggu jadi isteri orang. Masih dalam mood honeymoon lagi. Takkan Azmin pegang tangan aku depan dia pun salah?

             ''Piya dah tak sayangkan abang lagi? Piya dah tak cintakan abang lagi? Begitu senang Piya lupakan abang yang kononnya Piya cinta sejak dulu. Kononnya Piya dah simpan perasaan Piya kepada abang sejak kita sekolah. Inikah buktinya kasih sayang Piya tu?'' sinis bunyi suaranya. Kepala aku bagai nak pecah mendengar sindirannya itu.


           ''Cukup-cukuplah tu encik Hariz! Kita dah tak ada apa-apa lagi! Jangan nak tuding jari sangat. Selama ini Piya bersabar, Piya terima semua yang berlaku. Piya sanggup korbankan perasaan Piya dan pergi ke luar negeri. Itu semua sebab nak encik Hariz menjadi seorang suami yang baik untuk isteri encik Hariz tu. Supaya encik Hariz tak berbelah bahagi untuk melayan dua isteri sekaligus. Kenapa masih nak salahkan Piya!! '' aku bangun dan bertempik kuat. Aku lepaskan segala amarah yang aku simpan di dalam hati.


           ''Piya!!,.Kenapa Piya dah banyak berubah? Kenapa Piya tergamak nak tinggikan suara pada abang. Memang betulkan Piya dah tak sayangkan abang lagi?'' keluar lagi soalan itu dari bibir Hariz. Masih tidak mengertikah dia, aku kini adalah isteri Azmin? Aku bukan isteri dia lagi!


            ''Ya! Memang Piya dah tak sayangkan encik Hariz lagi. Piya dah ada suami. Kenapa Piya nak sayang encik Hariz pulak? Tak ada sebab untuk Piya terus menyayangi encik Hariz! Encik Hariz dengan Piya sekarang ni dah bukan mahram lagi. Takkan itu pun tak faham? Encik Hariz orang masjid, setiap waktu solat di masjid. Kenapa encik Hariz jadi macam ni? Sepatutnya encik Hariz lebih sedar, encik Hariz yang banyak berubah, bukannya Piya! Encik Hariz nak suruh Piya panggil encik Hariz abang,.encik Hariz sedar tak,panggilan tu hanya akan melukakan hati suami Piya. Takkan encik Hariz tak tahu hukum, sekiranya seorang isteri menyakiti suaminya?'' itulah hakikatnya yang perlu Hariz tahu. Aku malas nak berdolak dalik lagi. Kalau dia masih berdegil untuk aku sayang dia macam dulu lagi, aku sudah bersedia dengan hujah aku yang seterusnya.

           ''Maafkan abang Piya! Abang,.abang tak pernah melupakan Piya. Abang tunggu Piya pulang untuk rujuk kembali dengan Piya tapi abang kecewa sangat bila Piya dah jadi milik orang. Abang tak bahagia dengan Kirah. Setiap kali abang bersama Kirah abang selalu terbayangkan Piya. Abang hanya tunaikan tanggungjawab abang terhadap Kirah selama ini. Hati abang ni hanya untuk Piya. Abang tak dapat nak sayangkan Kirah, macam abang sayangkan Piya.'' aku beristighfar tanpa sedar. Macam mana Hariz begitu cuai, sedangkan dulu Hariz seorang suami yang beriman. Takkan kerana penceraian kami menjadikan Hariz begini? Teruk sangat ke aku ini? Atau Hariz terlalu menyayangi aku melebihi segalanya. Sebagai orang Islam sepatutnya Hariz kena sedar, Allah adalah segalanya. Isteri,anak dan keluarga ini hanyalah pinjaman semata-mata.


           ''Apa yang encik Hariz ada di dunia ni, semuanya hanyalah pinjaman dari Allah. Isteri encik Hariz yang sekarang ni adalah pinjaman dari Allah! Anak-anak encik Hariz juga. Pulanglah encik Hariz. Hargailah orang-orang di sisi encik Hariz. Lakukanlah apa yang Allah perintah itu dengan hati yang Ikhlas dan sentiasalah redha dengan apa yang telah Allah takdirkan. Sudah tertulis encik Hariz jodoh kita sudah lama habis. Piya juga nak hidup bahagia dengan keluarga baru Piya. Encik Hariz pun pulanglah dan bahagikan keluarga encik Hariz. Jangan sampai encik Hariz kehilangan mereka baru encik Hariz nak sedar betapa berharganya mereka buat encik Hariz.'' aku melepaskan nafas kelegaan selepas meluahkan segalanya. Itulah yang aku hafal semalam. Bukan senang nak menyusun ayat-ayat itu. Memang aku sudah membayangkan suasana hari ini cuma aku tak pernah terduga begitu Hariz menderita kerana kehilangan aku hingga dia hilang pertimbangan. Sayang sangatkah Hariz kepadaku?


            ''Kalau itu yang Piya kata, abang akan beralah saja. Terima kasih kerana Piya sudi jumpa abang hari ni. Abang nak buat permintaan untuk kali terakhir pada Piya. Tolong panggil sekali saja panggilan abang tu. Abang rindu sangat nak dengar Piya panggil abang macam dulu.'' dapat aku kesan suara Hariz yang sebak ketika mengungkapkan ayat-ayatnya itu. Aku juga turut terasa sebak , Ya Allah! hanya engkau yang tahu hati aku saat ini. Macam nak meraung rasanya tapi terpaksa aku berpura-pura tabahkan hati.


          ''Baiklah abang! Ini kali terakhir Piya akan panggil abang. Piya bukannya tak mahu cuma Piya, kalau boleh teringin jugak nak jadi isteri yang solehah. Abang tahukan, Piya dah tak mampu nak beri zuriat untuk Azmin. Yang mampu Piya buat adalah dengar semua cakap Azmin. Dia suami Piya, kalau dia pun panggil encik takkan Piya sedap-sedap nak panggil abang.

Abang pun jagalah hati Kirah. Hati abang tu serahkanlah untuk Kirah sepenuhnya. Dia sudah banyak berkorban melahirkan zuriat abang, takkan abang tak boleh berkorban untuk lupakan Piya dan sayangkan dia sepenuh hati? Satu lagi,.kenapa teruk sangat abang sekarang ni? Misai, janggut semua dah tak terurus. Kalau Piya masih isteri abang memang kena reject la. Piya tengok pun tak selera. Dah tak hensem dah macam dulu,.'' aku ketawa bersahaja, cuba menceriakan suasana yang berbahang sebentar tadi.


         ''Amboih! sedapnya Piya kutuk abang. Tahulah dapat suami hensem dari abang pun. Abang nak pulang dah. Nanti kirim salam kat suami Piya tu. Abang malas nak masuk dah. Malu dengan mama dan papa. Abang kena reject dengan bekas isteri,.'' Hariz berkata sambil bangun. Aku hanya menganggukkan kepala. Aku ingin ketawa tapi suaraku seakan mahal pula. Cuma bibir sempat mengukirkan senyuman dengan gurauan selambanya itu. Hariz berlalu pergi selepas itu. Aku terus bermenung di laman depan seorang diri. Di laman yang menjadi kenangan terakhir antara aku dan Hariz. Entah bila kami akan bertemu lagi? Biarkanlah rinduku terus berlagu lagi dalam hati. Yang pasti lagu rindu di hatiku kini sudah bertukar arah. Arah yang baru aku setkan. Hanya buat Muhammad Azmin, suami yang WAJIB aku sayangi.

***************************************Tammat********************************


Dialog yang sengaja ditinggalkan dan mungkin pembaca nak tahu?


Safiya : Abang! Piya rasa dulu abang ada nak cerita kat Piya tapi abang tak ceritakan pun,.

Azmin : Cerita apa? (blurr)

Safiya : Alaa,.pasal bekas isteri abang tu la!

Azmin : Kenapa dengan dia?

Safiya : Kenapa tanya Piya pulak?

Azmin : Apa yang Piya nak tahu pasal dia?

Safiya : Kenapa abang berpisah dengan dia? Ceritalah! Piya nak tahu.

Azmin : Oh! Cerita tu,.err,.dia curang belakang abang sebab abang selalu kerja di luar, sekali tu abang nak buat susprize untuk dia, abang         pulang tengah malam. Ingatkan abang nak susprizekan dia rupanya dia yang susprizekan abang dulu.

Safiya : Dia sediakan kek untuk abang ke?

Azmin : Kek apanya tengah malam? Dia bawa masuk jantan. sudahlah! Abang malas nak cerita lagi

Safiya : Alaa,.Min,.kau cerita la Min,.cerita la, cerita la,.

Belum sempat Azmin buka mulut, masuk pula Isha sambil mencelah di tengah ibu dan papanya.

Isha : Ibu! Malam ni Isha nak tidur dengan ibu jugak. Asyik papa ja yang tidur dengan ibu hari-hari.

Azmin : Eh,.mana boleh! Isha dah besar mana boleh tidur dengan ibu dan papa lagi. Ishakan dah sekolah.

Isha : Papa pun dah tua, Boleh tidur dengan ibu. Kan ibu? Kan? Kan?

Safiya : Hahaha,.

Szaza Zaiman : Semoga enjoylah hendaknya,.ada kesalahan dan kesilapan di mana-mana tu kira halal la noo,.dah malas nak edit dah malam ni,.baru ja siap, dah tak sabar nak update.



Nama sebenar si cilik ni Fatin Najiha

Keluarga Fatin Najiha

Rakan FB akak Mas Asrol Nizam

Hihi,.yang ni akak tak pasti siapa,.akak cilok dari tnet jerr,. :D

Adik beradik Fatin Najiha,.yang lelaki tu Faris sebagai Ikmal,.