Isnin, 9 Januari 2017

Hanya Kau Di Hati

Sebab nak padam cerpen Sebuah Kehidupan, jadi cerpen ni terpadam sekali..ini saya update kembali cerpen lama. Jangan lupa, tunggu cerpen saya yang seterusnya selepas ini. Cerpen yang ada tanda soal dihujungnya. Siapa Pilihan Hati Ummi? Dan Bertepuk Sebelah Tangankah Aku? Masih belum siap lagi. Mod terjun gaung..hihi


          AISHAH sibuk mengemop lantai di ruang tamu rumah agam Dato Rozaidi. Sudah seminggu dia bekerja sebagai pembantu rumah Dato Rozaidi dan Datin Rosma ini. Bukan tak ada kerja lain yang nak dipohon. Kebetulan Aishah sedang menyiapkan novel terbarunya yang mengisahkan seorang gadis pembantu rumah. Jadi, demi novel tersebut, Aishah sanggup berkorban untuk bekerja sebagai pembantu rumah sementara.

           Bukan senang nak menulis novel ni tanpa pengalaman dan pengetahuan. Aishah ingin menghidupkan watak dan jalan ceritanya agar pembaca-pembaca tak bosan dengan gaya penulisannya.

           "Ecah, nanti lepas mop lantai ni, Ecah jangan lupa cuci toilet pula. Saya nak keluar. Awak jangan berani nak curi tulang. Bila saya pulang nanti, saya nak semua kerja dah settle. Faham?" Datin Rosma memberi arahan.

            Aishah tersentak seketika. Dipandang wajah Datin Rosma yang anggun bergaya. Gaya seorang isteri orang korporat. Aishah tak hairan, kerana Aishah sendiri dilahirkan dari golongan orang berada. Walidnya Tan Sri Zainal Abidin, manakala ibunya Puan Sri Khadijah Husna. Memang agak pelik sikit bila anak orang berada seperti Aishah sanggup jadi pembantu rumah. Memang tak logik dan tak masuk dek akal tapi, Aishah dah pecahkan rekodnya demi minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan demi kepuasan pembaca-pembacanya.

           "Baiklah datin." perlahan Aishah bersuara. Datin Rosma terus mengayun langkah menuju ke muka pintu, manakala Aishah meneruskan kerjanya. Selesai di ruang tamu. Aishah menuju ke ruangan dapur. Clear!

           Dapur sudah bersih. Hanya tinggal bilik air saja lagi yang belum disental. Kerja ini yang paling Aishah alegik sekali. Tapi, apa nak buat. Mahu atau tak, terpaksa juga Aishah lakukan. Wajib!

              "Woi, perempuan! Kau buat apa tu? Keluar! Aku nak masuk!" Aishah toleh ke belakang. Terpandang wajah anak sulung Datin Rosma. Zul Fazli sedang merenungnya tajam.

           "Tapi Encik Zul, di bilik Encik Zul kan ada bilik air juga. Kenapa tak masuk bilik air dalam bilik Encik Zul aje? Lagipun saya belum  habis lagi mencuci." Aishah memprotes. Dia baru saja mula mencuci. Dalam rumah agam ini ada banyak bilik air, kenapa bilik air ini juga yang nak dimasuknya?

       "Dahh, kau jangan banyak songeh pula. Aku cakap keluar. Keluar saja la. Kau tak faham bahasa ke? Kau nak aku cakap bahasa apa? Mandarin? Tamil? Sepanyol?" memerah wajah  Aishah menahan amarah. Anak majikannya ini memang tak tahu adap sopan. Semua pembantu rumah dianggap tak punya perasaan. Aishah tak peduli. Dia tetap tak akan keluar selagi kerja mencucinya tak selesai.

          "Encik Zul, dalam rumah sebesar ni, setahu saya setiap bilik ada bilik air. Jadi, lebih baik Encik Zul pergi saja bilik air lain. Saya takkan keluar selagi kerja saya tak selesai." Aishah meneruskan kerja mencucinya dangan selamba. Berlagak tahap gaban. Ingat besar sangat jadi anak Dato?

          "I said, get out!" Zul Fazli bersuara lantang. Aishah tenung wajah Zul Fadzli. Wah, dia nak speaking dengan aku?

          "Saya tak fahamlah, Encik cakap apa? Maaflah Encik Zul, dulu saya sekolah tak tinggi. Tak sempat nak habis sekolah, cikgu dah meninggal. Cakap-cakap omputih ni, saya tak faham la." selamba Aishah menuturkannya. Aku ni penulis, tapi kalau setakat nak berlakon ni, tak ada hal la. Aishah senyum dalam hati.

            "Hey perempuan ni, menjawab pula. Aku suruh kau keluar la bongok! Bahlul!"  Aishah tersenyum. Dia sedang berfikir. Agak-agak, dialog Encik Zul ni boleh tak digunakan dalam novel aku nanti?

         "Aku marah kau, boleh lagi kau senyum macam kerang busuk tu? Kau ni manusia ke hapa hah?" Zul Fadzli sudah bengang. Tujuannya nak menyakitkan hati pembantu rumah baru tu tak menjadi. Boleh lagi minah ni senyum.

             "Apa Encik Zul?" Aishah sengaja mahu memarakkan lagi hati anak majikannya itu. Tiba-tiba dia mendapat ilham untuk berlawan kata. Untung-untung boleh dijadikan modal dalam novelnya nanti.

             "Kau ni pekak ke hapa?" Aishah senyum lagi.

              "Dah sah la perempuan ni dah biul. Samdol!" Temperature Zul Fadzli dah naik. Mukanya dah merah berbahang. Niat nak menyakitkan hati Aishah, tapi alih-alih hatinya yang sedang mendidih.

              "Terima kasih Encik Zul." Aishah mengukirkan senyumannya yang paling manis. Terserlah lesung pipit di kedua belah pipinya. Sengaja menduga hati anak majikanya yang sudah mula berbahang. Aishah tahu dari wajah Zul Fazli yang nampak tegang.

             "Terima kasih untuk apa?" Zul Fazli jadi pelik. Aku marah dia boleh lagi dia ucap terima kasih.

            "Atas pujian Encik Zul tadi."  Aishah jawab selamba.

          "Bila masa pula aku puji kau?"Zul Fazli dah mula mengaru kepalanya yang tak gatal.

          "Tadi, bukan En Zul puji saya ke?" Lakonan yang mantap.

          "Ahh...sudahlah! Buang masa aku saja, layan kau yang tak betul ni." Zul Fazli terus berlalu pergi. Dalam diam Aishah bersorak menang. Padam muka, anak bos sombong! Kerja yang tergendala tadi diteruskan. Aishah tahu, bukan senang nak jadi pembantu rumah, tapi dia nekad takkan mengaku kalah.

********************

            ZUL FAZLI termenung di atas sofa di biliknya. Sejak kali pertama terpandang pembantu rumah baru tu, hatinya sudah bergetar semacam. Selalu saja dia cuba mencari kesalahan pembantu rumah yang bernama Ecah tu, tapi setiap kali dia juga yang kalah. Ecah nampak sangat naif dimatanya, tapi orangnya boleh tahan juga degilnya. Ecah ni payah nak tersenyum, tapi sekali tersenyum, senyumannya begitu amat memukau dan mempesonakan.

            Setiap kali nak berbual dengan Ecah, Zul Fazli akan berbuat apa saja termasuk menaikkan kemarahan Ecah, tapi yang peliknya Ecah ni tak pernah nak marah. Mungkin statusnya sebagai pembantu rumah yang menjadikan dia begitu. Sedang Zul Fazli asyik termenung tu telefon bimbitnya berbunyi.

           "Hello, apa kau nak?" kasar Zul Fazli menjawab.

           "Sorry, aku tak ada mod nak keluar hari ini." masih lagi kasar nada suaranya.Sesungguhnya Zul Fazli masih memikirkan kejadian di bilik air bersama Ecah tadi. Panggilan itu benar-benar menggangu kosentarasinya merangka rancangan untuk menghampiri Ecah. Biarpun Ecah hanya seorang pembantu rumah, tapi Ecah tetap istimewa di matanya.

            Telefon bimbit diletakkan semula. Zul Fazli langsung tak ada hati untuk melayan sesiapa pun hari ini. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Baru dia teringat dia belum lagi bersarapan pagi. Langkah terus diayun. Perut yang kosong harus diisi segera.

           Sampai di ruangan dapur, Zul Fazli bertembung dengan Mak Temah dan Ecah yang sedang menjamu selera. Dua orang pembantu rumah yang berlainan usia. Mak Temah sudah lama bekerja di sini, tapi kerja Mak Temah hanya sebagai tukang masak. Sebelum ini ada pekerja dari seberang yang bekerja sebagai tukang cuci, tapi khidmatnya terpaksa dihentikan kerana permit kerjanya sudah tamat tempoh. Ecah pula yang jadi penganti sejak seminggu yang lalu.

      "Zul nak makan ke?" Mak Temah bertanya pada anak majikannya itu.

        "Ya Mak Temah, Mak Temah masak apa pagi ni?" Ramah Zul Fazli bertanya. Aishah memandang sekilas. Kadang -kadang Aishah hairan, dengan Mak Temah elok saja layanan anak majikannya, tapi dengan aku ni macam nak dibuat musuh pula.

           "Mak Temah dah hidang dah kat meja tengah. Zul makan kat sana ya." Mak Temah menjawab mesra, tapi Zul Fazli tarik kerusi yang bertentangan dengan Aishah dan terus duduk.

            "Saya makan kat sini sajalah Mak Temah." Aishah dah mula rasa tak selesa. Letih badannya selepas menyelesaikan semua kerja tadi membuatkan perutnya teramat lapar, tapi baru saja nak menghadap hidangan, anak majikannya yang sorang ni pula dah tercongok kat depan ni. Aishah cuba buat selamba menyuap makanan ke mulutnya tanpa menghiraukan anak majikanya itu.

           "Err..mana boleh macam tu Zul." MakTemah gugup. Selalunya ruangan dapur ni hanya untuk pembantu rumah. Tak pernah-pernah anak majikannya ini nak makan bersama mereka.

            "Apasal tak boleh pula?" Mendengar soalan Zul Fazli, Aishah dah mula mendengus keras. Apa hal pula dengan mamat sorang ni. Tadi nak berebut bilik air. Takkan meja makan pun nak direbutnya juga?

            "Encik Zul, kalau Encik Zul tak suka saya kerja di sini bagitau sajalah. Sekarang juga saya berhenti. Yang Encik Zul berkeras juga nak makan kat sini kenapa? Kan Mak Temah dah cakap sarapan Encik Zul dah Mak Temah hidangkan kat meja tengah. Meja ni hanya untuk pembantu rumah macam kami saja." Aishah dah mula naik berang, namun ditahankan juga perasaannya itu.

            "Ehh, kau sibuk kenapa? Ini rumah aku. Aku punya suka la di mana aku nak makan pun." Zul Fazli gembira bila Ecah bersuara. Itulah yang ditunggu-tunggunya. Mendengar suara Ecah.

           "Ikut suka hati Encik Zul la.." Aishah bangun dan ingin beredar.

           "Kau nak ke mana pula tu? Duduk, temankan aku makan." Arahan sudah dikeluarkan, namun Aishah tetap berlalu pergi. Ingat aku kisah sangat. Tak kuasa aku nak temankan kau makan. Kirim salam!

            "Woi perempuan! Kau ni memang pekakkan?"  Aishah berpaling. Terlintas fikiran nakal di mindanya.

            "Hah? Apa Encik Zul? Kakak? Bukan Encik Zul anak sulung Datin dengan Dato ke? Mana pula datang kakak tu?" sengaja ditekankan perkataan kakak tu.

         "Kau! Dah la. Whatever..." Zul Fazli dah hilang punca. Takkan minah ni betul-betul pekak kot?'' Harapkan muka ja lawa. Huh!

            Aishah terus berpaling. Takut tawanya tercetus. Kang terkantoi pula dengan anak majikannya ini. Biarlah dia dianggap sebagai pembantu rumah yang bodoh dan tak tahu apa-apa. Biarlah dia buat selamba setiap kali berhadapan dengan anak majikannya yang sombong ini. Namun, yang penting baginya, novelnya kali ini harus terbaik. Itulah harapannya.

            Sejak dia bekerja di sini, hanya anak majikannya yang sulung ni saja yang banyak songgeh sikit. Dato Rozaidi tak ada masalah. Datin Rosma pula ikut mod. Kadang -kadang okey saja. Kadang-kadang tension juga dengan arahan mandatorinya itu. Almaklumlah, kalau di rumah sendiri mana pernah Aishah buat semua kerja ni. Cuma kadang-kadang saja Aishah turun ke dapur menolong ibu dan bibik memasak. Kerja-kerja rumah yang lain bibik yang lakukan. Aishah hanya mengadap laptop. Menulis dan berinternet. Aishah ada butik perkahwinan yang walid dan ibu hadiahkan, tapi diuruskan oleh pembantunya.

            Sebulan berlalu. Novelnya hampir siap. Siang bekerja, malam Aishah curi-curi menulis. Bila ideanya tak muncul, sekali sekala Aishah akan melangut depan skrin laptop dan layan alam maya. Apalagi kerja dia, mengadap Facebook saja la. Di rumah ni, kerja dia taklah berat sangat, sebab adanya Mak Temah. Penghuni rumah pun tak ramai sangat. Dah tu jarang pula ada di rumah. Cuma Zul Fazli saja yang jarang keluar.

             Balik kerja selalunya anak majikannya ini memerap saja di rumah. Kadang-kadang Aishah pun hairan, selalunya anak-anak muda macam anak majikannya itu tak suka sangat melepak di rumah. Pernah juga dia risik-risik dari Mak Temah. Kononnyalah, sebelum ni anak majikannya ni selalu juga menghilang. Lebih-lebih lagi kalau hari minggu. Anak Dato dan Datin yang lain pula, yang sorang belajar di luar negeri. Yang bongsu pula tinggal di asrama penuh. Sekali sekala saja balik ke rumah.

**********************

        PETANG tu Aishah menyiram pokok bunga di laman. Sambil tu dia menyanyi-nyanyi kecil. Teringat ketika di rumah sendiri, selalu juga dia menolong ibunya menghias langskap di laman rumah mereka yang dipenuhi pokok-pokok bunga berwarna -warni. Ibunya memang rajin menghabiskan masa dengan berkebun, dan Aishah berkongsi hobi yang sama dengan ibunya.

         "Pohon beringin tegaknya rendang..." lagu filem bawang putih dan bawang merah pula yang dinyanyikannya. Leka benar dia hingga tak sedar ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya sejak tadi.

         "Berangan nak kahwin dengan anak raja la tu?" perlahan suara itu menyapa di pendengarannya. Terhenti Aishah seketika. Kaget, terus dia berpaling.

         "Opocot!" terkejut bukan kepalang. Aishah mengelak pantas. Nyaris wajahnya bertemu wajah dengan Zul Fazli. Terlalu hampir sangat. Merah mukanya tiba-tiba. Hantu punya Zul Fazli!

          "Encik Zul ni kenapa? Dah buang tebiat ke apa?" kali pertama Aishah bersuara lantang. Bengang dengan tindakan Zul Fazli seketika tadi, tapi kemarahannya itu hanya disambut dengan gelak tawa Zul Fazli. Suka la tu?

          "Sedap suara awak."  Aishah terkesima. Rasa macam bermimpi. Dia puji aku ke? Selalunya garang saja suara dia. Boleh pula cakap sopan macam tu.

           "Kenapa awak diam? Nyanyilah lagi, saya nak dengar." Zul Fazli mencuba nasib. Sudah jemu dia bertelagah dengan gadis ini. Hari ini dia menukar taktik baru. Mana tahu taktik kali ni untuk berbual lama dengan Ecah menjadi.

            "Encik Zul ni mimpi apa semalam? Mimpi dapat durian runtuh kot?" Aishah mengambil kesempatan itu untuk berbual dengan Zul Fazli. Selama sebulan di sini, hanya wajah garang yang di hadapnya, tapi hari ini angin anak majikannya ini dah berubah arah agaknya.

            "Yupp, saya mimpi bagus punya semalam. Mimpi kawin dengan puteri kayangan. Cantik, macam awak." Aishah pandang Zul Fazli. Tak percaya. Nada percakapan Zul Fazli berubah terus. Mesra sangat.

            "Kalau Puteri Kayangan tu macam saya. Maknanya, mimpi Encik Zul tu takkan jadi kenyataan, kerana saya tak pernah naik pun atas kayangan tu." Zul Fazli tergelak senang.

            "Ada saja awak nak menjawabkan?" Aishah senyum. Bukan Aishah namanya kalau tak pandai menjawab.

             "Ecah..." Zul Fazli memanggil. Aishah berpaling. Hairan, kali pertama Zul Fazli memanggil namanya.

            "Ada apa Encik Zul?" Aishah cuba melawan pandangan dengan Zul Fazli. Redup pandangan itu. Sukar untuk dimergertikan.

           "Err..nothing." gugup Zul Fazli.

           "What? Oppss..." Aishah segera menutup mulutnya dengan telapak tangan. Kantoi!

            "Awak cakap apa tadi?" Zul Fazli bertanya balas. Minah ni pandai speaking juga ke atau aku yang silap dengar? Zul Fazli berbicara di dalam hati.

            "Tak ada apa la Encik Zul. Saya masuk dalam dulu la. Nak tolong Mak Temah masak untuk makan malam." Sepantas kilat Aishah cuba mengelak. Lebih baik dia segera beredar. Nanti entah apa-apa lagi yang bakal keluar. Tentu penyamarannya bakal tertangkap.

              Zul Fazli membiarkan Aishah berlalu pergi. Dipandangnya Aishah hingga hilang di balik pintu. Harapannya berbunga ceria. Ecah...

******************

           Aishah terus masuk ke bilik. Alasannya untuk membantu Mak Temah memasak tu hanyalah rekaan. Hakikatnya lauk tengahari tadi masih banyak berbaki, dan kebetulan Dato Rozaidi dan Datin Rosma takkan pulang malam ini. Cukup makanan yang ada untuk mereka bertiga.

          Laptop dicapai dan Aishah mula menghidupkan laptopnya. Dia berazam untuk segera selesaikan penulisannya. Selepas ini dia boleh berhenti kerja dan kembali pada kehidupan asalnya. Rindunya pada ibu dan walid, along, angah dan alang sudah tidak tertanggung rasanya. Sebulan di sini, dia sengaja menyepikan diri untuk menghidupkan watak si gadis pembantu rumah yang dah jadi sebatang kara. Entah apa pengakhiran novelnya, masih dalam perancangan. Tapi yang penting penghujungnya mesti happy ending. Aishah tak suka pada cerita tergantung. Mungkin pembaca di luar sana pun begitu?

           Aishah mula menyambung menulis novelnya. Penuh penghayatan. Imaginasinya terus berkerja, ideanya datang mencurah-curah. Menaip dan terus menaip hingga dia terleka hari sudah hampir senja.

            Usai solat maghrib, Aishah menyambung kembali. Entah kenapa dia benar-benar teruja untuk terus menulis.

*******************

         "ECAH, jom kita keluar." suatu hari tu tiba-tiba Zul Fazli menghampiri Aishah. Bosan juga kalau hari-hari memerap saja di rumah, lagi pun dia kesian pada Ecah. Sebulan lebih bekerja di rumahnya, Ecah tak pernah keluar ke mana-mana.

         "Nak ke mana Encik Zul? Saya banyak kerjalah." Memang, sejak akhir-akhir ni Zul Fazli melayan Aishah dengan baik. Aishah pula senang dengan layanan itu. Novelnya pula dah pasti meletop kerana pengakhirannya gadis orang gaji tu akan berkahwin dengan anak majikannya. Sebijik dengan kisah yang dilaluinya. Bermusuh, berkawan dan bercinta. Biarpun dia dengan Zul Fazli belum masuk zon bercinta. Imaginasi seorang penulis dengan cerita rekaannya. Mesti gempak!

         "Kerja ni Ecah, takkan pernah selesai. Jomlah..saya bawa awak ronda-ronda KL.." Zul Fazli masih mencuba, mana tahu, cubaannya kali ini berhasil.

          "Encik Zul tak malu ke? Nak berjalan dengan perempuan selekeh macam saya ni?" Aishah sengaja menguji.

           "Nak malu apa? Ecah bukannya tak pakai baju."Zul Fazli ketawa diakhir ayatnya. Mencerlung mata Aishah.

           "Hiessy..Encik Zul ni..."  Aishah buat muka. Bengang dengan anak majikannya yang sorang ni.

           "Pergilah siap."  Aishah pandang Zul Fazli. Paksa nampak?

           Aishah berfikir seketika. Kerjanya dah hampir siap sebenarnya. Kebetulan, dia pun dah lama tak keluar cuci mata, tapi dalam masa yang sama dia juga risau bakal bertembung dengan orang-orang yang dia kenal. Tak nahas ke, pecah lobang pula nanti.

            "Ecah, jom la. Sekali ni saja." Zul Fazli masih tak putus asa.

            "Encik Zul nak ajak saya keluar dating erkk?" Aishah angkat kening sambil tersenyum nakal pada Zul Fazli. Pecah tawa Zul Fazli.

            "Kalau ya, kenapa?" Aishah tayang wajah terkejut. Dia sekadar nak bergurau saja tadi.

             "Hah? Kalau macam tu, tak maulah." Aksi jual mahal.

             "Ecah tak sudi? Tak apalah kalau tak sudi. Saya nak merajuklah, kalau macam ni.."  Aishah lepaskan tawa.

            "Hodoh kalau orang lelaki merajuk. Tak sesuai.." sebaik menuturkannya Aishah mengayun langkahnya ingin berlalu.

            "Ecah nak ke mana tu?" Zul Fazli cemas. Taktik tak mengena ke?

            "Tunggu kejap. Ecah nak bersiap." Zul Fazli tarik nafas lega.

************************

           TEMPAT pertama mereka tuju adalah KLCC. Ramai betul orang di hari minggu macam ni. Pada mulanya Zul Fazli menyangka Ecah mesti teruja macam rusa masuk kampung, tapi telahannya ternyata meleset. Ecah selamba saja. Macam sudah biasa benar dengan tempat ini.

           "Ecah dah pernah ke sini ke?" persoalannya harus dijawab.

           "Err..pernah juga la. Ikut rombongan sekolah.’’ Aishah gugup. Kelentong sajalah.

           "Bila tu?" Zul Fazli masih tak puas hati. Aishah dah jadi serba salah sangat. Banyak soal pula Encik Zul ni. Alang-alang dah menipu. Teruskan saja. Fikir Aishah.

            "Dah lama dah. Dulu, masa sekolah rendah lagi." bedal sajalah. Aishah senyum sumbing, tapi wajahnya tak berani memandang Zul Fazli, takut pembohongannya dapat dikesan.

            "Hmm, lama juga tu. Sekarang umur Ecah berapa?" Zul Fazli ni pula dah kenapa? Tiba-tiba nak jadi penyiasat persendirianlah pula. Asyik menyoal saja.

             "Biarlah rahsia..." selamba tapi bermakna. Banyak songeh pula mamat ni.

            "Hmm..rahsialah pulak."  Zul Fazli tak kisah sangat. Dia pun tak mahu nak memaksa. Mereka terus berjalan beriringan. Aishah yang selamba berpakaian baju kurung kain kapas ala-ala gadis kampung, sementara Zul Fazli segak bergaya dengan baju berjenama. Memang nampak janggal sangat. Ramai pengunjung yang memandang hairan pada mereka, tapi mereka tetap buat selamba. Biarkan..

          "Noor Aishah Zafirah!" nun di depan sana berdiri sorang gadis jelita yang anggun bergaya. Aishah kaget tapi gembira.

          "Ya Allah, lamanya aku tak jumpa kau. How are you?" mereka berpelukan. Zul Fazli mula tercengang.

           "Ya la kan? Dah lama kita tak jumpa. What are doing here? Bukan kau sepatutnya ada di Brunei ke sekarang?'' Dari berbalas pelukan mereka berbalas soalan pula.

          "Kenapa? Kalau aku dah tinggal di Brunei tu, aku dah tak boleh balik Malaysia lagi ke? Hey cik Aishah, Malaysia ni tempat tumpah darah aku juga tau, bukan kau sorang saja."  Aishah lepaskan tawanya. Masih sensitif seperti dulu juga Shazwina ni. Tak berubah.

          "Ecah, siapa ni?" Zul Fazli menghampiri dua wanita di hadapannya. Ecah yang dia kenal berubah watak tiba-tiba.

           "Err..Encik Zul. Ini kawan baik saya, Shazwina." Aishah mula mengelabah. Habislah aku. Masak la lepas ni. Bila jumpa dengan Shazwina, memang Aishah akan lupa diri. Inilah kawan baiknya sejak sekolah lagi, hinggalah mereka sama-sama menuntut di UIA.

             "Who’s that? Your boyfriend erk? Diam-diam ubi kau ni kan? '' Soalan Shazwina membuat wajah Aishah berubah.

            "Hiesy, kau ni. Dia bos aku la. Anak majikan aku." Aishah menjawab persoalan temannya itu. Malu juga bila Zul Fazli dikatakan sebagai teman lelakinya.

             "Hah? Bos? Anak majikan? Hey, sejak bila ni? Bukan kau dah buka butik pengantin ke? Dulu bukan kau pernah cakap ke..." Aishah segera menekup mulut teman baiknya itu. Terima Kasih Shazwina. Kau dah bocorkan rahsia aku.

*******************

           ZUL FAZLI  rasa tertipu. Pembantu rumah yang disangka naif, yang dibuli dan disangka tak tahu apa-apa tu, ternyata bukan seperti apa yang diduga. Benarlah kata pepatah Don't judge a book by it cover. Bijak benar Ecah berlakon, hingga lakonannya benar-benar berjaya mengaburi mata mereka sekeluarga. Ingat lagi dia pertemuan demi pertemuan Ecah dengan orang-orang yang mengenalinya di KLCC tadi. Bermula dengan Shazwina, diikuti dengan kawan sepejabatnya Taufik Hidayat yang mengakui sebagai abang kandung Ecah. Ecah pula selamba saja membahasakan dirinya sebagai Ucu dan memanggil Angah pada Taufik Hidayat. Zul Fazli meraup mukanya. Terbayang lagi kejadian tadi yang masih segar di ingatannya.

            "Siapa awak sebenarnya?" kekeliruan Zul Fazli semakin ketara. Sementara Aishah dalam dilema.

            "Ehh, kau tulis novel baru erk? Apa pula watak kau pegang kali ni? Kau ni kan, masih tak berubah. Aku tak pernah jumpa tau, penulis yang gila macam kau ni." Shazwina bersuara. Melihat penampilan Aishah dan mendengar pertanyaan Zul Fazli, Shazwina sudah dapat mengagak.

             "Hiesy, mulut tak ada insuran ke? Sedap saja mengata aku. Aku cili kang baru tahu." Shazwina mengekek ketawa. Zul Fazli ingin bertanya lagi, tapi belum sempat membuka mulut ada lagi suara yang menegur.

            "Ucu! Ya Allah Ucu, ke mana menghilang? Suka sangat cari pasal. Ibu di rumah punyalah risau." seorang lelaki siap berkot dan bertali leher menghampiri mereka. Aishah segera menghampiri lelaki tersebut. Bersalaman dan mencium tangan lelaki tersebut. Zul Fazli semakin bingung. Bukan dia tak kenal lelaki itu. Kenal sangat-sangat.

            "Angah, maaf la Angah. Bukan Ucu sengaja pun. Lagi pun sebelum pergi Ucu dah bagitau ibu. Tapi tulah ibu tu, risau tak bertempat." Taufik Hidayat merangkul bahu adik kesayangannya itu. Dia mengelengkan kepalanya. Dia pandang Zul Fazli.

           "Zul, inilah adik bongsu aku yang paling degil dalam dunia.." Aishah menundukkan wajah. Ketika ini ingin saja dia ghaib dari tempat ini. Shazwina pula galak ketawa. Faham benar dia dengan situasi kawan baiknya itu. Bila melihat keadaan kawan baiknya yang dalam keadaan serba salah itu, maksudnya lobang dah pecah.

*********************

             TERGAMAK kau Ecah, rupa-rupanya kau bukan sebarangan gadis. Kau anak bongsu pada Tan Sri Zainal Abidin. Bos aku sendiri, merangkap adik kawan baik aku. Aku benar-benar tak menyangka sama sekali.

             Terlakar kekusutan diwajah Zul Fazli. Malu dan geram bersatu dalam hati. Ecah, kau dah buat hati aku sakit yang teramat. Kau memang pelakon yang terbaik. Aku pasti, kalau kau jadi artis, mesti kau akan dapat anugerah untuk pelakon wanita terbaik.

             Arghh..Zul Fazli meraup mukanya untuk ke sekian kalinya. Kusut fikirannya memikirkan gadis yang sudah mula bertahta di hatinya. Selepas kejadian di KLCC tadi, mereka berpisah haluan. Entah dengan siapa Ecah pulang. Akibat rasa kecewa yang terlalu dalam, Ecah ditinggalkan. Pandailah dia bawa haluan sendiri. Manakala Zul Fazli pula pergi menenangkan dirinya di Taman Rekreasi.

             Bila pulang tadi dia ingin berjumpa dengan Ecah untuk mendengar penjelasannya, tapi apa yang disampaikan Mak Temah begitu menghancur luluhkan hatinya.

             "Ecah dah berhenti kerja. Lepas dia pulang tadi, terus dia kemas barang-barang dan pergi macam tu saja. Mak Temah tanya juga tadi, tapi Ecah cuma pesan dia minta maaf pada semua terutama pada Zul. Kenapa Zul? Zul bergaduh dengan dia ke? Tadi Mak Temah tengok Zul keluar dengan Ecah tapi pulang asing-asing.." Panjang lebar Mak Temah menjelaskannya sambil menyoal juga. Zul Fazli hanya mengeleng. Bagaimana Ecah datang dalam hidupnya, begitu juga la Ecah pergi. Sekelip mata.

*******************

            AISHAH sudah pulang ke pangkuan keluarga. Selepas Zul Fazli pergi, dia meminta Shazwina menghantarnya ke rumah agam Dato Rozaidi. Mengemas barang-barangnya dan keluar dari rumah itu. Dia tak sanggup lagi nak berhadapan dengan Zul Fazli. Mesti anak majikannya itu akan marah sakan padanya. Mesti anak majikannya itu akan menyangka yang bukan-bukan pada dia. Selama ni, anak majikannya itu suka membuli dirinya. Menengking, marah sesedap rasa dirinya. Tentu dia malu bila dia tahu siapa aku. Tapi aku langsung tak kisah. Sebaliknya aku suka sangat apa yang terjadi kerana kejadian-kejadian itulah novel aku dapat disiapkan.

             Semua yang terjadi bukan dalam perancangannya. Menyesal pula dia bila buat keputusan untuk keluar dengan Zul Fazli tadi. Kalau tak, tentu semua tu takkan terjadi. Tapi bila difikirkan pada ketentuan takdir, Aishah redha. Kita hanya merancang, tapi hanya Allah yang menentukan segalanya. Aishah pun tidak menyangka, Zul Fazli yang selalu membulinya itu adalah kawan baik Angah. Kecil betul dunia ini.

            Dalam ramai-ramai orang dalam KL ni, Aishah pula boleh bekerja sebagai pembantu rumah di rumah rakan kongsi syarikat milik walidnya. Aishah memang tak pernah langsung ambil tahu kerana dia langsung tak minat dalam urusan bisnes. Jiwanya lebih kepada seni. Cita-citanya hanya untuk menjadi seorang penulis. Biarlah digelar sebagai penulis gila, janji dia puas dengan apa yang dia ada dan dengan apa yang dah dicapai. Aishah senyum sendiri.

**************

             "ECAH!" Datin Rosma melaung nama Ecah. Melampau betul. Pantang dibagi muka. Dah dinihari, tapi rupa pembantu rumah baru tu masih tak nampak lagi. Membuta agaknya?

                "Ecahh!" semakin kuat laungannya. Terkocoh-kocoh Mak Temah berlari keluar.

                 "Datin, Ecah dah berhenti kerja Datin. Maaf Datin. Semalam Mak Temah tak sempat nak bagi tahu." Mak Temah menunduk merenung lantai. Pasti Datin Rosma akan mengamuk kerana Ecah berhenti tiba-tiba.

           "Berhenti?" Datin Rosma bertanya kembali.

           "Ya Datin." Mak Temah resah. Terangguk-angguk kepalanya berkali-kali.

            "Kenapa dia berhenti?"  Datin Rosma pandang tepat ke wajah Mak Temah inginkan jawapan, tapi Mak Temah mengeleng.

            "Tak tahu Datin, semalam Ecah keluar dengan Encik Zul. Selepas tu dia pulang dan terus kemas baju." Mak Temah berkata jujur.

             "Keluar dengan Zul? Ke mana?" Datin Rosma masih tak puas hati. Mak Temah pula menjadi mangsa diajukan soalan.

            "Kenapa ni mama? Dari atas lagi Zul dah dengar suara mama. Apa yang berlaku?" Zul Fazli bertanya pada Datin Rosma. Pagi-pagi lagi dia dah dengar mamanya mengamuk. Terjerit-jerit. Ingin juga dia tahu apa punca mamanya bersuara lantang sebegitu.

           "Ha Zul, baik Zul jelaskan dengan mama. Apa Zul dah buat dengan Ecah? Kenapa pula Ecah boleh berhenti tiba-tiba ni?" Datin Rosma mengadap memandang anak bujangnya itu. Hairan apa pula kaitannya dengan Ecah. Jangan-jangan...

            "Korang berdua ni.." Datin Rosma tak sempat menghabiskan ayatnya bila Zul Fazli pula menjawab.

            "Biarlah mama dia nak berhenti. Dia memang tak layak kerja dengan kita pun." Zul Fazli bersuara sayu. Pedih hatinya masih belum terubat.

            "Kenapa Zul? Apa yang tak kena?"Datin Rosma dah mula cuak bila melihat wajah Zul Fazli yang berubah mendung.

             "Tak ada apalah mama..." cuba menyembunyikan rahsia hati sebenar. Zul Fazli terus melangkah ke luar rumah. Datin Rosma terpempam seketika. Tidak pernah dilihat anak bujangnya berkeadaan sedemikian. Datin Rosma mengekori langkah Zul Fazli hingga ke ruang rehat laman depan rumah.

       "Zul bergaduh dengan Ecah? Zul halau Ecah?" Diam. Zul Fazli hanya memandang ke depan. Fikirannya jauh menerawang.

          "Zul, mama tanya Zul ni. Lebih baik Zul jelaskan, apa sebenarnya yang berlaku?" Datin Rosma duduk di sisi Zul Fazli. Meneliti wajah anak bujangnya itu.

          "Ecah tu penipu mama. Dia bukan seperti apa yang kita sangka. Sudahlah mama, Zul tak mahu fikir pasal Ecah lagi." Lain di mulut tapi lain pula di hati. Kalaulah mama tahu siapa Ecah tu.

          "Haa..baguslah semua ada di sini.."Dato Rozaidi muncul menyertai mereka. Perbualan kedua beranak itu terhenti seketika.

          "Kenapa bang?" Datin Rosma bertanya. Kalau Dato Rozaidi berkata begitu mesti ada sebabnya. Dato Rozaidi melabuhkan punggungnya di kerusi. Memandang Datin Rosma dan Zul Fazli silih berganti.

          "Malam ni ada majlis di rumah Tan Sri. Kita sekeluarga dijemput." Dato Rozaidi merungkaikan tanda tanya isteri dan anaknya.

         "Tan Sri mana?"Datin Rosma bertanya kembali.

           "Awak ni, Tan Sri mana lagi. Tan Sri Zainal la. Awak nak pergi ke tak?" Dato Rozaidi membetulkan duduknya. Wajah isterinya direnung mohon jawapan.

           "Bolehlah, kebetulan memang malam ni saya tak ke mana-mana. Zul ni jangan tanyalah. Takkan dia tak pergi rumah kawan baik dia.." Datin Rosma beralih memandang Zul Fazli.

          "In Sya Allah, tengoklah, kalau mod Zul elok malam ni." Zul Fazli jawab selamba. Kalaulah mama tahu tu bukan saja rumah kawan baik aku, tapi juga rumah Ecah, orang gaji mama dan rumah satu-satunya gadis yang dah berjaya mencuri hati aku ni.

           "Hmm..ada pula macam tu. Takkan Taufik tak ajak Zul kot?" Datin Rosma inginkan kepastian.

         "Ada, tengoklah macam mana nanti."Zul Fazli jawab malas. Memang Taufik Hidayat ada bagi tahu dia seminggu yang lalu, tapi ketika itu jiwanya tak sekacau ini. Sekarang hatinya dah berbelah bahagi.

          Ecah, aku tak tahu bagaimana harus aku hadapi. Perasaan aku terhadapnya sukar nak ku lontarkan jauh-jauh. Semakin aku cuba lupakan dirinya, aku rasa semakin terseksa. Aku inginkan dirinya. Aku inginkan hatinya juga. Tapi bagaimana?

         Perlukah aku luahkan perasaan aku ini? Ahh, kusut. Kalaulah dia tahu apa yang sedang aku fikirkan. Zul Fazli meraup mukanya. Aku perlu jumpa Ecah. Aku harus jumpa dia. Keputusan sudah dibuat. Nekad.

********************

          SUASANA malam ini sungguh meriah. Rumah Tan Sri Zainal Abidin sudah dipenuhi dengan sanak saudara dan kenalan. Majlis diadakan sempena menyambut kepulangan anak sulung Tan Sri Zainal Abidin bersama isteri dan anaknya yang selama ini menetap di London. Gembira dengan kepulangan anak menantu dan cucunya, Tan Sri adakan Majlis kesyukuran. Sementelah lagi anak bongsu kesayangan pun sudah ada bersama.

            Malam ini Aishah kelihatan anggun dengan kurung moden dan dihiasi dengan gaya lilitan selendang yang senada dengan warna bajunya. Wajahnya yang disolek nipis memang nampak ayu. Tak jemu mata memandang. Ditambah pula bila setiap kali dia melemparkan senyuman, begitu memukau pandangan. Ala-ala heroin hindi Pretty Zinta gitu. Hahaha..comel.

           "Ucu..cantiknya adik kakak ni.."puji Zafirah Amira pada adik bongsunya itu.

           "Tengoklah adik siapa? Adik Along, Angah dan Alang jugakkan?" Aishah tak mahu kalah.

           "Tengoklah siapa yang lahirkan.." Puan Sri Khatijah Husna pula menyampuk. Riuh suasana jadinya bila ketiga-tiganya melepaskan tawa selepas itu.

           "Apa yang suka sangat ni? Boleh Along join sekali?" Zafri Adha pula datang menghampiri, diikuti Taufik Hidayat. Kegembiraan ibu dan adik-adiknya menarik minat mereka.

          "Angah pun nak join jugak la. Apa ceta? Kongsilah." Taufik Hidayat tak mahu melepaskan peluang.

           "Ni rahsia orang perempuan. Angah dengan Along mana boleh join. Menyibuk aje tau." Sengaja Aishah berkata begitu. Taufik Hidayat letakkan tangannya atas bahu Aishah. Sambil tu keningnya dijongketkan beberapa kali.

            "Kenapa? Ucu dah nak kawin ke? Selagi Angah tak naik pelamin, Ucu jangan harap nak langkah bendul haa.." Taufik Hidayat senyum. Dia ingat pada pertemuannya dengan Zul Fazli dan Aishah di KLCC beberapa hari yang lalu. Tak sangka, selama sebulan lebih menghilangkan diri, adiknya bersembunyi di rumah kawan baiknya sendiri. Dia sendiri terkejut bila Aishah memberitahu sebab-sebabnya. Adik bongsunya itu memang lain dari yang lain. Untuk menghasilkan sebuah novel, macam-macam penyamaran yang pernah dilakukannya, termasuk pernah menyamar sebagai orang gila.

          "Angah jangan buat cerita pulak. Bila masa pulak Ucu cakap Ucu nak kawin? Tu Alang tu dah bertunang. Angah pun takkan nak biar Kak Sarah tu tunggu Angah sampai bertanduk kot? Pandai-pandai aje angah ni." Aishah muncungkan mulut. Ditepis tangan Angahnya yang sedap landing atas bahunya itu, tanda protes, tak suka.

           "Eleh Ucu ni, sikit-sikit nak muncung. Ikat mulut tu baru tau. Ni nanti kawan Angah, Zul Fazli tu nak datang. Err, Ucu dengan Zul tu ada apa-apa ke?" Taufik Hidayat pandang  Aishah. Yang lain pun melakukan hal yang sama. Masing-masing menanti jawapan. Aishah jadi rimas.

          "Angah ni, biarlah kalau Encik Zul nak datang pun. Angah dah jemput. Ada Ucu kisah. Apa kena mengena dengan Ucu pulak?" memerah wajah Aishah. Malu bila Angahnya mengajukan soalan sebegitu.

          "Betul ke tak kisah? Okey, kita tunggu dan lihat. Jomlah Along, tetamu dah ramai yang datang tu. Kesian pulak walid.." Taufik Hidayat dan Zafri Adha berlalu ke laman depan. Bersalaman dengan tetamu yang semakin ramai datang. Puan Sri pun berbuat perkara yang sama. Tetamu yang datang harus dilayan. Hari bahagia buat dirinya bila anak-anaknya sudah berkumpul semuanya.

            "Ucu..siapa Zul Fazli tu?" Zafirah Amira mula mengorek rahsia.

             "Bekas bos Ucu. Alah alang ni, tadikan Angah dah bagi tau, Encik Zul tu kawan dia. Lagi mau tanya ke?  Saja aje Alang ni kan.." Aishah berdebar tiba-tiba. Bila mengenangkan Zul Fazli, hatinya jadi resah. Risau benar bakal bertembung nanti. Dato Rozaidi dan Datin Rosma juga pasti ada sama. Habislah...

          "Ya la tu. Dengan Alang pun nak berahsia erk? Tak apa, takkan lari gunung dikejar. Nanti mesti Ucu akan cari Alang jugakan?" Zafirah Amira melemparkan senyumannya dan berlalu mendapatkan kakak iparnya yang sedang melayan kerenah anak kecilnya yang baru berusia setahun.

           Tinggal Aishah di ruang tengah rumah dengan jiwa yang resah gelisah. Tak mahu berfikir panjang Aishah menuju ke dapur. Bersembunyi di ruangan dapur mungkin lebih selamat. Dah sah-sah Zul Fazli atau Dato Rozaidi ataupun Datin Rosma takkan bertemu dia di ruangan ini. Acara makan-makan berlangsung di dalam khemah di laman depan. Aishah senyum sendiri. Selamat!

            "Aishah, my friend. Ni apa kes, orang lain riuh kat depan, yang kau ni melangut kat sini apa hal?" Shazwina menyapa teman baiknya itu. Sejak sampai tadi merata dicarinya temannya itu. Puas bertanya barulah kak Zafirah memberitahunya akan kedudukan Aishah.

             "Shazwina, dah lama kau sampai?" terkejut Aishah. Terlupa, dia juga menjemput Shazwina.

            "Dah letih aku merayau cari kau. Dah letih aku bertanya. Rupa-rupanya kat sini kau sembunyi. Sejak bila kau jadi pemalu pulak ni?" Shazwina tenung Aishah. Tahu sangat dia kalau wajah temannya itu dah mendung begitu, adalah perkara yang menggangu fikirannya.

             "Aku takutlah Wina." Aishah menopang dagunya di meja. Hatinya berbolak balik.

             "Apa hal? Kau ni takut apa? Aku tak faham. Explain. Mana tahu aku boleh tolong.." Perhatian seorang teman setia. Shazwina sendiri tidak suka melihat wajah temannya yang happy go lucky sebelum ini berubah mendung begitu.

             "Angah cakap Encik Zul nak datang. Aku takutlah..." Aishah jawab perlahan. Dia tegakkan badannya semula. Shazwina yang sudah menarik kerusi di sisinya dipandang.

          "Lah..aku ingatkan apalah tadi.." Shazwina dah mula senyum. Faham maksud Aishah tu.

           "Ucu...dekat sini rupanya. Puas Angah cari. Ada orang nak jumpa Ucu." Aishah dengan Shazwani saling berpandangan. Zul Fazli muncul di belakang Taufik Hidayat. Senyuman dilemparkan. Hambar, Aishah usah dicakap. Pucat wajahnya. Dadanya berombak laju. Tapi dikawal sebaik mungkin. Hampeh Angah ni...

           "Boleh kita berbual sebentar?" Zul Fazli memulakan kata. Berhati-hati. Aishah anggukkan kepala. Sempat dikerling Shazwina di sebelah. Taufik Hidayat pula senyum memanjang sambil memandang tepat ke wajah Aishah. Sejak Zul Fazli tiba tadi matanya asyik meliar memandang sekeliling. Dia sudah dapat mengagak siapa yang dicari temannya itu.

            Shazwina dan Taufik Hidayat mohon berlalu. Aishah membawa Zul Fazli ke ruangan tengah. Tiada siapa di ruangan ini. Mungkin inilah masanya mereka selesaikan kekeliruan di antara mereka.

            "Maaflah Encik Zul, saya..."  Aishah gugup. Tapi belum habis Aishah mengungkapkan kata, Zul Fazli dah bersuara.

             "Cantik awak malam ni. Comey sangat-sangat. '' Aishah pandang Zul Fazli, tapi seketika cuma. Wajahnya ditundukkan. Rasa wajahnya berbahang. Malu.

             "Apa saya nak panggil awak? Ecah? Or Noor Aishah Zafirah?" Zul Fazli bertanya. Gadis di depannya ini memang berbeza dengan Ecah yang dia kenal. Dia sendiri hampir tidak mengenali. Nasib baik Taufik Hidayat yang membawanya berjumpa Aishah.

             "Terpulanglah. Tak kisahlah Encik Zul. Ecah pun boleh. Ikut Encik Zul la.." Aishah tarik nafas perlahan. Duhai hati, kenapa begini? Aku dah tak berdaya nak menghadapi debaran ini. Apa semua ini?

               "Sayang boleh?"

               "Hah?" Terpana seketika Aishah. Dia pandang Zul Fazli mencari jawapan di situ, tapi renungan Zul Fazli buat dia mengelabah.

               "Kenapa pulak?" Aishah bertanya balas.

               "Sebab saya sayang awak." Wah, direct nampak.

               "Jangan main-main Encik Zul. Bukan Encik Zul tak suka saya ke?"

               "Siapa cakap..hmm?" Mereka saling berpandangan. Aishah dah semakin berani. Kalau tadi dia takut di marahi, tapi sekarang perasaan takut itu sudah tiada.

              "Tak ada siapa cakap. Saya agak aje la."

               "Kalau macam tu, awak tak berlaku adil dengan saya." Aishah mengeluh perlahan. Hilang modal untuk menjawab. Ini bukan Aishah. Wake up Aishah!

              "Awak dah sampai ke mana? Ecah yang saya kenal bukan macam ni. Selalunya ada saja awak nak jawab, tapi kenapa malam ni awak jadi pendiam pulak? Suara awak dah sesat kat mana-mana ke? Boleh saya tolong cari?" Aishah tersenyum. Pandai pula Encik Zul ini nak buat lawak.

               "So cute, so sweet. Macam Preety Zinta.."

             "Apa Encik Zul?"

             "Tak ada, saya nak minta tolong awak sikit. Boleh?" Zul Fazli renung wajah Aishah. Sejak tadi panggilan Encik Zul tu masih meniti di bibirnya. Langsung tiada kemesraan.

             "Tolong? Tolong apa? Kalau mampu, saya tolonglah?" Aishah menselesakan kedudukannya. Pertolongan apa yang perlu diberi? Hatinya bertanya sendiri.

             "Awak mampu buat. Saya pasti, sebab pertolongan yang saya nak ni simple sangat." Zul Fazli berhenti seketika. Mengambil nafas lalu meneruskan kata.

             "Sejak tadi awak panggil saya Encik Zul. Awak lupa awak dah tak kerja dengan kami. Lagipun saya sebaya abang awak. Awak tak boleh ke hormat saya sebagai orang yang lebih tua. Panggil abang ke contohnya..." Zul Fazli lemparkan senyuman. Keningnya diangkat sikit, sedangkan matanya masih merenung Aishah.

             "Huh, tak kuasa.." Aishah mencebirkan bibirnya. Nak berabang-abang bagai. Mengada-ngada la pulak.

             "Kenapa? Awak tak setuju?"

            "Err...panggil Zul aje boleh?" Zul Fazli senyum. Nampak nakal sikit. Gatal pun ada juga.

            "Kalau abang apa salahnya?" Aishah dah naik bengang. Entah ulat bulu mana yang merayap. Lain benar Encik Zul malam ni. Tadi dia nak panggil aku sayang. Sekarang dah disuruhnya aku panggil dia abang pula. Aishah mengeluh lagi. Pening...

******************
Setahun berlalu....

          NOVEL Orang Gajiku Sayangku, meletop di pasaran. Aishah gembira. Bukan itu saja, hari ini banyak perkara yang mengembirakan dirinya. Alang dah sarat mengandung anak pertama. Angah pula bakal jadi suami kak Siti Sarah hari ini, dan Aishah pula bakal jadi tunangan pada Zul Fazli.

          Nampaknya orang gajiku sayangku, bukan sekadar novel tapi juga kenyataan bila Zul Fazli melafazkan kata cintanya. Pelik tapi benar, bila Zul Fazli yang disangka membenci, rupa-rupanya mencintai dirinya. Aishah tersenyum dalam debaran. Selepas majlis akad nikah Angah, malam ini bakal berlangsung pula majlis pertunangannya dengan Zul Fazli. Berbaloi juga kiranya pengorbanannya menjadi orang gaji selama sebulan lebih itu.

         Pengorbanan itu menemukannya dengan cinta hatinya. Pada mulanya Datin Rosma dan Dato Rozaidi memang terkejut, tapi akhirnya setelah dijelaskan secara terperinci barulah mereka dapat menerima kenyataan. Aishah bukan sengaja nak menipu.

         "Tahniah Angah. Bahagiakan kak Sarah tau. Macam tak percaya pulak, abang Ucu ni dah jadi suami orang." Aishah menemui Taufik Hidayat sejurus selepas semuanya selesai. Bahagia rasanya. Lengkap sudah keluarga mereka. Ibu dan walid pun nampak ceria saja. Apa taknya, hari ni terima menantu. Tak lama lagi bakal timang cucu lagi. Tahun depan, kalau rezeki murah dapat cucu lagi. Wah, meriah keluarga Tan Sri Zainal Abidin selepas ini.

           "Ucu pun tak ke mana.vUcu ingat Zul tu nak biar Ucu lama-lama. Malam ni bertunang, jangan-jangan minggu depan dah kena nikah." Riuh dengan gelak tawa sehabis Taufik Hidayat bersuara. Semua wajah memandang Aishah. Malu punya pasal, bahu Taufik Hidayat ditampar kuat.

           "Hiesy, Angah ni kan. Memang sengajakan?"

            "Memang pun.." Taufik Hidayat ketawa lagi. Tidak peduli dengan wajah Aishah yang sudah mula memerah.

            "Tak suka la Angah ni. Ucu merajuk kang baru tahu." Aishah palingkan muka. Bencinya!

             "Nak merajuk tunggu malam sikit. Sekarang ni Zul tengah sibuk. Nanti malam mesti dia datang sekali. olehlah dia pujuk Ucu. Angah dah ada kak Sarah. Tak kuasa nak pujuk-pujuk Ucu lagi.." Gamat lagi suasana. Aishah buat muka sedih. Dihampiri Puan Sri Khatijah Husna. Nak mengadulah tu.

             "Tak nak kawanlah dengan Angah. Kawan dengan ibu lagi best. Kan, ibukan?" Aishah duduk di sisi ibunya. Kepalanya dilentokkan pada bahu ibunya. Manja sekali.

             "Anak ibu ni dah besar pun. Sekarang ni bolehlah bermanja dengan ibu lagi. Dah kawin dengan Zul nanti, jangan-jangan ibu pun dah tak ingat dah.." Aishah panggungkan kepala. Wajah ibunya dipandang sayu.

             "Ada pulak macam tu. Ibu dengan abang Zul mana sama. Ucu sayang ibu tau. Sayang sangat-sangat. Kalau Ucu ada sepuluh orang abang Zul pun, Ucu takkan lupakan ibu tau.." Aishah memeluk ibunya erat. Kasih ibu sukar diganti. Walau cinta Zul Fazli seluas lautan, tapi kasih ibu seluas alam.

             "Dengan walid tak sayang ke?" Tan Sri Zainal pun nak tumpang sekaki. Bahagia melihat anak-anaknya bahagia. Aishah menghampiri walidnya pula.

             "Dengan walid lagi la sayang. Walidkan boyfriend Ucu." Aishah memeluk walidnya pula. Semuanya tersenyum bahagia.

              "Along? Ucu tak sayang along?" Zafri Adha menyampuk. Suka mengenakan adik bongsunya itu.

              "Huh, Along ni..saja la tu. Nanti kalau Ucu cakap sayang kat Along, mesti Angah pulak tanya. Lepas tu Alang, senang cerita..Ucu sayang semua la. Puas hati?" Riuh lagi rumah agam itu dengan gelak tawa. Keluarga bahagia mereka bakal lengkap.

***********************

            MALAM itu Aishah nampak berseri. Wajahnya dirias indah. Sewaktu Datin Rosma selesai menyarungkan cincin pertunangan, Shazwina yang turut ada bersama memeluk dirinya dan mengucapkan tahniah.

            "Akhirnya orang gajiku menjadi tunangku sayang.." Shazwina melepaskan kata sambil memandang Aishah. Hanya senyuman yang mampu Aishah berikan.

~Ecahku sayang, Selamat bertunang. Hanya kau di hatiku sayang. Moga bahagia menanti kita di gerbang perkahwinan. You everything in my life. Love you forever~

           Mesej dari Zul Fazli diterima. Aishah tersenyum. Sesungguhnya dicintai itu terlalu indah dan mencintai orang yang mencintai itu lagi indah. Hidup ini sepi tanpa cinta kerana cinta memberi bahagia.

~Love you too sayang~

Mesej berbalas. Itulah kata hatinya. Hanya kau di hati, kini dan selamanya.

************Tammat sudah*****************

p/s: Seronok berimaginasi. Kata Dr Hm Tuah, jangan berangan macam Mat Jenin, tapi Binalah Imaginasi cemerlang. Terima kasih Dr Tuah. Kerana buku Membina Imaginasi Cemerlang aku mampu menulis walau tak seGAH orang lain. Yang penting aku puas. Terima kasih pada yang sudi membaca. Tak kisah siapa anda. Hanya Kau Di hati.

Nota : Cerpen ini bermula kerana ingin merealisasikan impianku sebagai orang gaji. Kerana cerpen ini, bermula pula cerpen kedua yang bertajuk Orang Gaji. Kini..cerpen Orang Gaji muncul pula dalam bentuk novel yang bertajuk Penyamar. Betapa gilanya aku untuk menjadi orang gaji hingga aku realisasikan angan-angan itu menjadi sebuah cerita. Padahal, menjadi orang gaji sebenar, bukan seindah berimaginasi. Kan?